Nuffnang

Showing posts with label KALENDAR 2020. Show all posts
Showing posts with label KALENDAR 2020. Show all posts

Monday, 25 January 2021

KILIM GEOFOREST LANGKAWI ISLAND

 Assalamualaikum wbt ... salam PKP 2.0 untuk uols....:)

Catatan Keyza kali ni pasal percutian ke Langkawi 2020 sebelum PKP 2.0 bermula.

Alhamdulillah walaupun Keyza sekeluarga suka benar bercuti marah dek orang kerana musim Covid masih bercuti macam takde apa kan... huhhuu sampai yang cakap berisiko nanti kena jangkitan... 

Yes of course memang la berisiko kebolehjangkitan tu tapi as long as you jaga SOP mungkin terhindar la yang penting kita tawakal je pada Allah SWT kerana dia sebaik-baik pelindung....

Masa pergi Langkawi tu pun dimaklumkan ada seorang artis yang pergi ke Langkawi positif Covid memang Keyza check abis semua lokasi dia pergi cuak juga la kot tersermpak ke Alhamdulillah tak de ...artis kot mesti pergi tempat yang helok2 ajew kan hehehe...Keyza g tempat yang marhaen sajew ...


Trip kali ni tak pergi banyak tempat banyak di masa di hotel aje sebab bawa mak dan anak-anak so kita tak nak la terkena jangkitan seram uuiiiii...

First day sampai je di jeti cari kereta sewa dulu memang dah cari awal la tinggal pick up je pastu mesti la wajib kena makan uols lapaq kot dok dalam feri. Menu lunch biasa la Keyza ni mesti la cari nasi uols makanan di area Kuah memang banyak sedap2 so memang tak de masalah. Kami cari yang tak ramai orang bila dah makan eh tiber ramai pulak... Makan cepat2 terus bergerak ke destinasi pertama family Keyza adalah SkyCab Langkawi... Lama dah tak naik walaupun boleh kata tiap-tiap tahun pun pergi Langkawi. So kali ni Keyza bawa la anak-anak dah besar kita nak ajar supaya not afraid of height. Keyza bawa la naik jambatan kat puncak Gunung MatCincang. A bit funny because of my big boy KETAQ hahaha... suruh ambil gambar pun tak boleh dah wakakaka..


Selesai di SkyCab pakej nya ada macam2 juga tapi kitorang tak masuk pun yang lain terus Check In Hotel. Ha teruja la bebudak ni sampai hotel nak terjun kolam ajew makanya en somi Keyza la bawakan.

Malam pun just Dinner di kedai berdekatan hotel aje. Tetiba malam nya my cousin text me with the ticket yang dorang dah beli untuk percutian family nya la di Langkawi katanya tak dapat nak bercuti sebab kakaknya sedang nazak. Allahukhbar, tapi rezeki kami sekeluarga pakejnya adalah KILIM TRIP uols with boat RM350 ha meriah la...Keyza memang plan nak pergi tapi tengokkan harga trip untuk satu boat macam berkira2 juga la alhamdulillah dapat plak rezeki ini. 

Second day, pagi macam biasa breakfas dulu di kedai berhampiran then main jet-ski dengan anak-anak dapat pakej murah katanya sebab musim Covid ni tak ramai manusia nak bercuti agaknya so boleh la merempit di tengah lautan. First time juga la untuk Keyza nak main level2 orang have2 ni main jet ski sayang ke duit mak kata wakaka...

Abis merempit sempat juga la shopping di Chenang Mall then take a simple lunch kat McDonalds, sebab nak bekejar ke trip Kilim jam 2PM. So sampai je terus naik boat satu family tak share dengan orang tu yang bestnya musim Covid ni elakkan kan la share dengan orang lain ye uols.


Kilim Trip ni RM350 patutnya trip 2jam je tapi pemandu boat ni tambahkan lagi sejam plak layan je la. Antara lokasi yang dibawa dalam trip ni adalah:

  • River Cruise
  • Floating Big Fish Farm
  • Eagle Watching
  • Bats Cave
  • Crocodile Cave
  • And Choose One (1) Of The Following Places:
  • Langsuir Cave
  • Anak Tikus Island (Fossil Island)
  • Beach / Swimming

Yang last skali memang pilih mandi laut la Langsuir dan Anak Tikus tu kebetulan dah tutup sebab rosak dah tempatnya oleh hakisan. 

Dalam trip ni,  rezeki family Keyza skali lagi dapat pula bertemu Ustaz Ilyas yang mana dia pun sama bawa family bercuti. Lokasi pertemuan adalah semasa Floating Fish Farm session. Kat sini kita boleh tangkap ikan dan berikan pada tokey kedai untuk masakkan. Menu terpulang pada kita cuma harga 100gm bagi sekor ikan adalah RM18 ye. So better bawa duit banyak2 sebab ikan nya boleh tahan besar so kalau 2kg ikan tu dah RM360 untuk ikan sahaja hehehe....Moment makan kat sini memang akan dikenang sampai bebila la sebab ni antara juadah yang paling mahal yang family Keyza pernah makan seumur hidup hahaha...total kitorg perlu bayar untuk makan kat sini RM650 tu nasib tak ambik lobster uols.... tapi uols mampu kan boleh la nak merasa keenakan ikan fresh yang dimasak terus. Sedap memang tak boleh bincang la Alhamdulillah. Malamnya memang dah penat sangat memang tak keluar dinner la nak tido ajew malangnya ada guest kat hotel kena rasuk pula menjerit2 hadui la memang sukar tido malam la nasib esoknya dah nak balik.

Last day, family Keyza just photoshoot depan Dataran Helang sahaja lokasi wajib la bukti sampai Langkawi kan hehehe...ooo hah breakfast Keyza makan lauk ikan yang dipancing di Kilim semalam tu kan giler ikan besar mana mampu nak abiskan seharian. So pagi hanya beli nasi putih dan makan la lauk 'mahal' tu hehehe sambil santai di tepi kolam melayan anak-anak sebelum pulang.

Sekian, sesi percutian Keyza ke Langkawi bagi tahun 2020. Tahun 2020 2 kali g Langkawi pembuka tahun dan akhir tahun sebabnya Covid tak boleh nak fly jauh-jauh uols....

Boleh tengok e-photobook Keyza untuk tengok gambar-gambar percutian 


atau skodeng la My Facebook account ... Ok bye semua 


Wednesday, 13 November 2019

Cuti-Cuti Wawasan 2020

Uols............
Sedar tak sedar dah nak habis dah 2019.....

Tak lama lagi dah nak masuk tahun 2020 — tahun di mana Wawasan 2020 diperkenalkan oleh Tun Mahathir Mohamad.

Berikut dikongsikan Kalendar 2020  beserta senarai cuti sekolah dan cuti umum.

Diharapkan perkongsian kalendar memudahkan uols merancang aktiviti percutian, tarikh kenduri kahwin dan sebagainya.



WAWASAN 2020
Apakah Wawasan 2020?

Ianya merupakan wawasan di bawah kerajaan BN ketika Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Matlamat utamanya adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya pada tahun 2020.



Dr Mahathir sebelum ini telah menggariskan 9 cabaran utama yang perlu diatasi bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. Antaranya:

Cabaran 1: Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Cabaran 2: Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan.
Cabaran 3: Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang.
Cabaran 4: Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.
Cabaran 5: Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi.
Cabaran 6: Membina masyarakat yang maju dan saintifik.
Cabaran 7: Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang.
Cabaran 8: Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.
Cabaran 9: Memupuk dan membina masyarakat makmur.



Tak pe la meh kita ushar kalendar 2020 ni.... panjang umur murah rezeki sihat tubuh badan boleh lah plan jenjalan lagi ye tak?

Kalendar rujukan dari malaysiatercinta.com




CUTI SEKOLAH  2020
Sesi persekolahan tahun depan akan bermula seawal 1 Januari – 21 Mei 2020.

Manakala penggal kedua persekolahan akan bersambung semula pada 19 Jun – 20 November 2020.

Cuti sekolah (pertengahan penggal) akan bermula 13 – 21 Mac 2020 (seminggu).

Cuti pertengahan tahun pula dari 22 Mei – 6 Jun 2020.

Cuti tengah penggal selama seminggu bermula dari 24 Julai – 1 Ogos 2020.

Dan akhir sekali cuti akhir tahun selama 5 minggu dari 20 November – 31 Disember 2020.

CUTI UMUM 

Januari 2020

1 Jan: Tahun Baru
14 Jan: Hari Keputeraan YDPB Negeri Sembilan
19 Jan: Hari Keputeraan Sultan Kedah
25 – 27 Jan: Cuti Tahun Baru Cina



Februari 2020

1 Feb: Hari Wilayah Persekutuan
8 Feb: Thaipusam



Mac 2020

4 Mac: Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu
22 Mac: Israk Mikraj
23 Mac: Hari Keputeraan Sultan Johor


April 2020


10 April: Good Friday
15 April: Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah
24 April: Awal Ramadhan
26 April: Hari Keputeraan Sultan Terengganu

 Mei 2020

1 Mei: Hari Pekerja
7 Mei: Hari Wesak
10 Mei: Hari Nuzul Alquran
24-26 Mei: Hari Raya Aidilfitri
30-31 Mei: Pesta Kaamatan

Julai 2020

7 Jul: Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown
11 Jul: Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
17 Jul: Hari Keputeraan Raja Perlis
22 Jul: Hari Sarawak
31 Jul: Hari Raya Haji

 Ogos 2020

1 Ogos: Hari Raya Haji Hari Kedua
20 Ogos: Awal Muharram
31 Ogos: Hari Kebangsaan

 September 2020

9 Sept: Hari Keputeraan YDP Agong
11 Sept: Hari Malaysia

Oktober 2020

3 Okt: Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sabah
9 Okt: Harijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka
10 Okt: Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak
24 Okt: Hari Keputeraan Sultan Pahang
26 Okt: Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar
29 Okt: Maulidur Rasul

 November 2020

6 Nov: Hari Keputeraan Sultan Perak
11-12 Nov: Hari Keputeraan Sultan Kelantan
14 Nov: Hari Deepavali

 Disember 2020

11 Dis: Hari Keputeraan Sultan Selangor
25 Dis: Hari Krismas