Nuffnang

Friday, 9 October 2026

Penyediaan Slide Melalui.AI

(1/8) CARA GUNA: Buka ChatGPT atau Gemini, kemudian masukkan Prompt #1 hingga #5 satu demi satu dalam CHAT YANG SAMA. Ini supaya AI ingat semua maklumat dari awal hingga akhir.

(2/8) PROMPT #1: TENTUKAN MESEJ UTAMA
"Saya perlu bentangkan [topik] kepada [siapa audiens] dalam mesyuarat selama [tempoh] minit. Berdasarkan maklumat di bawah, apakah 3 mesej utama yang paling penting untuk audiens ini faham? [tampal maklumat/nota]"
Langkah ini memastikan slides anda ada hala tuju sebelum mula ditulis.

(3/8) PROMPT #2: BINA STRUKTUR SLIDES
"Berdasarkan 3 mesej utama tadi, susun struktur pembentangan sebanyak [bilangan] slides. Untuk setiap slide, beri tajuk dan satu ayat tentang tujuan slide tersebut."
AI menyusun aliran dahulu, jadi anda tidak perlu mengubah susunan slides kemudian.

(4/8) PROMPT #3: TULIS ISI SETIAP SLIDE
"Untuk setiap slide, tulis maksimum 3 poin ringkas, tidak lebih 10 patah perkataan setiap satu. Gunakan bahasa yang mudah difahami oleh [audiens]."
Had perkataan ini mengelakkan slides yang padat dengan teks.

(5/8) PROMPT #4: TETAPKAN GAYA VISUAL
"Cadangkan gaya visual untuk pembentangan ini: warna utama [contoh: biru korporat], jenis font, dan satu visual yang sesuai untuk setiap slide sama ada carta, ikon, jadual atau gambar."
Gaya yang ditetapkan awal menjadikan semua slides nampak seragam dan profesional.

(6/8) PROMPT #5: HASILKAN PROMPT PENUH
"Gabungkan semua maklumat tadi, iaitu mesej utama, struktur, isi setiap slide dan gaya visual, menjadi SATU prompt lengkap yang boleh saya tampal terus ke tool AI untuk menghasilkan slides. Tulis dalam satu blok teks."
Hasilnya ialah satu prompt penuh. Salin prompt ini untuk langkah seterusnya 👇

(7/8) DI MANA NAK TAMPAL PROMPT PENUH TU?
Tampal terus, tak perlu sambungkan apa-apa:
• Gemini: Pilih Canvas dalam kotak chat, tampal prompt dan minta "Hasilkan pembentangan slides". Hasilnya boleh dieksport ke Google Slides.
• ChatGPT: Tampal prompt dan minta "Hasilkan fail PowerPoint (.pptx) untuk dimuat turun".
• Gamma: Pilih Create, kemudian Paste in text, dan tampal prompt anda.
• Canva: Buka Canva AI, tampal prompt dan minta ia hasilkan pembentangan.
Selepas itu, semak dan edit sedikit sahaja sebelum dibentangkan.

(8/8) 3 PERKARA SEBELUM GUNA PROMPT
1. Gantikan semua [kurungan] dengan maklumat sebenar anda.
2. Jangan masukkan maklumat sulit organisasi.
3. Jika jawapan kurang tepat, minta AI cuba semula dengan arahan yang lebih spesifik.

Save dulu 5 prompt ni untuk mesyuarat seterusnya.

Nak belajar cara rancang dan hasilkan slides dengan AI yang lebih tersusun dan kurang perlu diedit?

👉 https://aimanismail.my/pasm/

Friday, 2 October 2026

Malam Pertama di Alam Barzakh

MALAM PERTAMA DI ALAM BARZAKH, APA JADI SEBENARNYA?

Kita selalu tengok tanah perkuburan nampak tenang je. Tak ada bunyi, tak ada orang. Tapi pernah tak terfikir, apa yang jadi bila jenazah baru ditanam dan semua orang dah balik?

Senyap bukan bermakna tak ada apa-apa. Di sebalik diamnya tanah, bermulalah satu alam baru yang sangat menegangkan!

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

“Kubur itu sama ada taman dari taman-taman syurga, atau lubang dari lubang-lubang neraka.”

(Hadis Riwayat Tirmidzi)

Maksudnya?

Dekat bawah tanah tu, ada dua kemungkinan

Dapat nikmat.. atau azab.

Bayangkan.. Nabi Muhammad SAW, insan paling mulia, dah confirm masuk syurga.. tapi baginda tetap berdoa minta dilindungi daripada azab kubur.

Kalau Nabi pun takut, kita ni yang penuh dosa dan lalai macam mana?

Jadi.. Apa berlaku malam pertama tu?

Malam pertama di alam kubur bukan macam malam pertama kahwin.

Tak romantik.

Tak tenang.

Tapi.. mencekam dan sunyi.

Dan inilah antara perkara yang bakal berlaku :

1. Disoal Malaikat

Sebaik je jenazah ditanam dan semua orang balik, dua malaikat akan datang, Munkar & Nakir.

Mereka tanya beberapa soalan “standard”.

Siapa Tuhan kamu?

Apa agama kamu?

Siapa lelaki ini? (merujuk kepada Nabi Muhammad SAW)

Kalau dia seorang mukmin, jawapannya adalah “Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba Allah dan Rasulnya.” 

Masa tu boleh tengok tempat duduk mukmin tu dari neraka telah ditukar kepada syurga.

Tapi kalau si mati tu munafik atau kafir, dia akan jawab..

“Aku tak tahu. Aku hanya kata di dunia dulu macam orang ramai kata." 

Dikatakan kepadanya "Engkau tidak tahu dan engkau tidak mahu ambil tahu.” 

Kemudian dia dipukul dengan pemukul daripada besi.

Menjeritlah dia sampai dapat didengari oleh semua makhluk kecuali jin dan manusia.

2. Himpitan Kubur

Tak kira siapa pun kita, kubur akan menghimpit. Tak boleh elak.

Nabi SAW bersabda:

"Jika ada orang yang akan selamat daripada himpitan kubur, nescaya Sa’ad bin Mu’az lah orangnya."

(Hadis Riwayat Ahmad)

Sa’ad ni sahabat Nabi yang hebat, sampai 70,000 malaikat turun iringi jenazah dia, tapi masih kena himpit.

Bezanya, orang beriman akan rasa himpitan manja, macam PELUKAN ibu. Tapi yang banyak dosa.. himpitannya boleh REMUK tulang.

3. Teman di Alam Kubur

Kita takkan bersendirian sepenuhnya. Akan ada “peneman” ikut masuk kubur.

Kalau kita banyak amal soleh, akan datang satu makhluk yang rupa dia cantik, wangi, menenangkan. Dia akan temankan kita sampai kiamat.

Tapi kalau amal penuh noda.. datanglah “peneman” yang busuk, hodoh, menakutkan. 😞

Makhluk tu sebenarnya jelmaan amalan kita sendiri.

4. Diperlihatkan Tempat Kita

Dekat dunia kita tengok rumah dekat Mudah.my, tengok homestay dekat Airbnb. Tapi di alam kubur, kita ditunjukkan “rumah akhirat” kita.

Setiap pagi dan petang diperlihatkan destinasi kita nanti.

Syurga.. kalau kita orang beriman. Tengok saja pun bukan main nikmat lagi. 

Neraka.. kalau sebaliknya. Boleh jadi deraan mental bila tengok hari-hari.

Nabi bersabda:

“Apabila seseorang mati, diperlihatkan tempatnya di syurga atau neraka setiap pagi dan petang…”

(Hadis Riwayat Muslim)

So, Tak Nak Menyesal, Kena Ready Sekarang.

Alam barzakh bukan cerita dongeng. Ia pintu pertama menuju akhirat.

Masa tu, duit tak laku. Rakan tak boleh tolong. Cuma amalan yang jadi penyelamat.

Kalau Nabi SAW sendiri doa minta perlindungan daripada azab kubur, kalau Saidina Uthman RA menangis sampai basah janggut bila tengok kubur, kita bagaimana?

Lagi-lagilah perlu rasa, fikir dan buat sesuatu.

Mulakan dengan perkara kecil..

Solat cukup. 

Yang wajib-wajib lain pun kena juga selesaikan.

Jaga lidah. 

Apa yang diharamkan, jauhkanlah dari jadi gaya hidup. 

Tinggalkan syubhah.

Banyakkan taubat.

Baca doa perlindungan dari azab kubur setiap hari.

“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari azab kubur.”

Doakan jua buat saudara seagama kita yang telah pergi agar Allah mengampuni, memberi ihsan dan merahmati mereka di alam sana.

Semoga malam pertama kita semua di alam barzakh bukan malam penuh azab, tapi malam tenang yang penuh rahmat dari Allah. 

Ameen Ya Rabb..

#NotaAkidah
#BahagianDakwahJAKIM
#JakimUntukUmmah
#MadaniMembantu
#MadaniBekerja