Nuffnang

Tuesday, 24 November 2026

Doa sakit Gerd

DOA sakit Gerd.
2 jenis IKHTIAR : 

1. Sunnatullah
2. Qudratullah

Ikhtiar sunnatullah merupakan ikhtiar mencari kesembuhan melalui proses sebab-akibat. Proses sains. Proses jenis ’sakit kepala, makanlah panadol’. Kita pi jumpa doktor, buat pembedahan, makan ubat. Semua ini termasuk dalam ruang lingkup sunnatullah yang dibenarkan agama.

Satu lagi ikhtiar ialah Qudratullah. Ia merupakan ikhtiar kita selaku hamba menjemput syifa (kesembuhan) dari Allah ta’ala dengan ruqyah, berdoa, membaca zikir, minum air zamzam, air penawar dll.

Yang terbaik ialah, kita usahakan kedua-dua ikhtiar. 

Sakit perut ni pula ada macam-macam. Dari yang biasa – cirit birit, masuk angin, sebu dll. Yang teruk, appendix pun ada hatta kanser pun boleh jadi.

Maka untuk kesemua penyakit ini, ada beberapa doa yang boleh anda ikhtiarkan. Berikut antara yg saya cadangkan :

1. Fatihah 1x
2. Selawat 3x
3. Amalkan doa paling mustajab dari Rasul iaitu :

Step 1 : letakkan tangan / pegang tempat sakit
Step 2 : Bacalah ‘Bismillah’ sebanyak 3 kali. 
Step 3 : Kemudian baca doa ini sebanyak 7 kali :
.
أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
.
’A'uzu billahi wa qudratihi min syarri ma ajidu wa uhadziru’
Ertinya, "Aku berlindung kepada Allah & kuasaNya dari keburukan apa yang ku rasakan & ku risaukan”

4 : Kemudian baca doa ini :

  اللّهُمَّ أَزِلِ الْمَغْصَ مِنْ بَطْنِي بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْن

‘Allahumma azilil maghso min batni, birohmatika Ya Arhamar Rohimin’
Ertinya : Ya Allah, hilangkanlah sakit dari perutku ini, dengan rahmatMu, wahai Tuhan Maha Pengasih’

Cuba amalkan doa ini ya. Dalam masa sama, pi cek doktor untuk lebih mudah kita nak tau punca penyakit. Dalam masa sama, ikuti nasihat doktor tentang pantang larang penyakit. 

Siapa yang dah dapatkan air Ihya yang telah kami bacakan 75 doa penyembuh, penawar & syifa, boleh baca doa ini sebelum minum air.

Semua ini kita niatkan sebagai ikhtiar atas keyakinan bahawa penyakit kita ni, Tuhanlah yang berkuasa sembuhkan. Rasulullah s.a.w duhulu pun melakukan ikhtiar sama. Apabila ditimpa penyakit, baginda rajin berdoa, minum air zamzam dll & berikhtiar lain juga.

Sekarang, kita cuba menuruti jejak langkah baginda. 

Bagi anda yang ingin dapatkan AIR IHYA yang kami kongsikan PERCUMA, boleh dapatkannya melalui link berikut : 

Bit.ly/airpenawar
Bit.ly/airpenawar

Semoga bermanfaat.
Ust Asraff

No comments:

Post a Comment