Hey Kidzoss....
Ni la ayat pertama bila uols bawa anak-anak mengunjungi Kidzania Kuala Lumpur.....
So last Saturday 10 October 2020 cantik tariknya kan story pasal sambut Birthday princess Keyza la...
Request nak masuk Kidzania untuk celebrate bday nya itew...
Sebelum nak pergi kena la semak harga dulu check poket mommy ni lepas ke idok nak cover masuk sini kan... Tapi alhamdulillah en somi frontliner kan masa musim Covid 19 ni dan mengikut SOP kena buat appointment dulu sebelum datang bagi mengelakkan ramai orang dalam Kidzania nanti. Jadi dapat la harga tiket yang lebih murah iaitu 40% diskaun dari harga sebenar dan en somi as frontliner FREE lorh....
Ada pelbagai jenis task kena buat oleh bebudak ni dan tema kali ni Halloween so ada la rumah hantu tau uols nak masuk bayar la RM2 sorang tapi kalau uols sejenis penakut macam anak Keyza si bday girl ni dah bayar pun boleh cancel masuk sebab kecut perut awal lagi dah nasib RM 2 jew adeh....
Tak pe la jom la Keyza share antara tugasan yang dorang kerjakan masa dalam ni antara jam 10 am hingga 5pm adalah seperti berikut ...jom check this out
2. Jadi Wireman betulkan lampu rosak
3. Jadi Chef dekat McDonalds dapat la makan burger free gtew
4. Jadi Cashier kat pasaraya Zmart bday gurl acting as Customer so tak de gaji la
Banyak lagi la Keyza pun tak follow semua aktiviti dorang dalam ni penat dah uiiiii kalau uols nak jadi Kidzanian boleh la register dan dapatkan passport untuk anak-anak uols.
Nak sambut bday pun boleh ada pakej yang disediakan tau...
So maskot Kidzania Chika akan join uols meriah sungguh harga pakej boleh rujuk website Kidzania ye uols...
Segala hasil pendapatan anak-anak uols bekerja dalam ni boleh dibelanjakan di Kidzania Store kalau nak bawa balik duit tu pun boleh buat kenangan sepanjang zaman gtew.
Seharian bekerja dalam ni dapat la sorang 130 Kidzos tapi tak cukup kata abangnya nak repeat datang lagi plak hehehe.... banyak lagi job xsempat buat katanya...
Adakah dorang berjaya memikirkan moral of this activity?
Begitu la caranya mommy dan abah bekerja untuk dapatkan duit untuk uols tau ke idok?
Untung nya dalam Kidzania ni datang je mana2 tempat kerja gerenti ada jawatan kosong dan bergaji realiti kehidupan tak sebegitu indah anak uuuiii kadang2 belajar tinggi pun orang tak nak bagi job sadis ooooo...
So everyone stay safe kalau nak datang sini musim Covid ni buat appointment dulu and always wear your mask okay...