Nuffnang

Showing posts with label vietnam. Show all posts
Showing posts with label vietnam. Show all posts

Monday, 2 June 2014

The Reality- 2nd day in Ho Chi Mint City

Good morning uols....
Hari ke 2 di Ho Chi Mint City. Pagi ni kalau ikut iternary patutnya lepas breakfast kitorg akan menuju ke Cu Chi Tunnel kan. Tapi plan diubah di saat akhir. Tapi perut dah berkeroncong nak jalan mana pun tangki perut kena la isi dulu kan. Pagi-pagi ni Keyza follow je K.Su cari restoran yang dah dibuka seawal jam 6.30am waktu Vietnam. huhuhu haruslah belum buka lagi kan so sepanjang proses "Jalan-jalan Cari Makan" ni Keyza snap la gambar makcik-makcik sini yang menjual buah-buahan. Harga tak tanya plak kan sebab dah set dalam minda  "Don't ask if your not interested!"


Jalan punya jalan tengok restoran pertama yang dibuka seawal jam 7.00am waktu Vietnam seharusnya Restoran Hajjah Basiroh. Pagi-pagi dah order nasi lemak sorang satu dan milo ais. K.Su dan husband order karipap dan popia Vietnam. Rasanya boleh tahan juga la tak lari jauh sangat dengan selera orang Malaysia.




Kenyang perut baru syok nak jenjalan kan. As usual kitorg singgah lagi di pasar Ben Thant sementara menunggu kawan K.Su (warga Vietnam) datang jemput kiotrg di hotel . Jalan-jalan dalam tu sambil cuci mata tengok harga kain. Murah memang murah tapi boleh lagi minta diskaun.

Tepat jam 8.30 am waktu Vietnam kitorang join K.Su and her husband ke Chinatown. Tujuannya nak tengok kedai kain di sini. Giler wei kain berlambak-lambak tak larat nak pilih berpinau mata den ni ha. Tapi harganya lebih kurang di pasar Ben Thant jer tak dapat diskaun banyak pun.




Selesai membeli-belah di sini, destinasi seterusnya adalah pasar An Dong. Pasar An Dong ni sesuai menjual barangan secara pukal kepada pemborong. So kalau setakat nak beli satu dua takkan dilayannya dan satu lagi peniaga di sini tak pandai sangat berbahasa English apatah lagi Bahasa Melayu kan.
Ni adalah gambaran sekitar pasar An Dong.

 Feri kebanggaanku



Lepas selesai windows shopping almaklum la tak boleh nak beli apa pun kan kitorg pun terus balik hotel rehat dan solat. Selesai bersantai-santai di hotel operasi jalan-jalan sekitar Bandar Ho Chi Mint bermula.Target pertama cari kasut sukan. Untuk makluman kilang NIKE adalah dari Vietnam. So kasut sukan original memang la sangat murah berbanding kat Malaysia ni. Peniaga di sini pun berurusniaga dengan matawang Ringgit Malaysia senang la kan nak bayar tak payah pikir nak convert bagai. Pelbagai pilihan menarik dan design terkini. Sangat berbaloi-baloi. Orang lain sibuk datang Vietnam nak shopping kain kan tapi Keyza sibuk borong kasut sukan. Bagasi Keyza dah tentunya penuh dengan kasut la kan.




Lokasi kedai sukan ni dekat je dari pasar Ben Thant. Meh tengok peta ni. Jalan kaki je dan bersebelahan dengan War Museum dan Water Puppet Show.


Selesai shopping barangan sukan. Keyza jalan berdua je tanpa tourist guide K.Su alhamdulillah berpandukan peta di atas sampai juga la ke tempat-tempat yang wajib pergi kalau sampai Vietnam kan.Dalam perjalanan tu kitorang disapa oleh mamat penjual air kelapa ni. Dia suh kitorang bawa bekas air kelapa tu. Ha tengok ni berat tau akibat dari membawa gendongan ni kitorang keterpaksaan membeli air kelapa ni sorang sebiji harganya memang kena kapok la 50,000 vnd dong kot. Haish terkena juga kan dah pesan   "Don't ask if your not interested!".

Dah bayar kan minum je la kembung perut pun kembung la so bila dah terbayar tu abis la budget kitorang nak masuk War Museum. Tiket masuk War Museum ni 35000 vnd dong sorang. Hurm nampak gaya amik gambar kat luar je la kan.



Perjalanan diteruskan lagi kali ni operasi menuju ke Post Office Saigon. Sepanjang perjalanan yang agak memenatkan itu snap la gambar masa berhenti berehat. Giler penat wei....Layan je la gambar ni ye.




Gambar ni diambil sebagai bukti kitorang dah sampai sini ye. Giler poyos punya statement. Maaf gambar muka tak larat nak senyum dah sebab panas, dahaga n sunburn huhuhuh sadis. Goodies wajib la beli kan dah sampai sini sebelum bergerak semula ke Ben Thant untuk makan malam. Kedai Hajah Basiroh terus diterjah kerana kelaparan dan dahaga tahap maksima. Masa ni kitorang order Mee Phor ni aka Keowteow Sup dan air kopi ais lagi. 


 Perut dah kenyang baru balik ke hotel semula nak menunaikan solat Maghrib dan Isya' plak. Aktiviti di malam hari seharusnya la turun semula ke pasar malam. Kali ni nak cari kasut budak plak sebab sport shop yang siang tadi pergi takde jual kasut untuk budak. Sport shop sini pun banyak giler kasut. Tengok gambar ni ye sebagai bukti.


Gambar kasut budak tak sempat nak snap sebab busy dok menawar harga. Dah murah tu rembat je la kan tapi tak sibuk juga dok bargain. Nasib la dapat juga harga yang diminta kalau dia tak kasi keluar je sure dia panggil juga untuk kita beli kasut tadi.  Dah abis borong balik hotel semula rehat dulu sebab sok nak jalan lagi jauh. Mekong River wait for us!!!!!



Wednesday, 28 May 2014

The Reality- 1st day in Ho Chi Mint City

Hi uols, dah seminggu Keyza selamat sampai ke tanahair Malaysia tersayang....
Balik dari Ho Chi Mint, Vietnam terus masuk opis tak sempat nak update blog ni kuikuikui (macam busy sangat ler kan)

Seperti yang uols tau la kan post sebelum ni Keyza ada citer nak gi trip ke Ho Chi Mint kan. Kalau uols lupa ni postnya

Ho Chi Minh - Vietnam Tour


Now I'm back, dah balik ni of course la Keyza nak story morie dengan uols apa je Keyza dan kawan buat kat sana nun. Pagi Sabtu yang indah, my parents and kids teruja sangat nak hantar Keyza pergi airport almaklum la airport baru KLIA 2 so Keyza bawa la dorang skali naik ERL dari Putrajaya terus ke KLIA 2.



Tambangnya tak mahal mana pun. Sila rujuk jadual di bawah ye...
KLIA Transit Fares
First of all kita rujuk kepada iternary Keyza pada post yang lepas.Ha dah tengok kan iternary tu. 1st day je dah banyak tempat kitorg missed nak pergi sebab flight delayed plok tapi kalau takde AirAsia tak sampai ler gamaknya Keyza ke negara orang kan.....



Balik pada story 1st day sampai je kat airport Kak Su and her husband (merangkap tourist guide kitorang ) mula la operasi mencari taxi sebab masa tu dah jam 5:00pm waktu Vietnam. So kalau uols nak ke sana naik taxi ni ye tambang dia ikut meter dan meter bermula dari 12000 vnd dong. Kalau korang mampu and tak kisah pun tambang taxi boley je cari teksi lain. Tiada paksaan ye uols....



Beberapa minit kemudian kitorang pun sampai le ke hotel A&EM lokasi hotel ni betul-betul depan pasar Ben Thant. (giler dekat siot) dan tambang yang kitorang perlu bayar treng teng teng...150 vnd dong bersamaan RM25 murah la kalau share 4 orang kan....





Masa check-in hotel ada masalah elektrik pada salah satu bilik yang kitorang dah booked so hotelier tu offer VIP room just add on $10 usd. So Kak Su and her husband apa lagi grab terus je la kan, kitorang berdua ni punya nak berjimat so tak kisah pun maintain bilik yang sama. Dah selesai letak barang terus memulakan operasi "WINDOWS SHOPPING" kat pasar Ben Thant ni. Tengok ni dekat je kan pasar dengan hotel.













Kedai pertama yang kitorang serbu adalah kedai 520 pekerja dia nama Faridah boleh cakap Melayu dengan fasihnya. Tujuan ke kedai ni nak amik suit yang ditempah oleh bos kitorang masa dia datang bulan lepas tak sempat siap so kitorang tolong la pick up.

 
Tempahan suit kedai ni memang murah berbanding kedai lain. Kedai lain tak dapatnya harga kitorang tu sebabnya kedai ni dah nak tutup bulan Jun nanti so dia bagi je la kot harga murah2 lagipun bos kitorang tempah banyak pasang so berbaloi-baloi sangat la kan. Ni contoh suit yang ditempah.Macam-macam warna boleh pilih tapi kitorang pilih warna black dan grey je. 











Selesai je kat kedai ni Kak Su bawa la melawat kedai-kedai sekitar pasar Ben Thant banyak giler kedai and please bear in your mind "Don't ask if your not interested!", hehehe dah tau dah gatal juga nak tanya kan akhirnya dapat maki hamun je la kan or dipaksa beli juga dengan harga yang kita dah nego tadi. So for 1st day kitorang sekadar tengok aje tanpa membeli apa-apa. Perut pun dah bekeroncong lapar giler terus ke kedai Hajah Basiroh cari makan. Kak Su kata kedai yang kitorang sampai ni kira cawangan lain dah dulu  (masa dia pergi la) kedai makan Hajah Basiroh ada satu je. Dah maju kot hari-hari ada je orang Malaysia datang sini. Kitorang order nasi goreng kampung je harganya dalam 50000 vnd dong dengan air kopi ais yang tersangat la glamer di sini harganya 20000 vnd dong.



Perut dah kenyang kuar je dari kedai makan terpandang plak jualan beg Deuter dalam longgokan di tepi-tepi jalan maksudnya pasar malam dah mula beroperasi. So apalagi sambar la satu harga beg sekitar RM15-RM60 ikut size la kan. Pelik kan nape la Keyza citer guna RM sedangkan kitorang berada di Veitnam, untuk barangan di sini sangat laku Ringgit Malaysia so tak yah la nak bazirkan masa cari Money Changer untuk tukaran wang. Vietnam Dong sangat-sangat diperlukan untuk taxi dan restoran je tapi ada juga restoran yang terima RM. Disaat kawan-kawan Keyza dok membelek beg Keyza didatangi dengan perempuan muda yang mengendong anak sambil menjual cenderahati buat teman-teman di Malaysia. Kesian sangat la kan tengok camtu beli juga la kipas harganya dalam 100000 vnd dong (RM15) utk 6pcs. Kalau uols hebat dalam bab tawar menawar ni boleh je dapat lagi murah kot. Sepanjang malam tu Keyza hanya shopping goodies untuk teman dan family di Malaysia je. Then terus balik hotel tak larat sangat dah. Sok nak shopping lagi.


Inilah permandangan waktu malam dari hotel kitorang. Akibat minum kopi ais yang sedap sangat tu la kitorg tak dapat nak lelapkan mata walaupun penat badan semakin terasa. Teruja gak nak turun sambung shopping tapi esok masih ada. So kitorg layan je la citer Korea berlatar suara Vietnam (huhuhu buat-buat faham je la) dalam bilik hotel tu. Entah jam berapa mata pun terlelap dengan sendirinya sedar-sedar dah jam 6.00am (Waktu Malaysia) tapi kat Vietnam ni dah cerah huhuhu subuh gajah la wei. (Ya Allah ampunkanlah dosa kami). Nak tahu citer hari ke 2 kitorang ke mana? heheheh jom tengok next link. Klik sini ya.


The Reality- 2nd day in Ho Chi Mint City

Wednesday, 2 April 2014

Ho Chi Minh - Vietnam Tour

Next month Keyza and friends dah plan nak jenjalan melawat Kota Ho Chi Minh, Vietnam.
Ni 1st buat Keyza berjalan ke luar negara bersama kawan-kawan selalunya dengan family jer...
Rasa excited tu haruslah ada kan...kali ni Keyza akan follow senior yang kaki berjalan ke oversea ni tak lain tak bukan Mrs Ciku geng Blogger juga la kan.
So this is our iternary plan...


Ni hanyalah perancangan awal jer.... sampai ke tak depends on budget ke sana nanti yer...

2 hari lagi untuk Keyza dan kengkawan ke Vietnam...
Excited juga rasa sepanjang di opis Keyza buat kerja sambil dok Google best thing in Vietnam.
Huhuhuh camne nk dapat keberkatan dalam pekerjaan camni haish...

Antara perkara yang Keyza Google adalah berapa kos yang perlu Keyza and kengkawan budget untuk 
ke lokasi seperti di iternari kitorang.

So info yang dapat di collect adalah seperti berikut


Untuk try coffee no 2 tersedap di dunia kitorang perlu lah mencari kedai Sinh Cafe. Alamatnya adalah seperti berikut:

Sinh Cafe
5 Lương Văn Can, Hang Dao ward, Hoàn Kiếm, Hanoi, Vietnam+84 4 3826 7120
 
Hope jumpa la kot kan...ada expert yang akan bawa kitorg ni.... Hope jumpa la kot kan...ada expert yang akan bawa kitorg ni....

The next day kitorang plan nak g  Chu Chi Tunnel Half Day Tour so survey agent katanya dapat harga
6 usd or 123, 000 vnd.

If tak dapat pergi ke Chu Chi Tunnel ni boleh kot nak layan
Water Puppet Show kalau beli tiket sendiri 10 usd tapi if amik dengan Miss Kanh 8 usd termasuk taxi pergi balik.

Agak murah la kan bagi kitorng yang budget ciput jerrr pun.

Hari ke3 destinasi yang wajib pergi  Mekong Delta 1 Day Tour dengan menggunakan agent yang sama boleh dapat harga ni 10 usd or 207,000 vnd...memang menjimatkan kalau betul lah harga camni yang ditawarkan nanti.

Alamat agent ni adalah seperti berikut:

VN LOTUS TRAVEL,  210A De Tham St., Pham Ngu Lao Ward, District 1, HCM.   
Tel: +84-8-39209853/ +84905058514,  
Website: vietnamtourslotus.com and 
Emel: info@vietnamtourslotus.com.

Husband Keyza dah order kasut and barang basikal dia ...ntahlah bley jumpa ke tak kat Bandung dulu xpe la ada Pak Supir yang bawakan tinggal ngomong aja mau ke mana...
Kali ni trip agak mencabar sebab kena gamble je...Semoga Allah permudahkan segalanya ...ameen