Nuffnang

Thursday, 21 July 2022

Itinerary Travel ke Kuantan Pahang

Hai guys..........

Seperti tajuk kali ni Keyza nak story perjalanan ke Kuantan, Pahang.

Last Keyza ke Kuantan 2016/2017 kot tu pun sebab ada meeting.

So Keyza pun skodeng la port mana menarik nak diterjah sepanjang cuti hujung minggu ni.

Antara port makan yang Keyza nak terjah:

Warung ni ada pelbagai makanan katanya yang penting ada ikan celup tepung tu la tujuan utama. Takkan nak terjah Terengganu kan cari ICT so cari kat Kuantan sudah la.
Sampai je Kuantan kesini dulu la nanti.

Next

𝗔𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 : Tingkat 1&Roof Top, Pusat Rekreasi, Teluk Cempedak, Jalan Tengku, Jalan T.A. Bakar, 25050 Kuantan, Pahang.

Apa menariknya kat sini? Khabarnya tempat ni menyediakan pelbagai makanan seperti Pasta, Western, Grill, Snack, Nasi & minuman yang pelbagai perisa & berwarna-warni tu

Next

KAASTURI by Caramela beralamat di
📍No 40, Jalan Alor Akar, Kuantan (near terminal satay zul)

Most special menu dia for breakfast Nasi lemak sambal tempoyak petai, kueh mueh traditional (yang korang memang susah nak cari sekarang) especially keria gula melaka dia memang marvellous, lempeng nyor (rindu menu ni) . So yang ni Keyza akan terjah pepagi Sabtu / Ahad nanti.

Then ni baru story bab jalan2 cari makan kan. Sekarang Keyza nak story pasal tempat untuk rekreasi anak-anak pula. Sebabnya homestay kitorang tak de pool so kita akan mandi pantai je agaknya hahaha kat Teluk Cempedak. Anak-anak Keyza pun dah besar takdenya la nak mandi pool bagaikan.



Cantik betul pemandangan sini, so Keyza plan si big boy akan memancing disini skali dan big girl akan mandi manda. Abahnya tak de sebab join event trail running. Kita santai je la anak beranak.



Khabarnya tarikan terbaru di Kuantan, Zoo yang bertemakan replika dinasour & berbagai haiwan. Siap boleh gerak-gerak & ada bunyi. Memang nampak real lah!
Harga tiket :
Dewasa RM25
Kanak-kanak RM22
Lokasi:
Zoo Teruntum Kuantan (Dinasour Encounter) Hybrid Zoo

Last place kita akan singgah di Muzium Sg Lembing


AddressJalan Muzium, Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahang

Bayaran masuk ke muzium ini berbeza antara warganegara dan bukan warganegara Malaysia. Untuk warganegara Malaysia, pengunjung dewasa (13 tahun ke atas) dikenakan bayaran RM2, manakala warga emas (55 tahun ke atas) dan OKU pula hanya dikenakan bayaran sebanyak RM1. Kanak-kanak 12 tahun ke bawah tidak dikenakan apa-apa bayaran.

Cukup la rasanya lokasi untuk diterjah selama 3 hari 2 malam di Kuantan. Semua ni Keyza Google je dulu. Harap2 perjalanan ke Kuantan dilancarkan selamat pergi dan pulang.





No comments:

Post a Comment