Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pelanggan baru dan sedia kami yang dikasihi, followers, bloggers, pelawat, warga sahabat dan pencinta kucing tegar amnya. Entry kali ni Keyza nak share
tentang PUSAT PERLINDUNGAN KUCING.
Baru-baru ni kucing-kucing kesayangan family Keyza dah pergi buat selamanya akibat serangan fungus yang teruk. So anak-anak Keyza mula merindui kucing-kucing diorang, dan hubby Keyza mula mencari kucing-kucing untuk dibeli, tapi bagi Keyza buat apa nak beli sedangkan ada je kucing yang boleh dapat secara percuma kan.
Pencarian Keyza bermula dan Keyza mula Google dan terjumpa la tentang Pusat Perlindungan Kucing Terbiar. Dan yang paling terhampir dengan kawasan rumah kitorang adalah Putrajaya. Tak sangka pula kat area Putrajaya ni ada PUSAT PERLINDUNGAN KUCING ni. So 1st time kitorng datang sini just ushar-ushar dari luar je sebab PUSAT PERLINDUNGAN KUCING ni dah tutup. Masa ushar-ushar tu ternampak la ada kucing jenis Persian di sini. So apalagi terus la hubungi no yang tertera di whiteboard yang terpapar ni.
PUSAT PERLINDUNGAN KUCING, AHLI PARLIMEN PUTRAJAYA, dikendalikan oleh YAYASAN AL MANSORIAH dan mereka memerlukan sukarelawan bagi menguruskan sicomel di bawah jagaan dan pantauan mereka ini. Kepada yang berminat dialu2kan datang dan sekiranya terdapat pertanyaan, hubungi no yang tertera. Untuk yang ingin datang melawat pun boleh juga.
JALAN P9B2, PRESINT 9 PUTRAJAYA
(landmarks cari flat hijau yer sekarang flat hijau dah color kelabu)
Lepas dah call Keyza tanya juga kalau nak adopt boleh ke? Ada bayaran apa-apa tak? En Rosli ni cakap tiada bayaran dikenakan semua kucing tu adalah PERCUMA. Boleh pilih mana yang berkenan di hati. Tempat ni tiada perkhidmatan boarding tau. So jangan memandai lak nak boarding kucing uols di sini ye. Tapi kalau uols nampak kucing-kucing terbiar di sekitar Putrajaya boleh la hantar ke Pusat ni dan FYI Pusat ni hanya menerima kucing-kucing terbiar dari sekitar Putrajaya sahaja luar Putrajaya tidak akan diterima.
Ni yang Keyza dah adopt terus bawa g Pets SPA amik ubat dan grooming sikit kasi comel balik. Nampak gemuk sebenarnya bulu dia je tebal tapi hakikatnya berat dia baru 2.8kg je almaklum la tinggal kat shelters je takde sapa nak manjakan sangat kan. Bawa naik keta relax je dia dok atas riba Mr Hubby yang tengah memandu. Manja sangat kucing ni uols. So we have decided to give his name Fussie.
Ni la Pets SPA yang Keyza pergi.
Uols boley juga nak follow blog: http://jhanpetcare.blogspot.com/














