( Assalamu 'alaikum Wr. Wb ) السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Lama tak bersembang panjang di blog ni...weekend baru ni ada jemputan kahwin anak saudara Keyza di Batu Maung Penang so bila anak bujang ni dengar nak pergi Batu Maung makanya diajak la menyinggah ke Muzium Perang Penang, so sempena mood baik almaklum la nak sambut anniversary yang ke 8 Keyza pun turutkan la permintaannya.
Ok sebelum kita ushar gambar-gambar penerokaan family Keyza di Muzium Perang ni Keyza nak la share sikit camne alkisahnya kewujudan muzium ini. Story ni diterangkan oleh peneroka tempat ni tau namanya Johari Shafie masa memula kita masuk untuk bayar tiket.
War Museum Penang, terletak di Bukit Batu Maung, di bahagian selatan Pulau Pinang digunakan sebagai pusat operasi tentera British pada sekitar 1930-an dan 1940-an.
Kedudukannya yang strategik membolehkan tentera British mengawasi tiga perempat keluasan Pulau Pinang daripada serangan musuh.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kubu itu dibina pada 1930 dan kini merupakan muzium perang terbesar di Asia Tenggara. Pada tahun 1930, sebuah kubu yang menggerunkan telah dibina oleh tentera British di puncak Bukit Maung, untuk melindungi pulau itu terhadap musuh. Dikendalikan oleh bukan sahaja tentera British, tetapi juga Melayu dan tentera Sikh, Bukit Maung jatuh semasa serangan di mana tentera Jepun didekati dari pedalaman, dan bukannya dari laut, sebagaimana yang telah dijangka oleh tentera British.
Berdasarkan fakta sejarah, pada 1930 kerajaan British memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk membina kubu berkenaan.
Unit British Royal Engineers telah diberi tanggungjawab untuk menggali bukit tersebut bagi membina terowong bawah tanah, kubu, pusat perisikan, pusat logistik, dewan, pejabat, saluran angin, meriam, tempat tidur, tempat memasak, penjara dan kelengkapan perubatan di atas tanah seluas 20 ekar (lapan hektar) itu.
Pada 1942, kubu pertahanan British itu jatuh ke tangan tentera Jepun selepas satu pertempuran sengit membabitkan lebih 1,500 anggota tentera British termasuk askar Punjab, Gurkha dan Melayu di mana ramai yang terkorban atau ditawan.
Tentera Jepun kemudian menjadikan kubu berkenaan sebagai pusat tahanan dan penyeksaan selama lebih dua tahun sebelum menyerah kalah kepada tentera Berikat pada 1945 sekali gus menamatkan Perang Dunia Kedua.
Bermula dari itu, kubu itu ditinggal dan dibiarkan begitu saja, bagaimanapun selepas lebih 60 tahun diabaikan, ia kemudiannya dijadikan Muzium Perang bagi memperingati sejarah negara.
Johari Shafie seorang penduduk tempatan telah meneroka dan menjadikan kawasan ini sebagai Muzium Perang selepas 3 dekad kemudian.
Kubu ini telah dibina lebih 20 ekar tanah, lengkap dengan terowong bawah tanah tentera dan aci pengudaraan, kubu peluru, pusat logistik, canon menembak teluk, tidur kuarters, rumah masak dan sakit perubatan.
Selepas menyelusuri kawasan ini ia tidak sukar untuk membayangkan bagaimana tentera British, Melayu dan Sikh pernah mengendalikan kawasan ini demi menjaga Malaya dari serangan musuh. Terdapat juga gambar tokoh-tokoh terkenal semasa Perang Dunia Kedua seperti Jeneral Yamashita yang dikenali sebagai Harimau Malaya dan Jeneral MacArthur.
Malah, kebanyakan peralatan yang dipamerkan pula merupakan artifak asal yang dijumpai di tapak muzium seperti kuali, alat untuk menyeksa tahanan dan serpihan pinggan mangkuk.
Berbeza dengan keadaan muzium-muzium lain yang pernah kita lawati, pengunjung berpeluang merasai pengalaman unik iaitu menyusuri salah satu daripada tiga terowong yang pernah digunakan oleh askar British untuk melarikan diri semasa Jepun menyerang.
Keadaannya yang panjang, gelap, sempit dan berbelok-belok membangkitkan perasaan seram dan pengunjung perlu berjalan dalam keadaan tunduk.
So setakat tu je la sejarah yang dapat Keyza kongsikan nak tahu lebih lanjut kenalah berkunjung sendiri ke tempat ini. Kalau nak main paintball war pun sesuai tau kat sini. Tempat ni dah direka khas untuk game tersebut. Boleh la uols try ye...
Maklumat Muzium Perang Pulau Pinang:
Masa Operasi: 9:00 am-06:00 pm setiap hari (Spooky night 8.00pm-10.00pm)
Alamat: Muzium Perang Pulau Pinang No Lot 1350 Mukim 12, Batu Maung Daerah
Barat Daya 11960 Pulau Pinang
Harga Tiket(MyKad):
Dewasa : RM20
Kanak-kanak : RM10
Family(2dewasa 2kanak-kanak):RM55
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment