Nuffnang

Wednesday, 7 May 2025

Tanda-tanda kita perlu amalkan boundaries dengan Smartphone

Bila sebenarnya kita perlu amalkan boundaries dengan smartphone?

1. Bila telefon mengganggu fokus kita

Sedang buat kerja penting, tiba-tiba check WhatsApp, buka Facebook, buka Instagram menyebabkan kerja asyik tertangguh.

Tanda: Tak boleh fokus panjang. Fikiran asyik "lompat-lompat".

Telefon sepatutnya membantu produktiviti, bukan mencuri fokus kita setiap 5 minit.

2. Bila kita rasa letih emosi selepas scroll

Lepas tengok media sosial, rasa letih, rasa insecure, rasa tak cukup bagus.

Tanda: Tenaga emosi kita susut, bukan sebab apa yang kita buat, tapi sebab apa yang kita lihat.

Apa yang kita hadap di skrin, masuk ke hati kita perlahan-lahan. Kalau ia melemahkan jiwa, letakkan sempadan.

3. Bila hubungan kita dengan orang tersayang terganggu

Masa makan bersama, semua pegang telefon. Masa bercakap, mata tengok skrin, bukan mata orang tersayang.

Tanda: Ada jarak emosi yang makin jauh tanpa kita sedar.

Jasad perlulah hadir bersama jiwa dan emosi, mindfulness.

4. Bila telefon jadi "pelarian" dari emosi

Bila rasa stress, sedih atau sunyi, kita terus capai telefon dan scroll tanpa tujuan.

Tanda: Kita guna skrin untuk lari dari rasa sebenar.

Emosi perlu difahami, bukan ditenggelamkan dalam scroll yang tak berhenti.

5. Bila masa berkualiti untuk diri sendiri hilang

Niat nak rehat 10 minit, akhirnya 2 jam habis di depan skrin.

Tanda: Masa hilang, hati rasa kosong.

6. Bila kita setkan diri kita perlu respond semua mesej dan panggilan dengan cepat

Niat nak memudahkan kerja orang lain, tetapi apabila terlambat sedikit mula marah-marah dan menyalahkan kita.

Tanda : mereka mula menguasai masa dan kehidupan kita. Kesan jangka panjang, kita akan cepat anxious dengan bunyi telefon kita.

Pengajaran untuk saya dan semua :

Masa itu kehidupan. Masa yang hilang dengan skrin, tidak akan kembali.

Kita perlu mula jaga boundaries dengan smartphone bila:

- Fokus mula hilang,

- Hati mula penat,

- Hubungan makin renggang,

- Emosi lari dari kawalan,

- Masa habis sia-sia

Ingat kawan-kawan,

telefon itu alat, bukan tuan.

Jagalah masa, tenaga dan jiwa kita, supaya kita tetap berpijak di dunia sebenar, bukan hanya hilang perlahan-lahan di dalam skrin.

Kredit to:

Norzi Malek

Dari Therapist Untuk Therapy

Post kedua tentang Topik Boundaries

Monday, 21 April 2025

GOUT BUKAN DATANG DARI SEAFOOD!

 GOUT BUKAN DATANG DARI SEAFOOD! RAMAI TERKEJUT BILA TAHU FAKTA SEBENAR INI…

Selama ni kita salah faham!
Ramai salahkan udang, ketam, daging merah…
Tapi punca sebenar GOUT datang dari GULA & KARBOHIDRAT!
Ya, punca utama ialah FRUKTOSA & GLUKOSA yang ada dalam:
• Nasi, mee, bihun
• Kuih muih, roti, kek
• Minuman manis & susu pekat
Fruktosa & glukosa inilah punca hati berlemak!
Bila hati jadi berlemak — ia tak dapat tapis toksin & asid urik dengan baik.
Akibatnya, asid urik meningkat dalam darah & mula menyerang sendi!
Inilah ‘silent killer’ yang ramai tak nampak.
Gout bukan sekadar sakit sendi — ia petanda kerosakan dalaman yang sedang berlaku!
BAHAYA GOUT JIKA DIBIAR:
• Sakit mencucuk di sendi, terutama kaki
• Bengkak, merah & panas
• Ubat tahan sakit jadi ‘kawan baik’ setiap minggu
• Rosakkan buah pinggang & fungsi hati
• Risiko terkena serangan jantung & darah tinggi makin tinggi
PETUA MUDAH ATASI GOUT:
1. Kurangkan pengambilan karbo & gula
• Gantikan dengan sayur hijau, ikan, telur, ayam kampung
• Ikut konsep ketogenik / low carb
2. Minum air kosong secukupnya setiap hari
• Asid urik boleh dibuang secara semulajadi
3. Amalkan bahan anti radang semulajadi
• Seperti cuka epal, kunyit hidup, halia & minyak zaitun
RAWATAN ALTERNATIF YANG DIBUKTIKAN BERKESAN:
Heavenlife Sacha Inchi + Seabuckthorn Softgel (4 biji setiap hari)
• Kaya Omega 3, bantu stabilkan asid urik
• Rawat radang sendi & bengkak tanpa ubat kimia
• Detox hati berlemak secara semulajadi
• Ramai rasa perubahan besar dalam 7-14 hari!
Stokin & Pants FAR Infra Red (Kodenshi)
• Panaskan kawasan radang & lancarkan darah
• Legakan sendi yang bengkak & keras
• Rasa lebih ringan & bebas bergerak