Nuffnang

Monday 20 January 2014

Universal Studio Singapore

Alkisah boleh tersampai nyer Keyza dan family di sini adalah bermula dari kesilapan Keyza yang lupa logout dari aplikasi Groupon di handphone. Jadi akibatnya adalah apabila anak teruna Keyza dok asyik main handphone dia pun terbeli lah tiket ke USS ni menggunakan Groupon.
Apalagi habis la duit den nak marah pun kesilapan diri sendiri mahal pun terpaksa la pergi jua sebab dah terbeli kan.


Bila hubby Keyza dapat tau dia nak marah tapi dia kata kalau nak pergi, pergi je sendiri dia tak nak join.
Jadi Keyza dengan lemah hati cuba la ajak mak Keyza dan she say yes she will join me. Tersenyum lebar Keyza dengan jawapan my mom. Terus Keyza pergi KTM Station Kajang beli tiket keretapi direct from Kajang to Singapore. Harga tiket tak mahal pun RM33 but for my mom yang dah bergelar senior citizen dapatlah harga RM21. So last week Keyza dah bawa anak teruna pergi Legoland kan tapi tak bawa lak my princess so this trip Keyza bawa this little girl dan terpaksa la tinggalkan anak teruna sorang tu dengan abahnya.

Train dari Kajang ke Singapore jam 2330 16 Jan 2014 dan kita orang tiba di Woodland CIQ Singapore jam 0700 17 Jan 2014. Sesampainya Keyza di sana dengan mata yang mengantuk dan kesejukan dalam train terus ke Immigration Checkpoint. Ada sorang mamat Cina ni dengan baiknya hatinya menghulurkan "white form" untuk di isi dan diserahkan bersama passport kepada pegawai Immigration.

Selepas selesai sesi pendaftaran masuk ke Singapore, mamat Cina ni pun mula la aksi soalkenal dan camne Keyza boleh sampai di Singapore. Dan apabila dia dapat tau yang Keyza 1st time pergi Singapore with my old mom and my little girl he say "Wah, why you are so daring, came here without hesitation". Keyza hanya mampu tersenyum. Jadi mamat cina ni bersusah payahlah mengekori kitorang ke stesen bus mencari bas untuk ke stesen MRT. Bas yang kitaorang naiki adalah bernombor 903. Tambang bas ni $1.10 per person. Tapi masa ni Keyza ada $50 macam mana nak bayar tambang bas. So mamat Cina ni sekali lagi menghulurkan dana untuk tambang bas tersebut.

Beberapa minit kemudian Keyza selamat tiba di Stesen MRT Woodland. Sampai disini Keyza pergi ke kaunter pertanyaan dan membuat pertukaran wang untuk dapatkan coin ke USS di Sentosa Island.
Seterusnya Keyza guna kiosk untuk membeli tiket MRT. Keyza beli tiket return $9.80 for 2 person.
Perjalanan menggunakan MRT sedikit rumit kerana Keyza perlu transit di Dorby Ghout (Red Line) kemudian tukar train ke Harbour Front (Purple Line). Jauh juga la nak berjalan dengan mengedong the little girl. Penat penat penat. Sampai di Stesen Harbour Front Keyza perlu naik monorail di Sentosa Express tapi ada sorang amoi ni cakap kalau nak jalan pun boleh dengan melalui Sentosa Broadwalk. So disebabkan takut sesat Keyza pun join la amoi ni jalan ke Sentosa Island sambil merentasi Sentosa Broadwalk dan sempat la menikmati pemandangan di sini.



Best juga tapi sangat penat. My little girl sangat teruja sebab dapat jalan di sini sesuka hati dia. Sampai di Sentosa Island Keyza perlu bayar $1 per person untuk masuk ke situ.

Keyza just follow je signboard untuk ke Universal Studio. Sampai di situ Keyza pergi ke kaunter Customer Service untuk redeem ticket yang darwisy "terbeli" kat Groupon dan add on 1 ticket untuk senior citizen $36. Alhamdulillah Kitorang berjaya  la menjelajahi USS dengan jayanya. sampai terus serbu ke tempat makan sebab dah lapar sangat. Tapi disebabkan Keyza ni bertudung so orang di sana pun cakap that the are not preferred their food with HALAL certificate. Fuuhhh nasib tak terus order. Ingat Singapore je kan senang nak dapat makanan halal rupanya kena berjaga2 juga. So orang tu suggest kitaorang makan kat Madagascar Food Court sebab makanan di situ HALAL.


Selesai makan barulah kitaorang ada tenaga nak explore semua tempat menarik dalam tu. Tiket yang Keyza beli ni boleh masuk 7 tempat ni:
- Hollywood
- New York
- Sci-Fi City™
- Ancient Egypt
- The Lost World™
- Far Far Away
- Madagascar


Nak main game tak boleh sebab my little girl tak cukup ketinggian. So Keyza boleh layan movie
Shrek 4-D Adventure, Donkey LIVE dan main permainan Magic Potion Spin.

Keyza juga sempat main King Julien's Beach Party-Go-Round dan bergambar bersama Madagascar Boogie! dan kat The Lost World bergambar dengan patung Dinosour je la sebab game semua tak boleh nak main. My little girl and my mom scary giler tengok The Army of Anubis, so kitaorang tengok je la tak bergambar langsung kat situ.

Kemudian berjalan-jalan lagi layan Lights, Camera, Action!™ Hosted by Steven Spielberg, terkejut my little girl lihat action movie depan mata kemudian kitaorang bergambar bersama Sesame Street Stage Shows untuk beli gambar kat situ $30 diperlukan tapi boleh je pakai kamera sendiri tak perlu la nak bayar mahal2 kan. Balik nanti cuci sendiri la gambar-gambarnya.

Sebelum balik Keyza layan juga la Monster Rock™ at Pantages Hollywood Theatre™ dan join aksi live Mel's Dinettes dan Daddy O's.

The sad things is we cannot meet the Minions from DESPICABLE ME™ and can't get despicably close to our favourite Minions and take photos with Stuart and Jerry! My little girl hanya boleh main dengan patung je la. hehehehe....anyway this is very fun adventure for us.


Keluar je dari USS jam 1700 terus ke Sentosa Express naik monorail ke Imbiah Station. Di situ sempat la amik gambar berlatarkan Singa besar tu kan. Kemudian patah balik ke stesen MRT Harbour Front menggunakan monorail juga sebab it's free okay. Kalau nak naik cable car pun boleh juga $26 per person jerrr...



But we prefer naik monorail la sebab once again its FREE. So balik sama cam datang tadi sebab beli tiket return kan so just naik MRT di Harbour Front dan transit di Dorby Ghout kemudian tukar train ke Woodland. Sampai Woodland makan lagi di KFC sebelum naik bas 903 tadi ke Woodland CIQ.

Sampai Woodland CIQ kasut syiffa terjatuh lak dalam bas so terpaksa la terus mengendong dia sampai naik KTM train jam 2330 17 Jan 2014. Sepanjang perjalanan balik dalam train syiffa asyik nangis sampai satu train tu kesian kat dia but Alhamdulillah we are safely arrive at Kajang Station at 0655 18 Jan 2014. Glamour jap la my little princess sebab tangisan dia berjaya buat semua passanger dalam train tu tak tido lena huhuhuhuh. Sorry guys...


Tuesday 7 January 2014

Waktu Solat 2014

Keyza just nak share jadual waktu solat bagi tahun 2014.
Dah masuk minggu ke-2 baru sempat nak upload...

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu,seksanya umpama:-
Subuh: Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.
Zuhur: Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.
Asar: Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.
Maghrib: Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.
Isyak: Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkautinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku." Segala gerak - gerinya seperti pakai, makan, tiduradalah berdosa kepada Allah.



Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda " Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim) Wallahua'lam 

Stay + Ticket to Legoland Johor Bahru

Jumaat ni 10 Januari 2014 Keyza akan bawa hubby and my bigboy Darwisy Azim ke Legoland.
Rasa sedih juga tak dapat nak bawa skali my baby boo Asyiffa sebab dia ada kat kampung teman atuk nenek medical check up. Tapi tak pe next week masa cuti Thaipusam, Keyza akan bawa baby boo ke USS Singapore... heheheh banyak abis duit mommy bulan Januari ni.

So journey kali ni bertiga je la. Keyza beli tiket ni kat Groupon ada la promosi so beli je la bley stay kat Hallmark Regency Hotel dan dapat 2 tiket dewasa Legoland cuma untuk bigboy Darwisy kena la add on tiket cuma RM80 je. Masih lagi dalam budget penjimatan.

Pakej yang Keyza pilih
Package A: 2D1N stay for 2 for RM328 (up to RM488 value) (only RM164 per person)
Deluxe Room
  • 35 sqm room with city view
  • Queen-sized or twin bedding
  • Max. occupancy: 3 adults OR 2 adults and 2 children aged 11 and below per room. 3rd – 4th guest aged 3 and above subject to additional charges
  • Private bathroom hair dryer
  • Television with cable channels
  • Mini bar and tea and coffee making facilities
  • In-room safe
  • Complimentary Wi-Fi
Hotel facilities
  • CafĂ©
  • Laundry and dry cleaning service
  • Business centre
  • Meeting facilities
Admission tickets for 2 people:
Package A: Legoland Theme Park


Semoga percuti kali ni membawa keceriaan pada anak ku...takpe duit abis untuk anak sendiri juga.
So let's enjoy the photos.
















Tak banyak gambar yang dapat di ambil sebab handphone out of battery...hhuhuhu sadis.....
Tapi yang pasti Keyza sangat teruja tengok hasil kegigihan orang yang cipta benda-benda dalam ni guna lego je. Kat umah pun ada lego tapi hasil nya sikit je last2 berkecai2 disepahkan oleh anak2.
Hahahaha 

Sunday 5 January 2014

Indonesia Bandung 2nd Day Planning Trip

Tinggal lagi 2 minggu sebelum Keyza and family berangkat ke Indonesia.

Semua kerja perlu disiapkan segera supaya sepanjang percutian tidaklah rasa terbeban dengan tanggungjawab yang tertunggak kan....

Sekarang passport semua dah ready. Tiket flight pun dah ada hotel pun dah ditempah.
Tiba masanya untuk kita membuat kajian tentang tempat-tempat yang bakal dilawati nanti dan berapa erk cost yang akan dibelanjakan.

Bandung Volcano Tour (Tangkuban Perahu)



Semenjak tahun 2010, kawasan Gunung Tangkuban Perahu dikelola oleh perusahaan swasta, sehingga harga tiket masuk Tangkuban Perahu pun mengalami kenaikan. Sebagai salah satu tempat wisata di Bandung, daerah ini termasuk banyak dikunjungi oleh para pelancong. 


Harga tiket ini berfariasi, yaitu sebagai berikut:

Tiket Pengunjung Nusantara:
Pengunjung Nusantara Rp. 13,000/orang
Kendaraan Roda Dua Rp. 5,000/kendaraan
Kendaraan Roda Empat Rp. 10,000/kendaraan
Kendaraan Roda Enam Rp. 20,000/kendaraan

Tiket Pengunjung Tourist Asing/Luar Negeri:
Tiket Perorang Rp. 50,000/orang
Tiket Roda Dua Rp. 7,500/kendaraan
Kendaraan Roda Empat Rp. 15,000/kendaraan
Kendaraan Roda Enam Rp. 25,000/kendaraan

Tangkuban perahu memang merupakan tempat wisata yang menarik untuk dikunjungi di Bandung. Bagaimana tidak, kawah gunung yang begitu indah, dapat didatangi dengan kendaraan hingga bibir kawah tersebut.

Ciater Hot Spring

Ciater Hot Spring atau Bahasa Melayu nye Kolam Air Panas Ciater. Banyak sangat nama kan. Kalau pergi Tangkuban Parahu, wajib pergi Ciater sebabnya, tempat ni adalah di kaki gunung Tangkuban Parahu. Orang kata kalau nak mandi sini, mandilah puas2. 

baca pada komen orang tentang bayaran masuk

"u have to pay about 18,000 rp to enter the ciater hot spring. then u have to pay 20,000 - 40,000 rp depends on what type of swimming pool that u choose. i ate ice-cream and cost me 15,000 rp for the cheap ones. for me it just okay. will be extra crowded on weekend."

So kiranya Keyza kena spend money juga la nak masuk sini kan...hahaha dah nama nak berjalan lagi mau berkira...tapi takpe sebab ada insurans kalau masuk sini heheheh.



Okey ni untuk 2nd Day je tau...nanti Keyza update info selanjutnya....nantikan bersama ye

Friday 3 January 2014

Artsphere 3D Mural @ The Atmosphere, Seri Kembangan

Happy New YEAR FRENZ.... 


Tak sangka kan sekejap je dah masuk tahun 2014 so bermakna bertambahlah lagi angka pada umur kita.

Sempena cuti tahun baru ni Keyza sempat la bawa family Keyza jenjalan. Nak jalan kat mana erk yang tak perlu keluarkan wang tapi menarik dan dekat je sebabnya hubby Keyza keja petang lak time cuti-cuti Malaysia ni.

Tengah layan HotFM ada satu iklan pasal 3D Mural Art kat Seri Kembangan then Keyza terus Google pasal info ni terus ajak hubby and family pergi situ. Dan sesungguhnya memang admission free. Lokasinya di Atmosphere - bangunan baru betul-betul di belakang Giant Seri Kembangan. Di sini terdapat lebih kurang 80 mural yang cantik-cantik belaka. Barulah katakan.

Disebabkan tempat ini masih baru, kedaipun banyak yang belum buka lagi, jadinya tak ramai orang yang berkunjung ke sini. Penganjur siap sediakan pamplate peta di mana terletaknya 80 mural-mural ini. Ada yang 3D dan ada juga yang 2D. Jadi kena jalan-jalan keliling bangunan dan naik ke tingkat 2 untuk tengok semua mural yang ada di sini.

Sampai je anak2 Keyza terus terjah ke wall yang dihiasi lukisan pekan yang busy dengan kereta so snap la satu gambar dorang.



 Di tingkat atas


 My bigboy Darwisy action kekonon di tangkap oleh askar Red Lady "The Alice in Wonderland"


 Ni Mural dam ular terbesar


 Abah Keyza pun teringin juga main dam ular ni


Keyza yang suka verangan nak jadi pemain profesional piano. Amacam ada gaya tak?



 Ni aksi my bigboy again konon kawan dia tengah tunggu dia kat atas pokok la
 Ni aksi my babygirl Asyiffa pun verangan ada kakak dok panjat tangga dengan dia...disebelah tu my lovely mom yang sentiasa di sisi Asyiffa.


 Ni aksi hubby Keyza pretend nak selamatkan gadis dar jatuh dalam air katanya...

'

Heheheh ni kelakar bila tengok hubby Keyza melayan our bigboy...kenkadang serius sangat takde anak2 nak dekat.



 Kolam takde kat umah so pakat dok tangkap ikan sorang sekor nak bawa balik goreng hahahah..



 My lovely mom rindu nak main "Zero Point"




Ni my abah yang selalu teman my bigboy kat Barber Shop


Dahaga betul so jom beli air kat vending machice ni eh Keyza tertekan teddy bear lak....


Mommy, Darwisy nak call 911 boley ke? Tapi tak sampai la Mommy...


Adik nak call 911 juga Mommy...



Mommy tolong jangan lepaskan adik masuk pintu ni...adik takut...huhuhuhu





 Mommy, dari tadi Darwisy cuba angkat cawan ni tak naik-naik

Abah nak order makan dulu....adik manis apa mau minum?



Let's go to time tunnel...nak masuk alam mana ni?





Eh burung ni dah nak terbang tolong tangkap skali...



Dah jom naik train lak kot2 leh sampai umah cepat...








 Di belakang bangunan mari kita ke angkasa lepas...vroom..


 Mommy adik nak panjat juga...


Semua dah naik atas mommy ...ramai juga Spiderman di sini...








My bigboy Darwisy yang sangat teruja bila tengok lukisan lego camni


Aksi bakal perwira negara







Scooter yang sangat legend di sini..berebut nak bergambar kat sini aihhh..
 Pelbagai aksi..
 Pelbagai gaya...

 Ni model veteran sudah tiba...shuh..shuh


jom masuk ke alam fantasi






dah turun mari kita petik epal sorang sebiji bawa balik yer...


Habis sudah pusing-pusing sampai terlena my baby girl...jom balik...

Sangat best kan? So apalagi jom jenjalan lagi
More info just Like https://www.facebook.com/artsphere208tyofficial