Salam Hari Malaysia...
Tak lama dah nak sambut kan...
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan baru-baru ni Keyza dan family bercadang nak sambut di Putrajaya sebabnya nak jumpa Tun M secara live kononnya tapi masyaAllah punya ramai manusia tak dapat la nak jumpa live ye tak wakakaka... makanya sebab semangat nak jumpa Tun M ni Keyza pun cari la hotel ke homestay yang berdekatan kat area Dengkil or Putrajaya yang murah lagi menjimatkan almaklumla gigih ni dari Perak nak ke Putrajaya.
Cari-cari jumpa la Homestay kontena.... Kat mana homestay ni ???? Hurm ni alamatnya
Kampung Dengkil, Kampung Dato Ahmad Razali, 43800 Dengkil, Selangor
Dekat sangat la kan nak g Putrajaya pepagi buta nak sambut merdeka ye tak?
Nampak tak fokus utama nak g kontena ni adalah sebab ada swimming pool la uols.....
Anak-anak Keyza ni sejenis yang suka mandi pool ni....dan yang paling best pool ni boleh mandi 24 jam dari waktu uols check in sampai la uols check out... Kalau hotel lain mana ada mandi pool malam2 ye tak????
Dah tengok lokasi dan fasiliti yang diidamkan makanya kita tengok pulak harga semalam bagi satu bilik...Agak-agak berapa la harganya kan...
Ha sesuai la untuk Keyza satu family bermalam disini....kos nya menepati la kadar kewangan dalam dompet Keyza ye tak almaklum la gaji bulan 9 bagi keja gomen ni lambat benor uols.....harusla berjimat...
Sampai je kat sini dah malam sebab Keyza gerak selepas waktu opis tau... makanya nak redah jammed masuk Klang Valley ni faham-faham je lah kan...
Owner tempat ni pun rela je la menanti Keyza dan family sampai lewat pun dan dikhabarkan ada breakfast disediakan hurm tapi malangnya we'ols nak sambut merdeka esok paginya kan hurm tak yah la breakfast bagai. Tapi ada mak Keyza makanya kena la makan juga so jangan risau homestay ni juga sediakan dapur tau untuk uols nak masak bagai...
Ha dah sampai time Keyza nak masuk bilik bebudak ni dah siap terjun pool ...aduyai tak menyabar betul...
Bilik tidur selesa dan diberikan sofa bed makanya muat la nak tidur beramai-ramai dengan bajet yang ciput hehehehe....
So rate Keyza nak bagi 4 **** la buat homestay ni....
So uols yang nak cari homestay berdekatan Putrajaya dan nak berjimat cam Keyza boleh la stay sini ya...
Sekian, adios amigos...
No comments:
Post a Comment