Nuffnang

Wednesday, 6 August 2014

Kucing Meow Meow

Miaoo...Miaoo...Miaoo versi kucing menangis...)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pelanggan baru dan sedia kami yang dikasihi, followers, bloggers, pelawat, warga sahabat dan pencinta kucing tegar amnya. Entry kali ni Keyza nak share
tentang PUSAT PERLINDUNGAN KUCING. 


Baru-baru ni kucing-kucing kesayangan family Keyza dah pergi buat selamanya akibat serangan fungus yang teruk. So anak-anak Keyza mula merindui kucing-kucing diorang, dan hubby Keyza mula mencari kucing-kucing untuk dibeli, tapi bagi Keyza buat apa nak beli sedangkan ada je kucing yang boleh dapat secara percuma kan. 

Pencarian Keyza bermula dan Keyza mula Google dan terjumpa la tentang Pusat Perlindungan Kucing Terbiar. Dan yang paling terhampir dengan kawasan rumah kitorang adalah Putrajaya. Tak sangka pula kat area Putrajaya ni ada PUSAT PERLINDUNGAN KUCING ni. So 1st time kitorng datang sini just ushar-ushar dari luar je sebab PUSAT PERLINDUNGAN KUCING ni dah tutup. Masa ushar-ushar tu ternampak la ada kucing jenis Persian di sini. So apalagi terus la hubungi no yang tertera di whiteboard yang terpapar ni.







PUSAT PERLINDUNGAN KUCING, AHLI PARLIMEN PUTRAJAYA, dikendalikan oleh YAYASAN AL MANSORIAH dan mereka memerlukan sukarelawan bagi menguruskan sicomel di bawah jagaan dan pantauan mereka ini. Kepada yang berminat dialu2kan datang dan sekiranya terdapat pertanyaan, hubungi no yang tertera. Untuk yang ingin datang melawat pun boleh juga.

PUSAT PERLINDUNGAN KUCING PUTRAJAYA
JALAN P9B2, PRESINT 9 PUTRAJAYA
(landmarks cari flat hijau yer sekarang flat hijau dah color kelabu)

Lepas dah call Keyza tanya juga kalau nak adopt boleh ke? Ada bayaran apa-apa tak? En Rosli ni cakap tiada bayaran dikenakan semua kucing tu adalah PERCUMA. Boleh pilih mana yang berkenan di hati. Tempat ni tiada perkhidmatan boarding tau. So jangan memandai lak nak boarding kucing uols di sini ye. Tapi kalau uols nampak kucing-kucing terbiar di sekitar Putrajaya boleh la hantar ke Pusat ni dan FYI Pusat ni hanya menerima kucing-kucing terbiar dari sekitar Putrajaya sahaja luar Putrajaya tidak akan diterima. 















Ni yang Keyza dah adopt terus bawa g Pets SPA amik ubat dan grooming sikit kasi comel balik. Nampak gemuk sebenarnya bulu dia je tebal tapi hakikatnya berat dia baru 2.8kg je almaklum la tinggal kat shelters je takde sapa nak manjakan sangat kan. Bawa naik keta relax je dia dok atas riba Mr Hubby yang tengah memandu. Manja sangat kucing ni uols. So we have decided to give his name Fussie. 

Ni la Pets SPA yang Keyza pergi. 

Uols boley juga nak follow blog: http://jhanpetcare.blogspot.com/




11 comments:

  1. Saya nak tanya kenapa bila saya call no. di atas dia tak valid ye? Boleh bantu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Which number? No phone ofis ke no handphone?

      Delete
  2. Saya ada 16 ekor kucing boleh tak hantar ke sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tapi dia terima kucing area putrajaya je

      Delete
  3. Saya ada 16 ekor kucing boleh tak hantar ke sana?

    ReplyDelete
  4. As salam. Saya ada datang baru2 ni ke center ni. Pada masa tu, masih lgi dlm tempoh waktu lawatan. Yang saya heran, bila saya datang, pekerja dkt situ mcm tak endahkan saya dan pintu pagarnya dibiarkan terkunci. Saya tgk tak ada pula notis yg kata lawatan ditutup. Saya pergi ke belakang, dan nampak ada pintu belakang yg terbuka. Saya tanya salah seorang pekerja boleh masuk ke tak. Dia bagi green light. Selepas saya masuk, sy cuba bermain2 dgn kucing dan ambil gambar mereka utk kenangan. Tak lama selepas tu, saya tiba2 ditegur oleh pakcik yg berumur 45-50 ke atas yg mungkin pengurus pusat tu. Dia kata saya tak dibenarkan masuk dan terus menghalau saya tanpa sebab yg sah. Saya heran, pakcik ni kenapa tak mesra sgt tiba2 nak halau pengunjung yg datang pulak. Setahu saya, tpt ni mmg tpt awam. Siapa2 boleh masuk. Sungguh tak mesra layanan yg saya terima waktu. Rasa kecewa dan marah membuak2. Bengang betul saya, saya tinggalkan tpt tu. Sangat kurang ajar layanan. Kalau saya dpt report pakcik ni dkt mana2 biro aduan, memang kena dia. Kalaulah manusia dia layan acuh tak acuh, mcm mana pula nasib kucing2 dkt pusat perlindungan tu.

    ReplyDelete
  5. Guruh Setia Purwanto...saya pun dapat layanan serupa dari pakcik tu.(pakcik tu pakai cap dan badan kurus je)

    baru2 ni sy ada datang ke sana utk melawat kucing2.tapi layanan mmg tak mesra langsung.Dia cakap tempat ni dah tak terima pelawat ..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. Saya terpanggil untuk.menyatakan kekesalan saya ttg pusat kucing ini. Kucing-kucing kelihatan terbiar Dan tidak terjaga. Sekiranya tiada kaki tangan yang cukup,sila iklankan. in sya Allah ramai sukarelawan sanggup membantu. Saya berasa sedih kerana orang yang ada di pusat kucing itu tidak menunjukkan krperihatinan kepada kucing. Jika tidak, mengapa kucing-kucing kucing di di dalam pusat ini kelihatan terbiar Dan kurus. Kalau and pernah membaca tentang pusat kucing ini,ia dikatakan untuk menempatkan kucing-kucing terbiar di putrajaya. Alangkah murninya niat tersebut. Tetapi lihatlah, pandanglah, sentiasa ada kucing-kucing di kawasan kedai yang dibuang orang dan ada pihak yang mengutip kucing-kucing kucing itu untuk dihapuskan. Kucing-kucing kucing yang dikutip itu dicucuk mati (pts) sebagai jalan penyelesaian. Mengapakah ini yang berlaku? Jika ana membaca tulisan saya ini tidak mahu bersubahat dengan kekejaman, marilah Kita bersepakat agar pusat kucing itu berfungsi sebagai Mana sepatutnya. Saya selalu bertemu kucing yang belum celik matanya dibuang orang yang tidak berhati perut di kaki Lima kedai, apa yang saya buat ialah memeliharanya atau menyerahkan orang yang boleh menyelamatkan. Bagaimanalah Kita boleh menghantar kucing ke sana, pusat itu dibuka pada wKtu pejabat sahaja, sedangkan kes - kes begini.berlaku tanpa mengira masa. Mohon yb bertindak supaya sesuatu yang baik dapat dilakukan. Allah pasti.melaknat Kita yang secara langsung atau bersubahat menganiya makhluknya.

    ReplyDelete
  7. Baru nk anta kucing2 sy di putra jaya ade 7 ekor xmampu xbela ramai mcm tu...ade sesiapa blhvkasi idea😭

    ReplyDelete
  8. Saya pun bnyk kucing2 kat sini.x tahu nk buat apa dah.nk2 lagi ada kucing betina.susah lah nk jaga.saya pun duduk rumah flat.mcm mana ni?

    ReplyDelete