Bulan Julai ni birthday baby boy Keyza jadinya banyak plak budak ni request jenjalan sepanjang bulan birthday dia...kopak mak nakkk uuiiiii
Tapi mak Keyza kata alahai anak 2 ja pun layankan je la....
Disebabkan PKP akibat Covid 19 ni banyak sektor yang terjejas begitu juga sektor pelancongan. Jadinya Penang ada menawarkan pakej percutian yang awesome murah untuk anak jati Pulau Pinang dan frontliner yang bertungkus lumus sepanjang PKP yeayyy....
Oleh itu sebagai anak kelahiran Penang dan abahnya plak frontliner bila bergabung pakej meletup kebaboooo gtu murah lak nakkk uuuiiii jimat gilorssss...
Maka kejadiannya la story jenjalan Keyza bersama anak2 cuti2 Penang nama diberi.
1. Entopia Penang (lokasi Teluk Bahang)
Sebenarnya ni Taman Rama-Rama zaman Keyza kecik2 dulu tapi dah diupgrade menjadi Entopia. So seronok la anak2 layan butterfly dalam ni masa Keyza sampai jam 4pm gitu masa ni selalunya ada aktiviti melepaskan rama-rama yang baru keluar dari pupa so kalau uols nak merasakan pengalaman ni juga datang la jam 4pm heheheh..
Uols yang bukan kelahiran Penang akan dapat pakej seperti gambar ni. Boleh pegi tempat2 seperti gambar ini juga. Tapi disebabkan perlu patuh SOP maka kena la beratur lama untuk pergi ke setiap tempat ni perlukan kesabaran yang tinggi ye uols. Seharian masa habis disini gara2 beratur panjang hehehe weekend kan....
Ni tengah beratur nak masuk Observatory Deck aka lantai kaca tu di tingkat 65 hahahah ada brani ka uols
Berani tak mak Keyza ni heheheh kalau gayat berdiri la jauh sikit dari lantai cermin tu...Kalau hujan tempat ni ditutup tapi aktiviti adventure yang kn pakai safety suit tu tak dibenarkan masa PKP ni.
Then terus melawat Dinosours plak so beratur la lagi
Sambil beratur pun sempat lagi la photoshoot kat sini anak dara Keyza ni memang teruja dpt naik dinosour ni ehhhh...
nah besar kan dinosournya heheheh klu hidup ni wakaka xdan lari dah kena makan dek dinosour uuuiiii....
Semoga bahagia la dikau anakanda ku birthday boy ni dapat segala yang diidamkan sepanjang bulan birthday dia ni.
Next kita terus ke Aquarium plak
Ada banyak spesies ikan dalam ni jom la sambung jalan lagi sampai lenguh kaki
Ha yang ni belum sampai In Sya Allah next week la ....minggu ni dah raya AidilAdha uols so nanti Keyza update ye uols...
Salam AidilAdha uols....