Nuffnang

Monday 30 December 2013

Indonesia Planning Trip (Bandung-Jakarta) 7D6N

Keyza and family dah rancang nak bercuti di Indonesia pada awal tahun 2014 ni. Tiket flight dah booked untuk 5 dewasa (Keyza, En Hubby, My Parents, My MIL) dan 2 children iaitu putera puteri Keyza (Darwisy dan Asyiffa). Kali ni percutian agak panjang sebab bulan Disember 2013 Keyza tak apply cuti langsung. So awal tahun ni pergi cuti sepuas-puasnya sebelum start working 2014.

Keyza and family tak pernah bercuti luar negara ni la first time nak g travel jauh2 dengan family. Duit bukan ada banyak sangat pun tapi gediks nak jenjalan juga. So bila duit tak berapa nak ada kena la budget sebijak-bijaknya.



  1. Untuk tiket flight AirAsia je la yang termampu because Everyone Can Fly kan pergi dan balik plus bagasi bagai RM1600++ for 7 person. 
    Date Flight Depart Time Arrive
    Wed 22 Jan 2014 QZ8594 KUL 20:00 BDO 21:05
    Tue 28 Jan 2014 AK1329 BDO 08:30 KUL 11:35

  2. Untuk penginapan lak Keyza pilih stay kat Homestay je sebab datang dengan family so Supir Mr Acenk dah tolong booked homestay untuk kitorg semalam 400K Rp. anggaran sekitar RM109++/day.  Nama homestay ni Paling D Amaris.



  3. Untuk perkhidmatan pengangkutan lak Keyza booked Mr Supir Acenk dengan van dan dikenakan kadar bayaran 500K Rp. anggaran sekitar RM137++/day. 
  4. Keyza dan family juga booking Hotel Space di Bogor. Kadar bayaran 260Rp/Day/Room. Di Bogor tiada homestay so Keyza perlu tempah 2 bilik untuk stay di sini. Sama ada anda melancong atau ke luar kawasan kerana kerja, Hotel Space Bogor merupakan pilihan penginapan hebat ketika melawat Bogor. Hotel ini terletak dari pusat bandar dan menyediakan akses kepada kemudahan bandar yang penting. Dengan tarikan utama di bandar ini seperti Giant Botani Square, Taman Botani Bogor, Istana Bogor berada pada jarak yang dekat, pengunjung hotel pasti akan menyukai lokasinya. Menawarkan tetamu hotel perkhidmatan yang unggul dan pelbagai kemudahan, Hotel Space Bogor komited untuk memastikan penginapan anda berada di tahap seberapa selesa yang mungkin. Hotel ini menyediakan akses kepada pelbagai perkhidmatan yang luas, termasuklah Wi-Fi di tempat awam, restoran, simpanan bagasi, layanan bilik, perkhidmatan dobi. Penginapan hotel telah dikaji dengan teliti untuk taraf keselesaan dan kemudahan tertinggi, dengan meja, pendingin hawa dalam setiap bilik. Di samping itu, pihak hotel menawarkan aktiviti rekreasi untuk memastikan anda mempunyai perkara untuk dilakukan sepanjang penginapan anda. Kemudahan yang hebat dan lokasi yang sangat baik membuatkan Hotel Space Bogor menjadi asas yang sempurna untuk menikmati penginapan anda di Bogor.



Mr Acenk kata sebab flight arrival malam so pengangkutan dr airport ke hotel tak dikenakan charge. Alhamdulillah. Jimat la lagikan.

So sekarang Keyza tengah Google lokasi menarik yang akan diterjah oleh kitorang nanti, let's check it out.

Hari
Perjalanan
Makan
Day 1-Wed
(22/1/2014)
8.00pm-9.00pm
Arrival Bandung
Arrival at terminal Hussein Sastranegara airport Bandung. Greet and meeting Mr Acenk (Supir dari Indonesia). Check in Paling D Amaris Hotel.
- Dinner
Day 2-Thurs
(23/1/2014)
9.00am - 7.00pm
Bandung Volcano Tour
Breakfast di hotel.
  • Our first destination is Tangkuban Perahu where we'll invite you to have Volcano tour there. It's very famous with the biggest crater 'Ratu Crater'. Entrance fee  tangkuban perahu: 50k per person + 15k per car.
  • Proceeding the tour to Ciater Hot Spring. The entrance fee for parking is  Rp13k and Rp17k per pax.
  • Lunch at Indonesian food restaurant.
  • Afterward back to Bandung for shopping at Factory outlets and Pasar Baru Trade Centre
  • Dinner at local restaurant. Back to hotel and free program.
- Breakfast
- Lunch
- Dinner
Day 3-Fri 
(24/1/2014)
9.00am - 7.00pm
Full Day Ciwidey Tour
In the morning after breakfast at the hotel.
  • Going to Ciwidey Tour by visiting 'Kawah Putih' with its white crater. The entrance fee  kawah putih: 43k per person (including using insite transport going up to the crater) + 6k per car (park in entrance parking lot).
  • Proceeding the tour to Strawberry Farm. Guest can buy fresh strawberry there.
  • Proceeding the tour to Cibaduyut shopping area.
  • Lunch & Dinner  at local restaurant.
- Breakfast
- Lunch
- Dinner
Day 4-Sat
(25/1/2014)
9.00am - 7.00pm
Bandung Shopping Tour
Breakfast at hotel. Having Bandung full day shopping tour.
  • Visiting Cihampelas Jeans Center that very well known with Jeans.
  • Proceeding the shopping tour to very well known factory outlets in Bandung such as Heritage, Gossip, Glamour, Jetset and etc.
  • Lunch & Dinner  at local restaurant.
- Breakfast
- Lunch
- Dinner
Day 5-Sun
(26/1/2014)
9.00am - 7.00pm
Bogor  Tour
In the morning breakfast at hotel.
  • Our first destination for today is Bogor Botanical Garden located in Bogor. The entry ticket can be purchased at the gate for very cheap price, Rp 9,500 or about $1. This ticket also allows entry to the zoological museum, where you can see the giant skeleton of a blue whale, stuffed rhinoceros, and collection of almost half a million specimens of more than 15,000 species of Indonesian creatures.
  • Having lunch at local restaurant.
  • Proceeding the tour to visiting Fatahillah Square, National Monument, Old harbour Sunda Kelapa and Miniature Indonesia Park.
  • After that shopping at ITC Mangga Dua or Tanah Abang Mall.
  • Dinner at local restaurant. 
- Breakfast
- Lunch
- Dinner
Day 6-Mon
(27/1/2014)
9.00am - 7.00pm
Puncak - Bandung
In the morning breakfast at the hotel.
Afterward direct transfer to Puncak, on the way will visit Safari Wild life Park & Puncak Tea plantation.
The entry ticket can be purchased at the gate for RP250K for adult and Rp230K
Then straight to Bandung. Lunch & dinner at local restaurant. Evening check in Hotel at Bandung.
- Breakfast
- Lunch
- Dinner
Day 7-Tue
(28/1/2014)
7.00am - 8.00am
Airport Transfer Out
Breakfast at the hotel then free program until time for transfer to Bandung airport for our next flight. Goodbye Indonesia, we are back Malaysia.
- Break

Diharapkan perancangan perjalanan kali ini dipermudahkan. Memandangkan Keyza dan Mr hubby ni “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” so sekarang kitorang tengah proses permohonan ke luar negara dari jabatan masing-masing dan alhamdulillah permohonan telahpun diluluskan dan kad insurans juga telah diterima...yahoo dapat berjalan di negara orang yuk...

Passport semua dah ready tiket flight ready bagasi ready tinggal nak check in for departure.

Tuesday 17 December 2013

Jadual Gaji Kakitangan Awam 2014

Sedar tak sedar kita dah menghampiri penghujung tahun 2013.
So selaku penjawat awam yang sangat setia berkhidmat untuk negara
di sini Keyza kongsikan

Jadual Gaji Kakitangan Awam 2014

jadualgaji2014


Nampak takde lah gaji awal sangat bulan Oktober cam 2013 kan...
Kena budget betul2 kali ni supaya tak terover budget lak...
Tak sabar nak tunggu bonus 2013 masuk Januari ni....


Kredit pic kalendar to : teratakmrspejan.blogspot.com dan kad-kadkahwin.com

Saturday 14 December 2013

Petua elak sifat sombong

Sombong, bongkak, angkuh dan takabbur atau kibir mempunyai pengertian yang sama. Ia salah satu daripada sifat-sifat mazmumah (sifat tercela yang terkeji). Sifat ini menjadi kebencian dan kemurkaan Allah kepada sesiapa yang memilikinya, walaupun hanya sedikit, dan menjadi penghalang daripada syurga.

Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya mereka yang sombong untuk taat sebagai hambaKu, mereka akan masuk Jahannam sebagai makhluk yang hina dina.” (Al Mukmin:60)

Sabda Rasulullah SAW.:

“Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat walau seberat zarrah dari perasaan takabbur atau sombong.”

Sifat sombong atau takabbur ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu, sombong lahir dan sombong batin. Sombong lahir dapat dilihat melalui perbuatan dan tindakannya. Gayanya angkuh, mulutnya tajam, mudah menghina orang yang dianggapnya lebih rendah (pangkat, kealiman, darjat keturunan) daripadanya.

Kesombongan itu juga dapat dilihat melalui tutur katanya, seperti tidak mahu mengalah, menganggap dirinya sentiasa benar dan tidak mahu mendengar dan mengikut nasihat.

Imam Al Ghazali berkata;

“Orang yang sombong atau takabbur itu ialah orang yang apabila ditegur, ia marah dan benci, sedangkan kalau ia menegur orang lain ditegurnya dengan keras dan kasar.”

Orang yang sombong atau takabbur ini mudah menghina orang lain dan akan marah jika ada yang mengatasinya, ia akan dengki apabila orang lain mendapat nikmat dan akan berdendam dengan orang yang menandinginya.

Sombong atau takabbur batin ialah membesarkan diri di dalam hati. Inilah maksiat di dalam hati yang dicela. Dengan adanya rasa angkuh di dalam hatilah lahirnya kata-kata membanggakan diri. Iblis menganggap dirinya lebih mulia dari Nabi Adam, katanya, “Aku lebih baik dan mulia dari dia (Adam), aku dijadikan dari api sedangkan dia dijadikan dari tanah,” lalu dengan angkuhnya Iblis enggan tunduk kepada Nabi Adam, sehingga dengan itu menyebabkan Allah melaknat Iblis dan keturunannya.

Sombong atau takabbur boleh dibahagi kepada tiga :

1.Sombong terhadap Tuhan
2.Sombong terhadap RasulNya
3.Sombong sesama manusia.

Sombong kepada Tuhan ialah tidak memperdulikan ancaman-Nya dan memandang remeh segala syariat dan peraturanNya. Sombong dengan Rasulullah SAW ialah enggan mengikuti petunjuknya. Orang Quraisy zaman Rasulullah SAW enggan mengikutnya kerana baginda adalah anak yatim yang miskin. Orang Yahudi pula tidak mahu mengikut Nabi Muhammad SAW kerana baginda bukan dari keturunan Bani Israel. Kebanyakan orang sekarang pula tidak mahu mengikut ajaran Rasulullah SAW kerana menganggapnya kolot, orthodoks, ketinggalan zaman dan berbagai alasan lagi.

Merasa lebih tinggi dari orang lain adalah sombong atau takabbur sesama manusia. Orang berpangkat tinggi merasa patut dihormati, dimuliakan dan menganggap orang lain rendah. Apabila seorang isteri berpangkat tinggi dan ada nama, susah untuk taat dan memuliakan suaminya, sebagaimana yang dikehendaki oleh syariat. Seorang alim ulama’ bersikap sombong apabila ia memandang remeh terhadap orang lain kerana menganggap dia sahaja yang benar, jika ditegur walaupun benar, teguran itu ditolaknya.

Sombong ialah penyakit hati yang merbahaya. Imam Al Ghazali telah memberi beberapa panduan atau petua untuk mengelakkan sikap dan sifat takabbur atau sombong ini.

Apabila kita berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia dari kita. Kerana kanak-kanak itu belum diberati dengan dosa, sedangkan kita sudah berlarut-larut hampir setiap langkah berbuat dosa.
Apabila kita berhadapan dengan orang tua, anggaplah orang tua itu lebih mulia, kerana ia lebih lama beribadah daripada kita.
Ketika kita berjumpa dengan orang alim, anggaplah beliau lebih mulia dari kita kerana banyak ilmu-ilmu yang tidak kita ketahui tetapi beliau mengetahuinya.
Kalau kita melihat orang yang jahil, anggaplah dia lebih mulia dari kita , kerana dia berbuat sesuatu kesalahan atau dosa kerana kejahilannya sedang kita berbuat dosa dalam keadaan kita mengetahuinya.
Kalau kita berjumpa dengan orang jahat, janganlah anggap kita mulia atau lebih baik daripadanya, tetapi katakanlah bahawa orang jahat itu mungkin di masa tuanya ia bertaubat, memohon ampun dari perbuatannya. Sedangkan kita sendiri belum tahu lagi bagaimana kita akhirnya.
Apabila berjumpa dengan orang kafir, katakanlah dalam hati, bahawa si kafir itu belum tentu kafir selamanya, mungkin di suatu hari datang keinsafan padanya, dia memeluk Islam dan semua dosanya di dalam kekafiran dulu diampuni Tuhan, sedangkan kita ini sejak lahir sudah Islam, tetapi dosa terus dikerjakan juga dan balasan pahala belum tentu lagi.
Lawan daripada sifat sombong ialah sifat tawadhuk atau rendah hati. Sekiranya seseorang telah berjaya mengikis sifat sombongnya akan datanglah sifat tawadhuk padanya, sifat terpuji yang disukai Allah dan makhluk seluruhnya.

Dari Ibnu Abbas, bersabda Rasulullah SAW; “Tidak seorang pun kecuali di kepalanya terdapat dua rantai, satu rantai sampai ke langit ke tujuh dan satu rantai yang lain sampai ke bumi yang ketujuh. Apabila seseorang itu merendahkan hati, Allah mengangkatnya dengan rantai yang di langit ketujuh dan apabila ia sombong, Allah merendahkannya dengan rantai yang di bumi ke tujuh.”

Urwah bin Azzubair berkata, “Tawadhuk ialah alat untuk mencapai kemuliaan. Lantaran itu Rasulullah, para Nabi, para Sahabat , para aulia’ dan orang-orang soleh suka merendahkan hati dan memiliki sifat tawadhuk.”

Rasulullah SAW bersabda: “Aku diberi kunci kekayaan bumi, lalu disuruh pilih di antara menjadi hamba dan Nabi atau menjadi Nabi dan Raja, maka Jibril memberi isyarat kepadaku supaya bertawadhuk dan menjadi Nabi dan hamba, maka ku pilih Nabi dan hamba, maka diberikan kepadaku itu dan aku pertama manusia yang keluar dari bumi kelak dan aku yang pertama memberi syafaat kelak.”

Tegasnya untuk menghilangkan sifat sombong dan takabbur perlulah bermujahadah bersungguh-sungguh. Moga-moga Allah anugerahkan kita dengan rasa-rasa hamba, rasa rendah hati dan tawadhuk.

Nota : Rendah hati (tawadhuk) adalah jauh berbeza dengan rendah diri (inferior). Seorang mukmin harus mempunyai keyakinan dan harga diri (self esteem) yang tinggi - membela dan menghargainya, bukan dibiarkan untuk di injak-injak oleh orang lain.

Sunday 1 December 2013

Akdong Musician - I Love You

jeojeollo nege nuni ga
nega ibeun ot munuiga
nune ttuineun geotdo aninde
onjongil dareun ireul
hago itneun jungedo
i saram cham
gwaenchanhdan mariya
ne haeng dong hana hanae
naega deullyeotda nohyeot dahae
na iri jaju utneun
sarami aninde
dora bomyeon neo ttaemune
danghan geotdo manha
geu modeunge hana hana
da silhji maneun anha
I love you saranghaeyo
neol boneun narimyeon dulman
mannaneun nari anindedo
neoegeman jal boiryeogo
mag geurae nan geurae
I love you saranghaeyo
neol boneun narimyeon dulman
mannaneun nari anindedo
mag seollego
geureon danikkanyo
ne haeng dong hana hanae
naega deullyeotda nohyeot dahae
na iri jaju utneun
sarami aninde
dora bomyeon neo ttaemune
badeunge cham manhaseo
deo deo deo pogihal
su eobseosseoyo
sseoyo naman
masineun sarangi
neomchyeoyo geudae
jane ttara jugo sipeunde
I’m waiting for you
to say “I love..



you saranghaeyo
neol boneun narimyeon dulman
mannaneun nari anindedo
neoegeman jal boiryeogo
mag geurae nan geurae
I love you saranghaeyo
neol boneun narimyeon dulman
mannaneun nari anindedo
mag seollego
geureon danikkanyo
Romanization: KROMANIZED.com