Nuffnang

Showing posts with label amalan. Show all posts
Showing posts with label amalan. Show all posts

Monday, 11 April 2016

10 AMALAN YANG MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA

  • ‪#‎Pertama‬ :
    Berusahalah untuk bertahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.Solat Tahajud biasanya dilakukan semasa Qiamullail. Ibadah Qiamullail adalah kebiasaan para salaful soleh dan syiar para kekasih Allah SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis :" Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana qiamullail adalah kebiasan orang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan diri kepada Allah SWT, menghapuskan dosa dan megusir penyakit daripada tubuh."
    ( Riwayat At-Tirmidzi) Solat malam merupakan ibadah yang paling afdal kerana ia lebih mendekatkan diri kepada rasa keikhlasan dan menjauhkan diri daripada riak. Latihan ini sangat baik untuk mendidik diri agar sentiasa bersih, jernih dan suci!
  • ‪#‎Kedua‬ :
    Melazimi membaca Al-Qur'an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari kerana ia merupakan sumber ketenangan seorang mukmin muslim. Al-Quran adalah motivasi terulung bagi seorang mukmin. Anda percaya?Ya. Ia merupakan pengerak dan dinamo utama kepada energi kekuatan seorang insan untuk melaksanakan segala bentuk kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tegas Allah SWT dalam Firmannya yang bermaksud :
    " Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menajdi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman."
    (Al-Isra 17 : 82) Dan satu ungkapan yang menarik yang diucapkan oleh Saidina Uthman Bi Affan RA : " Sekiranya hatimu itu suci, nescaya tidak akan kenyang (puas) dari firman Rabbmu ( Al-Quran)."
  • ‪#‎Ketiga‬ :
    Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh. Solat.Ia merupakan talian hayat utama bagai seorang hamba kepada Tuannya. Solat menghubungkan jiwa, ruh dan hati seseorang insan terus kepada RabbNya. Kesempurnaan solat akan memberi pelbagai bentuk suntikan tenaga yang mampu menggerakan dan melonjakan produktiviti serta amal proaktif semua insan. Kesempurnaan solat terletak kepada kekhusyukan dan aspek-aspek yang menyempurnakannya. Dengan khusyuk, terbukalah kunci-kunci pintu hati, bersinar serta terserlahlah cahaya keimanan di dalam hati. Dengan ini seseorang akan merasai kemanisan iman di dalam jiwanya. Solat menjadi kecintaan dan kerinduaannya kerana ia mendapat manfaat bersama ibadah solat. Sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda :
    " Dan dijadikan mataku sejuk dalam solat." ( HR Nasai)
  • ‪#‎Keempat‬ :
    Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Rasulullah SAW bersabda :
    " Pada tiap-tiap pagi ada kewajipan ke atas setiap orang perseorangan (individu) untuk bersedeqah, dan cukuplah menggantikan semuanya dengan mengerjakan dua rakaat sunat Dhuha."
    ( Riwayat Abu Dzar RA) Sejujurnya, kita akan merasai kelainan yang berbeza dalam menjalani kehidupan seharian apabila solat sunnat ini telah menjadi malakah (darah daging) kita. Rasa janggal kalau termiss atau tertinggal walaupun sehari.
  • ‪#‎Kelima‬ :
    Sentiasa bersedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman kerana ia penyubur kasih sayang. Sedeqah adalah amalan yang sangat mulia. Ia membersihkan diri daripada sifat-sifat yang mazmumah dan menyuburkan sifat kasih sayang dalam diri manusia. Dan ganjarannya di sisi Allah SWT amatlah besar dan lumayan. Allah SWT berfirman :
    " Perumpamaan orang-orang yang menafqahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas ( kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Al-Baqarah 2 : 261)
  • ‪#‎Keenam‬ :
    Sentiasa memelihara wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'. Imam Al Banna selalu berpesan kepada sahabat-sahabatnya : " Bahawa Rasulullah SAW bersabda :" Wudhuk adalah senjata mukmin, kerana itu setiap Ikhwan mengambil berat soal memperbaharui wudhuk apabila terbatal walaupun di kala malam yang dingin menusuk tulang." Saidina Umar Al-Khattab RA : " Sesungguhnya wudhuk yang baik, mengusir syaitan dari dirimu."
  • ‪#‎Ketujuh‬ :
    Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda. Apa itu istighfar? Maknanya : Proposal atau " Permohonan Ampunan kepada Allah SWT." Istighfar ini menunjukan kemampunan seseorang untuk mengenali kesalahan, dosa, dan kemaksiatan yang telah dilakukan. Kemudian, muncul perasaan menyesal dan tekad yang kuat untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. " Dan bersitighfarlah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
    (Al-Muzamil 73 : 20) Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada kita, sabda baginda :
    " Sesungguhnya hatiku selalu lupa, padahal aku beristighfar kepada Allah dalam sehari sebanyak seratus kali." ( HR Muslim dan Abu Daud)
  • ‪#‎Kelapan‬ :
    Perbaharui azam dan tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT. Saban hari, pastinya jiwa dan hati kita akan diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai bentuk ujian dan cabaran. Dan semestinya, jiwa kita itu harus disegarkan dengan memperbaharui azam dan tekad agar ia tidak layu dan kendur. Terus bersemangat dan mengobarkan cita-cita serta harapan adalah ciri yang harus pada ada seorang yang ingin melaksanakan tugas yang berat ini. Iaitu tugas mendaulatkan deen Allah SWT. Dengan sedikit kemampuan yang Allah SWT berikan kita boleh menyebarkan syiar Islam melalui pelbagai wasilah dan cara dengan kadar kepakaran serta kebolehan yang kita miliki.
  • ‪#‎Kesembilan‬ :
    Sentiasa ceria, bermanis muka dan berfikiran positif kerana itulah watak sahsiah seorang mukmin sejati. Rasulullah SAW mengalakan agar budaya senyum itu dihidupkan oleh para sahabat dengan ungkapannya : " Senyum itu adalah sedekah." Senyuman itu akan membahagiakan sesiapa sahaja yang melihat kita dan pastinya ia akan membenihkan bibit-bibit kasih sayang di dalam jiwa manusia. Sahsiah inilah yang harus dihidupkan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni hidup berkasih sayang di bawah naungan Islam. Seharusnya juga, seseorang mukmin memelihara kesentiasaan positif dan meninggalkan pengaruh yang baik terhadap individu disekitarnya. Imam Al-Banna berkata : " Orang soleh sentiasa meninggalkan pengaruh yang positif di mana pun ia pernah berada."
  • ‪#‎Kesepuluh‬ :
    Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT. Ikhlas adalah ibadah hati yang pertama, terpenting, tertinggi dan merupakan asas utamanya. Firman Allah SWT : " Dan mereka tidak diperintahkan, selain untuk beribadah kepada Allah SWT mengikhlaskan agama hanya untuk-Nya dengan penuh ketundukan." ( Surah Al-Bayyinah 98 : 5) Ibnu Qayyim berbicara mengenai ikhlas : " Ikhlas adalah menjadikan Allah SWT sebagai matlamat dalam melakukan ketaatan, iaitu anda memiliki matlamat hanya pada Dia sahaja, bukan kepada selain-Nya."
Penutup : Agar Jiwa Kita Sentiasa Terisi Andaikata sudah lama kekosongan jiwa kita terlopong tanpa apa-apa sentuhan, maka marilah kita isinya dengan Super 10 ini. Ia akan benar-benar menjadi dan berkesan apabila kita sendiri yang melaksana sebagai agenda serta amalan kehidupan kita. Ayuh, rakan-rakan – kita menjadi 10 amalan ini sebagai kekuatan diri kita dalam rangka menjadi hamba Allah SWT.

Tuesday, 17 November 2015

Tinta Buat Abah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Saat Keyza menaip ini airmata masih lagi mengalir panas membasahi pipi mengingati abah (Hassan bin Othman) yang telah kembali ke rahmatullah tanggal 8 November 2015, Ahad bersamaan 26 Muharam 1437H.

 اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ (“Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali”.)

Jam 5.00 pagi aku dikejutkan oleh tangisan kakak sulungku mengatakan abah telah tiada. Allahuakhbar hati masih lagi meragui tatkala memegang pergelangan tangan abah masih panas dan berdenyut nadinya cuma wajah abah dah kaku membisu terus aku memeluk mak yang setia disisi abah sepanjang malam itu. Mak seolah tau abah akan pergi untuk selamanya. Laju kaki melangkah ke bilik air mandi dan mengambil wudhuk solat tahajjud 2 rakaat dan terus kembali pada abah membaca yassin hadiah kepadanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.



Jam 5.30 pagi suami Keyza dan abang ipar terus ke surau menunaikan solat subuh dan memaklumkan pada warga surau tentang abah. Selesai solat Subuh rumah telah dipenuhi warga surau membantu kami membersihkan abah sebelum perkara wajib dilaksanakan. Tepat jam 7.00 pagi Keyza dan suami terus membawa kad pengenalan abah ke balai polis Sungai Petani untuk membuat laporan kematian. Selesai laporan dibuat terus pulang ke rumah saat itu rumah telah dipenuhi saudara mara jauh dan dekat. Keyza hanya mampu membaca Al-Quran disisi abah ...tak tahu la betul atau tak nahunya kerana bacaan diselangi airmata yang menderu laju tanpa mampu diseka. Tepat jam 10.00 pagi abah dimandikan buat kali terakhir oleh para alim dan dibantu oleh abang kandung ku bersama anak-anak dan menantu lelaki abah. Semunya diuruskan dirumah sahaja. Selesai dimandikan abah dikafankan dengan pakaian terakhir buat abah...wajah abah sangat tenang dan bersih hilang semua kesakitan yang dirasainya selama 22 hari itu. Wajah abah berseri sangat cantik sangat abah seperti bayi yang baru dilahirkan terasa begitu singkat waktu bersama abah semoga segala kesakitan yang abah hadapi sebelum sakaratul maut menghapus dosa-dosa abah. Sayu hati nak membiarkan abah pergi dari sisi kami selamanya. Airmata diseka segera tatkala imam menyuruh kami waris abah memberi ciuman terakhir buat abah.
Sebak dada tidak dapat dibendung. Sungguh Keyza tak mampu berpisah dengan abah tapi Keyza harus redha Allah lebih menyayangi abah. Mungkin itu yang terbaik buat abah. 

Masih terimbau saat abah bersama Keyza ...saat-saat terakhir abah bersama kami sebelum abah rebah diserang strok.
Tanggal 13 Oktober 2015 Keyza ditugaskan untuk membuat lawatan kerja di Kedah pada 15-16 Oktober, makanya 14 Oktober 2015 sempena Cuti Awal Muharam kami adik beradik terus plan untuk membuat majlis bagi meraikan birthday mak dan anak2 mengambil kesempatan sebab Keyza dapat pulang membawa mak n abah ke kampung. Sepanjang majlis abah asyik bersendirian tidak bersama anak-anak yang lain dan juga mak. Abah makan sendirian cuma sekali abah datang kat mak untuk bergambar masa sesi potong kek...maybe itu gambar terakhir abah tersenyum disisi mak.


Abah asyik tanya bila nak balik ke Kedah dan Keyza menjawab lepas Asar kita balik Kedah diulang lagi pertanyaan yang sama seusai solat Asar kami pulang ke Kedah sebab 15 Oktober Keyza akan mula bertugas Keyza tak jadi tidur di hotel sebab dah terlalu letih menguruskan majlis di siang hari. Alhamdulillah tugas di Kedah hanya mengambil masa sehari untuk diselesaikan malam abah datang jemput Keyza di tempat tugasan untuk makan malam bersama rakan setugas. Mak cakap abah dah lain pegang sudu pun dah menggigil hati mula tak sedap abah jalan tak pakai kasut sebelah rupanya tanda awal abah diserang strok. Pagi Jumaat 16 Oktober suami ajak Keyza pulang ke rumah maknya di Changlun masa tu abah dah tak larat sangat selesai solat tahajud, sunat taubat dan witir abah langsung tak tido menunggu waktu subuh selesai solat subuh abah tak mampu lagi untuk bangun. Mak papah abah ke katil dan Keyza suapkan abah makan pagi. berat sungguh kaki nak melangkah ke rumah mertua tapi demi menjaga hati suami Keyza pergi juga mak call abah makin sukar nak makan. Allahuakhbar menangis Keyza depan mertua dan pagi Sabtu juga Keyza balik ke rumah. Miza plan nak cuti untuk jaga abah tapi abah kata nak ikut balik Perak dalam keadaan abah camtu abah masih fikirkan kerjaya Keyza taknak Keyza asyik bercuti untuk jaga dia ...sayangnya abah kat Keyza hanya Allah yang mampu membalasnya. :'(
3 hari abah dalam keadaan strok dah lemah...suatu malam abah bangun jam 4.00 pagi keluar rumah dan naik ke tingkat atas dan tidur depan rumah kosong, mak tersedar dan tengok abah takde kat sisi Keyza dan suami keluar cari abah rupanya abah tidur depan rumah orang nasib abah tak jatuh tangga, Allah SWT lindungi abah. Alhamdulillah ...siangnya mak ajak ke klinik sebab badan abah panas sangat tapi sampai di klinik Doktor minta abah dapatkan rawatan di hospital. Keadaan abah dan makin tenat mak refuse tapi Keyza terpaksa bawa abah tak nak abah makin tenat. Sampai Hospital Slim River  doktor sarankan abah untuk jalani ujian CT Scan di Hospital Ipoh. Mak nangis lagi sebab kedegilan Keyza membawa abah ke hospital. Keputusan CT Scan agak mengejutkan bila pakar otak mengatakan berlaku pendarahan serius dan pembedahan perlu dilakukan segera dan Keyza bertanyakan adakah risiko bagi pembedahan tersebut dan jawapannya "YA" nisbah untuk abah selamat hanya 50:50 dan kalau abah tak dibedah pun abah akan koma atau pergi untuk selamanya. Keyza dan mak memutuskan untuk abah tidak dibedah dan doktor menasihatkan agar kami bersedia apa jua keadaan abah. 2 hari abah di hospital dan abah dibenarkan pulang.

Mak bawa balik terus ke Kedah rumah abah...abah hanya boleh minum susu melalui tiup kerana abah dah tak mampu untuk mengunyah seperti biasa. Mak marah Keyza sebabnya sebelum ke hospital abah masih mampu makan seperti biasa tapi selepas ke hospital abah dah tak mampu buat semua tu. Sebelum ke hospital abah masih mampu ke tandas sendiri walaupun strok sebelah tapi lepas ke hospital abah kena pakai pampers. 
Sungguh Keyza rasa serba salah. 
Betulkah kalau Keyza tak bawa abah ke hospital hari ini abah masih ada disisi? 
Betulkah kalau Keyza tak bawa abah ke hospital abah akan kembali sihat lagi? 

Yang pasti kini abah sudah tiada lagi disisi. Abah kembali kepada penciptaNYA Ya Rabb. Kami perlu redha dengan pemergian abah dan pasti kami juga akan menyusuli abah nanti. Semoga dipertemukan lagi mungkin Syurga yang menanti. 
Yang mampu Keyza buat kini hanya titipkan doa kudus dan amalan yang berterusan buat abah.


Terkadang Allah hilangkan sesuatu yang kita sayang,
kerana Allah sedang menggantikan sesuatu yang lebih indah untuk kita.
In sya Allah (إن شاء الله)
Sungguh Keyza sayang abah dunia akhirat.
Abah
sepi saat kau pergi
kau begitu hebat
tak ada yang bisa menyamai mu
ataupun menggantikan posisimu
Abah
aku begitu menyayangimu
keringatmu menjadi inspirasiku
sedihmu adalah deritaku
Abah
dimanapun engkau berada
doaku selalu bersamamu
tangisku menjadi sumpahku
bahwa apapun yang terjadi ku slalu ingatmu 


Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

I love you Abah HASSAN BIN OTHMAN
5 MAC 1938 - 8 NOV 2015 (Dalam kenangan)


Monday, 18 November 2013

Amalan Murah Rezeki

Entry kali ni keyza just nak share antara amalan-amalan ini yang akan menjadi sebab Allah S.W.T. melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah S.W.T. memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.
Di antaranya:

MENYEMPATKAN DIRI UNTUK BERIBADAH

Allah S.W.T. tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” – [Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.]

MEMPERBANYAKKAN ISTIGHFAR

 Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah S.W.T., yang menjadi sebab Allah S.W.T. jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi S.A.W.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T. akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” – [Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a] 

TINGGALKAN PERBUATAN DOSA 

Istighfar tidak laku di sisi Allah S.W.T.jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi S.A.W.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” – [Riwyt at-Tirmizi] 

SENTIASA INGAT ALLAH S.W.T. 

Banyak ingat Allah S.W.T. buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah S.W.T.beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah S.W.T.. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah S.W.T.hati menjadi tenteram.” [Ar-Ra'd: 28]

BERBAKTI DAN MENDOAKAN IBU BAPA 

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda S.A.W. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah S.W.T.akan memanjangkan umurnya.” – [Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim] Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi S.A.W.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah S.W.T.) daripadanya.” – [Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami]

BERBUAT BAIK DAN MENOLONG ORANG YANG LEMAH 

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi S.A.W.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” – [Riwayat Bukhari] 

TUNAIKAN HAJAT ORANG LAIN 

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah S.W.T. lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi S.A.W.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah S.W.T.akan menunaikan hajatnya” – [Riwayat Muslim] 

BANYAK BERSELAWAT 

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

BANYAKKAN BERBUAT KEBAJIKAN 


Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.” 10.BERPAGI-PAGI Menurut Rasulullah S.A.W., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

MENJALINKAN SILATURRAHIM 

Nabi S.A.W. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” – [Riwayat Bukhari] 

MELAZIMI KEKAL BERWUDUK 

Seorang Arab desa menemui Rasulullah S.A.W. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.. Baginda S.A.W. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah S.W.T. akan memurahkan rezeki.” – [Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid] 

BERSEDEKAH 

Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah S.W.T. membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah S.W.T. menyedikitkan baginya.” – [Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.] 

MELAZIMI SOLAT MALAM (TAHAJJUD) 

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah S.W.T..

MELAZIMI SOLAT DHUHA 

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah S.W.T.dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” – [Riwayat al-Hakim dan Thabrani] 

BERSYUKUR KEPADA ALLAH S.W.T. 

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah S.W.T.. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah S.W.T.berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” – [Ibrahim: 7] Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” – [Ali Imran: 145] 

MENGAMALKAN ZIKIR DAN BACAAN AYAT QURAN TERTENTU 

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, Insya-Allah dikatakan boleh menjadi sebab Allah S.W.T. melapangkan kehidupan dan memurahkan rezeki. Selain itu, salah satu nama Allah S.W.T., yakni al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu. Contohnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah S.W.T., bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

BERDOA 

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah S.W.T., penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah S.W.T. menyuruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

BERIKHTIAR SEHABISNYA 

Siapa yang berusaha, dia yang akan dapat. Ini sudah menjadi sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah S.W.T. memberikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tetapi agama hanya Allah S.W.T. beri kepada orang yang dicintai-Nya sahaja. – [Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim] Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, jika hendak tenang dibacanya Quran, jika hendak mendapat anak yang baik dididiknya sejak anak itu di dalam rahim lagi, jika hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan makanan yang baik serta halal, jika hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha menjadi baik, jika hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

BERTAWAKAL 

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah S.W.T. seperti firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah S.W.T., nescaya Allah S.W.T. mencukupkan (keperluannya).” – [At-Talaq: 3] Nabi S.A.W. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah S.W.T.dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” – [Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.] Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah S.W.T. akan memberi “… jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” – [At-Talaq: 2-3]


Pendek kata, bagi orang Islam.. untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenar, kuncinya adalah dengan melaksanakan amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini akan menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah S.W.T., lalu Allah S.W.T. pasti melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Insya-Allah.