Ramai yang dah cuba & hidup mereka berubah dari sudut yang mereka sendiri tak sangka.
1️⃣ Bangun 4.30 Pagi Me Time Dengan Allah Sebelum dunia bangun & mula bising dengan urusan harian bangunlah awak dulu. Solat taubat, tahajjud & hajat. Mengadu apa sahaja, menangis sepuas-puasnya, meminta seluas-luasnya hanya kepada Allah. Ini adalah masa paling eksklusif & paling indah antara awak dengan Dia. Jangan lepaskan.2️⃣ Mandi Aroma Terapi Sebelum Subuh
Mulakan hari bukan sekadar dengan mandi biasa tambahkan aroma terapi dalam rutin awak. Pilih Lemongrass, Bergamot atau Geranium. Ustazah sendiri sangat suka Bergamot & Geranium wanginya menenangkan jiwa & menyegarkan minda untuk mulakan hari yang produktif.
3️⃣ 30 Minit Di Sejadah Sebelum Subuh
Duduk diam di atas sejadah perbanyakkan istighfar & amalkan Saiyyidul Istighfar. Waktu ni adalah antara waktu yang paling mustajab untuk berdoa. Mintalah apa sahaja rezeki, kesihatan, keluarga, masa depan. InsyaAllah Allah akan qabul segala hajat awak.
4️⃣ Jangan Tinggal 2 Rakaat Sebelum Subuh
Rasulullah ﷺ bersabda "2 rakaat sunnah fajar lebih baik dari dunia & seisinya." Kalau Nabi ﷺ sendiri tak pernah tinggalkan kita sebagai umatnya lebih wajib untuk jaga. Amalan kecil ini nilainya luar biasa di sisi Allah.
5️⃣ Solat Subuh Awal Waktu
Ini janji Allah kita jaga solat, Allah pelihara kita dunia & akhirat. Usahakan solat fardu di awal waktu setiap hari. Bukan sebab terpaksa tapi sebab kita faham betapa besarnya nilai solat dalam hidup kita.
6️⃣ Solat Dhuha Bayar Cukai 360 Sendi
Tahukah awak setiap hari ada 360 sendi dalam badan kita yang perlu dibayar cukai? Dan solat dhuha adalah cara bayarannya! Bermula jam 8 pagi solat 2, 4 atau 6 rakaat. Kita akan digolongkan dalam kalangan hamba yang bersyukur & tidak lalai.
7️⃣ Ayat 1000 Dinar 7x Setiap Pagi
Amalkan setiap pagi dengan penuh keyakinan bukan sekadar di lidah, tapi yakin sungguh-sungguh dalam hati bahawa Allah akan buka pintu rezeki awak seluas-luasnya. Keyakinan itu sebahagian dari doa yang sempurna.
8️⃣ Selawat Minimum 100x Sehari
Plan waktu betul-betul 100x adalah minimum. Kalau mampu, usahakan 1000x sehari & selesaikan sebelum tidur malam. Selawat itu cahaya dalam kegelapan, penawar dalam kesakitan & syafaat di hari akhirat. Jangan tinggal walau sehari.
9️⃣ Baca Al-Quran Setiap Hari
Tak perlu terus habiskan 1 juzuk mulakan dengan 5 baris selepas setiap solat. Kalau tak sempat, luangkan sekurang-kurangnya 1 muka selepas Maghrib atau Isyak. Al-Quran adalah penawar hati, jiwa & badan jangan biarkan sehari berlalu tanpa menyentuhnya.
🔟 Konsisten Surah-Surah Pilihan
Subuh → Waqiah | Zuhur → Ar-Rahman | Asar → As-Sajdah | Maghrib → Yasin | Isyak → Al-Mulk. Dan sebelum tidur — berwuduk, Saiyyidul Istighfar 7x & Istighfar 70x. Biarkan ini jadi rutin malam awak yang tak boleh ditinggalkan.
1️⃣1️⃣ Kembalilah Hidup Bertuhan 🤍
Bersyukur bukan sekadar di mulut tuliskan kesyukuran awak setiap hari. Jiwa yang bersyukur adalah jiwa yang tenang & bahagia. InsyaAllah awak akan rasa kemanisan iman & qalbun salim yang selama ni awak cari-cari. Ingat istiqamah itu lebih baik dari 1000 karamah.
.
.
Sahabat sahabat yang nak konsisten beramal..konsisten menulis syukur.. Ustazah ada kumpulkan zikir zikir dan amalan dalam buku ni. Buku checklist amalan selama 120 hari. Tuliskan kesyukuranmu selama 120 hari. InsyaAllah ia akan menjadi amalan yang sangat hebat. Hadham dalam diri kita sungguh sungguh.
.
Usaha untuk lebih istiqamah. Berusaha untuk jadi hamba Allah yang beriman, bertaqwa dan istiqamah. Sesungguhnya istiqamah itu lebih baik dari 1000 karamah.
1️⃣2️⃣ Sedekah Walaupun RM1
Tak perlu tunggu kaya untuk bersedekah RM1 sehari pun cukup untuk permulaan. Konsisten 40 hari & lihat macam mana Allah gandakan rezeki awak dengan cara yang tak pernah awak jangka. Tangan yang memberi sentiasa di atas.
1️⃣3️⃣ Makan Makanan Halalan Toiyyiban
Siapa awak 5 tahun lagi adalah apa yang awak makan hari ni. Pilih makanan yang halal & baik support badan awak untuk terus kuat beribadah & berdakwah. Ustazah sendiri amalkan minyak zaitun extra virgin setiap hari saranan Allah & Rasulullah ﷺ untuk badan sihat, kuat & bertenaga.
.
.
Untuk sihat,kuat,bertenaga kami amal minyak zaitun extra virgin. Satu saranan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Kami pilih minyak zaitun extra virgin daripada buah putik. Sebab ia tinggi Acid Oleic, MUFA PUFA untuk bantu badan kita sihat dan cegah penyakit.

No comments:
Post a Comment