Nuffnang

Sunday 8 December 2019

Homestay Kampung Agong - Cuti2 viral

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Apa khabar uols....?

Story Keyza kali ni pasal sebuah kampung yang tengah hot viral kat Penang ni....
Cuti-cuti sekolah ni anak2 Keyza stay di Kedah la ....nak hantar ke kem cuti sekolah tak nak plak dorang... so Keyza kena la plan apa aktiviti nak buat sepanjang cuti sekolah ni kan....

Tengok facebook semua dok share pasal kampung viral ni so Keyza pun terjah la ke sana sesat juga tapi Keyza tanya makcik kedai area tu maka terjumpa juga la kampung tersebut....

Benarlah kata pepatah "Malu bertanya sesat jalan ye tak"...

Walaupun di negeri sendiri takdela dalam kepala ni penuh peta globe itu ahahaha

Nama kampung ni Kampong Agong yang terletak di Penaga Pulau Pinang.

Kalau uols gunakan aplikasi waze or Maps boleh search Homestay Kampung Agong. Walaupun namanya Homestay tapi uols tak boleh nak stay sini.... dulu boleh tapi bila dah viral ramai pengunjung makanya operasi homestay dihentikan sebab tak de privasi la pada penghuninya....


Parking lot disediakan dan PERCUMA uols parkingnya....
Kampung Agong dibuka setiap hari bermula 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Untuk menerokai keindahan kampung ni uols perlu bayar tiket masuk
RM5 - Dewasa
RM3 - Kanak-kanak
Bukan Warganegara - RM10
Bayi bawah 3 tahun PERCUMA 


Kalau nak sewa basikal pun boleh untuk round di sekitar kampung ni kalau tak larat nak jalan. Pelbagai aktiviti uols boleh lakukan kat sini tau bukan sahaja boleh berfoto malah uols boleh menjalankan pelbagai aktiviti kampung antaranya berbasikal, mengutip kelapa, memancing, bermain congkak dan belajar meraut pelepah kelapa untuk dibuat lidi serta menyewa pakaian tradisional untuk lebih menghayati suasana kampung di sini.







Anak-anak Keyza teruja sangat terutama bila dapat main buaian bertentangan dengan sawah padi....tak nak balik la citer dia... Tarikan yang paling menarik kat sini ada banyak sarang burung gergasi untuk para pengunjung berfoto di sini.... Alhamdulillah time Keyza datang tak ramai sangat makanya tak perlu beratur panjang la nak berfoto di sarang ni.


Dengan keluasan 15 hektar, uols yang nak round kampung ni jangan risau ada warung yang menjual makanan dan minuman di sini tau...so boleh rehat santai2 tak perlu rushing2 untuk menikmati keindahan kampung ini... seharian di sini pun tak sedar uols...tengok uish dah petang hahahaah



So apa tunggu lagi uols...panjang lagi cuti sekolah ni bawalah anak-anak uols ke sini. Keterujaan zaman kanak-kanak kita yang dahulu mesti terimbau kembali jika anak-anak kita dapat rasainya bersama tau...."That's what i feel"...
Untuk check facebook : Kampung Agong




No comments:

Post a Comment