Nuffnang

Sunday, 16 February 2014

eMERgenCy CouPle

Lepas abis je citer The Heirs, Keyza sekarang dah ketagihan citer ini Emergency Couple yang sudah mula bersiaran pada 31 Januari yang lalu. Minggu ni dah masuk episod ke 7. Citer ni bersiaran setiap hari Jumaat dan Sabtu. So jom kita ushar preview episod 1 korang pun akan jatuh cinta gak dengan citer ni nanti.





Citer ni mengisahkan  pasangan suami isteri Oh Chang Min (Choi Jin-Hyuk) dan Oh Jin Hee (Song Ji Hyo) yang jatuh cinta zaman belajar sehingga kedua-duanya tidak dapat menghabiskan pengajian dan menimbulkan kemarahan ibu Oh Chang Min. Tapi sayangnya akibat tekanan kehidupan pasangan ini berpisah dan cuba memulakan hidup baru. Tapi dalam mencari kehidupan baru mereka ditemukan sekali lagi di Emergency Room(ER). Nak tahu lebih lanjut korang layan la kat sini yer

Source of drama: http://dramafire.com/emergency-couple-episode-1/

Jom layan preview episod 3 lak sangat teruja menantikan episod seterusnya.




Jom layan preview episod 5 lak semakin menarik dan best kan sehingga tak sabar menantikan episod seterusnya.


'

Dalam episod 6 ada special appearance  Kang Gary you'll kelakar part ni heheheh jom layan




Habis part 6 kita layan preview episod 7 je la this week



episod 8 terpaksa ditangguhkan so kena la lebih sabar menanti




Rasanya lepas tengok preview episod 8 ni Keyza rasa macam lambat je nak sampai hari Jumaat kan....


Wednesday, 5 February 2014

Fynn Jamal - Arjuna Beta

Pagi ni rutin harian Keyza untuk pergi kerja sambil tu perlu la drop by my prince charming Darwisy Azim kat Tadika Kemas Bunga Kenanga Putrajaya. Sementara nak sampai opis tu tengah syok layan HotFM berkumandang lagu ini nyanyian Fynn Jamal tajuk lagunya Arjuna Beta


memang sesuai la didengar bila bersama anak teruna sorang tu kan... so jom layan sesama lagu ni...




 


So amacam, tersentuh tak naluri hati ibu-ibu sekalian? Best kan lagu ni?

Monday, 3 February 2014

The Real Holiday in Bandung

Hai semua Keyza baru je selamat tiba di Malaysia pada 28 Jan 2014 aritu.
Alhamdulillah safely bound from Bandung to LCCT Malaysia.

Percutian kali ni amat meletihkan almaklum la Bandung kan surga untuk shopping. Penat shopping, berjalan2 dan paling memenatkan adalah mengendong princess kecik Asyiffa...

Semua sedia maklum yang kita hanya mampu merancang dan hanya Allah menentukan segalanya. So percutian kali ini tidaklah selengkap seperti yang Keyza pernah tulis dalam catatan

Indonesia Planning Trip (Bandung-Jakarta) 7D6N



Kali ni Keyza akan story mory situasi sebenar berada di sana. Bagaimana keadaan Keyza bila berhadapan ibu dan ibu mertua serta abah yang dikategorikan warga emas ini dan juga mengawal kedua anak kecik Keyza yang iaitu Darwisy dan Asyiffa. 

2 hari sebelum jadual penerbangan sebenar Keyza dah jemput ibu mertua Keyza di Puduraya. Abang ipar Keyza hanya boleh hantar sampai Puduraya je sebab dia terpaksa pulang ke kem tentera di Taiping. So lepas dah berehat di rumah dan mertua pun dah ready dengan matawang Indonesia nya tetiba mertua Keyza terkejut yang kitorang akan berada di Indonesia selama seminggu. Tapi Keyza abaikan je keterkejutan tersebut....heheheh. (dah nak join berjalan kan terima je la)...

Tarikh jadual penerbangan tu Keyza masih lagi bekerja tapi dibenarkan balik awal sebab takut terlepas flight. So jam 4.00 petang satu family datang jemput Keyza kat ofis, wah bahagianya la. Then kitorang terus ke LCCT tapi singgah jap di masjid untuk menunaikan solat Asar. Selesai solat kitaorang lepak jap di wakaf masjid dan memenuhkan perut dengan bekalan nasi yang my beloved mom sediakan.



Tepat jam 6.00 petang kitorang terus ke LCCT untuk check in bagasi nasib bagasi yang di bawa hanyalah seberat 30kg je tapi my beloved mom kata sayangnya ada 30 kg lagi terbazir gitu je. Takpe la dah rezeki tokey AirAsia la agaknya kan.





So tepat jam 8.20 malam kitaorang pun berlepas la ke Indonesia. 2 jam kemudian kitorang pun selamat tiba di Lapang Terbang Husein Sastranegara, Indonesia tapi masanya berbeza awal 1 jam dari masa kita di Malaysia. Di airport kami dijemput pak Supir seperti yang telah ditempah tapi yang datangnya bukan la Mr Acenk tapi adiknya Mr Asem. So Mr Asem bawa dulu kami ke restoran berdekatan hotel untuk santapan malam. Patutnya time supper makan ringan-ringan je tapi kitorang kecuali mertua makan nasi sungguh-sungguh. Penat dok dalam flight agaknya sampai kelaparan cam gitu heheheh tapi tak abis pun sebabnya selera di sana tak berapa sama dengan perut orang Malaysia macam Keyza and family.

Dah selesai makan terus check in di D'tropis Family Guest House. Di Malaysia bila kita booked homestay kita akan dapat sebuah rumah untuk penginapan tapi di Bandung homestay / family guest house yang Keyza dan family menginap ini keadaanya tak sama kita hanya dapat sebuah bilik besar yang mampu memuatkan 4-5 orang dalam satu bilik. So terpaksa la menyempit juga la tinggal di situ tapi yang bestnya ruang makan boleh digunakan secara bebas dan ruang tamu juga seperti itu. So berbahagia la anak-anak ku bermain di kawasan rumah tersebut.

Seusai jam 5.00 pagi di Bandung jam 6.00 di Malaysia setelah selesai menunaikan solat Subuh Keyza dan family dihidangkan dengan "breakfast" alhamdulillah pepagi dah dapat nasi so parents Keyza sangat suka sebabnya bertenaga la dorang nanti nak berjalan-jalan nanti. Sedang asyik menyantap tetiba anak2 Keyza terjatuh kerusi sampai Darwisy berdarah di mulut manakala benjolan di kepala Asyiffa. Kesiannya la dengan anak-anak mommy ni. Tepat jam 8.00 pagi Mr Acenk datang dan memaklumkan bahawa adiknya tak dapat nak bawa kitorang dah sebab ada tetamu lain dan Pak Endang akan menggantikan Asem. Kitaorang pun tak kisah sangat sebenarnya asalkan ada mobil dan supirnyanya ngak apa-apa bisa aja. heheheh. 

Seperti yang Keyza rancangkan pagi 23 Jan 2014 tempat pertama yang akan dikunjungi adalah Tangkuban Perahu. Perjalanan ke Tangkuban Perahu agak mengambil masa yang lama dari Bandung dan kami perlu melalui kawasan Lembang di sini kawasannya lebih kurang macam di Cameron Highland.  Melihat keadaan my prince Darwisy yang berdarah mulut Keyza meminta Supir bawa kami ke farmasi untuk beli ubat tapi Pak Supir ngak ngerti apa itu farmasi tapi bila dijelaskan untuk beli obat kami di bawa ke kedai Apotek. Apotek dalam bahasa Indonesia adalah sama dengan farmasi di Malaysia. Dapat la pembelajaran baru di sini. 

Percaturan kami salah katanya sekiranya di Bandung hujan di Tangkuban tak hujan tapi sebaliknya sampai di Tangkuban Perahu hujan sangat lebat sehingga terpaksa Keyza membeli baju hujan sorang satu jumlahnya RP140,000. Sempatlah juga menjengah keadaan kawah gunung berapi yang katanya tidak aktif itu. Sedang ayik melihat keindahan ciptaan Allah SWT ada pulak peniaga-peniaga datang berjualan dengan mempomosikan barangan mereka sampai ke dalam van dikerumuninya. Ala2 gaya paparazi melihat Hallyu Artist gitu. Adoi la takut sungguh sampai mertua Keyza ajak keluar dari tempat tersebut secepat yang mungkin.



Selesai di Tangkuban Perahu, kami di bawa ke Ciater Hotsprings tempat ini ala-ala kawasan air panas di Baling Kedah. Sama juga belum lagi menjejak kaki dari van kami sudah dikerumui warga peniaga di situ yang berjualan payung. Scary doh dengan orang-orang di sini. Tepat jam 1.00 tengahari kami beredar mencari tempat makan tapi disebabkan my beloved father yang sangat keletihan dan my prince Darwisy nak terkucil kami singgah sebentar di kedai-kedai di pinggiran bukit di situ. Sambil menikmati jagung bakar, Asyiffa bermain dengan kucing pemilik kedai dan abah pula berbaring di wakaf kedai. 

Kemudian terus ke Lembang dan menikmati masakan Sunda di Restoran d'Seuhah Da Lada. Seusai makan barulah abah nampak bertenaga semula. So plan nak terus balik ke hotel terbatal sebab abah dah cergas semula so kami terus singgah shopping di Pasar Baru. Toko kain yang paling terkenal di Bandung iaitu Sir Cinta haruslah menjadi terjahan utama sebelum ke toko-toko yang lain. Di sini kita boleh membayar menggunakan matawang RM dan juga matawang Rupiah. So tak perlu lah nak ke money charger andai matawang Rp sudah kehabisan ye.

Pasar Baru ni tutup jam 5.00 petang so lepas survey beberapa kedai dan harga tersangkut gak la membeli beberapa helai kain pasang dan 1 bagasi besar. Kami terus pulang ke homestay untuk berehat. Pak Supir amat senang mendapat customer seperti kami ye la boleh la dia pulang awal ke rumah sebab kami memang tak keluar malam. Cepat letih tinggal di Bandung mungkin disebabkan kedinginan cuaca di sana dan masa mereka yang lewat sejam dari Malaysia.

Keesokkan paginya 24 Jan 2014 sekali lagi destinasi pertama adalah di Pasar Baru. Kalau ikut jadual yang dirancangkan adalah ke Kawah Putih (Ciwidey Tour) tapi mertua cakap nak shopping je so terbatal la hasrat untuk melawat Kawah Putih dan Strawberry Farm. Selesai membeli belah di Pasar Baru kami teruskan perjalanan ke Cibaduyut untuk mencari kasut dan koleksi kulit terkenal di sini. Keyza dah target untuk beli patung Minions di sini almaklumla prince and princess Keyza amat fanatik pada minions ni. Satu patung minions di sini hanya berharga RP25000 sahaja untuk saiz yang besar RP50000 murah kan. So Keyza decide beli je 2 patung yang bernilai RP25000 sebab senang nak sumbat dalam bagasi masa balik nanti. Kalau beli yang besar camne nak sumbat dalam beg. Nak harap bebudak ni pegang sorry la kan. Silap2 tertinggal plak nanti. My beloved abah dah dapat wallet kulitnya manakala my hubby lak terkecewa sebab kedai jaket riders tutup pada hari tu. Kedua-dua mak dan mertua lak apalagi shopping ole-ole untuk family di Malaysia la. 

Sudah puas di Cibaduyut kami langsung mencari restoran untuk makan tengahari. Lewat juga la dapat makan tengahari pun dan boleh dikategorikan makan petang la sebab asyik sangat membeli belah. Pak Supir bawa kami ke Restoran Masakan Padang pulak kali ni. Cuak tengok lauk pauk yang banyak giler terhidang atas meja rupanya kita hanya makan lauk yang perlu je yang tak nak boleh je diabaikan. Perut pun dah kenyang shopping pun dah makanya balik semula ke homestay untuk berehat. Tapi kali ni Keyza dan mr hubby keluar semula petang sebabnya nak ke money changer kehabisan wang Rupiah. Kali ni Pak Supir bawa kami ke Factory Outlet di sini ada money changer dan juga tempat shopping lagi....heheheh tukar wang abis lagi juga. Selesai di Factory Outlet kami berdua di bawa ke Toko Tiga tapi kali ni windows shopping je dulu kononya tapi tersangkut la jeans sehelai dua kuakuakua sehelai jeans BMW harganya sekitar Rp299000 murah sangat berbanding jeans di Malaysia. Untuk makan malam Pak Supir bawa kami ke Dapoer Penyet Gandapura di sini kami hanya membungkus makanan untuk di bawa pulang dan makan bersama family di homestay. Sementara menunggu makanan di bungkus kami disajikan dengan alunan musik Sunda yang mengasyikkan. WIFI pun free so kesempatan ini digunakan untuk berhubung dengan sahabat handai dan keluarga di Malaysia.

Sampai di homestay Pak Supir pesan akan menjemput kami sekitar jam 6.00 pagi untuk berangkat ke Bogor kerana jalan di Bogor akan mula ditutup buka jam 10.00 pagi. So tepat jam 6.00 pagi 25 Jan 2014 kami semua dah ready bersiap sedia ke Bogor. Tapi Pak Supir yang lambat tiba di hotel makanya tersekat juga la dengan jalan yang dibuka tutup di sini. Apabila jalan dah jadi gitu maka tersangkut la dalam jammed tapi dapatlah kami melihat aktiviti orang sekitar yang berjualan dan ada juga yang meminta sedekah sambil mengetuk cermin kereta kot-kot ada yang sudi membeli atau memberi sedekah kepada mereka. Benarlah pepatah "Hujan Emas Di Negeri Orang Hujan Batu Di Negeri Sendiri". Bersyukur sangat dilahirkan di Malaysia walaupun kita ada juga yang miskin tapi tidaklah semiskin insan di sini. Sehinggakan anak sekecil Darwisy sudah pandai mencari nafkah sendiri andai tidak mencari mungkin tiadalah makan pada hari tersebut. Sedih memikirkan keadaan orang-orang di sini. Kemudian tiba di Puncak kami sekeluarga sempat bergambar berlatarkan pemandangan di sini. Ya Allah sungguh indahnya ciptaan Mu. Ladang teh yang menghijau dan suasana dingin mencengkam kalbu. Di sini sama seperti di Tangkuban Perahu ramai warganya sibuk mempromosikan barangan jualan mereka. Tapi tidaklah dikerumuni sangat so lebih relax dan santai di sini.

Kami teruskan perjalanan mencari Hotel Space di Bogor keadaan lalu lintas di sini sangat sesak. Pak Supir kata di sini kebiasaanya memang sesak seperti itu. Di sini pengangkutan awam hanyalah mengunakan van angkutan tiada bas seperti di Malaysia. Agak lewat petang juga barulah hotel yang dicari ditemui. Di sini Keyza dan abah keluar mencari makanan di sekitar hotel. Dapatlah Nasi Ayam Penyet 2 bungkus hanya berharga Rp24000. Pergh murah giler dorh. Enak lo sebab ayamnya hanya digoreng apabila terdapat pesanan. Selesai makan sambil menonton tv terdapat berita berkenaan banjir di Jakarta so hasrat untuk ke Jakarta terpaksa dibatalkan dan kami terus pulang ke Bandung pada keesokkan harinya 26 Jan 2014. Hasrat nak melawat Taman Botanical juga terbatal sebab kami pulang di awal pagi untuk mengelak jammed tapi sayangnya taman tersebut masih belum dibuka seawal pagi begitu. 

Pulang ke Bandung melalui highway Cipanas lebih cepat ke Bandung berbanding perjalanan ke Bogor melewati Puncak yang mengambil masa berjam-jam lamanya. Sampai di Bandung kami terus mencari santapan dulu sebab di Hotel Space tiada breakfast disediakan setelah selesai makan kami sekali lagi menyambung shopping di Factory Outlet kali ni beramai-ramai. 1st time pergi FO berdua ja 2nd time dapatlah bawa semua ke sini. Shopping juga blouse sehelai dua pastu terus ke Pasar Baru lagi. Dah macam orang kena sampuk hari-hari nak ke Pasar Baru. Kali ni shopping telekung dan kelengkapan muslimah dan beberapa cenderahati untuk family dan sahabat di Malaysia. 

Hari terakhir di Bandung 27 Jan 2014 kami ke Toko Tiga membawa semua ahli keluarga mencari jeans di sini dan juga menghabiskan matawang Rupiah yang bersisa. Tetapi disebabkan ada barangan yang perlu ditukar di Pasar Baru sekali lagi singgah ke Pasar Baru hehehe.  Tujuan asal hanya untuk menukar barang tapi rupanya bertambah lagi hasil shoppingnya. Berhantu betul Pasar Baru ni. Apa yang pasti di sini setiap tempat yang kita lawati perlu dibayar wang parkir Rp2000 per entry. Wang eceran memang kejap je la habis untuk bayar parkir je. Even parkir depan  Indomarket (ala-ala 7eleven) pun kena bayar parkir. Destinasi terakhir adalah di toko perfume. Di sini terdapat banyak kedai perfume siap boleh refill  kalau dah habis. Sebutla apa pun nama perfume yang ternama pasti ada di sini. Harga perfume bagi botol 100ml hanya RP45000. Murah kan.

Alhamdulillah 28 Jan 2014 tepat jam 1130am waktu Malaysia kami semua selamat tiba di LCCT. Menanti ketibaan sahabat mr hubby untuk menjemput kami di airport tetiba Darwisy cakap nak susu, barulah my beloved father perasan yang botol susu darwisy tertinggal dalam flight sebab Darwisy asyik bersembang dengan gegirl Brunei. Tangisan tidak lagi berguna nampak gaya Mommy juga la kena gantikan botol yang baru. heheheh