Nuffnang

Thursday, 23 February 2017

Cairo, Egypt Day 1

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Apa khabar pembaca blog Keyza?
Diharapkan semuanya sihat belaka hendakNya.
Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi atas limpah kurniaNya awal Februari 2017 Keyza dan keluarga dijemput untuk menunaikan umrah di tanah suci Makkah al Mukarrahmah.
Syukur tak terhingga hampir dua tahun Keyza menangguh untuk melakukan ibadah ini atas pelbagai faktor dan akhirnya  sampai juga ke tanah suciMu Ya Allah.

Tapi blog kali ni Keyza nak citer pasal pengalaman semasa sesi ziarah sebelum menunaikan umrah, Keyza sekeluarga telah dibawa menziarahi Kota Cairo, Egypt di Mesir. Teruja rasanya nak menziarahi negara yang mana dipenuhi makam-makam para sahabat nabi dan Imam yang sangat kita sanjungi.

Selamat je pesawat Saudi Arabia mendarat di Kota Cairo kesejukan mencengkam seluruh badan mana taknya dah dimaklumkan awal tengah musim sejuk boleh plak Keyza letak semua sweater dalam beg luggage huhuhuh masa dapat je bagasi terus buka beg kat airport tu juga amik sweater. Nasib la buat camtu rupanya keluar je dari airport terus je dibawa kami menziarahi Cairo tak balik hotel pun nak mandi manda ke apa...masam pun masam la org Cairo tak kisah pun hahahahha.

Tempat pertama yang dibawa haruslah tempat makan kan heheheh walaupun dalam flight dah 2x jamah wakakaka tp pakej breakfast dah include kot jadinya makan je ler....Restoran Chinese food dibawanya pun sebab takut terkejut perut tetiba makan makanan arab kan huahuahua.

Then dah kenyang dibawa plak ke Terusan Suez (Suez Canal) kawasan ini dikuasai oleh pihak Tentera Mesir makanya "no photo allowed to be taken". Kalau langgar perintah abis la tentera masuk bas dan check setiap orang. Semua warga jemaah yang bersama Keyza dan family sejenis yang menurut perintah jadi selamat la kami semua. Kawasan ini perlu dilalui sebabnya nak ke kawasan laut Merah. Laut Merah terbelah kepada 3 bahagian dan salah satu bahagian melalui Mesir, dimana kawasan inilah Nabi Musa AS membantu berdoa kepada Allah supaya diberikan telaga kepada setiap seorang anak Nabi Yaakub AS makanya ada 7 telaga di sini tetapi yang masih kekal ada hanya 3 telaga lagi 4 Keyza pun tak tahu ada kat mana huhuhu maaf.


Setelah bergambar disini dan kalau nak bersedekah or membeli goodies boleh la tapi tourist guide pesan "Hati-hati banyak Nyamuk"(referring to anak-anak penduduk setempat yang kadang-kadang menyeluk saku juga)

Kemudian dibawanya pula ke kawasan ketenteraan di mana di sini kubu tentera Mesir yang pernah diserang Israel. Namun kemenangan berpihak kepada Mesir. Seorang wakil tentera yang fasih berbahasa Inggeris telah mencerita kepada warga jemaah tentang kubu mereka dan bagaimana keadaannya ketika diserang.

Ni antara foto yang sempat dirakam ketika disana.



Selesai ziarah di sini kami terus dibawa berehat untuk menikmati makan tengahari dan kali ni menunya adalah makanan Arab lorh... sini punya style airnya last sekali baru dapat tu pun open request huhuhu yang dapatnya air mineral. Syukur kalau takde air mau tercekik la. 

Sebelum balik ke hotel kami di bawa ke masjid untuk solat Jamak Zohor dan Asar. 


Setelah semua warga jemaah complete dalam bas ingat nak balik hotel dah rupanya belum lagi perjalanan diteruskan lagi dan kali ini ke Makam Imam Syafie tapi hanya mampu pandang dari luar sambil sedekahkan Alfatihah kerana hampir 2 tahun makam ini dalam proses "renovation". Sebelah makam beliau ada juga makam Rabiatul Adawiyah iaitu seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangannya harus dicontohi oleh wanita Islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya dia memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup. Foto makam tidak diambil atas saranan pihak tourist guide...kemuadian lokasi terkahir sebelum balik hotel berehat adalah makan malam hehehe sini boleh order air manis tapi bayar sendiri la ye...tempat lain pun boleh order air manis tapi dah waiter tak tanya kita pun mana la tau kan....blur 1st day di negara Arab ni heheheh.

untuk kisah selanjutnya nanti Keyza sambung Ziarah Cairo Iskandariah Day 2....
(to be continue)

No comments:

Post a Comment