Nuffnang

Sunday, 23 November 2014

MAHA 2014

Assalamualaikum wahai peminat-peminat pertanian, perladangan dan penternakan.
Expo MAHA 2014 merupakan acara yang senantiasa dinanti-natikan oleh uols sekalian kini telah tiba. Musim cuti sekolah pun dah bermula so boleh la uols semua rancang aktivti untuk sekeluarga kan. 


Expo ini akan berlangsung selama 11 hari bermula 20-30 November,2014.

20-21 Nov Trade Day
22-30 Nov
(10.00pg-10.00mlm)
Pengunjung Awam
Pameran dibuka
22 Nov Hari Perasmian oleh YAB Perdana
Menteri
30 Nov Hari Penutup oleh YAB Timbalan
Perdana Menteri


Keyza dan family berkesempatan mengunjungi expo kali ni. Keyza berada di sana sekitar jam 11.00 pagi dan penjaga parking tu cakap kalau keluar sebelum jam 12.00 parking adalah PERCUMA. MAEPS tu punya la luas dan banyak tempat untuk dilawati dan seharusnya la takkan keluar secepat tu kan?


Untuk bayaran parking kadar RM5/- sekali masuk untuk kereta; RM2/- untuk motosikal termasuk simpan topi keledar
(Bayaran dibuat SEMASA KELUAR; tempat bayaran ada diParkir & Kaunter Maklumat).

Parkir Pengunjung disediakan di Pintu 1 & Pintu 2. Parkir Satelit di UPM (Bukit Ekspo & Padang Kawad) & shuttle percuma disediakan untuk ke MAEPS. Shuttle Bas Percuma (Rapid) disediakan dari Stesen Komuter Serdang bermula 9.00pg-10mlm (setiap ½ jam) .

Kalau uols nak tahu Pintu 1 adalah melalui Hospital Serdang manakala Pintu 2 pula melalui SKVE (exit 5 MARDI) Pengunjung digalak melalui Pintu 1. Tapi Keyza masuk ikut Pintu 2 sebab tahun sebelum tu masuk ikut situ gaks heheheh.


Dah masuk dalam ni macam jualan buah-buahan dah menunggu depan pagar hehehehe berpinau mata nak membeli aje kan tapi simpan dulu niat tersebut sebab nak jenjalan dulu sekitar Taman Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) seluas hampir 25 hektar ha mampu ke nak jalan kaki uols????????


Tram disediakan percuma untuk pengunjung bergerak melawat tempat pameran seluruh MAEPS tetapi pengunjung digalak berjalan kaki antara tempat pameran (terdapat laluan KHAS untuk pengunjung). Terdapat 4 Stesen Tram (terdapat kemudahan2 lain seperti pertukaran tram, surau, tandas, kaunter maklumat, jualan makan ringan, tempat rihat) Manakala 12 Hentian Tram, untuk pengunjung naikturun tram sahaja.

Untuk makluman uols, tempat laluan Tram ni ada 4 iaitu Laluan A, B, C dan D. Kalau uols masuk Pintu 2 cam Keyza then rasa dah abis pusing satu MAEPS tu uols boleh naik tram D. Kalau naik tram lain alamatnya pusing-pusing la dalam tu berulang-ulang kali. Tapi takpe jangan risau ada bebudak voluteers yang akan guide Tram or bas apa yang boleh dinaiki untuk ke destinasi yang uols nak tuju.


Dah pusing-pusing tu sure la rasa lapar kan, uols jangan risau kat sini terdapat 6 tempat makan utama;

  • Popular Dish (Dewan DG) menyediakan sajian terkenal dari negeri2 di Malaysia 
  • Laman Ternakan khas untuk makanan berunsurkan daging 
  • Maeps Bistro menyajikan masakan melayu & steamboat (waktu petang-malam) 
  • Rumah2 Negeri menyediakan makanan negeri masings2 
  • Laman Perikanan menyediakan makanan berunsurkan ikan & makanan laut (food court laman perikanan) 
  • Restoran Jelapang di Laman Padi


Macam-macam aktiviti disediakan kat sini antaranya termasuklah inflatable games, bot elektrik, aktiviti berkuda dan macam-macam lagi tapi ada kadar bayaran bagi setiap aktiviti berikut. Contohnya kalau uols nak naik bot eletrik kadar bayarannya RM50/bot manakala inflatable games untuk kanak-kanak RM5/- .


Untuk maklumat yang lebih terperinci uols boleh menyemak Jadual Aktiviti Harian melalui Mobile Apps & laman sesawang MAHA 2104 (maha.gov.my).

Thursday, 20 November 2014

Animasi PUTERI dari Les Copaque




Anak-anak Keyza tak sabar nak tonton citer ni...
Hari-hari tanya bile 20 Nov 2014 Mommy? Kat TV3 kan Mommy?
Heheheh malam ni tepat jam 9.00 malam mesti tercongok depan tv la satu family.

Siri ‘Puteri’ ini menceritakan kehidupan lima puteri yang tinggal di Kerajaan Limau. Setiap satu daripada lima adik-beradik mereka mempunyai kebolehan luar biasa yang apabila digabungkan, mampu untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam negara itu dengan mengalahkan ancaman jahat, makhluk mistik dan sihir gelap. Nama-nama puteri sekalian adalah:


  • Puteri Limau Manis – puteri yang mempunyai keindahan suara lunak merdu 
  • Puteri Limau Kasturi – puteri berjiwa pahlawan 
  • Puteri Limau Purut – puteri yang sangat pemalu 
  • Puteri Limau Bali – puteri yang baik hati 
  • Puteri Limau Nipis – puteri yang nakal dengan kucing kesayangannya Jebat
Meh kita karaoke lagu ni sama-sama

Lirik Lagu Puteri Limau 


Angin berhembus membelai mesra,
Tenang di jiwa suasana terkira bahagia,
Hatiku ceria dengar kicau kenari,
Cahaya suria bersinar indah..
Mekar wangi bunga di taman..
Warna warni seluruh alam..
 Damainya mempersona..


Keyza nak update gak aktiviti kitorg satu family di Karnival Upin Ipin yang berlangsung pada 21-23 November 2014. Memandangkan Keyza terpaksa ambil cuti (hukhuk terpaksa la sangat boleh je pun kalau nak datang) pada 21 Nov 2014 kerana penutupan jalan bersempena Formula E yang diadakan di opis Keyza, Keyza bawa la anak-anak ke Putrajaya Convention Centre(PICC). Alhamdulillah walau ramai orang tapi Keyza dapat gak la parking di dalam PICC tu kebetulan ada la orang dah keluar dari parking. Teruja la anak-anakku ini sebab dapat menyaksikan sendiri Karikatur Upin Ipin depan mata kan. Kat Karnival ni bukan sahaja ada Upin Ipin tapi semua animasi dari Les’ Copaque Production antaranya Pada Zaman Dahulu dan animasi terbaru iaitu Puteri. Selain itu juga, pelbagai aktiviti menarik dari 9 pagi hingga 10 malam yang telah diatur oleh semua pengunjung seperti penampilan 13 maskot dari siri animasi Upin, Ipin dan Pada Zaman Dahulu. Terdapat juga penampilan istimewa pertama kali watak-watak dari animasi Puteri dan banyak lagi.


Ni aksi-aksi anak-anak Keyza sepanjang berada di PICC tu. 


Sunday, 9 November 2014

Jom Kayuh Basikal 2014

Hi alls,

Entry kali ni Keyza nak share hobi baru En Suami Keyza. Hobi mengayuh basikal ada falsafah yang boleh menjadi pegangan hidup kita. Rahsia ini tidak tercungkil jika kita tidak perasan bahawa mengayuh dan hidup ada persamaan. Untuk mengayuh basikal kita perlu mampu imbangkan badan. Untuk meneruskan hidup yang sempurna kita harus mampu imbangkan fokus kita. Untuk maju dalam kerjaya dan perniagaan kita harus mampu membuat keputusan yang seimbang. Untuk menjadi pemimpin juga kita perlu imbangkan perwatakan kita.



Basikal adalah sukan individu. Kita tidak perlukan 22 orang untuk memulakannya macam bola sepak. Kita juga tidak perlukan tempat khas untuk mengayuh macam main ping-pong. Kita boleh kayuh bila-bila kita selesa. tak boleh kayuh pagi, kayuh petang. Tak boleh petang kita kayuh malam. Kalau kita tak mampu nak kayuh belah malam (mungkin kita ada benda lain nak kayuh) kita boleh kayuh waktu subuh-subuh, terus ke surau.

Tahun ni target En Suami nak dapatkan 10 medal dan turunkan berat badan ke 84kg...
Hahaha agak-agak kesampaian tak ye? Selaku PM kepada En Suami di atas pelantikan sendiri Keyza nak share jadual aktiviti kayuhan beliau untuk mencapai KPI tersebut.

Senarai Jamboree 2014


Date

Event

Venue

Photo

7 & 8 Jun 2014 Kuntau MTB Carnival 2014 Bandar Tasik Kesuma Beranang, Selangor Darul Ehsan
22 Sep 2014 Gempak Hypertrax Rampage Dengkil
26 Sep 2014 - 27 Sep 2014 Lembah Bujang Jamboree MRSM Merbok, Sungai Petani, Kedah
27 & 28 SEPTEMBER 2014 BATU KURAU INTERNATIONAL MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2014 (BKMBC2014) PEKAN BATU KURAU, PERAK
21 September 2014 Putrajaya Inter-Park Ride Taman Botani Putrajaya
9 November 2014 SPECTRUM TRAILBLAZER JAMBOREE 2014 Pulau Indah, Port Klang.
22hb November 2014 NS NATURE MTB JAMBOREE 2014 Tampin, Negeri Sembilan
29 November 2014 Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia (Melaka) Asahan, Melaka
21 Disember 2014 International MTB D'Paya Indah Wetlands 2014 Paya Indah Wetlands, Dengkil, Sepang
27 Disember 2014 Harian Metro Mountain Bike Grand Prix Cuti-Cuti 1Malaysia (Selangor) Hulu Selangor, Selangor


Kat sini Keyza nak share koleksi gambar En Suami ketika sedang beraksi di track Jamboree:




Thursday, 6 November 2014

MEGHAN TRAINOR - All About That Bass

"All About That Bass"


Because you know
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass

Yeah, it's pretty clear, I ain't no size two
But I can shake it, shake it
Like I'm supposed to do
'Cause I got that boom boom that all the boys chase
And all the right junk in all the right places

I see the magazine workin' that Photoshop
We know that shit ain't real
C'mon now, make it stop
If you got beauty, beauty, just raise 'em up
'Cause every inch of you is perfect
From the bottom to the top

Yeah, my mama she told me don't worry about your size
She says, "Boys like a little more booty to hold at night."
You know I won't be no stick figure silicone Barbie doll
So if that's what you're into then go ahead and move along

Because you know I'm
All about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass
Hey!

I'm bringing booty back
Go ahead and tell them skinny bitches that
No I'm just playing. I know you think you're fat
But I'm here to tell ya
Every inch of you is perfect from the bottom to the top

Yeah my mama she told me don't worry about your size
She says, "Boys like a little more booty to hold at night."
You know I won't be no stick figure silicone Barbie doll
So if that's what you're into then go ahead and move along

Because you know I'm
All about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass

Because you know I'm
All about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass

Because you know I'm
All about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass
'Bout that bass, 'bout that bass
Hey, hey, ooh
You know you like this bass

Sunday, 2 November 2014

Countryside Stables Balik Pulau Penang

Ha, Keyza baru ja ternampak kawan-kawan sekampung di Balik Pulau dok post kat Facebook dorang pasal ni. Tak sangka cheq kat kampung cheq dah ada servis camni. Tak sabaq nak tunggu cuti sekolah bawa anak2 balik kampung naik kuda. Sure excited sangat dorang nanti.


Di Balik Pulau, Mr Wan Aikhsan dan isterinya Doris Lim mempunyai satu stable Countryside Stables Penang, yang terletak di Sungai Burong, jalan ban menuju Pantai Malindo. Kanak2 boleh menaiki kuda "joy ride" dengan harga yang murah. Perkhidmatan kereta kuda sewa juga disediakan untuk majlis2 rasmi atau perkahwinan.





Countryside Stable dibuka pada jam 3pm - 7pm setiap hari. Harga tiket memang murah la katanya.


Dengar citer jenis baka kuda di sini jenis Arabian...heheh cam best kan


Dok tengok gambar dorang membuatkan Keyza dok counting a days untuk pulang bercuti di kampung nanti. sabarlah ye wahai hati ingat sikit cuti tahunan pun dah nak abis tu...







Saturday, 30 August 2014

Coretanku

Jam 0158am dikejutkan dgn panggilan mengatakan abg zuki dh pergi selamanya

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون) ialah sebahagian dari ayat Al-Quran, dari Surah Al-Baqarah, Ayat 156. Ayat penuh adalah seperti yang berikut:

الذين اذا اصابتهم مصيبة قالوا انا لله وانا اليه راجعون
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Patut la mak berat je hati nak meninggalkan ruang kamar hospital jam 1900pm td tp mengenangkan anak2ku yg keletihan terpaksa balik jg...melihat abah &anak2ku yg dh terlelap maka hanya aku &mak shj keluar tapi kami singgah amik suamiku di tempat kerjanya sebagai peneman ke UNIT FORENSIK HKL.
Setibanya kami di situ, isteri & adik2 abg zuki kelihatan sugul sambil memegang yasin di tangan w'pun hanya sbg sepupu, kehilangan abg zuki turut terkesan di lubuk sanubari ini masih terngiang2 di telinga perbualan dengannya Isnin yg lepas dan arwah asyik menceritakan sakitnya kesan radioterapi dan kimoterapi yg dihadapi, aku tahu keluarganya ingin berusaha supaya dia kembali pulih seperti sediakala tapi Allah lebih menyayanginya ... saat menatap wajah arwah buat kali terakhir sblm jenazahnya di bawa ke tanah perkuburan Kemaman, mak sempat hadiahkan padanya surah Al fatihah, Al Waqiah, an Nisa & Al Qasas

"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah". Surah Al-Qasas ayat 17. Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu. Surah An-Nisa Ayat 61.

Semoga rohnya bersama orang2 yang beriman, tak tertahan lagi sendu ini maka mengalir jua airmataku. Benar kata ustaz selalulah menghadiri majlis ilmu atau menziarahi jenazah kamu akan menginsafi diri sàat melihat sakaratul maut. Bersediakah aku utk menghadapi semua itu?

There is no word as beautiful as Allah.
No example as beautiful as Rasulallah(SAW).
No lesson as beautiful as Islam
No song as melodious as Azan.
No charity as meaningful as Zakat.
No encyclopaedia as perfect as Al-Quran.
No prayer as perfect as Namaz.
No diet as perfect as fasting.
No journey as perfect as Hajj.

Let's realize that Islam is forever beautiful and perfect.

Tepat jam 0500am kami perlu beransur dari perkarangan rumah jenazah kerana suamiku perlu menyambung tugasannya, pada saat kami ingin berlalu pergi isteri arwah memelukku erat seolah2 beliau ingin melepaskan segala kesedihan terbuku di hati 25 tahun bersama suaminya dan kini dia perlu redha dgn perpisahan itu sekali lagi terhambur semua airmataku. Ya Allah semoga kau memberi rahmat dan kekuatan kepada isteri dan 7 anak arwah utk menempuhi liku duniawi ini tanpa bimbingan seorang suami dan ayah...ameen ya rabbal alamin

Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihyâ ‘Ulûmiddîn, pernah meriwayatkan, bahwa ketika Nabi Musa as sedang sakaratul maut, Allah bertanya kepadanya: “Wahai Musa, bagaimana kamu merasakan kematian itu?"

Nabi Musa menjawab: “Saya mendapatkan diri saya seperti seekor kambing yang sedang dikuliti hidup-hidup oleh seorang tukang jagal”.

Ketika Nabi Ibrahim sedang sakaratul maut, Allah juga bertanya: “Wahai kekasihku, bagaimana kamu merasakan kematian?

Nabi Ibrahim menjawab: “Seperti tusukan besi yang dipanaskan lalu diletakkan di tengah bulu-bulu wol, lalu ditarik”.

Allah berfirman lagi: “Padahal Kami telah meringankan pedihnya sakaratul maut itu kepadamu wahai Ibrahim”.

Demikian juga dengan Rasulullah saw. Ketika beliau sedang sakaratul maut, beliau juga merasakan kesakitan, sampai—menurut penuturan Sayyidah Aisyah sebagaimana disebutkan dalam Hadits Shahih riwayat Imam Bukhari—beliau meletakkan tangannya di dalam wadah berisi air, lalu diusapkan ke wajah beliau, sambil bersabda: “Tidak ada tuhan selain Allah, sesungguhnya sebelum kematian itu ada sakaratul maut”.

Karena sakitnya inilah, Rasulullah saw mengajarkan satu doa penting kepada kita semua untuk dibaca sesering mungkin. Doanya adalah agar diringankan ketika sakaratul maut kelak. “Allôhumma hawwin ‘alainâ fî sakarôtil maut’ Ya Allah ringankan sakaratul maut untuk kami”, demikian di antara bunyi doa yang diajarkan oleh Rasulullah saw untuk kita semua. Tidak semata-mata Rasulullah saw mengajarkan doa di atas, melainkan karena sakaratul maut sangat menyakitkan.

Lalu apakah ada amalan yang dapat meringankan pedihnya sakaratul maut kelak? Jawabannya, ada. Di antaranya adalah dengan jalan berbuat baik kepada kedua orang tua, selagi mereka masih hidup di dunia fana ini.

Imam Ja’far as-Shaddiq pernah berkata: “Siapa yang menginginkan diringankan oleh Allah ketika sakaratul mautnya, maka hendaknya ia selalu menghubungkan silaturahim dengan kerabatnya, juga berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Jika ia melakukan demikian, maka Allah akan meringankan sakaratul mautnya, juga selama hidupnya tidak akan pernah terkena kefakiran ”.

Thursday, 28 August 2014

5 Cara Menghukum Anak yang Tidak Dibenarkan Dalam Islam:

5 Cara Menghukum Anak yang Tidak Dibenarkan Dalam Islam:

1. Memukul wajah

Rasulullah S.A.W melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, “Jika salah seorang dari kamu memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah.”

2. Menampakkan kemarahan yang sangat

Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Bukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatnya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah."

3. Memukul di dalam keadaan sangat marah

Dari Abu Mas’ud al-Badri, dia berkata, “(Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerena kemarahan (yang sangat). Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah S.A.W dan Baginda berkata, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku, kemudian beliau bersabda, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kami seksakan terhadap budak ini,’ maka aku pun berkata, ‘Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini."

4. Bersikap terlalu keras dan kasar

Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan.”

5. Memukul dengan benda keras sehingga berbekas

Ini juga dilarang oleh Rasulullah S.A.W. Sebaik-baiknya gunakan rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit. Menghukum dengan rotan dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak.

Sumber:SINAR