Assalamualaikum...pagi ini Keyza terbaca status hamba allah di facebook dan terkesan di hati Keyza nak kongsikan apa yang ditulisnya....Moh kita baca bersama
Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. Sehebat mana pun perancangan kita, lebih hebat lagi perancangan Allah untuk kita.
Ingat! kita ada ALLAH yang MAHA BERKUASA. Tidak di berikan sesuatu dengan sia-sia. Tidak di jadikan apa-apapun tanpa sebab dan ibrah. Kita merancang dengan kata-kata dan pena, tapi Allah merancang dengan kasih sayang-Nya.
Kita sering berdoa,sehingga menangis meminta dari ALLAH.
Kita kerap solat dan adakalnya tiada harinya selewat sebelum subuh untuk bangun mengejarkan Tahajjud dan hajat. Kita kerap melakukan amal ibadah yang baik sehingga ada masanya merasakan tiada titik hitam dalam hati. Tapi kenapa ALLAH sering sahaja tidak penuhi apa yang di hajati? kenapa ALLAH tidak tunai apa yang kita minta? Adakalanya kita lihat mereka yang sering abai tanggungjawab sebagai seorang hamba ALLAH sering ALLAH beri kesempatan pada dia untuk mendapat yang terbaik.
APA YANG PERLU KITA BUAT??!!
Ingatlah bahasanya ALLAH tidak melakukan sesuatu itu dengan sia-sia. Sahabat,Setiap yang ALLAH jadikan di muka Bumi ini bukan lah sia-sia. ALLAH jadikan segala kejadian di muka bumi ini ada hikmahnya dan ingatlah bahawa ALLAH tidak menjadikan dugaan yang kita terima itu adalah sia-sia. Pernah atau tidak kita berfikir betapa ALLAH sayangkan kita setiap kali kita di timpa musibah walaupun kita sering berdoa pada ALLAH? Ingat lah sahabat sekalian ALLAH tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang hambanya tidak mampu untuk lakukan.
Tenang kan hati dengan zikruLLAH –
Sahabat, ALLAH berfirman dalam al-Quran surah al-Ahzab ayat 41 yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman! ingatlah kepada ALLAH dengan mengingat sebanyak-banyaknya”, InsyALLAH dengan adanya zikir dalam hati dapat mengahalang kita dari berprasangka buruk pada ALLAH S.W.T.
Sentiasa ingat bahawa ALLAH adalah SEBAIK-BAIK PERANCANG.
Sabahat, ALLAH berfirman.. “Dan Mereka Merancang,ALLAH juga merancang, Sesungguhnya ALLAH sebaik-baik perancang”. Ingatlah sahabat, ALLAH mengetahui apa yang terbaik buat kita semua, mungkin dengan apa yang lalui itu bukan jalan yang terbaik,maka ALLAH sediakan jalan yang lebih baik dari apa yang kita hajatkan,ingat tu sahabat!! ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG!!!
Jangan berhenti Untuk Berdoa dan terus berdoa.
Sahabat, hadis Nabi Muhammad S.A.W yang membawa maksud “pedang umat mu’min itu pada doanya” dan ALLAH juga berfirman dalam al-Quran dalam surah al-mu’min yang mambawa maksud “Dan tuhanmu berfirman : Berdoalah kepada ku,nescaya pasti aku akan perkenankan..”..Sahabat,ini janji ALLAH,mana mungkin ALLAH tidak mengotakan janjinya, pasti ALLAH mendengar setiap rintihan doa dari kita.
Namun,pasti sahaja dari kalangan kita terdetik dalam hati berkaitan dengan surah al-mu’min ayat yang ke 60. Pasti ada kalangan kita yang berkata…“aku dah banyak kali berdoa,tapi ALLAH tak makbulkan juga”…
MasyALLAH sahabat sekalian ketahuilah bahawa sesungguhnya ALLAH suka akan rintihan hamba-hambanya tatkala kita berdoa kepada-Nya,ALLAH rindu untuk mendengar suara kita merintih mengharapkan hajat kita di perkenankan.
ALLAH rindu akan doa2 umat islam,sengaja ALLAH melambatkan perkenan doa kita kerana yang utamanya ALLAH rindu akan rintihan hamba-hamba-Nya. ALLAH sebaik-baik perancang. Jangan lah sesekali kita menyalahkan takdir. Ingatlah sahabat.. ALLAH sebaik-baik perancangan.
Setiap manusia akan di uji dan terus di uji dan yang menentukan kita adalah TAQWA kita pada ALLAH dalam ujian tersebut dan pandulah ujian itu dengan panduan yang di redhoi ALLAH.
"Allah tidak pernah silap percaturannya walaupun kadang kala nampak salah di mata kita suatu hari nanti kita akan faham semua takdir Allah. Jangan sesekali menyesal dengan takdir Allah. Apa yang ditakdirkan Allah adalah yang terbaik buat hambaNya." INGAT!!!
Wednesday, 25 November 2015
Wednesday, 18 November 2015
Lirik Lagu Kau Pergi Jua
Kau pergi jua
Dari hidup ku
Kini sendiri
Di hari-hariku
Pulang ke dakapanku
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadirmu bisa menyatukan masa kita berdua
Kau pergi jua
Dari hidup ku
Kini sendiri
Di hari-hariku
Pulang ke dakapanku
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadirmu bisa melenyapkan segala sunyi di sini
Pulang ke dakapanku
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadirmu bisa menyatukan masa kita berdua
Pulang ke dakapanku
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadirmu bisa melenyapkan segala sunyi di sini
Kau pergi jua
Kau pergi jua
Kini sendiri di hari-hariku
Kini sendiri di hari-hariku
Tribute this song for my abah....i miss you so much....ALFATIHAH
Tuesday, 17 November 2015
Tinta Buat Abah
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Saat Keyza menaip ini airmata masih lagi mengalir panas membasahi pipi mengingati abah (Hassan bin Othman) yang telah kembali ke rahmatullah tanggal 8 November 2015, Ahad bersamaan 26 Muharam 1437H.
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ (“Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali”.)
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ (“Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali”.)
Jam 5.00 pagi aku dikejutkan oleh tangisan kakak sulungku mengatakan abah telah tiada. Allahuakhbar hati masih lagi meragui tatkala memegang pergelangan tangan abah masih panas dan berdenyut nadinya cuma wajah abah dah kaku membisu terus aku memeluk mak yang setia disisi abah sepanjang malam itu. Mak seolah tau abah akan pergi untuk selamanya. Laju kaki melangkah ke bilik air mandi dan mengambil wudhuk solat tahajjud 2 rakaat dan terus kembali pada abah membaca yassin hadiah kepadanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
Jam 5.30 pagi suami Keyza dan abang ipar terus ke surau menunaikan solat subuh dan memaklumkan pada warga surau tentang abah. Selesai solat Subuh rumah telah dipenuhi warga surau membantu kami membersihkan abah sebelum perkara wajib dilaksanakan. Tepat jam 7.00 pagi Keyza dan suami terus membawa kad pengenalan abah ke balai polis Sungai Petani untuk membuat laporan kematian. Selesai laporan dibuat terus pulang ke rumah saat itu rumah telah dipenuhi saudara mara jauh dan dekat. Keyza hanya mampu membaca Al-Quran disisi abah ...tak tahu la betul atau tak nahunya kerana bacaan diselangi airmata yang menderu laju tanpa mampu diseka. Tepat jam 10.00 pagi abah dimandikan buat kali terakhir oleh para alim dan dibantu oleh abang kandung ku bersama anak-anak dan menantu lelaki abah. Semunya diuruskan dirumah sahaja. Selesai dimandikan abah dikafankan dengan pakaian terakhir buat abah...wajah abah sangat tenang dan bersih hilang semua kesakitan yang dirasainya selama 22 hari itu. Wajah abah berseri sangat cantik sangat abah seperti bayi yang baru dilahirkan terasa begitu singkat waktu bersama abah semoga segala kesakitan yang abah hadapi sebelum sakaratul maut menghapus dosa-dosa abah. Sayu hati nak membiarkan abah pergi dari sisi kami selamanya. Airmata diseka segera tatkala imam menyuruh kami waris abah memberi ciuman terakhir buat abah.
Sebak dada tidak dapat dibendung. Sungguh Keyza tak mampu berpisah dengan abah tapi Keyza harus redha Allah lebih menyayangi abah. Mungkin itu yang terbaik buat abah.
Sebak dada tidak dapat dibendung. Sungguh Keyza tak mampu berpisah dengan abah tapi Keyza harus redha Allah lebih menyayangi abah. Mungkin itu yang terbaik buat abah.
Masih terimbau saat abah bersama Keyza ...saat-saat terakhir abah bersama kami sebelum abah rebah diserang strok.
Tanggal 13 Oktober 2015 Keyza ditugaskan untuk membuat lawatan kerja di Kedah pada 15-16 Oktober, makanya 14 Oktober 2015 sempena Cuti Awal Muharam kami adik beradik terus plan untuk membuat majlis bagi meraikan birthday mak dan anak2 mengambil kesempatan sebab Keyza dapat pulang membawa mak n abah ke kampung. Sepanjang majlis abah asyik bersendirian tidak bersama anak-anak yang lain dan juga mak. Abah makan sendirian cuma sekali abah datang kat mak untuk bergambar masa sesi potong kek...maybe itu gambar terakhir abah tersenyum disisi mak.

Abah asyik tanya bila nak balik ke Kedah dan Keyza menjawab lepas Asar kita balik Kedah diulang lagi pertanyaan yang sama seusai solat Asar kami pulang ke Kedah sebab 15 Oktober Keyza akan mula bertugas Keyza tak jadi tidur di hotel sebab dah terlalu letih menguruskan majlis di siang hari. Alhamdulillah tugas di Kedah hanya mengambil masa sehari untuk diselesaikan malam abah datang jemput Keyza di tempat tugasan untuk makan malam bersama rakan setugas. Mak cakap abah dah lain pegang sudu pun dah menggigil hati mula tak sedap abah jalan tak pakai kasut sebelah rupanya tanda awal abah diserang strok. Pagi Jumaat 16 Oktober suami ajak Keyza pulang ke rumah maknya di Changlun masa tu abah dah tak larat sangat selesai solat tahajud, sunat taubat dan witir abah langsung tak tido menunggu waktu subuh selesai solat subuh abah tak mampu lagi untuk bangun. Mak papah abah ke katil dan Keyza suapkan abah makan pagi. berat sungguh kaki nak melangkah ke rumah mertua tapi demi menjaga hati suami Keyza pergi juga mak call abah makin sukar nak makan. Allahuakhbar menangis Keyza depan mertua dan pagi Sabtu juga Keyza balik ke rumah. Miza plan nak cuti untuk jaga abah tapi abah kata nak ikut balik Perak dalam keadaan abah camtu abah masih fikirkan kerjaya Keyza taknak Keyza asyik bercuti untuk jaga dia ...sayangnya abah kat Keyza hanya Allah yang mampu membalasnya. :'(
3 hari abah dalam keadaan strok dah lemah...suatu malam abah bangun jam 4.00 pagi keluar rumah dan naik ke tingkat atas dan tidur depan rumah kosong, mak tersedar dan tengok abah takde kat sisi Keyza dan suami keluar cari abah rupanya abah tidur depan rumah orang nasib abah tak jatuh tangga, Allah SWT lindungi abah. Alhamdulillah ...siangnya mak ajak ke klinik sebab badan abah panas sangat tapi sampai di klinik Doktor minta abah dapatkan rawatan di hospital. Keadaan abah dan makin tenat mak refuse tapi Keyza terpaksa bawa abah tak nak abah makin tenat. Sampai Hospital Slim River doktor sarankan abah untuk jalani ujian CT Scan di Hospital Ipoh. Mak nangis lagi sebab kedegilan Keyza membawa abah ke hospital. Keputusan CT Scan agak mengejutkan bila pakar otak mengatakan berlaku pendarahan serius dan pembedahan perlu dilakukan segera dan Keyza bertanyakan adakah risiko bagi pembedahan tersebut dan jawapannya "YA" nisbah untuk abah selamat hanya 50:50 dan kalau abah tak dibedah pun abah akan koma atau pergi untuk selamanya. Keyza dan mak memutuskan untuk abah tidak dibedah dan doktor menasihatkan agar kami bersedia apa jua keadaan abah. 2 hari abah di hospital dan abah dibenarkan pulang.
Mak bawa balik terus ke Kedah rumah abah...abah hanya boleh minum susu melalui tiup kerana abah dah tak mampu untuk mengunyah seperti biasa. Mak marah Keyza sebabnya sebelum ke hospital abah masih mampu makan seperti biasa tapi selepas ke hospital abah dah tak mampu buat semua tu. Sebelum ke hospital abah masih mampu ke tandas sendiri walaupun strok sebelah tapi lepas ke hospital abah kena pakai pampers.
Sungguh Keyza rasa serba salah.
Betulkah kalau Keyza tak bawa abah ke hospital hari ini abah masih ada disisi?
Betulkah kalau Keyza tak bawa abah ke hospital abah akan kembali sihat lagi?
Yang pasti kini abah sudah tiada lagi disisi. Abah kembali kepada penciptaNYA Ya Rabb. Kami perlu redha dengan pemergian abah dan pasti kami juga akan menyusuli abah nanti. Semoga dipertemukan lagi mungkin Syurga yang menanti.
Yang mampu Keyza buat kini hanya titipkan doa kudus dan amalan yang berterusan buat abah.
Terkadang Allah hilangkan sesuatu yang kita sayang,
kerana Allah sedang menggantikan sesuatu yang lebih indah untuk kita.
In sya Allah (إن شاء الله)
Sungguh Keyza sayang abah dunia akhirat.
Abah
sepi saat kau pergi
kau begitu hebat
tak ada yang bisa menyamai mu
ataupun menggantikan posisimu
Abah
aku begitu menyayangimu
keringatmu menjadi inspirasiku
sedihmu adalah deritaku
Abah
dimanapun engkau berada
doaku selalu bersamamu
tangisku menjadi sumpahku
bahwa apapun yang terjadi ku slalu ingatmu
Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.
I love you Abah HASSAN BIN OTHMAN
5 MAC 1938 - 8 NOV 2015 (Dalam kenangan)
Wednesday, 4 November 2015
Hutang Dhuha
لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Lama Keyza tidak menulis disini ialah banyak kesulitan yang dihadapi oleh Keyza sejak akhir-akhir ini. Dan kali ni Keyza rasa nak share dengan semua pembaca blog Keyza tentang Dhuha.Hutang Dhuha
Satu ilmu yang saya baru tahu yang saya rasa terpanggil untuk berkongsi kepada anda adalah ilmu tentang solat dhuha. Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah dinegaranya.
Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”. Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah sebenarnya. Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah. Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.
Seperti yang tercatat di satu hadis “ Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah? Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu” (HR. Imam Ahmad)
Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah. Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).
Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini. Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya. Pasti sangat banyak kiraannya.
Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar? Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang dhuha kita pada Allah setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah. Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.
Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini. Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampakan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.
Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil ( melalui pencuri) duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.
Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar? Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang- hutang Dhuha kita.
Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms kepada ustaz :
“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”
Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui menyeru orang lain juga untuk berdhuha. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.
Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran sesetengah antara kalian. Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.
Jika anda ada Blog atau Facebook, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha. Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha. Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar –pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.
Setiap diantara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha. Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga memnpunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini. Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha penulis.
Hutang Dhuha
❤ Apa yang saya belajar dari bab ini adalah tentang…
❤ Manifestasikan cara bersyukur kita kepada Allah kerana diberi kesihatan anggota badan dan nikmat lain melalui bersolat dhuha
❤ Sudah berapa banyakkah hutang dhuha kita selama kita hidup ini?
❤ Dengan berdhuha, pintu rezeki kita pasti dibuka seluasnya
Jom mengajak orang semua mendirikan solat dhuha setiap hari..biiznillah.
Semoga bermanfaat buat semua....وَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Subscribe to:
Posts (Atom)