Nuffnang

Wednesday, 16 March 2016

Descendants of the Sun OST You are My Everything

안녕하십니까 ( Annyeong hasimnika ) kali ni Keyza nak story morie tentang drama baru Korea Descendants of the Sun lakonan Song Joong Ki aka SJK mamat comel ini bergandingan plak dengan heroin Drama Full House Song Hye-Kyo hadui memang meletup macam aksi dalam citer ni la.
Drama ni mengisahkan tentang SJK (Captain Yoo Si Jin) seorang tentera yang secara tak sengaja terjumpa heroin SHK ( Doctor Kang mo-yeon)  di hospital. Citer ni memang kisah cinta pandang pertama la orang kata kan.

Drama ni ada 2 couple tau satu lagi couple pun sweet ajew lakonan Kim Ji-won sebagai First Lieutenant Yoon Myung-joo dan pasangannya Jin Goo as Sergeant Major Seo Dae-young (Wolf). Pasangan ni bertemu sebabnya Myung-joo tak suka dipasangkan dengan Yoo Si Jin iaitu pilihan ayahnya yang juga seorang tentera.

Perbezaan fahaman bekerja di antara Yoo Si Jin dan Kang Mo Yeon menyebabkan Kang Mo Yeon menolak rasa kasih Yoo Si Jin walhal hatinya juga tertarik pada Yoo Si Jin dan menyebabkan mereka berpisah tetapi semasa Yoo  Si Jin bertugas di Urk Kang Mo Yeon pula ditugaskan sebagai pasukan doktor sukarelawan di Urk sebagai hukuman menolak cinta direktor hospital. Terpaku Kang Mo Yeon di saat Yoo Si Jin tiba di lapangan terbang Urk untuk menjemput semua ahli pasukan sukarelawan. Hati mula terpaut lagi hehheheh....nak tau lanjut citer ni kena la follow citer ni ditayangkan juga sekarang kat Channel Astro KBS World. Setiap hari Rabu dan Khamis.

Keyza nak share lagu OST  peveret bagi drama ni tajuknya You are My everything. so meh kita karok sama-sama.




ROMANIZED LYRICS

ENGLISH VERSION LYRICS

cheoeumbuteo geudaeyeossjyo
naege dagaol han saram
dan han beonui seuchimedo
nae nunbicci mareul hajyo
baramcheoreom seuchyeoganeun
inyeoni anigil baraeyo
babocheoreom meonjeo malhaji moshaessjyo
hal suga eopseossjyo
You Are My Everything
byeolcheoreom ssodajineun unmyeonge
geudaeraneun sarameul mannago
meomchwobeorin nae gaseumsoge
dan hanaui sarang
You Are My Everything
angaessoge pieonaneun
hayahge muldeureun geudae moseup
hansungane naege simjangi meomchul deut
dagawa beoryeossjyo
You Are My Everything
byeolcheoreom ssodajineun unmyeonge
geudaeraneun sarameul mannago
meomchwobeorin nae gaseumsoge
dan hanaui sarang
You Are My Everything
sijakdo mot haessdeon naui sarangeul
ijeneun malhal su issjyo
nugudo gajil su eopsneun gijeoginde
You Are My Everything
tteugeoun nae sarangeun geudaen geol
gyejeori byeonhaedo nan igose
meomchwobeorin nae gaseumsoge
dan hanaui sarang
You Are My Everything
When I see stars, I think of you
then I always pray for you
And I know what my heart was made for
To love you
Forevermore
when I feel you in my heart
then I hear your voice from your eyes
I'll always love you
and i'm waiting for you until the end of time
here I am (on my) way to you
I hope that someday you will realize
That I can see forever in your eyes
And I'm wishing my dream will come true
I am lost without you
You are my everything
Isn't it clear to see
You belong with me
We are meant to be
In love eternally
My love
here I am (on my) way to you
I hope that someday you will realize
That I can see forever in your eyes
And I'm wishing my dream will come true
I am lost without you
You are my everything

Koleksi lagu OST yang lain pun best juga antaranya:


  1. 다비치(DAVICHI) _ 이 사랑(This Love) l 태양의 후예 OST Part.3">다비치(DAVICHI) _ 이 사랑(This Love) l 태양의 후예
  2. 첸(CHEN)X펀치(Punch) _ Everytime l 태양의 
  3. Yoonmirae(t 윤미래) _ ALWAYS l 태양의 후예



sumber : https://www.youtube.com/watch?v=ToASX6axGuw

Tuesday, 8 March 2016

PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN/MATAHARI

( Assalamu 'alaikum Wr. Wb ) السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi kerana kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika berlaku gerhana maka berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari)
Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (matahari dan bulan mengalami gerhana), bersegeralah solat." (Hadis riwayat al-Bukhari dalam Kitab al-Jumu’ah)


HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad ( مـؤكـدة )
CARA-CARA SOLAT
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.
CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara : Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat malam.
Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.
Cara Kedua : Disebut dengan “ الكمال أدنى ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu.
Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.
Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah. Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.
Waktunya
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.
Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa dilakukan solat berjemaah.
ATURAN SOLAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru : " الص ـلة جامـ عة "
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.
(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan ا صل&ى س ن ة خ س و ف ا لقمر رك ـعتي ن مـأم وم ـا ل ل ه تعـالى “
Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”.
(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari ا صل&ى س ن ة ك س و ف الش م س رك ـعتي ن مـأم وم ـا ل ل ه تعـالى “
Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”.
5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti khutbah Hari Raya).
INGATAN :
1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.
2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).
3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara perlahan ( سر) , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya dilakukan dengan suara yang nyaring ( جـهر).


Sumber : http://jheatweb.terengganu.gov.my/