Nuffnang

Showing posts with label percutian. Show all posts
Showing posts with label percutian. Show all posts

Saturday, 9 August 2025

Itinerari Kota Kinabalu 3H2M

Hooolaaa uols,

Lama Keyza tak update itinerari jalan-jalan mengabiskan duit kan ..kan ...kan...

Plannya main cakap je dekat mak nak ikut en shuben g event di KK. Mak kata ON uols siap bagi modal backup walaweiiii rezeki jangan ditolak kan ..kan.. kan..


Hari Masa Aktiviti Lokasi Nota / Tip

JUMAAT

Hari 1

6.00am PARKING KERETA KLIA Lot-1888, Jalan 6, Kampung Baru Lanjut, 43900 Sepang Selangor

https://waze.com/ul/hw22rfe783

BAYARAN :
1- Parking Terbuka : RM7 Sehari
2- Parking Berbumbung : RM10 Sehari
3- Airport Shuttle Service : Rm50
2Hala (Drop off & Pickup di Airport)
- 6am - 12m/night : RM50
- 12m/night - 6am : RM60
4- Deposit Rm50 untuk booking parking

📱 Hubungi Whatsapp/Call
WAN wasap.my/601135261062
LEEN wasap.my/60193782229

  10.30am Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI) Airport KK Sewa kereta / guna Grab untuk mobiliti
11.00pm Makan Tengahari dan Bertolak ke Kundasang Kundasang 2 jam perjalanan, berhenti di Tamparuli Jambatan gantung
2.00pm Lawatan ke Desa Dairy Farm Kundasang “New Zealand Malaysia” – ambil gambar lembu & pemandangan Gunung Kinabalu
  Taman Kinabalu (Kinabalu Park) Kundasang UNESCO World Heritage Site
4.00pm Pulang ke Kota Kinabalu dan Check In    
  Makan Malam Todak Waterfront Boleh cuba ikan bakar & kerang bakar
SABTU Hari 2 8.00am Lawatan ke Signal Hill Observatory KK

Tip masa melawat: Lawat Observatory Tower pada petang atau malam untuk melihat suasana atau pemandangan yang lebih menarik.

Waktu operasi: Isnin hingga Ahad – 9:00am hingga 11:00pm.

Bayaran masuk: Percuma

10.00am Jalan-jalan di Anjung Kinabalu dan Masjid KK KK Dulu dikenali sebagai Pasar Filipina
1.00pm Makan Tengahari KK https://www.iloveborneo.my/20-tempat-menarik-di-kota-kinabalu-yang-mesti-anda-kunjungi/#18-kipandi-butterfly-park
2.00pm 1 Borneo Hypermall KK Shopping
7.00pm Rehat KK Rehat di hotel
AHAD
Hari 3
Pagi Check-out hotel &Bertolak ke lapangan terbang Airport KLIA Pastikan sampai 2 jam sebelum penerbangan
Tengah hari Makan tengah hari di R&R Rawang Pastikan sampai di Perak sebelum jam 3pm
Petang Hantar darwisy balik asrama Alor Star Pastikan sampai di Alor Star sebelum jam 6pm

Sunday, 15 January 2023

Hello 2023 Vacation

Hooolaaa uols,

1st entry for 2023. Happy New Year.

Last entry Keyza story itinerary ke Sarawak kan.

So Keyza nak story la kan berjaya ke tak apa yang dirancang sebelum ni 

Itinerary ke Kuching Sarawak 2023.


Hari pertama seperti yang dirancang alhamdulillah kesampaian cuma Borneo Culture Musuem tu Keyza extend ke hari kedua. Sebab mak Keyza dah penat dan Jambatan Satok tu Keyza pergi last day sebab rupanya dekat dengan Bazar Satok. Kenapa penat dah di hari pertama? Kisahnya sampai je kat airport Kuching, kitorang terus ke Waterfront untuk mencari makan tengahari. Pagi dah makan sesiap dalam flight. Menu santapan di Waterfront Keyza mesti la nak cuba makanan Sarawak kan. Menunya adalah Mee Kampua dan Mee Kolok. Mak dan anak-anak Keyza mesti la makan nasi goreng Pataya. 
Sementara menunggu untuk check in homestay, kitorang naik la boat menyelusuri sungai dengan harga RM50 dan dibawa ke Kg Gersik untuk menikmati Kek Lapis Dayang Salhah yang famous amos tu kan. Makanya dah terasa dan termakan tu terus terbeli la borong terus hahahah. Kemudian owner homestay kata dah boleh check in so kitorang pun terus menuju ke Roxy Apartment untuk rehat mandi manda solat dulu sebelum ke destinasi seterusnya. 
Bersama pakcik pembawa bot


Santapan Kek lapis percuma guys






Seperti yang dirancang lokasinya adalah Jong Crocodile Farm tapi Keyza tak sempat tengok acara bagi makan buaya tu sebab terlajak rehat terlambat la sampai hahaha. Dalam Jong Crocodile Farm ini, bukan sahaja ada lebih 1000 ekor buaya, tapi juga ada muzium buaya dan juga kawasan zoo mini untuk  tengok binatang macam landak sampailah ke ikan arapaima.Harga tiketnya tak murah. Tapi cukup berbaloi, sebab kalau kebanyakan taman buaya lain cuma ada reptilia itu, kat sini ada macam-macam lagi. Dan yang paling istimewa sekali  boleh tengok  Bujang Senang kat sini. Agak geli geleman juga la tengok buaya sebanyak itu dan bila dorang beraksi haishh syerammmm. Luas tempat ni 25-acre ha mau tak penat weeeeeeeeeiiiiiiiiiii....


Anak teruna yang happy dapat tengok Bujang Senang



Dah tengok buaya lapar la penat tau jalan dalam tu, lokasi dinner mesti la TopSpot. Jenuh pusing-pusing juga la sebab tak nampak signboard TopSpot dan akhirnya dapat sampai dan menikmati Oyster Pancake yang special tu. Order tak hengat dunia sebab lapar sangat makanya tak habis pun makanan dan kitorg tapau je bawa balik homestay pastu terus beli beras sebab boleh masak untuk sarapan pagi esoknya hahahah. JIMATTTTTT kan.


Oyster Pancake guys nyummy



Hari kedua banyak perubahan drastik sebabnya En Suami nak panjat gunung, so kalau dah panjat gunung means masa untuk ke lain-lain tempat pun mesti la dah berkurang kan. Plan berkelah di Pantai Tenang, Lundu ditukar ke mendaki Gunung Serapi.
Gunung yang dituju adalah Gunung Serapi. It was located at Kubah National Park near Politeknik Kuching. 

En Suami yang happy dapat mendaki Gunung Serapi


Gunung Serapi is located in Kubah National Park and is near to the Matang wildlife sanctuary. At 911m, it is the tallest peak in the Kuching area. It can easily be climbed in a single day, as most hikers complete the trek in 5 hours or less and it is a very popular jogging spot. The mountain is actually known as the Matang range, and Serapi is the highest peak of the range.

Unfortunately, the true summit has an important telecommunications tower and compound on it, and access is restricted to military personnel or those working on the installation. Indeed, hikers who wander towards the summit will be turned back at a checkpoint about 100 metres below the true highpoint. Nevertheless, there is a really good viewing tower on a nearby top that makes the hike a worthwhile one.

Untuk mendaki kena bayar tau tiketnya dewasa RM10 manakala kanak-kanak RM3 jer.

Nak tengok video pendakian klik link ni ye: Gunung Serapi 

Keyza dan anak teruna try juga la join mendaki kan. Tapi as usual Keyza left far behind, so sampai 900ft je dah patah balik sebab seram sensorang hahahah lagipun mak dan anak dara kat bawah nanti lama pulak menunggu. Anak teruna masih gigih menemani en suami menuju ke puncak. So, while waiting for them, Keyza bawa la mak dan anak dara ke  Serapi Village Virgin Coconut Shake, sebab mak dahaga katanya. Kat sini tandasnya selesa jadi sempat la Keyza tukar pakaian hiking tadi peluh ashemmmm. 
Mak Keyza yang excited dapat main gendang CNY



Selesai minum kitorang patah balik ke Kubah National Park untuk ambil en suami dan anak teruna. Anak teruna story dia pun sampai 1800ft sahaja sebab dah give up pastu dia nampak ada segerombolan orang turun dia pun join la turun bersama. Just a few minutes later en suami pun turun juga. 

Selesai tukar pakaian kita terus ke Esplanade Telaga Air. Kat sini ada boat tau harga naik boat RM50-RM80 untuk jenjalan sekeluarga. Tapi sebab dah janji nak jumpa sahabat Keyza dari Kuching tak jadi la naik boat. Lunch kat Telaga Air ni memang murah giler beb mood dia macam makan dekat Kuala Terengganu. Seafood murah gilerrrrrrrrrr. Ambil udang sotong ketam ikan bagai semua untuk 8 orang makan baru RM100 walawei...tapi yang ada GOUT jangan try la kang helok2 nak bercuti ke hospital pula aiggoooo..
Bersama penaja lunch hari di Telaga Air




Lepas chit chat kitorang menuju ke Borneo Culture Musuem. Harga tiket masuk RM10 sorang. Seperti yang diperkatakan ye muzium ini interaktif, jadinya dapat la kita tengok kisah tentang Puteri Santubung dan Puteri Selinggi yang bergaduh akibat cinta tiga segi merebut cinta Putera Serapi yang akhirnya disumpah oleh dewa dewi menjadi Gunung Santubung, Gunung Selinggi dan Gunung Serapi. Terlupa pula belum beli ole-ole kepada family dan sahabat di Semenanjung jadinya kami terus ke Indian Street Walk kat sini ada pelbagai jualan barangan dan murah.



Disebabkan esoknya dah nak balik, jadinya kita putuskan untuk lepak di Waterfront sambil menikmati keindahan lampu warna warni di Astana dan Dewan Undangan Negeri Sarawak sambil merentasi sungai meniti di Jambatan Darul Hana. Makan malam pun santai je di Waterfront menikmati sate, nasi goreng dan laksa Sarawak.

Hari terakhir di Sarawak, seperti yang dirancang Keyza ke Pasar Satok untuk membeli buah-buahan dan ikan terubuk masin untuk dibawa pulang sambil makan sebelum naik flight. Sempat la bergambar di Jambatan Gantung Satok. 
Tak dapat naik jambatan sebab sedang diselenggara



Sekian, story Keyza dapat memenuhkan bucket list untuk bercuti ke semua negeri di Malaysia. 
Alhamdulillah safely landed dan sambung kerja cam biasa. Until next vacation plak hahahah....



Thursday, 7 January 2021

Welcome 2021 Bye Bye 2020

Hallluuiiii Chinggueess,

Coretan pertama Keyza di tahun 2021.... walawei dah 8 hari di tahun 2021 baru berpeluang nak mencoret di sini.

Lama Keyza bercuti di hujung tahun untuk pastikan tahun baru dapat bekerja dengan minda yang lebih cerdas gtewww...

Tahun 2021 banyak agenda yang Keyza perlu fokus terutama nya my Big Boy Darwisy nak exam UPSR dan UPKK tahun ni. UPKK yang sepatutnya dilaksanakan 2020 tak dapat dijalankan sebab Covid-19 dan sekarang masih tak reda lagi Covid-19 but it's getting worse from time to time :(

Tak dapat pastikan tahun ni adakah peperiksaan dan persekolahan berlaku dengan sempurna atau tidak, 7 Januari 2021 kes di Malaysia dah cecah 3K :( di dunia apatah lagi.

Opis Keyza pun sunyi je sorang MC je berpanjangan, sorang lagi dah cuti bersalin, sorang lagi terpaksa jaga isteri yang sakit tenat, sorang lagi sedang mencari cinta dan Keyza masih memikirkan cara untuk bertukar dan berada di samping suami seperti dulu hurm ntah la bila kejadiannya...

Eh..eh ...eh ...apa ni mood sedey plop... okay back to normal guys... Keyza nak share kisah percutian ajew sebab tahun ni Keyza tak nak share di Facebook sebab ramai mengecam secara back end kononnya Keyza xabis ke duit asyik bercuti ajew hehehehe.... So 2021 ni Keyza share kat IG n my blog je la gayanya yerrr.... tapi klu ada yang mengecam di blog juga stalker la tu hahaaha..

Trip percutian Keyza pada awal tahun 2021 adalah Trip Hiking mencari air terjun. Ramai yang post di Facebook story ada katanya ada air terjun cantik di kampung Keyza, kampung Keyza mana tu....kat Balik Pulau, Pulau Pinang la uols...



Ha cantik tak kampung Keyza uols....???? Tu la finally 2 Januari 2021 akhirnya berjaya jua Keyza sekeluarga sampai sini sesat juga la walaupun kampung sendiri wakaka lama dah Keyza hidup di perantauan gtew memang sesat la sampai ada orang kampung yang follow Keyza dari belakang la supaya tak sesat wakakaak..

Kawasan ni tuan tanahnya berbangsa Cina kerana kebunnya duriannya memang dah berpagar la cuma boleh la nak masuk lagi sekarang ni katanya pagar tu baru je lagi dibuat sebab nak elakkan orang yang datang hiking tu dari mencuri buah-buahan yang ditanam...dan tertera signboard "Beware of Dog"  ye uols sebab memang ada anjing la diletakkan dalam kawasan ni untuk menjaga kebunnya. Tapi sayangnya ramai juga yang datang tak reti jaga kebersihan alam dengan membuang sampah di kawasan ni. Sedih :(


Kalau uols nak teroka tempat ni juga waze je Air Terjun Teruna Daraye uols... kalau sesat tanya je la orang kampung situ pasti akan dilayan dengan baik...













Tuesday, 6 November 2018

KL - KK - Labuan - KK - KL Trip

Assalamualaikum uols...

Kalau uols ada terbaca entry Keyza sebelum ni tajuknya Keyza Nak P Sabah
uols mesti nak tahu apa kisahnya sepanjang perjalanan ke sana.

Hari pertama Khamis (1 Nov 2018)
9.00 am - Bertolak dari Slim River, Perak as usual singgah Klinik Kesihatan dulu untuk "daily dressing" luka en suami.
10.00am - Bergerak terus ke Putrajaya untuk ambil kawan en suami "driver tumpangan" untuk bawa balik kereta kitorang kes nak jimat bayar parking KLIA herherher....
1.00 pm - Makan tengahari di Medan Selera Presint 9 Putrajaya (mak dah bekalkan nasi lemak tinggal order air je so tempat macam ni xde masalah bawa makanan dari luar)


2.00 pm - Bergerak ke KLIA airport untuk check in
4.40pm - Sepatutnya dah fly ke KK tapi sebab cuaca tak mengizinkan "flight delayed" 1 jam
5.40pm - Flying to KK
9.00pm - Safely bound to KK airport (dapatkan kenderaan sewa dorang dah tunggu) kalau nak booking whatsapp je Rental Car
9.30pm - Makan malam di Restoran Haji 2 (nasinya menimbun terkezut 1 pinggan boleh makan 2 orang uols)
- Isi minyak RM50 (full tank bagi Perodua Bezza)
10.30pm - Check In Tune Hotel (niat nak jenjalan Pasar Filipino dan Pasar Malam Todak tak kesampaian penat giler uols)
Hari kedua Jumaat (2 Nov 2018)
6.30am - Sarapan pagi di Tune Hotel

7.00am - Bergerak ke Terminal Ferry Menumbok (seperti yang dirancang nak ke Labuan)

10.00am - Beli tiket di kaunter (Ferry Galaxy)
Harga tiket RM40 untuk kenderaan manakala RM2.50 (x 5orang) untuk passenger dan warga emas free then bayar cukai pendaratan RM21.50(utk 6 orang)


11.30am - Bergerak ke Labuan (perjalanan 1 jam 30 minit)

1.00pm
- Makan Tengahari di Restoran Warisan Labuan (ditaja oleh my friend Lisa tq so much dear) makan disini utk dapatkan selera semenanjung


2.00pm - Jalan-jalan di Muzium Negeri Labuan (percuma je) dan Dataran Labuan melalui War Memorial Park


2.45pm - Check in Rumah Transit Labuan (solat dan istirehat)

3.45pm - Mandi manda di Pantai Tanjung Batu ( disini disediakan toilet untuk persalinan)


4.45pm - Shopping coklat di Ujana Kewangan Labuan (murah giler coklatnya)

6.00pm - Santai di Taman Awam Tanjung Purun (ada funfair untuk anak2 bermain)

6.45pm - Makan Malam di Nagalang Restaurant (ditaja oleh sahabat umrah aka warga Labuan alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki selalu)



9.00pm - Balik Rumah transit dan tidurrrrrrrrrrrrrr
Hari ketiga Sabtu(3 Nov 2018)
6.00am - Beli tiket ferry ke Menumbok
(ni paling sadis weekend memang susah nak dapat tiket semua warga Labuan akan keluar ke KK makanya beratur la di belakang Public Bank sebagai "waiting list passenger" kalau uols jalan kaki no problem ni sebab kes Keyza bawa kenderaan ke Labuan camni la masalahnya tetapi alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kami ada 'mamat' ni jual tiket dia sebab tak jadi ke KK makanya dapat la tiket ferry Kimanis jam 10.30am)

Harga tiket RM40 untuk kenderaan manakala RM2.50 (x 6orang) untuk passenger denda tukar nama tiket (RM10)
10.30am - Bergerak ke Menumbok (perjalanan 1 jam 30 minit)
12.00pm - Menyelusuri pemandangan ke KK dari Menumbok
1.00 pm - Makan tengahari di Restoran sekitar (xtau la nama apa sebab lapar sangat wakakaka)
- Isi minyak RM50 (full tank bagi Perodua Bezza)
2.00pm - Shopping ikan bilis, ikan kering di Kimanis (banyak je gerai2 jualan singgah la mana satu pun Keyza xpasti nak syorkan pun sebab Keyza pun main stop by je)

4.00pm - Check in Borneo Tree House
Anak2 mandi manda di 'pool' yang disediakan nyaris lemas si Syiffa sebab suka2 g mandi tempat dalam nasib ada orang di sekitar kolam yang sudi selamatkan abahnya xdapat nk tolong sebab kakinya sakit (huhuhuhu)


6.00pm - Solat dan bergerak ke Filipino Market
7.00 pm - Shopping di Filipino Market sempat la mendobi di situ sementara nak makan malam




8.00 pm - Makan malam di Pasar Malam Ikan Todak (ditaja oleh sahabat umrah juga alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki selalu)
10.00pm - Bergerak balik ke Borneo Tree House untuk tidurrrrrrrrrrrr

Hari terakhir Ahad(4 Nov 2018)
6.00am - Early check out dan teruskan perjalanan ke Kundasang (gerak awal kalau nak tengok view Gunung Kinabalu)
7.30am - Tiba di Desa Cattle Dairy Farm (alhamdulillah sempat tengok view Gunung Kinabalu)



Sarapan ala kadar je (nasi, butter prawn dan sotong celup tepung tak abis dinner semalam) banyak sangat ordernya semalam dah orang belanja makan je la nanti membazir
8.00am - Beli tiket untuk masuk melawat lembu2 ala2 New Zealand, makan aiskrim itu wajib la kalau sampai sini harga aiskrim RM5.30 (yougurt/chocolate gelato) dan beli susu fresh Desa harga rm4 sahaja.
Harga tiket RM5/person


10.00am - Bergerak ke Kinabalu Park untuk melihat view hutan lipur Kinabalu nak mendaki memang tak dapek la sebabnya flight nalik KL petang tu juga herherher boleh jer masuk dengan kenderaan kalau malas nak jenjalan tapi kalau nak rasa peluh jalan la yerrrr
Harga tiket RM3/person



11.00am - Last destinasi adalah Rumah Terbalik (terserempak dengan kawan zaman kolej yang dh 10tahun xjumpa sedang honeymoon katanya) di Semenanjung tak pernah jumpa ke Sabah jua jumpanya heheheh
Harga tiket RM12/person (tunjuk MyKad)


12.00pm - Makan tengahari di Restoran Mamak sebelah Masjid Negeri Sabah yang cantik tu
1.00pm - Solat di Masjid Negeri Sabah (seronok anak-anak main dengan merpati sabah yang jinak benor)

2.00pm - Check in di Airport Kota Kinabalu (penyewa kereta dah tunggu)
4.00pm - Terbang pulang ke KLIA ( cam biasa ada delayed juga la sebab hujan)
7.30pm - Alhamdulillah safely arrived di KLIA ( sahabat en suami dan menanti)
8.00pm - Dinner di Ramai Seafood Dengkil (lapar giler doooooo)

Uols dapat bayangkan tak berapa jam je weols tidur demi nak merealisasikan semua ini????
Banyak lagi tempat menarik yang nak dikunjungi tapi apa daya masa terhad dan cuaca hujan yang tak mengizinkan... Agaknya akan repeat tak hurmmmm ntah la....

Doakan Keyza sekeluarga murah rezeki dan panjang umur boleh la repeat lagi....
In Sya Allah...jumpa lagi di entry yang lain...adiosss amigos