Nuffnang

Wednesday, 17 November 2021

November Vacation

 

السلام عليكم


Petang ni berkesempatan nak mencoret tentang percutian family Keyza, almaklumla dh boleh rentas negeri kan.

So kemana Keyza sepanjang cuti panjang November 2021? 

Memandangkan cuti Deepavali jatuh pada 4 November (Khamis) dan Keyza pulak bekerja di Perak dan tarikh Hari Keputeraan Sultan Perak pada 5 November (Jumaat) makanya bermula 1 hingga 3 November 2021 Keyza pun ambil la cuti rehat. Dapatlah berlibur dengan bahagianya.

Bermula Sabtu 30 Oktober, Keyza pun bergerak pulang dari Perak ke Kedah, sampai je rumah umangai ramai dah saudara mara datang ke rumah nak jumpa mak Keyza tersayang ye la dah boleh merentas negeri kan. Seharusnya dorang pun nak la jenjalan tapi Keyza tak dapat nak masak banyak sebab masa terhad makanya order je la di kedai hehehe...

Meriahkan family kakak kepada mak Keyza

Kemudian pagi Ahad 31 Oktober, Keyza dapat tempahan tomyam dari para pelanggan setia hahaha belikan pes dari Padang Besar, Perlis. Apalagi memandangkan Mr Hubby off duty kita pun ajak la terus ke Perlis mencari stok tomyam. Ramai giler manusia jadi kita pun segera pulang la xde la berlama-lamaan di sini sebabnya kang mengundang penyakit huhu seram ooo...

Moh ler shopping guys...


Di pagi Isnin 1 November 2021 nan indah, Mr Hubby kata jom la shopping di Design Village mencari baju nak pergi bercuti kan. Harus la dengan sukacitanya Keyza pun menonong masuk kereta bersama anak-anak tersayang. Tapi sempat la menyantap di Rumah Sarapan dulu.
My mom n my encem boy




Sampai dah, jom cari baju

Tibalah hari yang dinanti kan sesi merentas negeri yang sebenar.

2 November 2021, seawal jam 7.30 pagi berangkatlah kami menuju ke destinasi percutian yang sebenar iaitu Kuala Terengganu menyelesaikan misi Keyza untuk tengok Drawbridge Terengganu. 
Laluan yang digunakan dari Kedah tentulah dari Baling terus ke Gerik then berhenti rehat sebentar di Banjaran Titiwangsa menikmati nasi kerabu as our Brunch (Breakfast + Lunch) wakakaka sebab sampai sini pun dah jam 11.00pagi.

Bergambar itu wajib bagi setiap perhentian

Perut dah kenyang perjalanan diteruskan lagi menuju ke negeri Terengganu, tepat jam 2.00 petang singgah berehat lagi di Pantai Penarik tapi hanya sekadar berfoto sahaja mengambil mood sebelum perjalanan diteruskan ke destinasi sebenar.

Excited nya bebudak berdua ni macam tak pernah jumpa pantai

Tepat jam 4.00 petang maka sampai la kami ke Drawbridge huahuahua seronok tak terkata lama kot tak sampai Terengganu sejak Covid melanda negara kita. Hari ni kita merentas jela dulul jambatan ni sebab nak check in ke Homestay dulu penat uuuiiii seharian duduk je dalam kereta.

Syukur selamat sampai DrawBridge


Selesai solat semua waktu baru la gerak cari makan malam, so gerai yang dituju di sekitar Pantai Batu Buruk, Gerai G-13 namanya so santap la dulu kami berempat je mak n family kakak stay di Homestay tunggu makanan ditapau oleh Keyza.

Alhamdulillah, menu wajib ikan bakar dan sotong celup tepung

Hari kedua, 3 November 2021, Keyza cadangnya nak ke Pulau Redang tapi malangnya bermula 1 November tiada la bot dibenarkan untuk bawa pelancong ke pulau sebab musim tengkujuh dah tiba kan. Jadi Keyza pun tukar plan kita naik bot pusing sekitar Kuala Terengganu je la. Musim Covid ni Keyza naik boat yang pakej persendirian dari Sekati Emas Boat. (https://www.facebook.com/sekatiemas/) 

Berlatar belakangkan Masjid Kristal

Drawbridge with love nama diberi hahah

Dah selesai naik boat maka misi mencari makanan wajib di Terengganu Ikan Celup Tepung (ICT) la kan. Alhamdulillah ditaja oleh kawan anak saudara Mr Hubby aka polis juga yang bertugas di sini. Semoga murah rezeki beliau hendakNya. Destinasi pilihan untuk ICT haruslah yang paling pamos amos Warong Celop Tepong Pok Nong.

Bismillah, jom makang


Hari terakhir di Terengganu, 4 November 2021 Cuti Deepavali bermula seharusnya Kuala Terengganu semakin ramai la pengunjungnya. Homestay, hotel semua fully booked sampai owner homestay tanya bila nak check out, laku keras la homestay nya kan. Sebelum Check Out, Mr Hubby ajak temani beliau untuk buat larian di sekitar Pantai Batu Buruk. So ada can la Keyza dan anak2 bersantai di tepian pantai bermain buaian kan kan..,... nak mandi manda di pantai memang tak dapek la musim-musim tengkujuh ni so kita main ditepian je la.
Berseronok la budak berdua ini

Mommy dan abahnya pun sama naik hahah layan

Seronok bermain tapi port wajib untuk selfie untuk membuktikan tujuan utama ke Terengganu adalah demi Drawbridge skali lagi Keyza dan anak-anak teruskan destinasi ke DrawBridge sebab Mr Hubby dah lari sampai ke sana dah hahaha laju benor ler haish...
Kacak ke idok dengan kasut pinknya itu 

Dengan ini tamatlah percutian di Terengganu, tapi cuti masih berbaki kan so kita teruskan perjalanan ke Negeri Melaka pula, sebabnya anak kakak Keyza bertugas di Jasin disebabkan tak boleh bercuti makanya meh la orang boleh cuti ni datang melawat. 

5 November 2021, bersantai la kami di Pantai Klebang menikmati makanan di negeri Melaka dengan tajaan anak saudara tersayang. Semoga murah rezeki mu nak uuuiiii.

Sekian sahaja percutian kali ni jom la pulang ke pangkal jalan hahah 

Tuesday, 12 October 2021

KDRAMA 2021

안녕하세요?  (Annyeonghaseyo?)

Korang mesti nak tau Keyza layan KDrama apa ye tahun ni...

Meh Keyza share KDrama yang korang wajib layan tahun 2021...


1. The Devil Judge - Drama ni lakonan Ji Sung memegang watak Hakim Kang Yo-han bergenre  jenayah, undang-undang dan misteri ditayangkan mulai  3rd July 2021. 



2. Nevertheless - Drama lakonan Song Kang sebagai Park Jae-un dan Han So-hee sebagai Yoo Na-bi. Drama ini bergenre Romance dan ditayangkan mulai 19th June 2021. 



3. Sell Your Haunted House - Drama ini wajib Keyza tonton sebab ada favor actress Jang Nara sebagai Hong Ji-ah dan Jung Yong-hwa sebagai Oh In-beom. Drama ini bergenre supernatural dan mula ditayangkan pada 14th April 2021. 


4. Vincenzo - Drama viral ni wajib tengok tau lakonan oppa dude yang sangat hot sape lagi kalau bukan Song Joong-ki sebagai Vincenzo Cassano/Park Joo-hyung digandingkan bersama Jeon Yeo-bin sebagai Hong Cha-young dan Ok Taecyeon sebagai Jang Jun-woo. Drama ini bergenre Comedy, romance, crime dan ditayangkan pada 20th February 2021.

5. Lover of the Red Sky - Drama ni sedang ditayangkan lakonan Kim Yoo-jung sebagau Hong Chun-gi
dan Ahn Hyo-seop sebagai Ha Ram, Genre drama ini adalah Historical, romance, fantasy dan mula ditayangkan pada awal September 2021.




6. Hometown Cha-Cha-Cha - Drama yang paling tinggi rating viewernya setakat ini. Lakonan dimple couple Shin Min-Ah sebagai Yoon Hye-jin dan Kim Seon-ho sebagai Hong Du-sik. Drama ini santai dilakonkan di kawasan pulau yang sangat cantik. Mula ditayangkan di Netflix pada Awal September 2021. 

7. Dali and The Cocky Prince - Drama ini Keyza baru nak start follow lakonan Kim Min-jae sebagai Jin Moo-hak dan digandingkan bersama Park Gyu-Young sebagai Kim Da-li. Drama ini bergenre kan Romnce-Comedy dan mula ditayangkan pada October 2021.



8. My Name- Drama ni Keyza macam suspect best sebab selalunya pelakon wanita utama drama ni membawa watak penggoda dan cantik tapi kali ni ada sisi berbeza pada watak yang dibawa, siapa lagi kalau bukan Han So-hee sebagai Yoon Ji-woo digandingkan dengan Park Hee-soon sebagai  Choi Moo-jin. Drama Thriller ini akan bermula 15 October 2021 di saluran Netflix. 










 

Monday, 27 September 2021

4 Golongan Manusia Ini Haram Tersentuh Api Neraka

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tak sedar lama Keyza tak mencoret dalam blog ni. Pagi ni alhamdulillah terjentik di hati tatkala mendengar slot motivasi bersama Prof Muhaya di radio Zayan untuk kongsikan bersama pembaca blog Keyza..

Tajuknya : 4 Golongan Manusia ini Haram Tersentuh Api Neraka


Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan at Tirmidzi dan Ibu Hibban serta dishahihkan oleh Al Albani, Rasulullah  pernah menyebutkan 4 golongan orang yang haram tersentuh api neraka. Mereka adalah golongan orang yang Hayyin, Layyin, Qarib dan Sahl.


Hadits tersebut di atas diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud radhiyallahu 'anhu. Pada suatu ketika Rasulullah  bertanya kepada para sahabat, "Maukah kalian aku tunjukkan orang yang haram baginya tersentuh api neraka?'


Para sahabat kemudian menjawab, "Mau, wahai Rasulullah!"


Rasulullah  bersabda, "(Haram tersentuh api neraka orang yang) Hayyin, Layyin, Qarib, Sahl."


Golongan pertama, Hayyin adalah orang yang memiliki ketenangan lahir dan batin. Kehadiran orang seperti ini sangat menenangkan, teduh lagi meneduhkan. Orang yang memiliki sifat hayyin boleh mengawal fikiran, mengendalikan perasaan, juga hati dan sikapnya.


"Dari mana semua ini? mengapa boleh begini (hayyin)?, kata kuncinya adalah dari hati," kata Prof Muhaya.

Allah SWT berfirman dalam Al Quran surat Ar Rad ayat 28:


ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ ٱللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ ٱللَّهِ تَطْمَئِنُّ ٱلْقُلُوبُ


Artinya: "(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram."

Golongan ke-2, Layyin adalah orang yang lemah, lembut, sopan dan santun. Orang yang memiliki sifat Layyin perkataan dan sikapnya tidak melukai, tidak memojokkan, tidak mempermalukan. Sifat Layyin muncul dari sikap Rahmatan lil Alamin yang ada pada hati seseorang. Contoh orang yang memiliki sifat Layyin adalah Rasulullah Muhammad SAW. "Hati beliau (Rasulullah) sangat sayang kepada umatnya. Orang yang penuh kasih sayang akan lahir kelemahlembutan. Akan lahir sikap sopan santun"

Golongan ketiga yang haram tersentuh api neraka adalah, Qarib. Qarib adalah pribadi yang hangat, akrab,  dan menyenangkan. Dia tidak memiliki sikap yang membuat orang lain tidak nyaman, terluka atau tersakiti.

Sifat Qarib datang dari perilaku tawadhu atau rendah hati. Orang yang tawadhu akan nyaman dengan dirinya, sehingga orang lain pun nyaman bersamanya. Hal ini tentu berbeza dengan orang yang tinggi hati, merasa lebih hebat, lebih pintar atau lebih penting.

Golongan ke-4, Sahl adalah orang yang tidak menyukarkan sesuatu perkara, tidak suka berbelit-belit, tidak suka mengganggu orang lain dan sentiasa membantu menyelesaikan masalah orang lain.


Semoga bermanfaat untuk semua pembaca blog Keyza...

Monday, 25 January 2021

KILIM GEOFOREST LANGKAWI ISLAND

 Assalamualaikum wbt ... salam PKP 2.0 untuk uols....:)

Catatan Keyza kali ni pasal percutian ke Langkawi 2020 sebelum PKP 2.0 bermula.

Alhamdulillah walaupun Keyza sekeluarga suka benar bercuti marah dek orang kerana musim Covid masih bercuti macam takde apa kan... huhhuu sampai yang cakap berisiko nanti kena jangkitan... 

Yes of course memang la berisiko kebolehjangkitan tu tapi as long as you jaga SOP mungkin terhindar la yang penting kita tawakal je pada Allah SWT kerana dia sebaik-baik pelindung....

Masa pergi Langkawi tu pun dimaklumkan ada seorang artis yang pergi ke Langkawi positif Covid memang Keyza check abis semua lokasi dia pergi cuak juga la kot tersermpak ke Alhamdulillah tak de ...artis kot mesti pergi tempat yang helok2 ajew kan hehehe...Keyza g tempat yang marhaen sajew ...


Trip kali ni tak pergi banyak tempat banyak di masa di hotel aje sebab bawa mak dan anak-anak so kita tak nak la terkena jangkitan seram uuiiiii...

First day sampai je di jeti cari kereta sewa dulu memang dah cari awal la tinggal pick up je pastu mesti la wajib kena makan uols lapaq kot dok dalam feri. Menu lunch biasa la Keyza ni mesti la cari nasi uols makanan di area Kuah memang banyak sedap2 so memang tak de masalah. Kami cari yang tak ramai orang bila dah makan eh tiber ramai pulak... Makan cepat2 terus bergerak ke destinasi pertama family Keyza adalah SkyCab Langkawi... Lama dah tak naik walaupun boleh kata tiap-tiap tahun pun pergi Langkawi. So kali ni Keyza bawa la anak-anak dah besar kita nak ajar supaya not afraid of height. Keyza bawa la naik jambatan kat puncak Gunung MatCincang. A bit funny because of my big boy KETAQ hahaha... suruh ambil gambar pun tak boleh dah wakakaka..


Selesai di SkyCab pakej nya ada macam2 juga tapi kitorang tak masuk pun yang lain terus Check In Hotel. Ha teruja la bebudak ni sampai hotel nak terjun kolam ajew makanya en somi Keyza la bawakan.

Malam pun just Dinner di kedai berdekatan hotel aje. Tetiba malam nya my cousin text me with the ticket yang dorang dah beli untuk percutian family nya la di Langkawi katanya tak dapat nak bercuti sebab kakaknya sedang nazak. Allahukhbar, tapi rezeki kami sekeluarga pakejnya adalah KILIM TRIP uols with boat RM350 ha meriah la...Keyza memang plan nak pergi tapi tengokkan harga trip untuk satu boat macam berkira2 juga la alhamdulillah dapat plak rezeki ini. 

Second day, pagi macam biasa breakfas dulu di kedai berhampiran then main jet-ski dengan anak-anak dapat pakej murah katanya sebab musim Covid ni tak ramai manusia nak bercuti agaknya so boleh la merempit di tengah lautan. First time juga la untuk Keyza nak main level2 orang have2 ni main jet ski sayang ke duit mak kata wakaka...

Abis merempit sempat juga la shopping di Chenang Mall then take a simple lunch kat McDonalds, sebab nak bekejar ke trip Kilim jam 2PM. So sampai je terus naik boat satu family tak share dengan orang tu yang bestnya musim Covid ni elakkan kan la share dengan orang lain ye uols.


Kilim Trip ni RM350 patutnya trip 2jam je tapi pemandu boat ni tambahkan lagi sejam plak layan je la. Antara lokasi yang dibawa dalam trip ni adalah:

  • River Cruise
  • Floating Big Fish Farm
  • Eagle Watching
  • Bats Cave
  • Crocodile Cave
  • And Choose One (1) Of The Following Places:
  • Langsuir Cave
  • Anak Tikus Island (Fossil Island)
  • Beach / Swimming

Yang last skali memang pilih mandi laut la Langsuir dan Anak Tikus tu kebetulan dah tutup sebab rosak dah tempatnya oleh hakisan. 

Dalam trip ni,  rezeki family Keyza skali lagi dapat pula bertemu Ustaz Ilyas yang mana dia pun sama bawa family bercuti. Lokasi pertemuan adalah semasa Floating Fish Farm session. Kat sini kita boleh tangkap ikan dan berikan pada tokey kedai untuk masakkan. Menu terpulang pada kita cuma harga 100gm bagi sekor ikan adalah RM18 ye. So better bawa duit banyak2 sebab ikan nya boleh tahan besar so kalau 2kg ikan tu dah RM360 untuk ikan sahaja hehehe....Moment makan kat sini memang akan dikenang sampai bebila la sebab ni antara juadah yang paling mahal yang family Keyza pernah makan seumur hidup hahaha...total kitorg perlu bayar untuk makan kat sini RM650 tu nasib tak ambik lobster uols.... tapi uols mampu kan boleh la nak merasa keenakan ikan fresh yang dimasak terus. Sedap memang tak boleh bincang la Alhamdulillah. Malamnya memang dah penat sangat memang tak keluar dinner la nak tido ajew malangnya ada guest kat hotel kena rasuk pula menjerit2 hadui la memang sukar tido malam la nasib esoknya dah nak balik.

Last day, family Keyza just photoshoot depan Dataran Helang sahaja lokasi wajib la bukti sampai Langkawi kan hehehe...ooo hah breakfast Keyza makan lauk ikan yang dipancing di Kilim semalam tu kan giler ikan besar mana mampu nak abiskan seharian. So pagi hanya beli nasi putih dan makan la lauk 'mahal' tu hehehe sambil santai di tepi kolam melayan anak-anak sebelum pulang.

Sekian, sesi percutian Keyza ke Langkawi bagi tahun 2020. Tahun 2020 2 kali g Langkawi pembuka tahun dan akhir tahun sebabnya Covid tak boleh nak fly jauh-jauh uols....

Boleh tengok e-photobook Keyza untuk tengok gambar-gambar percutian 


atau skodeng la My Facebook account ... Ok bye semua 


Thursday, 7 January 2021

Welcome 2021 Bye Bye 2020

Hallluuiiii Chinggueess,

Coretan pertama Keyza di tahun 2021.... walawei dah 8 hari di tahun 2021 baru berpeluang nak mencoret di sini.

Lama Keyza bercuti di hujung tahun untuk pastikan tahun baru dapat bekerja dengan minda yang lebih cerdas gtewww...

Tahun 2021 banyak agenda yang Keyza perlu fokus terutama nya my Big Boy Darwisy nak exam UPSR dan UPKK tahun ni. UPKK yang sepatutnya dilaksanakan 2020 tak dapat dijalankan sebab Covid-19 dan sekarang masih tak reda lagi Covid-19 but it's getting worse from time to time :(

Tak dapat pastikan tahun ni adakah peperiksaan dan persekolahan berlaku dengan sempurna atau tidak, 7 Januari 2021 kes di Malaysia dah cecah 3K :( di dunia apatah lagi.

Opis Keyza pun sunyi je sorang MC je berpanjangan, sorang lagi dah cuti bersalin, sorang lagi terpaksa jaga isteri yang sakit tenat, sorang lagi sedang mencari cinta dan Keyza masih memikirkan cara untuk bertukar dan berada di samping suami seperti dulu hurm ntah la bila kejadiannya...

Eh..eh ...eh ...apa ni mood sedey plop... okay back to normal guys... Keyza nak share kisah percutian ajew sebab tahun ni Keyza tak nak share di Facebook sebab ramai mengecam secara back end kononnya Keyza xabis ke duit asyik bercuti ajew hehehehe.... So 2021 ni Keyza share kat IG n my blog je la gayanya yerrr.... tapi klu ada yang mengecam di blog juga stalker la tu hahaaha..

Trip percutian Keyza pada awal tahun 2021 adalah Trip Hiking mencari air terjun. Ramai yang post di Facebook story ada katanya ada air terjun cantik di kampung Keyza, kampung Keyza mana tu....kat Balik Pulau, Pulau Pinang la uols...



Ha cantik tak kampung Keyza uols....???? Tu la finally 2 Januari 2021 akhirnya berjaya jua Keyza sekeluarga sampai sini sesat juga la walaupun kampung sendiri wakaka lama dah Keyza hidup di perantauan gtew memang sesat la sampai ada orang kampung yang follow Keyza dari belakang la supaya tak sesat wakakaak..

Kawasan ni tuan tanahnya berbangsa Cina kerana kebunnya duriannya memang dah berpagar la cuma boleh la nak masuk lagi sekarang ni katanya pagar tu baru je lagi dibuat sebab nak elakkan orang yang datang hiking tu dari mencuri buah-buahan yang ditanam...dan tertera signboard "Beware of Dog"  ye uols sebab memang ada anjing la diletakkan dalam kawasan ni untuk menjaga kebunnya. Tapi sayangnya ramai juga yang datang tak reti jaga kebersihan alam dengan membuang sampah di kawasan ni. Sedih :(


Kalau uols nak teroka tempat ni juga waze je Air Terjun Teruna Daraye uols... kalau sesat tanya je la orang kampung situ pasti akan dilayan dengan baik...