Nuffnang

Saturday 4 May 2024

Terkabulnya Doa

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ

 

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ

 

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ


Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya akhirnya Keyza ditempatkan disisi suami sebelum disisiNYa.... setelah 9 tahun berbagai dugaan cabaran susah senang ketawa dan tangisan mengiringi perjalanan kehidupan perkahwinan jarak jauh(PJJ).


This is a famous re-quote of Heraclitus': “If you do not expect the unexpected, you will not find it, for it is not to be reached by search or trail.”

Sejak posting ke Perak dan bermula episod PJJ, hanya 1 doa Keyza semoga ujian ini tidak berpanjangan. Disebalik "ujian" ini terlalu banyak hikmah yang Keyza perolehi. Rezeki datang seperti air yang mengalir tidak pernah putus walau banyak dugaan. Tahun pertama di Perak ujian abah terkena serangan stroke warded 3 hari di Hospital Slim dan bawa balik ke Kedah. 22 hari berulang Perak - Kedah untuk rawat abah dan akhirnya abah pergi jua.



Tahun kedua Toksu meninggal dan Keyza memandu sendirian ke Penang nak ziarah arwah tok buat kali terakhir, kejadian tak diingini kereta Keyza terbabas dan dilanggar lori. Rasanya masa tu Keyza hanya mampu sebut Allahuakhbar. Dan Alhamdulillah, Allah panjangkan lagi usia untuk bersama keluarga walaupun kereta tak yah story dah jadi apa. 



Tahun ketiga, rumah Keyza di Semenyih terpaksa dijual sebab dah tiada sesiapa nak menguruskan. Dengan hasil jualan rumah Keyza sekeluarga berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah. Alhamdulillah Keyza berjaya menunaikan nazar di sana.

Tahun keempat, en suami pula dijangkiti kuman semasa menjalani latihan Smart. En suami dimasukkan ke ICU dan doktor kata 50-50 sahaja keadaannya. Bercucuran airmata kami anak beranak kerana risau bakal di'TINGGAL'kan terus. Alhamdulillah, pembedahan berjaya dilaksanakan dan en suami diberikan MC 3 bulan bagi pulihkan semula keadaannya. 

Tahun kelima, ibu mertua (MIL) Keyza dikhabarkan sakit semasa kami sekeluarga bercuti di Langkawi, terus bergegas dari Langkawi ke Hospital Kangar untuk menjaga  MIL. Pembedahan MIL berjaya tapi apakan daya Allah lebih menyayangi MIL. Hujung tahun yang sama abg ipar en suami yang juga sedang sakit pun pergi mengadap Ilahi. En suami orang yang paling terkesan tahun ni kehilangan 2 orang yang paling disayangi.


Tahun keenam ujian COVID. Disaat satu dunia bencikan COVID kerana terpaksa dikurung dan dikuarantin tapi Keyza orang yang terpaling bahagia. 3 bulan disekat di Kedah dan boleh menguruskan anak dan suami di depan mata walaupun kerja dari kejauhan. Bila dah tamat kuarantin jalan di highway amatlah sunyi dan lengang dari sebarang jammed. Bahagianya hanya Keyza dan seangkatan sahaja merasainya. Syukur alhamdulillah.

Tahun ketujuh, Alhamdulillah dikurniakan rezeki APC (Anugerah Pekerja Cemerlang) tak tahu dimana kecemerlangannya tapi hanya yang menilai tahu la kot kan. Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari.

Tahun kelapan ada perkhabaran dan seakan sinar untuk berpindah ke Kedah sehinggakan Keyza terlalu mengharap tapi malangnya berita duka seperti biasa. Mamu Keyza pernah berpesan kita tak perlu berpegang pada Cable Manusia tapi peganglah pada Cable Allah SWT. 

Tahun kesembilan, Februari 2024, Keyza dah tak lagi berharap untuk pindah seakan redha dengan nasib diri. Keyza dan keluarga ke Johor bagi majlis pernikahan anak saudara en suami, musim cuti kerana sambutan Tahun Baru Cina. Disaat leka membeli belah, Keyza dapat panggilan dari HQ. Panggilan yang Keyza tak jangkakan akan merubah nasib Keyza. Happy tu terucap dengan kata-kata. ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ, ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ, ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ

Saat melapor diri di JKN Alor Setar, Keyza tidak ditempatkan di tempat yang tercatat di surat dari HQ. Ralat kerana tidak dapat bertugas bersama sahabat Keyza di lokasi yang sama tapi masih di Kedah. Lokasi penugasan berdekatan kawasan kediaman. Alhamdulillah. 

Allah Maha Besar dan Maha Berkusa. Hanya sedikit yang dipinta tapi yang diberi LEBIH dari segalanya. 

Sekian catatan bahagia Keyza bagi tahun 2024. 

Sunday 4 February 2024

KDRAMA 2024

Annyeong yourobun..

Happy 2024...

Here the list of KDRAMA yang KEYZA excited nak uols follow tau..


𝗔 𝗦𝗛𝗢𝗣 𝗙𝗢𝗥 𝗞𝗜𝗟𝗟𝗘𝗥𝗦



(Wed | Ongoing)

Starring: Lee Dong Wook & Kim Hye Joon

8 Episodes (English-subtitled)

Action, Thriller, Mystery, Drama

Shortly after starting college, Jian's life takes a drastic turn when her uncle is reported dead by "suicide." However, a series of deadly events, including gunfire and skilled assassins targeting her, forces Jian to draw on the mysterious training her uncle provided over the years to uncover the truth behind the chaos and stay alive. Okay. Hear me out. In Episode 1, did you guys see the reaction of the police officer after asking Ji An if she wants an autopsy for her samcheon? He looks somewhat reading the reaction of Ji An after seeing her samcheon's dead body. Then, when Jeong Min opened the file "0404", it showed Jin Man going to the bathroom then the video got cut off. Fishy right? Another one, Jin Man heard the deepfake audio file of Ji An multiple times so he knew that it was fake, after all, he's a veteran captain of mercenaries so he's not gullible at all. Okay, additionally, after hearing Ji An's audio file, he called Pasin saying that Pasin doesn't have to pay him, sounds like a code, right? Lastly, Jin Man knows that every time Ji An is in danger, she always shouts "Jeong Jin Man!" three times. I think it's one of the reasons why Jin Man can't be fooled by that deepfake audio file. He knows his niece too well to fall for that trap. I think Jin Man's death is just a hoax. Maybe he drank some meds given by Pasin to look like he's dead. He's just luring Bale into his territory to end their fight. It's not Ji An's fight after all. Jin Man should be alive. Fingers crossed.


🎥 MARRY MY HUSBAND EPISODE (2024)



☑️ENG SUB

Cast: Park Min-young, Na In-woo, Lee Yi-kyung, Song Ha-yoon 

Episode: 16

GENRES: Romance, Drama, Fantasy, Revenge, Time Travel 

Plot Sypnosis:

A story about Ji-won, a time-limited woman, returning back to 10 years ago and dreaming of revenge after being killed by her husband who had an affair with her best friend.


🎥 MY DEMON (2024)



☑️ENG SUB

☑️ COMPLETED

Genre: Romance, Comedy, Fantasy, Drama

Cast: Song Kang, Kim Yoo-jung 

Plot Synopsis:

A pitiless demon becomes powerless after getting entangled with an icy heiress, who may hold the key to his lost abilities — and his heart.


Title :Queen of Tears (2024)
✅ ENGLISH SUB
✅ COMPLETED
Genres: Comedy, Romance, Life, Drama
Airs: Mar 9, 2024 - Apr 28, 2024
Airs On: Saturday, Sunday
SUMMARY
Baek Hyun Woo, who is the pride of the village of Yongduri, is the legal director of the conglomerate Queens Group, while chaebol heiress Hong Hae In is the “queen” of Queens Group’s department stores.
“Queen of Tears” will tell the miraculous, thrilling, and humorous love story of this married couple, who manage to survive a crisis and stay together against all odds.