Untuk bulan Mei ni Keyza bawa anak-anak naik bot plak ...awal cuti Labour Day aritu g naik bot ke Pulau Aman, Penang. Tapi minggu kedua ni Keyza bawa naik bot lagi tapi ke Gunung Lang, Ipoh Perak.
Warga Ipoh harus tahu kan tempat ni?
Dalam fikiran ingatkan banyak benor burung Helang tapi yang banyaknya ikan dalam tasik dan monyet berkeliaran di taman.
Tapi yang penting sekali anak-anak Keyza happy itu sudah memadai.
Jalan mudah ke sini masuk Tol Ipoh arah Utara ye kalian semua, dan belok kiri kawasan parkingnya FREE ajew tau tak?
Sini ada tempat makan tapi kalau nak bawa bekal berkelah bersama keluarga pun takde masalahnya disitu ye.
Dah sampai apalagi jom kita naik bot la kan...Harga tiket bot tak mahal pun RM3 dewasa, RM1.50 untuk kanak2
Sementara nak tunggu bot sampai kita bagi la ikan2 di tasik ni makan dulu, makanan ikan dijual disitu dengan harga RM2 per pack. Boleh la murah jer kan...
Banyak kan ikan disini....tapi dilarang memancing tau!!!!
Bila bot dah sampai kita dapat la tengok burung helang berterbangan di angkasa. Tapi takde la banyak pun ada la seekor dua.
Di kawasan rekreasi ada lagi tempat untuk riada bersama keluarga dan anak-anak boleh bermain di taman permainan. Kalau rasa penat nak berjalan boleh sewa basikal disini RM4/jam manakala untuk basikal kanak-kanak RM2/jam.
Ada juga ala-ala mini zoo disini yang menempatkan burung, rusa, ostrich dan ayam.
Kalau ada yang takut monyet tu hati2 la ye banyak yang berkeliaran dikawasan ini.
Kalau lapar or dahaga tapi terlupa bawa bekalan kan jangan risau ada jer motor yang menjual air dan makanan ringan disini.
Okay sekian sahaja laporan kisah jenjalan Keyza dan family, kalau rasa best tempat ni dan tak pernah pergi jemputlah datang beramai-ramai ye.