Hoola uols,
Story di bulan Februari 2023 ialah tentang Keyza pergi hiking.
Ala pergi hiking pun nak story kan...eh eh blog Keyza kan mesti la nak juga story.
Nak story tu sebab nya Keyza pergi hiking dengan new buddy's tau...
Alkisahnya weekend 11/2/2023 routine nya balik Kedah tapi minggu ni tak balik sebab kesian kat Cik Sona Keyza penat dah dia kot berulang Perak - Kedah makanya beribu juga la nak baiki dia.
Jadinya kita tak balik la minggu ni, tapi kawan opis Keyza ajak la hiking. Dia sorang je Keyza kenal yang lain-lain Keyza pun baru kenal semasa hiking. Kawan kepada kawan Keyza tu pun bawa kawan makanya semuanya baru berkenalan hahahah. Macam biasa nak pergi hiking mesti la kena bawa bodyguard aka anak bujang Keyza la.
Lokasi hiking adalah di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Katanya ada 3 tempat untuk start hiking ke bukit ni tapi Keyza dan buddy start di IKBN Peretak.
Sini adalah tempatnya. Kalau uols nak main paragliding pun sini la tempatnya. Kalau uols sejenis leha-leha macam Keyza tempoh untuk hiking naik dan turun dalam 3 jam tapi dapat naik 2 peak je, 1st peak adalah Bukit Batu Pahat dan 2nd peak adalah Bukit Batu Belah. Tapi jangan menyanyi batu belah batu bertangkup pulak kang ada yang kenal telan naya la hahaha... gurau je.
Alhamdulillah cuaca baik sepanjang pendakian ke puncak. Tiada hujan tapi tak panas sangat just nice.
Peak pertama sampai mengambil masa 1 jam 40 minit sebab leha-leha kan mendaki satu lagi tanah merah yang lembik makanya membajak la kami semua melekat tanah di kasut membuatkan lagi lambert la mendaki hahaha (alasan). Orang lain berlari je naik sebab bukitnya memacak juga la.
Ada orang tanda checkpoint sebagai penanda aras. Total checkpoint ada 6 untuk sampai ke peak 1.