Assalamualaikum semua...
Baru-baru ni Keyza ada la balik kampung as usual sebulan sekali wajib la balik betul tak?
Hajat Keyza memang la nak ke Hatyai tengok kawan2 dok post p Hatyai makan bagai nak rak geram plak la aiiii nak p juga...
Tapi cam biasa la modai xda orang utaqa kata kannn huahuahua...
Makanya kita search la kat Muka Buku (Facebook) la weiii katanya kat Perlis ada Floating Market jugeekkkkk...
Ha apalagi guna la khidmat Mr Waze cari di mana lokasinya Floating Market ituuuuurrrrrr.
Ok lokasinya adalah di alamat Pasar Terapung Pengkalan Tok Kuning, Perlis.
Pasar ini adalah hasil anjuran Kelab Memancing& Rekreasi Negeri Perlis.
‘Floating Market’ atau pasar terapung ini telah dirasmikan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada Hari Ahad, 23 September 2018.
Floating Market ini diadakan setiap hujung minggu, dua kali sebulan pada sebelah petang. Dari jam 9.00 Pagi hingga ke 6 Petang.
PENGUNJUNG JUGA BOLEH MERASAI PENGALAMAN MENAIKI BOT MENYUSURI SUNGAI PERLIS HINGGA KE MASJID TERAPUNG KUALA PERLIS...
Tapi Keyza tak la naik bot pun sebab masa pergi tu air belum pasang dan semua peniaga sedang menurunkan barang ke bot masing-masing.
Pelbagai menu makanan disediakan di bot sini uols pilih la nak makan apa jer ye Keyza suggest aiskrim mango sedap rasa mangganya tapi gambar nya udah xde sebab laju aje anak2 makan xsempat nk snap gambar.
Klu uols kaki pancing Kelab ini juga menyediakan perkhidmatan tersebut hoookay...
Bagaimana caranya rujuk gambar di bawah ya...
So apalagi mai la serbu beramai-ramai untuk meriahkan lagi pelancongan Malaysia ye uols....
No comments:
Post a Comment