Entry Keyza kali ni nak story tentang pencarian Keyza untuk mencari ikan segar dan murah juga banyak almaklum la anak-anak makin besar pastu dok kampung ni ramai la sedara mara yang datang makanya perlu ada stock barang mentah yang sangat banyak dalam peti sejuk kat rumah tu.
Selalunya weekend pepagi Keyza akan follow mak g pasar di pekan Sg Petani ikan di sana agak murah tapi weekend baru ni tertidur selepas solat Subuh maka terlajak lewat la bangun hari tu. Mak dan terus ke surau untuk sesi pengajian Al-Qurannya tapi mak pesan jangan beli ikan kat pasaraya dah...huhuhuhu mana nak cari ikan segar tengahari dah ni.
Tetiba anak-anak ajak g pantai merdeka so Keyza pun follow je la nak bagi dorang happy kan masa on the way ke pantai merdeka ternampak signboard Pasar Bisik 6km heheheh so ajak la hubby ikut arah yang terpapar tu. Actually masa Keyza kecik2 dulu mak pernah bawa ke sini tapi bila dah besar tempat tu dah kena tsunami tahun 2004 dah tak pergi.
Kat sini peraih selalu akan berbisik bersama nelayan untuk menetapkan harga bagi hasil tangkapan dorang. Bagi pembeli seperti Keyza yang hanya nak beli untuk keperluan harian tak perlu nak bisik sangat hahaha....kautim lebih kurang aje mengikut kadar kemampuan memasing la kan...
Keyza dapat la beli ketam fresh dengan harga RM40 je sebakul dan ikan Rm10 sebakul...makan la puas-puas ye sampai pitam....
So lokasi nak ke sini senang je korang cari jalan nak ke Pantai Merdeka pastu tengok ada arah ke Kuala Muda, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang then korang akan nampak signboard color coklat yang menandakan Pasar Bisik dah nak sampai la tu...
So sape-sape dah berbisnes ikan meh la beli kat sini ye
No comments:
Post a Comment