Nuffnang

Tuesday 2 June 2020

PKP VS Covid-19

Assalamualaikum semua....

Lama Keyza tak bersiaran, time Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  orang kata dok rumah je kan mesti tak busy kan...wakakakaka

Memang busy yang amat Ya Allah 24 jam ada je mesej masuk untuk buat kerja.
Alhamdulillah merasa keberkatan duit gaji disitu... Almaklum la netizen kata penjawat awam ni tak perlu masuk keja tapi gaji jalan kan... But still yang lain Keyza tak tahu la but syukur Alhamdulillah bila diseru buat kerja time PKP walaupun di rumah Keyza bersyukur sangat tak terasa gaji dibayar itu sia-sia kerana kerja masih dilaksanakan dengan sempurna walaupun di rumah.

Syukur Keyza lagi sekali time PKP Keyza terperangkap di Kedah bersama suami that is the best things yang Keyza bersyukur sangat almaklumla bagi pasangan jarak jauh ni bila PKP banyak benda terhad kan termasuk merentas negeri dan Alhamdulillah sejak 2015 Keyza akan balik ke Kedah bila tiba cuti sekolah dan ambil cuti untuk spend time bersama anak-anak dan suami di Kedah. Keyza tahu virus Covid-19 sudah mula menembusi Malaysia tapi tak sangka pula akan ada istilah PKP ni. Hari ketiga di kampung tanggal 16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan bahawa Malaysia dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020. Semua aktiviti tak boleh dilaksanakan semua tak boleh bekerja, berniaga, sekolah dan IPT ditutup dan sebagainya dan termasuk la tak boleh merentas negeri. Ha bermula la episod Stay Home semua ye uols.... nanti kena jangkitan. Makanya Keyza pun terus la stay di Kedah. Alhamdulillah hikmah disebalik PKP ni buat Keyza amat bermakna Keyza sekeluarga dapat berpuasa dan beraya bersama tanpa berjauhan seperti selalunya. Keyza ada mak, anak-anak dan suami yang sentiasa disisi sepanjang tempoh PKP. Keyza dapat merasa menjadi suri rumah sepenuh masa tapi kerja still buat juga siap beli laptop untuk urus meeting, webinar dan pakej kerja sekolah anak-anak yang juga turut dilaksanakan atas talian.

Suami Keyza antara frontliner yang terpaksa bekerja untuk membendung wabak ini. Keyza bersyukur boleh menguruskan semua keperluan suami sepanjang PKP ni. Sepanjang berkahwin Keyza tak pernah berpeluang menguruskan suami bekerja almaklum la isteri bekerjaya gitu heheheh cuma tahun 2018 Keyza diuji suami sakit masa tu je la menguruskan suami di hospital. Tapi time PKP ni dapat la menguruskan sepenuhnya suami tersayang walaupun 2 bulan bersyukur tak terhingga rasanya.

Time PKP ramai yang terasa dari segi ekonomi terutama yang peniaga kecil-kecilan. Tiada simpanan tetap hanya mengharapkan bantuan kerajaan sahaja. Ada juga yang dibuang kerja. Ada yang boleh kerja tapi gaji dipotong macam-macam hal dunia. Pelbagai SOP diberikan ada yang akur dan ada juga yang ingkar. Itulah lumrah manusia.

Keyza suka pada kata-kata dari pelakon Fauziah Nawi ni.

Reposted from @fauziahnawi Cantik susunan bahasanya... Kita diberi rezeki bangun berqiyamulail, maka bersyukurlah, tapi jangan dipandang rendah orang yang tidur, kerana dia mungkin tidur dengan air mata taubat dan penyesalan.
Kita diberi rezeki gagah berpuasa sunat, maka bersyukurlah, tapi jangan pandang rendah insan yang belum mampu istiqomah berpuasa sunat, siapa tahu pahala sedekah secara sembunyinya diangkat ke langit.
Kita diberi rezeki mampu khatam Al-Quran sebulan sekali, maka bersyukurlah, namun jangan diejek- ejek, disindir insan yang masih merangkak- rangkak dengan muqaddamnya. Siapa tahu Allah lebih mencintainya yang istiqomah belajar mengaji dengan segala kepayahannya.
Kita diberi rezeki dengan harta dunia dan mampu bersedekah jariah, maka bersyukurlah, namun jangan dihina si miskin yang tidak mampu memberi kerana kekurangannya. Mana tahu mulutnya tidak berhenti berzikir menjadi pahala sedekahnya.
Kita direzekikan lahir dari keluarga yang alim. Kecil- kecil sudah mantap imannya, sudah sempurna menutup auratnya, sudah sempurna solat, bacaan Al-Quran dan hadisnya. Maka bersyukurlah, tetapi jangan dihina anak- anak yang lahir dalam keluarga yang porak- peranda. Kita tidak tahu pahala yang diberi Allah atas payah jerihnya mereka mencari agama.
Bersyukurlah andai kita diberi rezeki beramal ibadah, namun ibadah itu hancur sama sekali saat kita berasa aman dengannya dan meremehkan orang lain.
Ingatlah sejarah Iblis Laknatullah yang hebat ibadahnya namun terhumban keluar kerana satu titik......
*SOMBONG* - #regrann

Apa pun yang terjadi dalam hidup ini tetaplah bersyukur padaNya....

Jom sambung kerja.... yang masih boleh stay at home please do so.... #kitajagakita