Nuffnang

Monday, 8 May 2017

Gunung Lang, Ipoh Perak

Assalamualaikum wbt.....

Untuk bulan Mei ni Keyza bawa anak-anak naik bot plak ...awal cuti Labour Day aritu g naik bot ke Pulau Aman, Penang. Tapi minggu kedua ni Keyza bawa naik bot lagi tapi ke Gunung Lang, Ipoh Perak.

Warga Ipoh harus tahu kan tempat ni?

Dalam fikiran ingatkan banyak benor burung Helang tapi yang banyaknya ikan dalam tasik dan monyet berkeliaran di taman.

Tapi yang penting sekali anak-anak Keyza happy itu sudah memadai.


Jalan mudah ke sini masuk Tol Ipoh arah Utara ye kalian semua, dan belok kiri kawasan parkingnya FREE ajew tau tak? 

Sini ada tempat makan tapi kalau nak bawa bekal berkelah bersama keluarga pun takde masalahnya disitu ye.

Dah sampai apalagi jom kita naik bot la kan...Harga tiket bot tak mahal pun RM3 dewasa, RM1.50 untuk kanak2


Sementara nak tunggu bot sampai kita bagi la ikan2 di tasik ni makan dulu, makanan ikan dijual disitu dengan harga RM2 per pack. Boleh la murah jer kan...


Banyak kan ikan disini....tapi dilarang memancing tau!!!!

Bila bot dah sampai kita dapat la tengok burung helang berterbangan di angkasa. Tapi takde la banyak pun ada la seekor dua. 


Di kawasan rekreasi ada lagi tempat untuk riada bersama keluarga dan anak-anak boleh bermain di taman permainan. Kalau rasa penat nak berjalan boleh sewa basikal disini RM4/jam manakala untuk basikal kanak-kanak RM2/jam. 


Ada juga ala-ala mini zoo disini yang menempatkan burung, rusa, ostrich dan ayam. 


Kalau ada yang takut monyet tu hati2 la ye banyak yang berkeliaran dikawasan ini.


Kalau lapar or dahaga tapi terlupa bawa bekalan kan jangan risau ada jer motor yang menjual air dan makanan ringan disini. 
Okay sekian sahaja laporan kisah jenjalan Keyza dan family, kalau rasa best tempat ni dan tak pernah pergi jemputlah datang beramai-ramai ye. 




Tuesday, 2 May 2017

KDrama: My Secret Romance

Aigoooo lama Keyza tak share drama korea kan...

Bukan tak tengok tau tapi takde masa nak wat review jer...

ha kali ni Keyza nak share citer baru tajuknya My Secret Romance...



Sinopsis citernya cenggini

Jin-wook (hero) dan Yoo-mi(heroin) bertemu di sebuah resort Gangwon-do dan terjebak dalam satu siri salah faham dan kemalangan. Yoo-mi telah terpesona dengan personaliti diam-diam dan suka bermain Jin-wook, dan mereka tidak disangka-sangka bermalam bersama-sama. Walau bagaimanapun, Yoo-mi hilang pada waktu pagi, meninggalkan Jin-wook dengan perasaan bingung dan tidak rasional serta marah.

Tiga tahun kemudian, kedua-dua bertemu lagi apabila Yoo-mi menjadi pakar pemakanan di kafeteria syarikat di mana Jin-wook kerja-kerja. Mereka berpura-pura tidak mengenali antara satu sama lain. Akhirnya Yoo-mi mengakui bahawa dia ingat kejadian itu. Jin-wook meminta Yoo-mi memberi alasan bahawa mengapa dia meninggalkannya dan dia menjawab bahawa "Its just one night stand".
Tercalar jua la ego Jin-wook kan.

Yoo-mi mula menjadi personal nutritionist kepada Jin-wook atas sebab Jin-wook ada masalah untuk menjaga diet hariannya hingga menyebabkan dia sering sakit. Tapi Jin-wook hanya jadikan itu sebagai alasan untuk bertemu dengan Yoo-Mi selalu.


Pelakon Utama:



Sung Hoon sebagai Cha Jin-wook merupakan Chaebol generasi kedua dan pengarah sebuah syarikat yang dimiliki oleh ayahnya. Dia suka bermain dan suka berpesta tetapi bertukar menjadi lelaki yang serius yang hanya memberi tumpuan kepada kerja selepas Yoo-mi hilang.



Song Ji-Eun sebagai Lee Yoo-mi Seorang wanita muda sentiasa tunggal dengan personaliti yang cerah yang tidak berbuat banyak dengan penampilan beliau dan agak konservatif apabila ia datang untuk dating.


Kim Jae-young sebagai Jung Hyun-tae seorang berjaya penulis  dan pemilik sebuah kafe buku. Hangat dan mesra, beliau adalah rakan terbaik Yoo-mi, dan dia juga tertarik pada Yoo-mi.

Jung Da-sol sebagai Joo Hye-ri seorang juruhebah muda dan cantik yang popular dengan lelaki, tetapi dia hanya tertarik pada Jin-wook.


So acaner rasa excited tak nak tengok drama romantik ni sesuwei la nak berangan couple dengan chaebol ye tak? hahahahaha...

Jom layan online : http://dramafire.com/category/recommended/my-secret-romance/



Tuesday, 25 April 2017

Jom Pi London

Ha tu dia...berangan nak berjalan tak sudah kan Keyza ni...

Teringin pi London plak dah...

bila Keyza nak pi tak pasti tapi Keyza ada terbaca kat blog The Vocket bukan apa kot2 tersampai la sana idak ler sesat ye tak?

Ada 27 tips tau dia share kat blog ni meh ushar: https://www.thevocket.com/tip-travel-ke-london/

1. Guna Oystercard lebih jimat, boleh naik tube dan bas tanpa had. Anda juga boleh buat pre order di laman web Oystercard, boleh hantar ke seluruh dunia, best kan, belum sampai London lagi dah ada kad Oyster. Dapat ambil feel dulu sebelum sampai.

2. Tambang percuma utuk kanak-kanak Kanak-kanak umur bawah 11 tahun tak perlu beli Oyster Card jika travel dengan orang dewasa, boleh naik percuma.

(Agak2 dan ka simpan duit sebelum darwisy umur 11 tahun?)



3. Makanan halal Nak cari makanan halal murah boleh pergi ke London Central Mosques, dalam dewan makan masjid ada jual makanan halal, harganya sangat berpatutan.

4. Jimat di dewan makan Harrods Salah satu cara lagi nak jimat duit makan, boleh pergi ke dewan makan Harrods 30 minit sebelum tutup, anda boleh beli makanan dengan harga runtuh. Kebanyakkan kedai makanan akan membuat jualan penghabisan Beli 1 Percuma 1.

(Pukul berapa kedai ni tutup? mau melapaq la kalau bawa mak Keyza nanti...hurm)


5. Melawat muzium-muzium di London secara percuma Di London terdapat lebih dari 20 buah muzium tanpa dikenakan bayaran tiket masuk. Antara muzium best yang percuma ialah: The British museum, Natural History & Sceince museum, Maritime museum, Imperial War museum, Horniman museum, Museum of London, Transport museum dan banyak lagi. Mengapa bayar lebih, yang percuma kan ada! Haha.

(Yang ni best anak2 Keyza memang syok sangat kalau dapat masuk Muzium tambah free plak Keyza lagi excited la kan)


6. Free walking tour Anda juga boleh join London free walking tour, hanya perlu beri donation seikhlas hati, boleh semak jadual dalam laman web freelondonwalkingtours.com.

7. Air minuman Air paip di London dikategorikan sangat bersih, jadi anda boleh minum air paip. Dapat jimat duit beli air mineral. Satu pound jimat banyak tu! 

(air paip ni tak berapa berani la .... kena fikir banyak ni sebelum minum)


8. Lokasi menarik lain yang percuma Nak naik London Eye mahal, tak dapatlah nak tengok pemandangan kota London, aduh! Sedihnya. Jangan gusar, ada pilihan lain lagi, anda boleh ke Parliament Hill ataupun Primrose Hill. Dari situ anda boleh lihat pemandangan kota London, walaupun pemandangannya tidak secantik berbanding London Eye, tapi kira oklah kan, sebab ianya percuma. Tak perlu bayar tiket pun.

9. Sky Garden, lokasi lihat London yag menarik Selain dari dua tempat di atas, anda juga boleh lihat pemandangan kota London dari Sky Garden, sangat cantik, tapi anda perlu tempah awal tiket untuk naik ke atas. Yang seronoknya ianya adalah percuma! Boleh semak laman web ini untuk tempah tiket skygarden.london/booking.

10. Waktu sesuai travel bagi yang ingin berjimat Untuk jimat kos, elakkan travel pada musim perayaan krismas, awal tahun baru dan cuti sekolah pada musim panas, kerana kos travel pada waktu tersebut tersangat mahal. Pertengahan September hingga awal Oktober, Mac hingga April antara waktu terbaik dan murah untuk datang ke London.

(Cikgu darwisy dah pesan jangan ponteng sekolah dah....gamaknya mommy terpaksa cari duit lebih or tinggal ja la korang kat umah kan huahauhua?)


11. Sewa kereta dan parking Sewa kereta pandu sendiri juga mungkin bukan pilihan terbaik untuk tour kota London, kerana kadar bayaran parking sangat tinggi dan trafik juga sangat sibuk.

12. Lesen memandu Untuk memandu di London tidak disyaratkan lesen memandu antarabangsa, anda boleh guna lesen memandu Malaysia saja. Tetapi hanya terhad untuk tempoh setahun sahaja.

(ada gak la cita2 nk amik lesen international dah kata tak payah jimat la lgi kan?)


13. 4 ikonik London Mungkin anda hanya punya waktu yang singkat di London, walaupun hanya sekejap, jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan empat ikonik penting kota London iaitu : pondok telefon merah, teksi hitam, Big Ben dan Istana Westminster.

14. Bas Hop On Hop Off Untuk lebih mudah dan jimat masa, boleh beli tiket bas Hop-on Hop-off, anda boleh lihat ke hampir semua tempat-tempat utama di London.

(kat Malaysia pun xnaik dok perati ja dari kejauhan, bebudak ni dok ajak naik tapi keyza wat derk ja....)


15. Cukai VAT Di London mereka mengenakan cukai VAT (Value added tax) pada setiap barang yang dijual, kebiasaannya harga yang tertera sudah termasuk sekali cukai VAT.

16. Kecemasan Jika berlaku kecemasan dail 999 (polis/ambulan).

17. Travel insurance Jangan abaikan travel insuran, laburkan sedikit wang, tak mahal pun, bawah RM100 saja harganya, ianya sangat penting jika berlaku kes kecemasan.

18. Beli tiket online dan datang awal ke lokasi hot Jika anda merancang untuk melawat tempat-tempat popular seperti Madame Tussauds dan London Eye, datang awal dan beli tiket secara online untuk elak dari beratur panjang.

19. Pengangkutan awam Pengangkutan awam keretapi bawah tanah di London dipanggil Underground atau Tube.

20. Hujan Sediakan payung kecil dalam beg galas anda, tak kira musim apapun anda datang London, dalam masa satu minggu paling kurang mesti akan ada satu hari hujan.

21. Ramalan cuaca Sentiasa semak ramalan cuaca, kerana cuaca di London sentiasa berubah. Hari ini panas suhu cecah 38 celsius, esoknya pula mendung, hujan dan sejuk suhu bawah 20 darjah celsius. 

22. Lokasi membeli belah Jika anda suka membeli belah, jangan lepaskan peluang untuk pergi ke tiga pasar utama ini di London : Camden Lock Market, Brick Lane London Market dan Portobello road market London. Di sini anda boleh membeli pelbagai jenis barangan dengan harga yang murah. Barang antik dan barang terpakai semua ada jual.

(kalau murah bley la Keyza singgah cuci mata klu mahal xdapek la)


23. Waktu sesuai ke Oxford Street Mahu membeli belah dengan selesa di Oxford Street? Elakkan berkunjung pada hari sabtu dan ahad. Pergi pada hari biasa, kerana pada hari biasa tidak terlalu ramai orang.

24. Tempoh minima di London Untuk lebih kepuasan, luangkan masa sekurang-kurangnya 5 hari untuk travel di London.

25. Peluang masuk ke Buckingham Palace Mungkin ada yang tak perasan, sebenarnya kita boleh masuk ke dalam Buckingham Palace, pada setiap tahun kebiasaannya Buckingham Palace akan dibuka untuk pelawat mulai akhir bulan Julai hingga awal bulan Oktober. Boleh semak harga tiket dan jadual di internet.

(Bab masuk istana memang Keyza suka, bley fefeeling princess gtu wakakaka)


26. Lokasi menarik lain Jika anda ada masa lebih, boleh rancang trip balik hari dari kota London, antara tempat menarik yang boleh anda pergi seperti Stonehenge, Windsor, Costwolds, Leeds Castle dan Downtown Abbey.

27. Penginapan Dan yang terakhir ialah tempat tinggal, di London terdapat pelbagai pilihan jenis penginapan, amat digalakkan untuk tempah bilik awal sebelum tiba di London, saya selalu menggunakan aplikasi dan laman web hotelscombined untuk semak harga dan tempah penginapan di London dan ke mana saja saya travel. Seronok guna aplikasi ini, boleh banding harga dari pelbagai laman web hotel.

Untuk dapatkan deals yang terbaik, boleh download melalui pautan ini : https://www.hotelscombined.my


Ha tu dia ...kalau Keyza share kat facebook tahun bila nak p pun xtau nak cari balik tips ni satg tak jumpa plak makanya Keyza paste kat blog ni aci la kot kan?????

Thursday, 6 April 2017

Lirik Lagu Sabarlah Hati

Assalamualaikum wbt...

Keyza nak share lagu best lagi yang selalu meruntun jiwa, lagu ni OST dalam drama Amsyar. Kena la sangat lagu ni dengan kisah drama tersebut. Selalu terfikir andai Allah menjemput Keyza di usia ini dan anak2 masih kecil adakah saudara mara yang akan sudi menjaga anak-anak Keyza? Sedangkan Amsyar tu sorang je pun mak pak sedara dia tak nak jaga inikan pula anak-anak Keyza 2 orang kan? huhuhuh cepat sungguh tersentuh drama-drama cenggini .... :(

Ops moody plok wakakaka meh la layan lagu ni dulu

Penyanyi: Elly Mazlein
Lagu: Sabarlah Hati
OST: Drama Amsyar


Saat kau datang dalam hidupku
kusangka ini cinta terakhir
ternyata malam penuh bintang
berakhir dengan mendung

menari aku dengan gelisah
lagi lagi lagi ku menangis
sabarlah hati menahan perih
terluka lagi dan lagi dalam kisahku
tenang la jiwa..
iring langkahku
ku yakin pasti ada yang terbaik untukmu 
ternyata malam penuh bintang
berakhir dengan mendung

menari aku dalam gelisah
lagi lagi lagi ku menangis... 
meski hati sering dilukai
takkan menyerah aku mencari cinta ...aaaa

sabarlah hati menahan perih
terluka lagi dan lagi dalam kisahku
tenang la jiwa iring langkahku
ku yakin pasti ada yang terbaik untukmu

sabarlah hati menahan perih
terluka lagi dan lagi dalam kisahku
tenanglah jiwa

sabarlah wahai hati ....
jangan menangis ...

Tuesday, 4 April 2017

Lirik Lagu Menahan Rindu

Yuhhuuuuu...lama Keyza tak share lirik lagu kan...kali ni ada lagu yang memang kena la dengan jiwa Keyza ni 

Penyanyi : Wany Hasrita
Lagu: Menahan Rindu


Jom kita karok bersama .... 



Sejenak Ku termenung
Awan Pun mulai murung
Tiada Siulan siulan burung burung

Menemani Hari ku
Menemani Sepi ku
Tersiksa Angkara menanggung rindu

Oh angin
Kau kirimkan kalimah kasihku
Agar dapat ku dengari kalamnya berbunyi

Biarpun sekadar cuma
Memujuk Hati
Akan Ku terus berdiri hadapi semua ini

Biarlahku Bersendirian
Terkurung Dalam kenangan silamku
Biarlah Aku
Menahan Rindu

Oh Angin
Kau Kirimkan kalimah kasihku
Agar Dapat ku dengari kalamnya berbunyi

Biarpun Sekadar cuma
Memujuk Hati
Akan Ku terus berdiri hadapi semua ini

Biarlahku Bersendirian
Terkurung Dalam kenangan silamku
Biarlah Aku
Menahan Rindu
Menahan Rindu

Monday, 3 April 2017

Cara-cara menjaga Miss V

Assalamualaikum wbt uols...

Lama Keyza tak menaip di ruangan ini... busy apa xtau la sekarang ni...
Baru-baru ini Keyza berpeluang hadir majlis perkahwinan my cousin masa dok me"relax'kan diri nak legakan perut yang kenyang ada la saudara mak datang sembang-sembang dan tips yang dia bagi ni buat Keyza rasa nak share juga almaklum la usia makin meningkat kena la jaga ye tak.....

Nak tau tak saudara tu bagi tips apa?

Cara-cara menjaga Miss V :-

1. Mandi serum adalah mandi herba.
Biasanya mandian ini dilakukan oleh wanita dalam pantang. Tapi bagi yang bukan dalam pantang pun digalakkan untuk buat. Daun-daun yang terpilih akan dikutip dan direbus untuk dibuat mandian. Antara daunnya adalah:
– Daun pandan
– Daun limau purut
– Daun serai wangi
– Daun mengkudu
– Daun kunyit

Selain bertujuan untuk buang angin khasiat dari rebusan daun tersebut mampu melancarkan perjalanan darah serta memberi khasiat pada kulit. Mandi serum paling mudah yang boleh dilakukan adalah dari bahan dapur anda sendiri iaitu halia, halba, kunyit dan pandan. Nak tau best atau tak cuba dan rasakannya sendiri. Ala-ala spa tradisional gitu.

2. Bertangas

Ni tak ramai juga yang amalkan. Mungkin merasakan aktiviti tangas ni agak leceh. Sebenarnya senang, wapkan Miss V anda dengan wap dari bahan tangas selama 20-30min. Tangas ada dua. Tangas kering dan tangas basah. Tangas basah sesuai bagi yang mengalami masalah Miss V kering dan sesuai juga bagi wanita yang pre monopos. Caranya adalah dengan merebus herba tangas dan wap rebusan di halakan pada Miss V. Tangas kering. Perlu ada batu tungku. Herba tangas yang dihancurkan diletakkan di atas batu tungku yang telah dipanaskan lalu wap dari batu tungku itu perlu di halakan pada Miss V. Jangan tak tahu. Ini adalah amalan orang dulu-dulu untuk mendapatkan keadaan Miss V yang bersifat ummphh. Segala mak nenek toksin akan keluar dari Miss V kita melalui peluh yang keluar ketika proses bertangas. Bahan paling mudah untuk tangas basah adalah sirih+manjakani. Tangas kering pula manjakani+kunyit+halia+ halba+perahan limau.

3. Rendaman Miss V
Maksudnya Miss V perlu direndam dalam air rebusan herba. Antara bahannya adalah garam bukit+sirih+ manjakani. Tunggu air tu suam. Jangan direndam pula Miss V tu masa air tengah berasap. Rendaman Miss V dan tangas ini sesuai bagi wanita yang inginkan kebebasan dari masalah keputihan serta boleh merawat masalah buasir. Untuk mendapatkan aset yang bagus digalakkan untuk melakukan kedua aktiviti ini.

4. Meruang

Umpama longkang yang tak dibersihkan. Akan tersumbat. Begitu jugalah keadaan dalam Miss V kita yang tak pernah meruang. Sisa air mani dan sisa haid/keputihan akan menempel di dinding Miss V. Lama-lama timbullah lendir yang berbau dan menyebabkan kegatalan. Meruang ni adalah aktiviti membersihkan Miss V menggunakan jari telunjuk yang bersih dan berkuku tumpul. Banyak kebaikkan dari meruang ni. Nak tahu rahim jatuh atau tak meruanglah. Nak tahu Miss V grip atau tak meruanglah. Nak tahu dah boleh mandi wajib ke belum, meruang juga lah. Rasa- rasa semua cara di atas perlukan pelaburan wang yang banyak atau tak? Ini sebenarnya adalah antara cara untuk mendapatkan keadaan Miss Vyang sihat secara luaran. InsyaAllah.

Wednesday, 8 March 2017

Cairo, Egypt Day 2

Assalamualaikum wbt ....
Sambungan alkisah Keyza di bumi Mesir di hari ke2...

Mr Tourist bawakan para jemaah semua ke Giza untuk melihat Piramid.
Ha mau tak teruja semuanya nak tgk piramid live depan mata ni....antara 7 keajaiban kuno dunia kot...

Harga tiket masuk ke Piramid Giza ni 80LE. Kanak-kanak bawah 7tahun free ajew la tapi kami takde bayar apa pun semuanya dah termasuk dalam pakej yang ditawarkan oleh pihak Andalusia.

Kat sini Mr Tourist pesan lagi hati-hati dengan "Nyamuk" dia kata kalau nak beli biar dia yang bargain so kalau rasa okay harganya sila la beli. Jangan beli sendiri takut terpedaya dengan harga tersebut.


Ada juga jurufoto di kawasan Piramid ni untuk amikkan gambar kita berlatar belakangkan piramid harga sekeping foto 25 Riyal rasanya la tak ingat dh Keyza. Boleh la untuk dibuat kenangan.

Ada jemaah yang bergambar bersama unta harganya 40 Riyal kalau nak naik unta 200 Riyal katanya huhuhu Keyza tengok aje la kan tak berbaloi rasanya nak bayar cenggitu dengan kadar matawang kita yang makin rendah ni.



Sejarah di Giza ni katanya suatu ketika dulu rakyat Mesir ni sangatlah taksub dan sayang pada Raja Mesir ketika itu yang kita gelarkan Firaun. Dek kerana terlalu sayang pada pemerintah tersebut makanya mereka berpusu-pusa untuk berbakti pada rajanya dengan mengangkat batu-batu besar untuk dibinakan Piramid tersebut dan mereka percaya pada kuasa Matahari. wallaualam...tu cerita mr tourist la...kisahnya panjang lagi tapi Keyza dengar setakat tu je la sebabnya sibuk nak bergambar lagi dari nak dengar celoteh Mr Tourist kan....

Selesai di Giza, seterusnya ke Papyrus Musuem. Di sini diceritakan pada zaman Nabi Musa AS ketika mana baginda ingin menulis baginda menemukan daun papyrus ini untuk dijadikan kertas. Cara memprosesnya untuk dijadikan kertas juga didemonstrasikan oleh pihak pengusaha muzium ini.



Di muzium ini terdapat pelbagai lukisan dan ayat suci Al Quran juga yang dilakarkan pada daun papyrus ini. Yang menakjubkan ada di antara ayat suci Al Quran ini bercahaya walaupun dalam keadaan gelap gelita. Harga yang ditawarkan antara 100 LE ke 5000 LE.




Kemudian lokasi terakhir sebelum dihidangkan makan malam para jemaah dibawa ke Kilang Minyak Wangi...kali ni Keyza tak turun bas sebabnya anak kedua tertidur keletihan benar dia tapi en suami belikan la juga sebotol perfume untuk isterinya yang tak dapat nak turun menghidu bau-bauan yang harum itu. Kalau masuk mungkin lebih dari sebotol dibeli agaknya ahahahah....
Ini la tempatnya beli perfume tu mamat bersweater merah tu mr tourist aka Mr Aladdin.

Selesai jenjalan kat sini malam dibawanya pula ke Masjid Al Azhar untuk shopping at night market.

Keyza dan family tak beli apa pun takde apa yang menarik perhatian kami di sini tapi para jemaah lain memang berbeg2 la shopping tak pasti la apa yang dibelinya. Di sini perlu berhati-hati banyak penyeluk saku dan jangan sesekali asyik dengan handphone kerana bebila masa je handphone yang elok ditangan akan hilang disambar orang. Kes ini diceritakan oleh salah seorang penuntut di Universiti Al Azhar yang kebetulan join trip kami ke sini. Thanks sesangat la pada budak tu banyak pesanan penaja dia pada kami semua. Semoga adik ini dapat menamatkan pengajiannya dengan jayanya. Hanya insan terpilih sahaja dapat belajar di bumi anbiya ini...