Kali ni Keyza nak kongsi alkisah Keyza dan family ke tempat peranginan air terjun.
Kat mana lokasi air terjun yang Keyza terjah kali ni?
Ha nama tempatnya Santuari Ikan Sungai Chiling yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Ini lah tempatnya.
Parking disediakan di luar kawasan ini. Kena la jalan sikit ye masuk ke dalam tempat ni.
Bayaran untuk naik melihat air terjun adalah RM1 sahaja.
Hoi mana nak cari tempat perkelahan bayar RM1 dah sekarang.
Deposit dikenakan untuk sesape yang bawa botol air mineral or jajan sekalian, tupperware dari rumah dibenarkan bawa naik tanpa sebarang charge.
Ini kisahnya sebab nak pelihara kebersihan alam la uols...
Nanti kalau dah turun dia akan check la botol yang dibawa naik tadi ada ke tak? Kalau takde makanya burned la deposit uols semua tadi...
Perjalanan untuk naik ke kawasan air terjun mengambil masa 45 minit sahaja tetapi disebabkan Keyza ni bawa anak2 kecil usia 4-8 tahun memang lama punya la sebabnya nak layan karenah dorang lagi kan makanya add up la another 30 minute untuk sampai ke air terjun tu. Gambar tu adalah peta tempat yang akan dilalui untuk sampai ke kawasan air terjun.
Terdapat 4 crossing river yang kena lalui tau ni salah satu darinya la. Masa nak crossing ni uols memang akan nampak ikan Klah yang sangat banyak tapi jangan harap senang tangkap tau dan tak boleh pun nak tangkap sebab ada larangan menangkap ikan dipaparkan tapi kalau teringin nak kena denda or dipenjarakan silakan la ye tangkap ikan tu dengan bersungguh hahahah gurau aje na...
Masa merentasi sungai ni berhati-hati ye uols batunya yang licin boleh membuatkan kita tergolek or tergelincir cam Keyza hahahah....tapi kalau hujan tak yah la gigih nak ke sana juga bahaya turrr...
Alhamdullillah berjaya juga kami sekeluarga sampai ke puncak dan menyaksikan sendiri keindahan air terjun kat sini dan sekaligus kawan Keyza pun berjaya merealisasikan impian untuk sambut birthdaynya kat sini.
Harapannya semoga ini bukanlah episod terakhir untuk sebuah persahabatan dan semoga ukhwah ini akan diteruskan. Tepat jam 4.00 petang kami pun beredar dari sini sebab syaratnya 4.30 petang semua harus bergerak turun ke bawah dan pastikan sampai ke kawasan check in tadi sebelum jam 5.30 petang. info ni penting supaya anda tak tersesat dalam kegelapan bila nak meredah keluar dari hutan tu nanti. Kat bawah pun boleh sambung mandi - manda lagi tau uols dan tempat persalinan dan surau turut disediakan. So no worries just come here and chill.
Setakat ini sahaja coretan pengalaman Keyza dan family. Till meet again with next entry.
Love uols. Check-out dulu yer.....
No comments:
Post a Comment