Nuffnang

Wednesday 13 November 2019

Cuti-Cuti Wawasan 2020

Uols............
Sedar tak sedar dah nak habis dah 2019.....

Tak lama lagi dah nak masuk tahun 2020 — tahun di mana Wawasan 2020 diperkenalkan oleh Tun Mahathir Mohamad.

Berikut dikongsikan Kalendar 2020  beserta senarai cuti sekolah dan cuti umum.

Diharapkan perkongsian kalendar memudahkan uols merancang aktiviti percutian, tarikh kenduri kahwin dan sebagainya.



WAWASAN 2020
Apakah Wawasan 2020?

Ianya merupakan wawasan di bawah kerajaan BN ketika Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Matlamat utamanya adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya pada tahun 2020.



Dr Mahathir sebelum ini telah menggariskan 9 cabaran utama yang perlu diatasi bagi mencapai matlamat Wawasan 2020. Antaranya:

Cabaran 1: Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.
Cabaran 2: Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan.
Cabaran 3: Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang.
Cabaran 4: Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.
Cabaran 5: Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi.
Cabaran 6: Membina masyarakat yang maju dan saintifik.
Cabaran 7: Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang.
Cabaran 8: Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.
Cabaran 9: Memupuk dan membina masyarakat makmur.



Tak pe la meh kita ushar kalendar 2020 ni.... panjang umur murah rezeki sihat tubuh badan boleh lah plan jenjalan lagi ye tak?

Kalendar rujukan dari malaysiatercinta.com




CUTI SEKOLAH  2020
Sesi persekolahan tahun depan akan bermula seawal 1 Januari – 21 Mei 2020.

Manakala penggal kedua persekolahan akan bersambung semula pada 19 Jun – 20 November 2020.

Cuti sekolah (pertengahan penggal) akan bermula 13 – 21 Mac 2020 (seminggu).

Cuti pertengahan tahun pula dari 22 Mei – 6 Jun 2020.

Cuti tengah penggal selama seminggu bermula dari 24 Julai – 1 Ogos 2020.

Dan akhir sekali cuti akhir tahun selama 5 minggu dari 20 November – 31 Disember 2020.

CUTI UMUM 

Januari 2020

1 Jan: Tahun Baru
14 Jan: Hari Keputeraan YDPB Negeri Sembilan
19 Jan: Hari Keputeraan Sultan Kedah
25 – 27 Jan: Cuti Tahun Baru Cina



Februari 2020

1 Feb: Hari Wilayah Persekutuan
8 Feb: Thaipusam



Mac 2020

4 Mac: Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu
22 Mac: Israk Mikraj
23 Mac: Hari Keputeraan Sultan Johor


April 2020


10 April: Good Friday
15 April: Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah
24 April: Awal Ramadhan
26 April: Hari Keputeraan Sultan Terengganu

 Mei 2020

1 Mei: Hari Pekerja
7 Mei: Hari Wesak
10 Mei: Hari Nuzul Alquran
24-26 Mei: Hari Raya Aidilfitri
30-31 Mei: Pesta Kaamatan

Julai 2020

7 Jul: Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown
11 Jul: Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
17 Jul: Hari Keputeraan Raja Perlis
22 Jul: Hari Sarawak
31 Jul: Hari Raya Haji

 Ogos 2020

1 Ogos: Hari Raya Haji Hari Kedua
20 Ogos: Awal Muharram
31 Ogos: Hari Kebangsaan

 September 2020

9 Sept: Hari Keputeraan YDP Agong
11 Sept: Hari Malaysia

Oktober 2020

3 Okt: Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sabah
9 Okt: Harijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka
10 Okt: Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak
24 Okt: Hari Keputeraan Sultan Pahang
26 Okt: Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar
29 Okt: Maulidur Rasul

 November 2020

6 Nov: Hari Keputeraan Sultan Perak
11-12 Nov: Hari Keputeraan Sultan Kelantan
14 Nov: Hari Deepavali

 Disember 2020

11 Dis: Hari Keputeraan Sultan Selangor
25 Dis: Hari Krismas

No comments:

Post a Comment