Nuffnang

Sunday 26 April 2015

JADUAL HARIAN (DIET VS SCHOOL)

Hi uols...Assalamualaikum wbt dan very good day ...

Hari ni Keyza tak berapa nak busy sebab dah tukar lokasi keja plak kan so Keyza ada la masa nak buat jadual harian untuk anak dan suami.

Almaklum la bila suami berjauhan dengan kita pemakanan dia haruslah dititik beratkan juga dah menjadi tanggungjawab seorang isteri kan...
Memandangkan en suami Keyza ni kan on diet so jadual pemakanan dia pelik sikit dari orang lain bagi memastikan en suami dapat berat badan yang unggul seperti yang diidamkan. Katanya nak masuk Iron Man plak next year...hurm takpe la apa-apa pun ni Keyza dah buat jadual kena la dia follow kalau tak camna nak kuruskan?



Perkiraan weight tu abaikan je la ye Keyza pun x sure part tu hentam saja la janji part menu and workout perlu la dibuat seperti jadual tersebut. Menu ni en suami memang amalkan dah pun dan nampak la perubahan pada berat badan dan fizikalnya.

Jadual untuk anak pun kena juga la buat sebab kita ni wanita berkerjaya kata ko... nak ringankan tugas makanya kena la sediakan jadual khas untuk dia juga supaya tak terabai. Memandangkan anak sulung Keyza ni dah 6 tahun dan masuk tabika Kemas makanya baju pun ikut jadual sekolah. Si adik belum masuk school so next year la baru Mommy buatkan jadual untuk adik plak ye.



Jadual anak lebih ringkas dan banyak masa untuk bermain kalau perasan waktu homework bukan la selepas tidur ye sebabnya budak tadika ni kengkadang je baru ada homework so selitkan je la di hujung waktu tapi yang pasti lepas selesai homework baru la boleh tido ye tak....kuikuikui :)


nota kaki :
"Dengan adanya jadual ni harap kedua-dua hero dalam rumah Keyza lebih berdisiplin la pasni ye. "

Thursday 16 April 2015

Ulangtahun Kelahiran

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera uols,

Hari ni 17 April 2015 genap la usia Keyza yang ke 3th series... Syukur ... Alhamdulillah Allah berikan usia sepanjang ini kepada ku dan hari ini masih lagi diberi nafas untuk aku terus beribadah dan bertaubat di atas segala dosa-dosaku. Ucapan selamat dan doa dari sahabat dan keluarga tercinta sangatlah dihargai dan Keyza ucapkan terima kasih.

Tiada lagi majlis sambutan hari lahir seperti zaman kanak-kanak yang lalu ...zaman kian berubah dulu sambutan hari lahir penuh makanan juga kek dan hadiah serta kad ucapan kini ucapan dan hadiah hanya di alam maya (Whatsapp/Facebokk/Message/WeChat/Instagram) tapi tetap membuatkan kita teruja dan gembira kerana masih ramai yang mendoakan kita walaupun di kejauhan.

Seusai meniti peningkatan usia banyak dugaan dan cabaran yang Keyza lalui dan tahun ini tahun yang dilimpahkan rezeki tetapi tak semudah yang kita bayangkan untuk kecapi kejayaan ini.
Kini Keyza akui semua dugaan dan cabaran tu yang membuatkan kita lebih tabah dan matang untuk harungi liku-liku kehidupan.

The best quote yang Keyza selalu ingat:

"Experience might not necessarily be the "best" teacher, but it almost always results in the most enduring lessons. Never blame anyone in your Life. Good people give you Happiness. Bad people give you Experience. Worst people give you a Lesson & Best people give you memories. "


Seperti tahun-tahun sebelum ini doa Keyza


Ya ALLAH, panjangkanlah usiaku, agar lebih lama dapat ku mentaati Mu,
 Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang, moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya. 
Ya ALLAH, tambahkanlah amalan ku di saat bertambah usiaku, 
Jadikanlah cahaya Mu yang bersinar menyinari jalanku, 
Rehatku adalah rantaian zikir, Rantai yang ku kalungkan pada leherku, 
Sebagai tanda cintaku pada Mu, 
Ya ALLAH, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku, 
Mencari haruman Syurga ciptaanMu, 
Tempat rehat dan nikmat abadi ~ 

♡ Semoga berjaya menjadi gadis mulia, semulia diri Maryam.
♡ Semoga berjaya menjadi gadis faqihah, sefaqih minda Aisyah.
♡ Semoga berjaya menjadi perempuan tabah, setabah hati Asiah.
♡ Semoga berjaya menjadi srikandi kebanggaan, sehebat jiwa Sumayyah.
♡ Semoga berjaya menjadi hiasan dunia, seindah akhlak Rabiatul Adawiyah.
♡ Semoga berjaya menjadi isteri solehah, sebaik budi Khadijah.~