Nuffnang

Sunday, 9 November 2025

Gaya Hidup Sihat

 Pesanan Ikhlas :

  1. Selepas makan nasi jangan minum minuman yang maniss, cukup dengan air kosong
  2. Pastikan setiap hari berjalan kaki minima 5000 langkah dalam 30-45 minit.
  3. Pakai smartwatch untuk memantau gerak seharian
  4. Seawal 17 tahun kondisi otot adalah paling mudah dibentuk maka banyyakn olahraga atau ke gym
  5. Kurangan makanan bergoreng dan jajan, cukup sekadar 2x seminggu
  6. Kurangkan tidur di siang hari, sunat untuk take a 10min nap (after / before zohor)
  7. Tempoh recovery tubuh terbaik adalah di malam hari pastikan dapatkan jumlah jam tidur yang secukupnya (5-7 jam)
  8. Kebanyakkan yang meninggal adalah kerana depresi makanya kurangkan fikirkan yang negatif

Saturday, 8 November 2025

CERNA AI

Jom kita CERNA 30 AI sama-sama

AI untuk Visual, Lukisan & Gambar

1. DALL·E 3 – AI cipta gambar realistik ikut teks.

Prompt: “Lukiskan bilik tidur impian pelajar Tingkatan 2 berdasarkan warna kegemaran mereka.”

Link: https://openai.com/dall-e-3

2. Adobe Firefly – Cipta imej, poster & tekstur menarik untuk Seni Visual.

Prompt: “Cipta poster bertemakan ‘Warna Kehidupan’ gaya cat air untuk murid.”

Link: https://firefly.adobe.com

3. Bing Image Creator – Hasilkan imej cepat untuk PdPc tanpa software tambahan.

Prompt: “Lukis mural sekolah Islam moden dengan gaya minimalis.”

Link: https://www.bing.com/create

4. Leonardo.ai – Buat ilustrasi dan karakter unik untuk bahan pengajaran.

Prompt: “Generate karakter kartun pelajar memakai uniform sekolah Malaysia.”

Link: https://leonardo.ai

5. Playground.ai – AI gambar pantas untuk latar belakang, poster & papan kenyataan digital.

Prompt: “Lukis latar bilik seni penuh warna dan peralatan melukis.”

Link: https://playground.ai

AI untuk Animasi & Video

6. Animaker – Buat video animasi 2D lengkap dengan watak dan suara.

Prompt: “Buat animasi 1 minit tentang ‘Kitaran Air’ dengan dua watak pelajar.”

Link: https://www.animaker.com

7. Powtoon – Animasi pembelajaran dengan gaya profesional.

Prompt: “Cipta video pendek bertajuk ‘Etika di Media Sosial’ untuk murid menengah.”

Link: https://www.powtoon.com

8. HeyGen – Tukar teks jadi video dengan avatar dan suara automatik.

Prompt: “Buat video penerangan topik ‘Pengurusan Masa’ dengan suara cikgu.”

Link: https://www.heygen.com

9. Pika Labs – Ubah teks atau imej jadi animasi video 3D pendek.

Prompt: “Animate gambar pelajar melukis mural di dinding sekolah.”

Link: https://www.pika.art

10. Synthesia – Buat video pembelajaran dengan watak AI bercakap.

Prompt: “Terangkan konsep warna panas dan sejuk dengan avatar guru animasi.”

Link: https://www.synthesia.io

AI untuk Lagu & Audio

11. Suno AI – AI cipta lagu dari teks.

Prompt: “Buat lagu pop ceria bertajuk ‘Warna Kehidupan’ untuk pelajar Seni Tingkatan 2.”

Link: https://suno.com

12. Udio – Buat lagu pendidikan dengan muzik dan lirik original.

Prompt: “Tulis lagu pendidikan tentang kitaran air gaya nasyid ringan.”

Link: https://www.udio.com

13. Voicemod – Tukar suara cikgu jadi robot, alien, atau kartun semasa PdPc.

Prompt: “Gunakan suara robot untuk aktiviti ‘Menjelajah Angkasa’.”

Link: https://www.voicemod.net

14. ElevenLabs – Ubah teks jadi narasi realistik untuk video.

Prompt: “Bacakan petikan cerpen ‘Bahagia Sesudah Derita’ dengan suara lembut.”

Link: https://elevenlabs.io

15. Soundraw – Buat muzik latar khas untuk video murid atau pembentangan.

Prompt: “Create uplifting background music for art exhibition video.”

Link: https://soundraw.io

AI untuk Slide & Pembentangan

16. Gamma AI – Hasilkan slaid automatik dengan reka bentuk profesional.

Prompt: “Bina 10 slaid pembentangan bertajuk ‘Seni Mural Komuniti’.”

Link: https://gamma.app

17. Tome.app – Cipta pembentangan interaktif yang ada animasi & gambar AI.

Prompt: “Buat pembentangan bertajuk ‘Kepelbagaian Warna dalam Alam’ dengan imej AI.”

Link: https://tome.app

18. Slidesgo AI – Jana PowerPoint automatik ikut topik.

Prompt: “Generate 12 slides tentang topik ‘Ayat Tunggal dan Majmuk’.”

Link: https://slidesgo.com/ai

19. Beautiful.ai – Susun slaid automatik dengan reka bentuk kemas.

Prompt: “Buat 8 slaid profesional tentang ‘Inovasi AI dalam Pendidikan’.”

Link: https://www.beautiful.ai

20. Canva Magic Presentation – AI dalam Canva untuk buat visual slide.

Prompt: “Bina slaid berwarna untuk tajuk ‘Nilai Warna dalam Kehidupan Harian’.”

Link: https://www.canva.com

AI untuk Buku Cerita & Naratif

21. Storybird AI – Bina buku cerita digital dengan imej AI.

Prompt: “Tulis buku cerita kanak-kanak bertajuk ‘Si Pensel Ajaib’.”

Link: https://storybird.ai

22. BedtimeStory.ai – Cipta cerita interaktif dengan moral pendidikan.

Prompt: “Create a bedtime story about kindness among students in school.”

Link: https://www.bedtimestory.ai

23. Fabled.ai – Hasilkan cerita dan ilustrasi automatik.

Prompt: “Generate a storybook about a cat who learns colours through art.”

Link: https://fabled.ai

24. MyStorybook – Buat buku digital interaktif yang boleh dibaca murid.

Prompt: “Buat buku cerita tentang kepentingan kebersihan dalam kelas.”

Link: https://www.mystorybook.com

25. NovelAI – Cipta cerita panjang gaya novel untuk latihan penulisan.

Prompt: “Write a creative short story titled ‘Impian Seorang Pelukis Muda’.”

Link: https://novelai.net

AI untuk Aplikasi, Web & Gamifikasi

26. Glide – Cipta aplikasi web mudah tanpa coding.

Prompt: “Build a simple attendance app for class 1 Idris using Glide.”

Link: https://www.glideapps.com

27. Thunkable – Buat aplikasi mudah alih interaktif untuk murid.

Prompt: “Create a quiz app about colour theory for Tingkatan 2.”

Link: https://www.thunkable.com

28. Tynker AI – Bantu murid belajar coding dan reka permainan interaktif.

Prompt: “Build a simple game about saving the environment.”

Link: https://www.tynker.com

29. Miro AI – Buat papan minda interaktif untuk kolaborasi murid.

Prompt: “Generate a mind map for ‘Fungsi Warna dalam Kehidupan’.”

Link: https://miro.com

30. Curipod – Bina kuiz, polling & pembentangan interaktif masa sebenar.

Prompt: “Create an interactive slide with polls and quiz on topic ‘Seni Catan’.”

Link: https://curipod.com

Sebenarnya ada BANYAK LAGI..

Tips dari pakcik AI:https://www.facebook.com/share/19uLtSVTS3/?mibextid=wwXIfr

Wednesday, 5 November 2025

Koleksi KDRAMA 2025

 안녕하세요, 여러분

Dah November uolss, Keyza baru perasan tak update Kdrama...kesibukan apakah melanda diri mu ini????


So meh Keyza share KDrama 2025 yang uols patut layan macam Keyza la kan jenuh marathon uolsss...



After winning a French cooking competition, Yeon Ji-young (Im Yoon-ah) time-travels to the Joseon era through an old cookbook and clashes with King Lee Heon (Lee Chae-Min) upon arrival.

Show: Bon Appétit, Your Majesty 

Air date: August 23, 2025 


Jae-i's search for her brother takes her on a journey of self-discovery and love. Along the way, she must confront the dark secrets of her family and the dangers of the Joseon era.

Show: Dear Hongrang (Stars Lee Jae-wook, Jo Bo-ah and Kim Jae-Wook)

Air date: May 16, 2025 



In Jeju, a spirited girl and a steadfast boy's island story blossoms into a lifelong tale of setbacks and triumphs, proving love endures across time.

Show: Dear Hongrang (Stars IU, Park Bo-gum, Moon So-ri)

Air date: Mac 7, 2025 



First-year OBGYN residents at Yulje Medical Center navigate the chaos of their work and personal lives, all in their quest to become exceptional doctors.

Show: Resident Playbook (Stars Go Youn-jung, Shin Si-ah, Han Ye-ji)




The drama follows Dr. Baek Kang-hyuk, a highly skilled trauma surgeon who has worked in war zones. He joins a trauma center in South Korea, where he tries to change the system and save as many lives as possible. However, his methods are not always accepted by his colleagues, leading to intense challenges. The drama highlights the importance of the "golden hour" - the crucial time right after an accident when medical care can mean the difference between life and death.

Show: The Trauma Code: Heroes on Call (중증외상센터)
Stars : Ju Ji-hoon as Dr. Baek Kang-hyuk Choo Young-woo as Dr. Yang Jae-won Ha Young as Nurse Cheon Jang-mi Yoon Kyung-ho as Dr. Han Yoo-rim Jeong Jae Kwang as Park Gyeong Won



Mild-mannered Park Tae Jung (Ji Chang Wook) is wrongfully imprisoned for a heinous crime. He soon discovers that a mysterious figure named Yo Han (Doh Kyung Soo) orchestrated his downfall. Fueled by vengeance, Tae Jung sets out to make Yo Han pay.

Show: The Manipulated
Genres: Action, Thriller, Crime, Drama
Aired: Nov 5, 2025 - Dec 3, 2025




Dear X follows Baek Ah-jin, a top actress who leverages her beauty and popularity to further her career through manipulation. She harbors a lot of grudges behind her somewhat good-natured demeanor.
Show: Dear X
Cast : Kim You-Jung· Kim Young-Dae · Kim Do-Hoon 






Kong Ji Hyeok works as the leader of the Mother TF team at a baby products company. He is sharp, calm, and executes passionately. One day, a team member, Ko Da Rim, suddenly kisses him. This places him in a difficult position because she is a married woman.

Meanwhile, Ko Da Rim is a single woman who needs a job to support herself. She gets a job as a temporary employee at the baby products company where Kong Ji Hyeok works. She lies about her background and states she is married with a child to get hired there. She now works under Kong Ji Hyeok on the Mother TF team. Her only interest is to become a permanent employee there, but she begins to have feelings for Kong Ji Hyeok.

Show:  Dynamite Kiss
Genres: Comedy, Romance
Episodes: 14
Cast: Jang Ki-yong, Ahn Eun-jin, Kim Mu-jun, Woo Da-vi, Nam Kee-ae, Cha Mi-kyeong, Choi Kwang-Il, Seo Sang-won

Tuesday, 4 November 2025

Petua turunkan gula darah dan kolesterol

 Petua turunkan gula darah dan kolesterol

Bahan-bahan :
• 2 ruas halia (bakar sebentar lalu ditumbuk/dititik)
• 1 batang kayu manis (atau ½ sudu teh serbuk kayu manis)
• 500 ml air
• 1–2 sudu madu (opsyenal, sebagai pemanis semula jadi)
Cara membuat :
1. Rebus halia bersama kayu manis dalam 500 ml air
2. Didihkan dengan api kecil hingga air tinggal lebih kurang 300 ml
3. Angkat, tapis, dan tuang ke dalam gelas
4. Tambahkan madu apabila sudah agak suam
Aturan minum :
1 gelas hangat, boleh diminum pada waktu pagi untuk stamina, atau malam sebelum tidur untuk relaksasi
Khasiat utama :
▪︎ Menghangatkan badan & melancarkan peredaran darah
▪︎ Membantu menurunkan kolesterol & gula darah
▪︎ Meredakan masuk angin, sakit badan & flu ringan
▪︎ Menenangkan fikiran & membantu tidur lebih nyenyak

Monday, 6 October 2025

Kisah budak Asperger yang membuka mata dunia

 “Greta Thunberg Bebas! Selepas Diseksa, Dia Bangkit Menegur Dunia”

Dia baru keluar dari tahanan Isbiol. Tubuhnya lebam, rambut kusut, suaranya serak tetapi semangatnya tidak sedikit pun goyah. Dunia menjangkakan dia akan bercakap tentang penderitaan yang dialaminya. Tentang bagaimana dia ditarik, ditumbuk, diheret di atas lantai, dipaksa minum air kotor dan tidak diberi makan selama 32 jam.
Namun apabila mikrofon diletakkan di hadapannya, Greta Thunberg memilih jalan lain. Dia tidak bercakap tentang dirinya. Dia tidak menangis atau menjerit. Dengan nada tenang, dia memulakan ucapan yang menyentak nurani manusia di seluruh dunia.
“Ada pembunuhan beramai-ramai sedang berlaku di depan mata kita,” katanya. “Ia disiarkan secara langsung di telefon kita semua. Tidak ada sesiapa boleh berkata mereka tidak tahu.”
Ucapan itu mematikan segala bunyi di bilik sidang media. Tiada mikrofon yang lebih lantang daripada kebenaran yang keluar dari mulutnya. Dunia terdiam, sementara seorang gadis yang diseksa baru beberapa hari sebelumnya menegur semua pemimpin dunia tentang apa makna kemanusiaan.
Greta ditahan ketika menyertai Global Sumud Flotilla, misi kemanusiaan terbesar abad ini yang membawa bantuan ke G melalui laut. Kapal yang dinaikinya diserang oleh tentera Isbiol di perairan antarabangsa. Aktivis yang tidak bersenjata digari, disepak dan dipaksa tunduk.
Ketika dunia mendakwa mereka membela hak asasi, kapal yang membawa beras dan ubat untuk kanak-kanak G diserang seolah-olah ia kapal perang. Inilah hipokrasi paling jijik dalam sejarah moden.
Greta menyebut dengan jelas bahawa misi itu tidak sepatutnya wujud. Dunia sepatutnya sudah cukup matang untuk menghentikan pengepungan dan membenarkan bantuan masuk tanpa perlu kapal kemanusiaan berlayar di tengah ancaman peluru. Tetapi realitinya, sistem antarabangsa telah gagal sepenuhnya.
“Undang-undang antarabangsa mewajibkan negara bertindak untuk mencegah gen*sid,” katanya lagi. “Namun kerajaan kita sekadar bercakap tentang hak asasi, sementara mereka terus menjual senjata kepada pembunuh.”
Kata-katanya sangatlah tajam tetapi benar. Demokrasi Barat yang selama ini diagungkan hanyalah alat penjajahan baharu. Negara yang menjerit tentang keadilan di pentas dunia ialah negara yang sama mengaut keuntungan daripada penderitaan orang lain!
Greta tidak berhenti di situ. Dia menyebut G dalam nafas yang sama dengan Congo, Sudan, dan Afghanistan. Baginya, semua tempat itu adalah wajah yang sama kepada kerakusan manusia moden yang menindas atas nama kuasa dan ekonomi.
Dia tidak bercakap seperti aktivis jalanan yang marah. Dia bercakap seperti saksi kepada kezaliman yang tidak lagi sanggup berdiam diri. Setiap kalimatnya menampar dunia yang sudah terbiasa melihat penderitaan melalui skrin tanpa rasa bersalah.
Ketika wartawan bertanya tentang penyeksaan yang dialaminya, dia menjawab dengan tenang, “Saya boleh bercakap panjang tentang penderitaan kami, percayalah. Tetapi itu bukan ceritanya.”
Itulah perbezaan antara manusia yang mencari perhatian dan manusia yang benar-benar berjuang. Greta memilih untuk menolak dirinya sendiri ke tepi supaya dunia menoleh ke arah G.
Dalam Islam, keberanian itu disebut sebagai jihad bil lisan iaitu perjuangan dengan kata-kata. Ia datang dari hati yang bersih, bukan untuk membalas dendam tetapi untuk menegakkan kebenaran. Dan hari itu, seorang gadis muda dari Sweden menjadi suara kepada jutaan yang tidak dapat bersuara.
Isbiol cuba menghancurkan semangatnya dengan penyeksaan fizikal. Mereka gagal. Tubuh boleh dipatahkan tetapi tekad tidak boleh dibunuh. Greta keluar dari penjara dengan luka di badan tetapi api di jiwanya membakar lebih marak.
Ucapan itu kini tular di seluruh dunia. Ia bukan hanya menggoncang ruang diplomasi tetapi membongkar wajah sebenar peradaban moden yang menutup mata terhadap kezaliman. Dunia yang berlagak beradab rupanya masih hidup dalam kejahilan yang diwarnakan dengan bendera demokrasi.
Sejak ucapannya, mungkin akan muncul lebih ramai aktivis yang akan mula mengumumkan solidariti baru untuk Sumud. Gelombang baru ini pasti akan ada banyak kapal, lebih banyak bendera dan lebih banyak manusia dari seluruh dunia yang tidak lagi takut kepada Isbiol.
Inilah kesan sebenar apabila seseorang bercakap dengan dunia sedang melihat. Inilah tujuan utama "Break The Silence". Greta tidak membawa senjata, tidak menjerit, tidak menyeru balas dendam. Dia hanya menyeru dunia untuk berhenti berpura-pura.
“Diam bukan lagi tanda tidak tahu,” katanya. “Diam adalah pilihan.”
Dalam satu kalimat itu, dia membunuh segala alasan yang selama ini digunakan oleh pemimpin dunia untuk berdiam diri. Seluruh sistem antarabangsa terbongkar sebagai boneka yang lebih takut kehilangan kontrak minyak daripada kehilangan nilai kemanusiaan.
Greta juga mengingatkan bahawa bantuan kemanusiaan bukan lagi memadai. Dunia mesti menamatkan pengepungan, penjajahan dan apar**eid yang sudah berlangsung puluhan tahun. Selagi dinding itu ada, selagi itulah nyawa akan terus menjadi angka yang tidak bermakna bagi dunia.
Ketika dia menamatkan ucapan, tepukan bergema di seluruh dewan. Wajahnya kekal tenang seolah-olah dia tahu perjuangan ini baru bermula. “Kami melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan,” katanya. “Kerana pemimpin yang ada tidak lagi mewakili kami.”
Apa yang berlaku di G hari ini ialah ujian terbesar kepada nurani manusia. Dunia sedang menilai dirinya sendiri sama ada mahu menjadi saksi atau mahu menjadi pembela. Greta memilih yang kedua dan itulah sebabnya nama kecil itu kini menjadi simbol global kepada keberanian.
Kebanyakan pemimpin berdiam diri kerana mereka takut kehilangan jawatan. Greta berani bersuara walaupun kehilangan kebebasan. Bezanya hanya pada niat iaitu satu hidup untuk kuasa dan satu lagi hidup untuk kebenaran.
Isbiol berjaya menahan tubuhnya tetapi gagal menahan gelombang yang bakal datang selepasnya. Kini, nama Sumud tidak lagi sekadar misi kemanusiaan tetapi lambang maruah dunia.
Ucapan Greta Thunberg akan diingati dalam sejarah sebagai antara seruan paling berani pada abad ini. Ia bukan laungan politik tetapi doa yang lahir dari penderitaan manusia yang enggan menyerah pada kejahatan.
Dan pada akhirnya, dunia akan terpaksa memilih. Mahu terus jadi penonton atau mahu berdiri bersama kebenaran. Kerana seperti yang Greta katakan, diam bukan lagi kejahilan. Diam ialah pilihan untuk berpihak kepada kezaliman.
Cukuplah dengan suara-suara yang hanya tahu mengkritik tetapi tidak pernah turun membantu. Misi Sumud ini tidak lahir untuk mencari nama atau kemasyhuran. Ia dibentuk atas semangat Break the Silence iaitu satu seruan untuk memecahkan tembok kebisuan dunia terhadap kezaliman yang sudah berlangsung terlalu lama di bumi P.
Ia bermaksud menolak sikap berpura-pura, menolak budaya tutup mata dan menolak normalisasi penderitaan manusia di bawah penjajahan.
Sedangkan mereka yang bersuara dan berlayar itu sedang mempertaruhkan nyawa demi kemanusiaan, ada pula segelintir yang selesa di kerusi empuk sibuk menilai misi Sumud, sibuk mencari salah pada yang berjuang. Sifat kemanusiaan entah di mana, empati entah ke mana.
Cukuplah dengan pot pet yang tidak membina. Dunia tidak perlukan lebih banyak pengulas negatif tetapi lebih banyak manusia yang berani bertindak atas dasar kasih sayang dan keadilan.
MasyaAllah, betapa besar kekuatan yang Allah boleh tanam dalam hati manusia walaupun tubuhnya kecil. Semoga keberanian Greta menjadi inspirasi untuk umat Islam, agar kita tidak lagi takut menyuarakan keadilan walaupun seluruh dunia memilih untuk menutup telinga.



Thursday, 21 August 2025

5 tanda kita memahami tauhid

Pernahkah kita rasa, “Kenapa aku selalu cepat marah? Mudah kecewa? Sukar sangat untuk sabar?” Kadang-kadang, kita salahkan keadaan: anak-anak nakal, suami tidak memahami perasaan kita, hidup penuh ujian. Tetapi, pernahkah kita tanya hati sendiri; di mana pergantungan aku sebenarnya?

Guru saya pernah pesan:

“Wanita yang tidak faham Tauhid akan merosakkan dirinya sendiri, dan tanpa sedar, boleh menggugat keharmonian rumahtangga.”

Allah sudah mengingatkan dalam Al-Quran:

"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."

(Surah Ar-Ra’d: 28)

Masalahnya, apabila hati tidak tenang, ia bukan kerana orang sekeliling tidak cukup baik, tetapi kerana hati kita belum sepenuhnya bergantung kepada Allah. Apabila kita letakkan kebahagiaan, kasih sayang, dan kejayaan pada usaha manusia semata, kita akan sentiasa kecewa.

Rasulullah SAW bersabda:

"Sekiranya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, pasti Allah akan memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung: keluar pagi dalam keadaan lapar, pulang petang dalam keadaan kenyang."

(HR Tirmizi)

Tauhid adalah kunci yang memegang emosi kita. Wanita, dengan fitrah sebagai makhluk yang lebih emosional, akan lebih stabil apabila hatinya dipaut pada Allah. Tetapi… apabila Tauhid lemah, hati menjadi mudah goyah.

Jom kita muhasabah bersama. Ini 5 tanda kita belum faham Tauhid, dan tanpa sedar, kita ulanginya setiap hari. 😢

#1. Merasa anak pandai sebab usaha kita

"Dan Dia memberimu (anak-anak) dari yang kamu tidak tahu." (An-Nahl: 72)

Anak-anak adalah amanah Allah. Kejayaan mereka bukan sepenuhnya hasil didikan kita tetapi kurniaan dan ketetapan Allah. Usaha kita hanyalah wasilah (sebab) yang Allah izinkan. Bila kita merasa anak berjaya hanya kerana kita, ia boleh membawa kepada sifat sombong dan hilangnya keberkatan dalam usaha mendidik mereka.

Sebagai contoh, seorang ibu yang merasa anak cemerlang di sekolah kerana dia mengatur jadual belajar dengan ketat. Bila anak gagal dalam peperiksaan, dia menjadi terlalu kecewa dan menyalahkan diri. Padahal kejayaan dan kegagalan anak adalah ujian dari Allah.

Berusahalah mendidik anak dengan ikhlas lillahi ta'ala dan iringi dengan doa, seperti doa Nabi Ibrahim: "Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang mendirikan salat." (Ibrahim: 40)

Jangan bergantung dengan upaya diri. Ushaa bersungguh-sungguh tetapi tetap bersandar pada kuasa dan ketentuan Allah ❤️

#2. Merasa suami sayang sebab kita pandai jaga rumahtangga

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang." (Ar-Rum: 21)

Kasih sayang dalam rumahtangga adalah rahmat Allah. Kita perlu berusaha menjaga hubungan, tetapi perasaan cinta itu hakikatnya Allah yang kurniakan. Berfikir bahawa kasih sayang suami sepenuhnya bergantung pada usaha kita boleh menyebabkan kita mudah kecewa bila hubungan diuji.

Contohnya, seorang isteri yang merasa dia perlu memasak sempurna setiap hari dan menjaga rumah dengan teliti supaya suaminya tidak berubah hati. Bila suami kurang menunjukkan perhatian, dia mula merasa tidak dihargai, sedangkan cinta itu hadir kerana rahmat Allah, bukan sekadar perbuatan kita.

Lakukan yang terbaik dalam rumahtangga kerana Allah, bukan untuk dihargai manusia. Ingat bahawa cinta adalah ujian, dan perbanyakkan doa seperti: "Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati kami." (Al-Furqan: 74)

#3. Merasa kecantikan yang dimiliki adalah hasil usaha sendiri

"Allah menciptakan kamu, kemudian menyempurnakan kejadianmu." (Al-Infitar: 7)

Kecantikan yang kita miliki adalah kurniaan Allah. Usaha menjaga diri memang baik, tetapi ia tidak boleh menjadi sumber keangkuhan atau keyakinan bahawa kita boleh mengawal sepenuhnya. Kecantikan adalah fana dan ujian bagi kita.

Sekadar contoh ya, seorang wanita terlalu bergantung pada produk kecantikan mahal dan merasa gelisah bila mengalami perubahan kulit akibat usia. Dia lupa bahawa kecantikan sejati adalah akhlak yang mulia, bukan sekadar penampilan luaran.

Jom, jaga diri kerana mensyukuri nikmat Allah, bukan untuk pujian manusia. Ingatlah, Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa parasmu, tetapi Dia melihat kepada hati dan amalmu." (HR Muslim)

#4. Menganggap rezeki keluarga bergantung kepada kerja keras kita

"Dan tidak ada suatu makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan semuanya dijamin oleh Allah rezekinya." (Hud: 6)

Rezeki bukan hanya datang dari usaha, tetapi ia adalah takdir Allah. Merasa bahawa rezeki sepenuhnya bergantung pada kita boleh membawa kepada keletihan emosi dan keputusasaan bila usaha tidak membuahkan hasil.

Sekiranya seorang isteri yang bekerja keras membantu ekonomi keluarga tetapi kecewa bila gaji tidak mencukupi. Dia merasa seolah-olah gagal, sedangkan rezeki itu bukan sekadar angka, tetapi keberkatan yang Allah limpahkan.

Teruskan berusaha dengan niat yang betul. Rasulullah SAW bersabda: "Jika kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, nescaya Dia akan memberikan rezeki kepadamu seperti burung yang keluar pagi dalam keadaan lapar, lalu pulang dalam keadaan kenyang." (HR Tirmidzi)

#5. Meyakini kebahagiaan datang dari kawalan penuh kita terhadap hidup

"Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)

Hidup tidak selamanya berjalan seperti yang kita rancang. Bila kita merasa segalanya perlu dalam kawalan kita, kita menjadi mudah stres bila diuji dengan perkara yang di luar jangkaan.

Contoh ini selalu terjadi, kerana kita terbiasa merancang setiap aspek kehidupan, dari kerjaya hingga keluarga, namun lupa bergantung pada Allah. Mengharapkan plan A jadi seperti plan A. Kita mulat merasa hancur bila ada perkara yang tidak seperti dirancang. Kita lupa bahawa Allah yang mengatur segalanya dengan hikmah. Tugas kita hanya berusaha sebaiknya ❤️

Jom belajar untuk redha dengan ketetapan Allah. Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin. Semua urusannya adalah baik. Jika ia mendapat kesenangan, ia bersyukur, dan itu baik baginya. Jika ia ditimpa kesulitan, ia bersabar, dan itu juga baik baginya." (HR Muslim)

Sahabat Muslimat yang saya sayangi, hati yang tenang itu hanya milik mereka yang benar-benar meletakkan Allah sebagai pergantungan. Sebanyak mana pun usaha kita, sehebat mana pun kasih sayang yang kita cari dari manusia, semua itu akan terasa kosong jika kita lupa kepada Pemilik sebenar segala-galanya.

Allah berfirman:

"Barang siapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia berbuat kebaikan, maka baginya pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada rasa takut atas mereka dan mereka tidak akan bersedih hati."

(Surah Al-Baqarah: 112)

Sebagai wanita, kita adalah nadi keluarga. Jika hati kita penuh pergantungan kepada Allah, emosi kita akan lebih terkawal, kata-kata kita akan lebih mendamaikan, dan seluruh keluarga akan merasa keberkatannya. Tetapi jika hati kita rapuh kerana salah i’tikad, kita mungkin tanpa sedar menjadi punca retaknya keharmonian.

Rasulullah SAW juga bersabda:

"Ingatlah, dalam tubuh manusia ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baiklah seluruh tubuh. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh. Ketahuilah, itu adalah hati."

(HR Bukhari dan Muslim)

Jangan biarkan dunia ini memperdaya kita sehingga lupa tujuan hidup sebenar. Kembalilah kepada Tauhid. Fahami hakikat bahawa segala yang kita miliki adalah pinjaman, dan segala usaha kita hanya berhasil kerana izin-Nya.

Semoga Allah menjadikan kita wanita yang kuat, tenang, dan sentiasa bersandar kepada-Nya. Inilah jalan untuk kebahagiaan sejati. Bukan sahaja untuk diri kita, tetapi untuk seluruh keluarga yang kita cintai.

Salam sayang

Buat semua wanita ❤️

Credit to : Ustazah Marhamah Rosli