Monday, 21 July 2014
Lailatul Qadar ~ Marhaban Ya Ramadhan
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) telah datang kepada kamu, dalamnya ada malam yang amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah”. (riwayat Ibnu Majah).
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Sesiapa yang beribadah pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, mudah-mudahan akan diampuni dosanya yang lalu. (riwayat Muslim).
Para ulama bersepakat bahawa malam al-Qadr berlaku di bulan Ramadan. Begitu juga mereka bersepakat malam itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan. Mereka hanya berselisih pendapat tentang malam yang ke berapa. Pendapat yang masyhur menyatakan bahawa malam al-Qadr berlaku pada malam ke-27 Ramadan.
Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya: “Barang siapa yang ingin mendapatkan al-Qadr, dia hendaklah mencari pada malam ke-27 (riwayat Ahmad).” Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam mulia itu berlaku pada malam ganjil 10 hari terakhir. Apa pun harinya, yang penting pada malam itu, Allah menurunkan rahmat, limpahan kurnia dan keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang melaksanakan ibadat dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah. Kelebihan malam al-Qadr tidak akan dianugerahkan kepada sebarangan orang dan juga tidak pula diberi kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam-malam tertentu sahaja. Fadilat malam itu akan menyinari mereka yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam beribadat. Hadirnya malam penuh berkat itu sangat dinantikan dan disambut dengan penuh keimanannya.
Kata al-Imam al-Qurtubiy, Rasulullah SAW diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka baginda merasa bahawa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti mana yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya lebih panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah SAW. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadr yang mempunyai nilai 1,000 bulan kepada Rasulullah SAW dan umatnya.
Justeru itu, malam al-Qadr dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama 1,000 bulan atau 83 tahun tiga bulan. Kerana keutamaan ini, Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadr. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan. Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, witir, terawih, bertadarus al-Quran, berzikir dan seumpamanya.
Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering baginda baca adalah doa maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.” Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.
Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang dosa yang lalu. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah.
Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: “Setiap anak Adam tidak akan terlepas dari melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu adalah yang bertaubat kepada Allah (riwayat al-Tirmidzi dan Ibnu Majah).” Justeru, wajar bagi setiap Muslim bermuhasabah terhadap segala amalan dan seterusnya bertaubat kepada Allah biarpun sekecil mana kesalahan itu. Perlu diinsafi bahawa taubat tidak sepatutnya ditunda atau ditangguhkan kepada waktu yang lain kerana ajal maut akan datang menjemput manusia pada bila-bila masa. Maka peluang keemasan yang disediakan Allah sepanjang Ramadan wajar direbut agar tidak menyesal kemudian hari
Saturday, 5 July 2014
Amalan Rasulullah SAW di bulan Ramadhan
Bulan Ramadhan adalah bulan suci yang penuh dengan keberkahan dan keutamaan. Orang mukmin dianjurkan untuk merebut ganjaran sebaik-baiknya, dan sebanyak-banyaknya kesempatan dalam berbuat kebajikan apapun bentuknya. Bila kita menelusuri jejak Rasululah saw. dalam menyambut bulan suci Ramadhan ini, maka akan kita dapati hal-hal sbb:
Imej Ramadhan
1. Rasulullah saw selalu bergegas memenuhi panggilan kebaikan, seperti solat berjama’ah, solat sunnah, mengeluarkan sedekah, membaca al-Qur’an dan sebagainya.Rasululah saw bersabda:
“Apabila datang malam pertama bulan Ramadhan,dibelenggulah syaitan dan jin, ditutuplah pintu-pintu neraka, dan dibukalah pintu-pintu syurga, kemudian diserukan: wahai orang yang mendambakan kebaikan, datanglah!! dan wahai orang yang tak suka kebaikan, bermalaslah!! (artinya, engganlah memperbanyak amalmu). Dan sesungguhnya dalam bulan Ramadhan ini setiap malamnya Allah swt. membebaskan orang-orang yang dikehendakiNYA dari api neraka. (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)
2. Rasulullah saw melipatgandakan amal perbuatan yang baik, baik yang fardhu maupun yang sunnah. Diriwayatkan oleh Salman, bahwa pada suatu hari di penghujung bulan Sya’ban Rasulullah saw. bersabda;
“Wahai sekalian manusia, telah datang kepadamu bulan yang agung, penuh keberkahan, di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan; diwajibkan padanya puasa; dan dianjurkan untuk menghidupkan malam-malamnya. Maka barang siapa yang mengerjakan satu kebajikan pada bulan ini, seolah-olah ia mengerjakan satu perintah kewajiban di bulan lain, dan siapa yang mengerjakan ibadah yang wajib,seakan-akan ia mengerjakan tujuh puluh kali kewajiban tersebut di bulan yang lain.”
Begitulah pahala mengerjakan ibadah sunnah sama dengan pahala mengerjakan ibadah wajib, sedangkan ibadah wajib akan dibalas tujuh puluh kali lipat pahalanya.
3. Rasulullah saw sangat pemurah dan sangat gemar bersedekah serta memberi makan orang yang berpuasa. Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhary ra., bahwa Rasulullah saw. adalah orang yang paling pemurah, lebih-lebih pada bulan Ramadhan. Diceritakan bahwa kebaikan beliau bagaikan hembusan angin yang lembut, membawa banyak rahmat, menabur kegembiraan di hati orang mukmin. Diriwayatkan pula bahwa beliau sangat penderma, bahkan tidak pernah menolak permintaan apapun yang diajukan ke beliau.
4. Banyak berdo’a, terutama ketika hendak berbuka puasa. Rasulullah saw bersabda:
“Saat-saat berbuka adalah saat yang paling tepat dan mujarab bagi orang yang berpuasa untuk berdoa.” Dan doa yang selalu diucapkan ketika berdoa adalah “Ya Allah, hanya keranamu aku berpuasa, dan dengan rezekimu aku berbuka, telah hilang haus dan dahaga, maka tetap hauslah pahala bagiku, ya Allah!!”.
5. Rasulullah saw selalu tadarus (membaca al-Qur’an). Setiap malam bulan Ramadhan Malaikat Jibril as. selalu datang menemui Rasulullah saw., dan bersama-sama membaca al-Qur’an, silih berganti. Hikmah tadarus Rasulullah di antaranya adalah untuk mengajarkan umatnya agar rajin membaca al-Qur’an atau tadarus, terutama di bulan suci Ramadhan itu, di setiap waktu, apalagi di malam hari, dan ketika mengerjakan solat malam (tahajjud).
6. Rasulullah saw meningkatkan kesungguhan ibadahnya terutama pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Hal mana dilaksanakan untuk meraih terutama lailatul qadar. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah saw. bersabda:
“Barangsiapa yang beribadah pada malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan harapan, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah ia lakukan.” Seperti kita ketahui, bahawa ibadah pada malam ini sama nilainya dengan kita beribadah seribu bulan lamanya. Dan doa yang paling afdhal (paling utama) diucapkan pada malam itu adalah: “Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun dan Pemurah serta sangat suka memaafkan. Maka ampunilah kesalahan-kesalahan kami, ya Allah. (Allaahumma innaka ‘afuwwun kariim, tuhibbu al-’afwa fa’fu ‘annaa yaa kariim).
Diriwayatkan: barang siapa yang salat Maghrib dan Isya’ berjama’ah pada malam Lailatul Qadar itu, maka ia telah mendapatkan sebagian besar keutamaan malam Lailatul Qadar itu. Riwayat yang lain mengatakan, “Siapa yang salat Isya’ berjama’ah pada malam Lailatul Qadar itu, seakan-akan ia telah menghidupkan separuh malam tersebut, dan bila ia menunaikan salat Subuhnya, maka ia telah menyempurnakan seluruh malam Lailatur Qadar tersebut.
Itulah beberapa jejak Rasulullah saw pada bulan Ramadhan, yang pada dasarnya Rasululah saw mengajarkan umatnya agar bersungguh-sungguh meraih kebaikan-kebaikan yang ada padanya, dengan berbuat keta’atan, kebaikan, ibadah, terutama ibadah-ibadah sosial, seperti menolong orang lain, meringankan beban hidup orang lain, menyantuni anak yatim dan orang-orang yang papa atau memberi makan orang yang akan berbuka puasa. Di samping itu beliau juga mengajarkan umatnya agar menjauhkan diri dari perbuatan-perbuatan munkar, makruh, dan mubah, apalagi yang haram. Bahkan beliau memperingatkan dengan sabdanya:
“Barang siapa yang tidak meninggalkan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan keji atau kotor (seperti berdusta, membicarakan orang lain atau mengadu domba), maka tidak ada artinya puasanya itu, kecuali ia hanya merasakan lapar dan dahaga saja.”
Demikianlah, semoga Allah swt. menerima dan melipatgandakan amal ibadah kita, dan semoga Allah swt. memberikan kekuatan di dalam menjalankannya. Salawat serta salam kepada Nabi kita Muhammad saw. Walhamdulillahirabbil’aalamiin.
Thursday, 12 June 2014
The Reality- 3rd day Mekong River Tour
Kalau ingat 1st entry Keyza ada citer yang Keyza dah google tentang agent ni dan servisnya agak murah la berbanding agent lain.
Ho Chi Minh - Vietnam Tour
Kalau ikut plan sebenar kitorang rancang pergi Chu Chi Tunnel dan mekong River tapi disebabkan kesuntukan masa jadi terpaksa batalkan trip ke Chu chi tunnel dan hanya bayar untuk ke Mekong River je la.Harganya 219,000 * 2 + pickup and dropback (85,000 vnd dong).
So pesanan Keyza kalau amik dengan agent ni amik pick up je drop back tak perlu sebab nanti tourist guide ni tak hantar ke hotel pun kena balik sendiri dengan teksi. Tapi nasib Keyza baik sebab ada akak ni dari Malaysia juga baik hati tumpangkan kitorang balik ke hotel dan bayarkan tambang teksi kitorang. Tak mahal pun dalam 20,000 vnd dong je dari travel agensi ke hotel tu tapi kira juga la kan sebab dah bayar kot kat agent untuk dropback.

Berbalik ke citer trip tadi ye. Trip ni ada pakej makan juga tapi tak HALAL yer. So kitorang bawa bekal siap-siap supaya tak kelaparan sepanjang berada di Mekong nanti. Seharian kot kalau takde makan mau pengsan jadinya. Sementara menanti ketibaan tourist guide pick up kat hotel kitorang ke Restoran Hajjah Basiroh untuk tapau nasi lemak dan murtabak. Kemudian singgah ke pasar Ben Thant untuk beli topi sebab takut sunburn plak masa di sana nanti. Sempat plak tu dok bargain harga topi dapat la RM30 untuk 2 topi. Balik je ke hotel tourist guide dah sedia menanti nak bawa kitorang ke Mekong river.
Perjalanan ke Mekong River mengambil masa dalam 3 jam juga sebabnya jalanraya kat Vietnam ni tak macam kat Malaysia tak boleh laju woo kang kena saman. Follow had laju di bawah ye.
Selepas 3jam akhirnya sampai gak ler di jeti Mekong River. Snap la gambar dulu kan sebelum naik bot ke 4 pulau yang tourist guide ni dok citer tadi. Comel tak topi Keyza pakai tu? Tu la topi yang dok pulun bargain pagi tadi. Rupanya kat jeti ni pun ada jual topi camni gak harga RM5 je haish penat je pulun bargain.
Untuk makluman para pembaca blog Keyza sekalian Sungai Mekong mengalir melalui Laos, Kemboja, dan Vietnam sebelum memasuki Laut China Selatan di selatan Bandar Raya Ho Chi Minh (dahulu Saigon). Vientiane (Viangchan ), ibu kota Laos, dan Phnom Penh, ibu negara Kemboja, kedua-duanya berada di tebing Sungai Mekong. Kira-kira tiga perempat daripada kawasan saliran Sungai Mekong terletak di dalam empat buah negara, i.e Laos, Thailand, Kemboja, dan Vietnam. Di Vietnam, keseluruhan rakyatnya memanggilnya Sungai Me kong. Ia berkait dengan cerita 'sembilan kepala naga'. Terbahagi kepada dua cawangan sungai iaitu Tien Giang dan Hau Giang.Perjalanan menyusuri dengan bot ini mengambil masa setengah jam. Pelbagai jenis bot nelayan dapat dilihat di sepanjang perjalanan ini. Banyak jg tempat menternak ikan dan kapal2 pengumpul pasir yg akan di eksport terutama ke Singapura. Semenjak tahun 2012 operasi eksport pasir telah dihentikan atas faktor Geografi.
Kreatif dorang ni penduduk Asia la katakan. Seharian di Mekong amat memenatkan tapi kepuasan melawat negara orang itu yang harus disyukuri.
Monday, 2 June 2014
Hotel King OST - Its Hurt
Synopsis:
A love story between an heiress who tries to save her father’s legacy, the one and only seven-star hotel in the nation and the hotel manager who becomes an enemy to his own father who abandoned him in order to help the heiress. Main Cast Lee Dong Wook as Cha Jae Wan (general manager of Hotel Ciel) Lee Da Hae as Ah Mo Ne (heiress of Hotel Ciel) Im Seul Ong as Sun Woo Hyun (Mo Ne’s VIP staff) Wang Ji Hye as Song Chae Kyung (director of Hotel Ciel’s restaurant) Lee Duk Hwa as Lee Joong Goo (vice chairman of Hotel Ciel) Kim Hae Sook as Baek Mi Nyeo (training manager of Hotel Ciel).
Bila layan citer ni Keyza suka sangat dengan lagu ni memang sesuwei sangat jadi OST Hotel King,
tajuknya Its Hurt. So meh kita karok sama-sama kay...
ijeul georago neoreul tteomineun naneun apa
nega tto eobseumyeon andwae nega nan eobseumyeon andwae
sarang hanaro neoreul butjabeul suneun eobseo
geureon nuneuro boji ma geureom nan mot bonae
han beonman han beonman yaegi deureobwa kkeutkkaji huhoehamyeonseo neo eobsin salsuga eobseo
geurae nan geurae nan neo bakke molla hansun gando neol ijeun jeok eobseo
neoui pyojeongdeuri naege malhajanha idaero meomchwo seo isseojwo
ijeul georago neoreul tteomineun naneun apa
nega tto eobseumyeon andwae nega nan eobseumyeon andwae
saranghanaro neoreul butjabeul suneun eobseo
geureon nuneuro boji ma geureom nan mot bonae
meongdeun gaseumdeuri apa jinan himdeureotdeon sigandeureun annyeong
uri saranghaetdeon nalman gieokhae uri haengbokhaetdeon nalman gieokhae yeogiseo meomchwoseo
MY LUV MY GIRL TOO LATE TO LUV naega neujeonni mianhae jeongmal
saranghae saranghae neo bakke molla hansungando neol ijeun jeok eobseo
neoui pyojeongdeuri naege malhajanha idaero meomchwo seo isseojwo
ijeul georago swipge malhaetdeon naneun apa
geureon nan ureodo andwae geureon nan seulpeodo andwae
dasin geumanhajago swipge malhajin anheul geoya
sarang hanamyeon chungbunhae sarang hanamyeon dwae
ijeul georago neoreul tteomineun naneun apa
nega tto eobseumyeon andwae nega nan eobseumyeon andwae
geumanhajago swipge malhajin anheul geoya
saranghanamyeon chungbunhae saranghanamyeon dwae
gieokhae apeun nae sarang
The Reality- 2nd day in Ho Chi Mint City
Hari ke 2 di Ho Chi Mint City. Pagi ni kalau ikut iternary patutnya lepas breakfast kitorg akan menuju ke Cu Chi Tunnel kan. Tapi plan diubah di saat akhir. Tapi perut dah berkeroncong nak jalan mana pun tangki perut kena la isi dulu kan. Pagi-pagi ni Keyza follow je K.Su cari restoran yang dah dibuka seawal jam 6.30am waktu Vietnam. huhuhu haruslah belum buka lagi kan so sepanjang proses "Jalan-jalan Cari Makan" ni Keyza snap la gambar makcik-makcik sini yang menjual buah-buahan. Harga tak tanya plak kan sebab dah set dalam minda "Don't ask if your not interested!"
Jalan punya jalan tengok restoran pertama yang dibuka seawal jam 7.00am waktu Vietnam seharusnya Restoran Hajjah Basiroh. Pagi-pagi dah order nasi lemak sorang satu dan milo ais. K.Su dan husband order karipap dan popia Vietnam. Rasanya boleh tahan juga la tak lari jauh sangat dengan selera orang Malaysia.
Kenyang perut baru syok nak jenjalan kan. As usual kitorg singgah lagi di pasar Ben Thant sementara menunggu kawan K.Su (warga Vietnam) datang jemput kiotrg di hotel . Jalan-jalan dalam tu sambil cuci mata tengok harga kain. Murah memang murah tapi boleh lagi minta diskaun.
Tepat jam 8.30 am waktu Vietnam kitorang join K.Su and her husband ke Chinatown. Tujuannya nak tengok kedai kain di sini. Giler wei kain berlambak-lambak tak larat nak pilih berpinau mata den ni ha. Tapi harganya lebih kurang di pasar Ben Thant jer tak dapat diskaun banyak pun.
Selesai membeli-belah di sini, destinasi seterusnya adalah pasar An Dong. Pasar An Dong ni sesuai menjual barangan secara pukal kepada pemborong. So kalau setakat nak beli satu dua takkan dilayannya dan satu lagi peniaga di sini tak pandai sangat berbahasa English apatah lagi Bahasa Melayu kan.
Ni adalah gambaran sekitar pasar An Dong.
Feri kebanggaankuWednesday, 28 May 2014
The Reality- 1st day in Ho Chi Mint City
Balik dari Ho Chi Mint, Vietnam terus masuk opis tak sempat nak update blog ni kuikuikui (macam busy sangat ler kan)
Seperti yang uols tau la kan post sebelum ni Keyza ada citer nak gi trip ke Ho Chi Mint kan. Kalau uols lupa ni postnya
Ho Chi Minh - Vietnam Tour
Now I'm back, dah balik ni of course la Keyza nak story morie dengan uols apa je Keyza dan kawan buat kat sana nun. Pagi Sabtu yang indah, my parents and kids teruja sangat nak hantar Keyza pergi airport almaklum la airport baru KLIA 2 so Keyza bawa la dorang skali naik ERL dari Putrajaya terus ke KLIA 2.Tambangnya tak mahal mana pun. Sila rujuk jadual di bawah ye...
First of all kita rujuk kepada iternary Keyza pada post yang lepas.Ha dah tengok kan iternary tu. 1st day je dah banyak tempat kitorg missed nak pergi sebab flight delayed plok tapi kalau takde AirAsia tak sampai ler gamaknya Keyza ke negara orang kan.....Masa check-in hotel ada masalah elektrik pada salah satu bilik yang kitorang dah booked so hotelier tu offer VIP room just add on $10 usd. So Kak Su and her husband apa lagi grab terus je la kan, kitorang berdua ni punya nak berjimat so tak kisah pun maintain bilik yang sama. Dah selesai letak barang terus memulakan operasi "WINDOWS SHOPPING" kat pasar Ben Thant ni. Tengok ni dekat je kan pasar dengan hotel.
Kedai pertama yang kitorang serbu adalah kedai 520 pekerja dia nama Faridah boleh cakap Melayu dengan fasihnya. Tujuan ke kedai ni nak amik suit yang ditempah oleh bos kitorang masa dia datang bulan lepas tak sempat siap so kitorang tolong la pick up.Selesai je kat kedai ni Kak Su bawa la melawat kedai-kedai sekitar pasar Ben Thant banyak giler kedai and please bear in your mind "Don't ask if your not interested!", hehehe dah tau dah gatal juga nak tanya kan akhirnya dapat maki hamun je la kan or dipaksa beli juga dengan harga yang kita dah nego tadi. So for 1st day kitorang sekadar tengok aje tanpa membeli apa-apa. Perut pun dah bekeroncong lapar giler terus ke kedai Hajah Basiroh cari makan. Kak Su kata kedai yang kitorang sampai ni kira cawangan lain dah dulu (masa dia pergi la) kedai makan Hajah Basiroh ada satu je. Dah maju kot hari-hari ada je orang Malaysia datang sini. Kitorang order nasi goreng kampung je harganya dalam 50000 vnd dong dengan air kopi ais yang tersangat la glamer di sini harganya 20000 vnd dong.
Perut dah kenyang kuar je dari kedai makan terpandang plak jualan beg Deuter dalam longgokan di tepi-tepi jalan maksudnya pasar malam dah mula beroperasi. So apalagi sambar la satu harga beg sekitar RM15-RM60 ikut size la kan. Pelik kan nape la Keyza citer guna RM sedangkan kitorang berada di Veitnam, untuk barangan di sini sangat laku Ringgit Malaysia so tak yah la nak bazirkan masa cari Money Changer untuk tukaran wang. Vietnam Dong sangat-sangat diperlukan untuk taxi dan restoran je tapi ada juga restoran yang terima RM. Disaat kawan-kawan Keyza dok membelek beg Keyza didatangi dengan perempuan muda yang mengendong anak sambil menjual cenderahati buat teman-teman di Malaysia. Kesian sangat la kan tengok camtu beli juga la kipas harganya dalam 100000 vnd dong (RM15) utk 6pcs. Kalau uols hebat dalam bab tawar menawar ni boleh je dapat lagi murah kot. Sepanjang malam tu Keyza hanya shopping goodies untuk teman dan family di Malaysia je. Then terus balik hotel tak larat sangat dah. Sok nak shopping lagi.

Inilah permandangan waktu malam dari hotel kitorang. Akibat minum kopi ais yang sedap sangat tu la kitorg tak dapat nak lelapkan mata walaupun penat badan semakin terasa. Teruja gak nak turun sambung shopping tapi esok masih ada. So kitorg layan je la citer Korea berlatar suara Vietnam (huhuhu buat-buat faham je la) dalam bilik hotel tu. Entah jam berapa mata pun terlelap dengan sendirinya sedar-sedar dah jam 6.00am (Waktu Malaysia) tapi kat Vietnam ni dah cerah huhuhu subuh gajah la wei. (Ya Allah ampunkanlah dosa kami). Nak tahu citer hari ke 2 kitorang ke mana? heheheh jom tengok next link. Klik sini ya.
The Reality- 2nd day in Ho Chi Mint City




































