Nuffnang

Showing posts with label 2017. Show all posts
Showing posts with label 2017. Show all posts

Thursday, 15 June 2017

iBawal Soraya Parfum

Assalamualaikum wbt....

hai uols...

Entry kali ni Keyza nak share info pasal tudung Bawal ...
Koleksi terbaru 2017 dinamakan IBawal SORAYA PARFUM.

Kenapa Keyza nak share info tudung plak???...sebelum2 ni entry Keyza pasal cuti la lirik lagu la citer Korea bagai kan...????

Of course la sebab Keyza dah terjebak menjadi agents IBawal...
Memula nak beli untuk pakai je dah tersuka tanpa sengaja terus jadi agents plak...
Doakan la business Keyza ni berjaya yer...almaklumla bukan jenis business minded Keyza ni...

So Apa yang menarik tentang koleksi iBawal?

💥Pelbagai design dan koleksi yang menarik
💥Nampak confident bila menggayakannya
💥Sesuai dipakai di mana-mana majlis
💥Tak mudah kedut
💥Senang digosok dan tak perlu gosok terlalu lama
💥Senang dibentuk
💥Pelbagai gaya boleh digayakan
💥Material kain yang best, selesa dipakai
💥Bidang bawal yang awesome tak pendek tak labuh sangat
💥Harga mampu dimiliki
💥Jahitan kemas
💥Terdapat pelbagai corak terkini sempena raya!

Mana tudungnya???? ok kita bagi tutorial cara pakai tudung dulu yerr...



IBawal SORAYA PARFUM ni ada 25 koleksi tau .... semua color pastel dan sesuai jer diganding dengan mana2 baju uols...



Soraya Parfum series by ibawal menggunakan nano technology pada fabric. Berapa banyak kali basuh baunya akan kekal senantiasa pada tudung. Perlu gosok gosok untuk baunya keluar.
Project parfum IBawal yang pertama adalah pada May 2016, Serena Parfum. Serena masih lagi bau wangi selepas setahun keluar.  HQ telah bersabar selama setahun untuk R&D series parfum untuk make sure apa yang dijanjikan haruman kekal itu pada market. Going forward, iBawal akan focus pada parfum - memang dah trademark dan patent iBawal.

And now...

The wait is over! Koleksi terbaru iBawal Soraya 2017 Parfum Flora & fauna.
Tampil dengan 5 CORAK (25 warna pilihan) yang diadaptasi dari keindahan flora & fauna.
Sentuhan EKSKLUSIF dengan gabungan warna pastel lembut yang menyerlahkan gaya moden dan elegan. . Material SATIN CREPE yang mudah dibentuk serta fabrik HARUMAN kekal pasti menambah keterujaan.
Kemasan jahitan serta logo 'METAL TAG' memberi nilai tambah kepada anda.

iBawal didatangkan dalam pek bungkusan yang unik. Sangat sesuai untuk koleksi sendiri atau sebagai hadiah kepada yang tersayang.

Semuanya dengan harga MAMPU MILIK.
Prices :
MYR 55 (WM).
MYR 57 (EM).
BND 24.
SGD 24. (GST inclusive). (Excluding postage).
whatsapp (klik link) -> http://www.wasap.my/+6013535764 .

Jangan tunggu lama-lama.

Miliki #Soraya2017Parfum sekarang! #gosokgosokwangi

#ibawal #ibawallovers #ibawal2017parfum #revolusibawal #newcollection#soon #bawal #tudungbawal #koleksiraya #tudungraya #raya2017 #hijab#hijabstyle #hijabfashion #malaysia #brunei #singapore

Tuesday, 13 December 2016

Jadual Gaji Penjawat Awam 2017

Assalamualaikum semua...


Sedar tak sedar 2016 dah nak melabuhkan tirainya kan....
Sedar tak sedar juga dah dekat 2 tahun berjauhan dengan family tersayang hurm tak pe la janji every weekend dapat jumpa pun bersyukur tersangat dah.

Sebagai penjawat awam benda paling mustahak sekali adalah jadual gaji la kan.
Meh Keyza share jadual gaji 2017.


Gigih la Keyza design jadual gaji ni supaya rasa happy bila nak nengoknya.
Kalau nak merancang kewangan makanya meh kita kaji tempoh gaji tersebut:

20 DIS 2016 - 19 JAN 2017 = 30 HARI
19 JAN 2017 - 23 FEB 2017 = 35 HARI
23 FEB 2017 - 23 MAC 2017 = 28 HARI
23 MAC 2017 - 25 APRIL 2017 = 33 HARI
25 APRIL 2017 - 25 MEI 2017 = 30 HARI
25 MEI 2017 - 15 JUN 2017 = 21 HARI
15 JUN 2017 - 25 JULAI 2017 = 40 HARI
25 JULAI 2017  - 24 OGOS 2017 = 30 HARI
24 OGOS 2017 - 25 SEPT 2017 = 32 HARI
25 SEPT 2017 - 11 OKT 2017 = 16 HARI
11 OKT 2017 - 23 NOV 2017 = 42 HARI
23 NOV 2017 - 21 DIS 2017 = 28 HARI

*BULAN JUN (AIDILFITRI) & OKTOBER ( DEEPAVALI) SGT KRITIKAL KERANA SELANG HARI YANG SGT BESAR...
SELAMAT MENGHABISKAN SISA2 CUTI & SELAMAT BEKERJA 2017...



Monday, 11 July 2016

Kalendar 2017

Salam Aidilfitri uols....

Lama Keyza tak update blog ni almaklum la busy dengan hal-hal duniawi ni.
Kali ni Keyza nak update tentang cuti umum bagi tahun 2017.
heheheheh awal sangat ke uols rasa...

Bagi Keyza cuti amat penting sekarang ye la dah 'PJJ' ni cuti kena diaturkan sebaik mungkin supaya dapat dimanfaatkan buat insan-insan tersayang. Tapi di hati masih berharap dapat la bertukar dengan segera. Penat tau uols nak berulang je setiap minggu. Mana nak spend masa cuti dengan mak sendiri dengan mertua lagi dengan en somi n anak2 lagi...eheheh terluah perasaan plak...

Meh la tengok kalendar 2017.


Sekarang boleh la nak merancang apa-apa kan...kot la nak beli tiket Air Asia free seat ke apa kan...