MENGAPA ORANG KAYA KAWAN DENGAN SESAMA MEREKA ?
Dalam buku Otak Power kita bahaskan ini.
1. Orang kaya mengkagumi orang kaya dan berjaya. Orang biasa masih iri hati, tuduh rasuah pada orang kaya dan berjaya.
"Alah pakai kabel lettew"
2. Orang kaya saling membantu sesama mereka untuk menjadi kaya, ia bukan perlumbaan siapa kaya tetapi lebih kepada pencapaian sendiri.
"Kita santau jerlah kedai makan sebelah nie"
3. Orang kaya kurang bercampur dengan orang biasa kerana cara berfikir mereka berbeza, orang kaya percaya pada usaha. Orang biasa percaya pada nasib.
"Nak buat camner dah lahir miskin"
4. Orang kaya utamakan kejayaan orang lain, kepuasan dicipta bila berjaya bantu orang.
5. Orang kaya senantiasa pastikan orang lain menang baru dia menang, orang biasa sebaliknya.
"Duit pun tak ada, macam mana nak sedekah"
6. Orang kaya suka berwawasan besar, orang biasa fikirkan apa alasan yang boleh diberi.
"Nak mintak m.c lah besok"
7. Orang kaya mempunyai komitmen menjadi kaya, orang biasa hanya ingin menjadi kaya.
"Ada cara tak nak cepat kaya"?
8. Orang kaya percaya mereka bertanggungjawab terhadap hidup mereka, orang biasa masih menyalahkan kerajaan, ahli politik, nasib, polisi dan Yahudi, PTPTN dan BR1M
"Bila BRIAM nak naik lagi nie"?
9. Orang kaya mempunyai orentasi masa Masa Depan, orang bisa mempunyai orentasi masa lampau.
" Tak guna duit banyak asik menyimpan, bukan boleh masuk kubur".
10. Orang kaya penuh usaha dan tenaga, orang biasa penuh alasan dicipta.
"Bulan puasa ni, mana boleh rajin rajin sangat"
11. Orang kaya mempunyai pendapatan tambahan, orang biasa bergantung pada satu gaji sahaja.
"Mana ada masa nak buat partime? "
12. Orang kaya bermain dengan wang untuk menang, orang biasa bermain dengan wang untuk kelihatan mewah dihari raya terutamanya.
"Duit raya kali nie kita kasi RM10 sorang, baru nampak mewah"
13. Orang kaya fokus pada peluang, orang biasa fokus pada halangan.
"Saya mana pandai bisnes online nie"
14. Orang kaya membuat duit bekerja keras untuk mereka, orang biasa bekerja keras untuk wang.
"kerja dah teruk, boss O. T pun tak nak bayar"
15. Orang Kaya menguruskan wang dengan baik, orang biasa menghabiskan wang yang ada.
"Offer Lazada raya nie bagus nie"
16. Orang kaya fokus pada keperluan hidup, orang biasa fokus pada gaya hidup.
"Gaji naik nie nak beli Honda, rumah nantilah dulu. Muda lagi"
17. Orang kaya memilih semuanya, orang biasa pilih salah satu saja.
"Nak bahagia atau nak kaya? Nak yang mana satu"?
18. Orang Kaya memilih dibayar berdasarkan hasil, orang biasa memilih dibayar berdasarkan waktu.
19. Orang kaya bersedia mempromosikan diri mereka dan nilai nilai mereka, orang biasa berfikiran negatif tentang promosi diri.
"Malulah, nanti kawan sekolah kata aku sengkek sangat jual takaful nie"
20. Orang kaya bergaul dengan golongan positif dan berjaya, orang biasa selesa dengan kelompok yang sama meminta bantuan sahaja.
"Kita undi yang bagi BR1AM lebih nantinya"
21. Orang kaya terus menerus belajar sepanjang hayat, orang biasa beranggapan mereka telah tahu semua ini.
"Alah semua seminar nie buang duit saja"
22. Orang kaya melawan ketakutan yang ada, orang biasa membiarkan ketakutan menghentikan mereka.
"Takutlah nak berniaga pasar malam, banyak hantu malam malam"
23. Orang Kaya penerima berita yang baik, orang biasa salahkan takdir sepenuhnya.
" Dah susah tu buatlah cara susah"
24. Orang kaya percaya, kekayaan harus dibina dan memakan masa. Orang biasa percaya adanya skim cepat kaya dan jalan pintas.
"Ramai dah berjaya joint skim emas ETA nie, semua dah kaya"
25. Dalam filem melayu Anakku Sazali dan Si Tanggang bila kaya akan jadikan anak kita derhaka, menjadi kaya pasti jadi jahat akhirnya. Itu filem kita didik masyarakat.
Dari cara mereka bepelukan, berjabat tangan dan renungan mata. Mereka bukan sahabat yang biasa biasa.
Robert Kouk menurut Forbers memiliki kekayaan US$12.5 bilion menjadikan orang terkaya di Malaysia dan Asia Tenggara.
Daim Zainuddin menguasai ICB Financial Group Holdings Ltd. (ICB) sebuah bank yang berjaya di Tanzania, benua Afrika.
Bank ini mempunyai 59 cawangan di Indonesia, 23 cawangan di Afrika dan 9 di Eropah timur. ICB kini memiliki dan menguruskan bank komersial di 12 buah negara termasuk di Asia, Afrika dan Eropah Timur.
Azizul Azli Ahmad
Kita kongsikan apa yang patut dikongsi....
Allah Azza wa Jalla berfirman,
إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ “
Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (QS. Ar Ra’d: 11)
إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ “
Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (QS. Ar Ra’d: 11)