Pusat Penghayatan Alam (NIC) dengan keluasan binaan sebanyak 40,000 sq. ft adalah lanjutan baru ke bangunan NIC yang sedia ada. Ia menempatkan pameran interaktif dan menaiki simulasi 4-D. Bangunan utamanya adalah berbentuk heksagon dan kedua-dua bangunan dihubungkan oleh dua ruang legar pintu masuk utama. NIC dikatakan akan menjadi salah satu tarikan utama di Putrajaya.
Pusat Penghayatan Alam (NIC) ini terletak di Taman Wetland, Putrajaya. Bukan sekadar pameran, pengunjung boleh merasai sendiri kehidupan yang ada di sini melalui pengisian multimedia, simulasi, kesan khas, bahan pameran statik dan interaktif, ruang dan peralatan bersifat edutainment dengan penggunaan teknologi terkini. Dengan alat bantuan tersebut, uols seolah-olah mengembara ke dunia wetland bermula dari pintu masuk. Terdapat tiga tingkat ruang pameran di mana ruang pameran utama adalah aras lantai yang dibahagikan kepada lapan zon mengandungi kepentingan tasik dan Wetland yang dipaparkan melalui skrin projektor.
Untuk makluman uols yang nak bawa anak-anak ke NIC ini ianya dibuka setiap hari bermula 9 pagi sehingga 5 petang kecuali ditutup pada Isnin. Harga tiket PERCUMA sahaja.
Ramai yang tidak tahu, salah satu komponen utama dan keunikan Putrajaya adalah tasik buatannya seluas 400 hektar yang diibaratkan sebagai permata mahkota dibangunkan sebagai tarikan pelancongan di samping sukan dan rekreasi. Untuk memastikan kualiti air dan keindahan tasik terpelihara, sel-sel wetland memainkan peranan penting sebagai pelindung dan pengimbang sistem ekologi serta penapis air bagi Tasik Putrajaya.
Di Aras Satu menempatkan pusat sumber yang mengandungi buku, majalah dan maklumat berkaitan wetland dan alam sekitar. Ruang edutainment untuk pengisian program dan aktiviti juga disediakan. Pusat ini turut mendapat sentuhan pakar di mana pelbagai peralatan mekanikal dan teknologi maklumat terkini digunakan untuk menghasilkan visual dan pengalaman serta suasana yang lebih menarik dalam ekosistem wetland seperti aquagraphic, hologram dan sebagainya.
Maka selesai la pengembaraan Keyza and family sebab jam dah 5.00 lebih masa tu kesian pak guard sekalian terpaksa overtime sebab menunggu kitorg blah dari situ wakakaka...Sorry yer
No comments:
Post a Comment