“Greta Thunberg Bebas! Selepas Diseksa, Dia Bangkit Menegur Dunia”
Dia baru keluar dari tahanan Isbiol. Tubuhnya lebam, rambut kusut, suaranya serak tetapi semangatnya tidak sedikit pun goyah. Dunia menjangkakan dia akan bercakap tentang penderitaan yang dialaminya. Tentang bagaimana dia ditarik, ditumbuk, diheret di atas lantai, dipaksa minum air kotor dan tidak diberi makan selama 32 jam.
Namun apabila mikrofon diletakkan di hadapannya, Greta Thunberg memilih jalan lain. Dia tidak bercakap tentang dirinya. Dia tidak menangis atau menjerit. Dengan nada tenang, dia memulakan ucapan yang menyentak nurani manusia di seluruh dunia.
“Ada pembunuhan beramai-ramai sedang berlaku di depan mata kita,” katanya. “Ia disiarkan secara langsung di telefon kita semua. Tidak ada sesiapa boleh berkata mereka tidak tahu.”
Ucapan itu mematikan segala bunyi di bilik sidang media. Tiada mikrofon yang lebih lantang daripada kebenaran yang keluar dari mulutnya. Dunia terdiam, sementara seorang gadis yang diseksa baru beberapa hari sebelumnya menegur semua pemimpin dunia tentang apa makna kemanusiaan.
Greta ditahan ketika menyertai Global Sumud Flotilla, misi kemanusiaan terbesar abad ini yang membawa bantuan ke G melalui laut. Kapal yang dinaikinya diserang oleh tentera Isbiol di perairan antarabangsa. Aktivis yang tidak bersenjata digari, disepak dan dipaksa tunduk.
Ketika dunia mendakwa mereka membela hak asasi, kapal yang membawa beras dan ubat untuk kanak-kanak G diserang seolah-olah ia kapal perang. Inilah hipokrasi paling jijik dalam sejarah moden.
Greta menyebut dengan jelas bahawa misi itu tidak sepatutnya wujud. Dunia sepatutnya sudah cukup matang untuk menghentikan pengepungan dan membenarkan bantuan masuk tanpa perlu kapal kemanusiaan berlayar di tengah ancaman peluru. Tetapi realitinya, sistem antarabangsa telah gagal sepenuhnya.
“Undang-undang antarabangsa mewajibkan negara bertindak untuk mencegah gen*sid,” katanya lagi. “Namun kerajaan kita sekadar bercakap tentang hak asasi, sementara mereka terus menjual senjata kepada pembunuh.”
Kata-katanya sangatlah tajam tetapi benar. Demokrasi Barat yang selama ini diagungkan hanyalah alat penjajahan baharu. Negara yang menjerit tentang keadilan di pentas dunia ialah negara yang sama mengaut keuntungan daripada penderitaan orang lain!
Greta tidak berhenti di situ. Dia menyebut G dalam nafas yang sama dengan Congo, Sudan, dan Afghanistan. Baginya, semua tempat itu adalah wajah yang sama kepada kerakusan manusia moden yang menindas atas nama kuasa dan ekonomi.
Dia tidak bercakap seperti aktivis jalanan yang marah. Dia bercakap seperti saksi kepada kezaliman yang tidak lagi sanggup berdiam diri. Setiap kalimatnya menampar dunia yang sudah terbiasa melihat penderitaan melalui skrin tanpa rasa bersalah.
Ketika wartawan bertanya tentang penyeksaan yang dialaminya, dia menjawab dengan tenang, “Saya boleh bercakap panjang tentang penderitaan kami, percayalah. Tetapi itu bukan ceritanya.”
Itulah perbezaan antara manusia yang mencari perhatian dan manusia yang benar-benar berjuang. Greta memilih untuk menolak dirinya sendiri ke tepi supaya dunia menoleh ke arah G.
Dalam Islam, keberanian itu disebut sebagai jihad bil lisan iaitu perjuangan dengan kata-kata. Ia datang dari hati yang bersih, bukan untuk membalas dendam tetapi untuk menegakkan kebenaran. Dan hari itu, seorang gadis muda dari Sweden menjadi suara kepada jutaan yang tidak dapat bersuara.
Isbiol cuba menghancurkan semangatnya dengan penyeksaan fizikal. Mereka gagal. Tubuh boleh dipatahkan tetapi tekad tidak boleh dibunuh. Greta keluar dari penjara dengan luka di badan tetapi api di jiwanya membakar lebih marak.
Ucapan itu kini tular di seluruh dunia. Ia bukan hanya menggoncang ruang diplomasi tetapi membongkar wajah sebenar peradaban moden yang menutup mata terhadap kezaliman. Dunia yang berlagak beradab rupanya masih hidup dalam kejahilan yang diwarnakan dengan bendera demokrasi.
Sejak ucapannya, mungkin akan muncul lebih ramai aktivis yang akan mula mengumumkan solidariti baru untuk Sumud. Gelombang baru ini pasti akan ada banyak kapal, lebih banyak bendera dan lebih banyak manusia dari seluruh dunia yang tidak lagi takut kepada Isbiol.
Inilah kesan sebenar apabila seseorang bercakap dengan dunia sedang melihat. Inilah tujuan utama "Break The Silence". Greta tidak membawa senjata, tidak menjerit, tidak menyeru balas dendam. Dia hanya menyeru dunia untuk berhenti berpura-pura.
“Diam bukan lagi tanda tidak tahu,” katanya. “Diam adalah pilihan.”
Dalam satu kalimat itu, dia membunuh segala alasan yang selama ini digunakan oleh pemimpin dunia untuk berdiam diri. Seluruh sistem antarabangsa terbongkar sebagai boneka yang lebih takut kehilangan kontrak minyak daripada kehilangan nilai kemanusiaan.
Greta juga mengingatkan bahawa bantuan kemanusiaan bukan lagi memadai. Dunia mesti menamatkan pengepungan, penjajahan dan apar**eid yang sudah berlangsung puluhan tahun. Selagi dinding itu ada, selagi itulah nyawa akan terus menjadi angka yang tidak bermakna bagi dunia.
Ketika dia menamatkan ucapan, tepukan bergema di seluruh dewan. Wajahnya kekal tenang seolah-olah dia tahu perjuangan ini baru bermula. “Kami melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan,” katanya. “Kerana pemimpin yang ada tidak lagi mewakili kami.”
Apa yang berlaku di G hari ini ialah ujian terbesar kepada nurani manusia. Dunia sedang menilai dirinya sendiri sama ada mahu menjadi saksi atau mahu menjadi pembela. Greta memilih yang kedua dan itulah sebabnya nama kecil itu kini menjadi simbol global kepada keberanian.
Kebanyakan pemimpin berdiam diri kerana mereka takut kehilangan jawatan. Greta berani bersuara walaupun kehilangan kebebasan. Bezanya hanya pada niat iaitu satu hidup untuk kuasa dan satu lagi hidup untuk kebenaran.
Isbiol berjaya menahan tubuhnya tetapi gagal menahan gelombang yang bakal datang selepasnya. Kini, nama Sumud tidak lagi sekadar misi kemanusiaan tetapi lambang maruah dunia.
Ucapan Greta Thunberg akan diingati dalam sejarah sebagai antara seruan paling berani pada abad ini. Ia bukan laungan politik tetapi doa yang lahir dari penderitaan manusia yang enggan menyerah pada kejahatan.
Dan pada akhirnya, dunia akan terpaksa memilih. Mahu terus jadi penonton atau mahu berdiri bersama kebenaran. Kerana seperti yang Greta katakan, diam bukan lagi kejahilan. Diam ialah pilihan untuk berpihak kepada kezaliman.
Cukuplah dengan suara-suara yang hanya tahu mengkritik tetapi tidak pernah turun membantu. Misi Sumud ini tidak lahir untuk mencari nama atau kemasyhuran. Ia dibentuk atas semangat Break the Silence iaitu satu seruan untuk memecahkan tembok kebisuan dunia terhadap kezaliman yang sudah berlangsung terlalu lama di bumi P.
Ia bermaksud menolak sikap berpura-pura, menolak budaya tutup mata dan menolak normalisasi penderitaan manusia di bawah penjajahan.
Sedangkan mereka yang bersuara dan berlayar itu sedang mempertaruhkan nyawa demi kemanusiaan, ada pula segelintir yang selesa di kerusi empuk sibuk menilai misi Sumud, sibuk mencari salah pada yang berjuang. Sifat kemanusiaan entah di mana, empati entah ke mana.
Cukuplah dengan pot pet yang tidak membina. Dunia tidak perlukan lebih banyak pengulas negatif tetapi lebih banyak manusia yang berani bertindak atas dasar kasih sayang dan keadilan.
No comments:
Post a Comment