Nuffnang

Tuesday, 8 December 2015

Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam 2016


Bulan
Tarikh Gaji
Hari
Catatan
Januari 21.01.2016 Khamis ---
Februari 25.02.2016 Khamis Tahun Baru Cina
8 - 9/2/2016
Mac 24.03.2016 Khamis ---
April 25.04.2016 Isnin ---
Mei 24.05.2016 Selasa Pesta Keamatan/Menuai
30 - 31/5/2016
Jun 23.06.2016 Khamis Hari Gawai
1 - 2/6/2016
Julai 25.07.2016 Isnin Hari Raya Puasa
6 -  7/7/2016
Ogos 25.08.2016 Khamis ---
September 22.09.2016 Khamis Hari Raya Haji
12/9/2016
Oktober 20.10.2016 Khamis Hari Deepavali
29/10/2016
November 24.11.2016 Khamis ---
Disember 20.12.2016 Selasa Hari Krismas
25/12/2016

Pejam celik pejam celik kejap je masa berlalu jadual gaji 2016 dah keluar dengan rasminya.
Dok ushar jadual ni nampak tiada bulan yang gaji diawalkan makanya belanjawan bulanan bagi tahun 2016 akan berjalan lancar hendaknya.
Sumber rujukan : Jabatan Akauntan Negara

Wednesday, 2 December 2015

Tanda-Tanda Kematian

Assalamualaikum warga pembaca sekalian....
Pepagi ni Keyza terbaca tentang mati, benda baik perlu la dikongsi bersama kan...


USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL : Ahli Penal Syariah HPA

Soalan:
Assalammualaikum, tersebar dalam internet mengenai tanda-tanda sebelum ajal menjelang bagi umat Islam seperti 100 hari sebelum mati badan akan mengalami getaran sesudah asar, 40 hari sebelum meninggal akan berdenyut pusat, juga berlaku sesudah asar. soalannya, sejauh manakah kesahihan tanda-tanda ini sedang tidak diketemui sebarang nas atau dalil dari Al-Quran atau Sunnah. Sedang ada yang mengatakan ia pandangan segelintir ulama. Dan apakah hukum jika ia dijadi iktiqad? dan apakah hukum jika menolaknya? Sekian.

Jawapan:
Sesuatu yang tidak sabit dengan nas dari al-Quran atau as-Sunnah, tidak harus dijadikan iqtiqad. Termasuklah juga perkara-perkara ghaib. Urusan aqidah dan kepercayaan adalah urusan agama. Oleh itu, tiada siapapun harus mendakwa sesuatu itu sebagai keyakinan agama atau amalan agama melainkan ia wajib mendatangkan dalil yang soheh dari al-Quran atau as-Sunnah. Sabda Nabi -sallallahu alaihi wasallam-; “Sesiapa mereka-reka dalam urusan kami ini (yakni urusan agama) apa-apa yang bukan darinya, maka ia adalah tertolak”. Adapun suatu dakwaan yang dibuat atas dasar pengalaman, kajian, penelitian dan sebagainya -bukan atas dasar agama-, itu terserah kepada setiap individu sama ada untuk menerima atau menolaknya berpandukan penilaian akal masing-masing.
Kesimpulannya, orang yang mendakwa tanda-tanda kematian itu adalah dari agama, wajiblah ia mendatangkan dalil dari al-Quran atau as-Sunnah. Jika ia mendakwa ianya dari pengalaman atau penelitian, terserahlah kepada masing-masing untuk mempercayainya atau tidak.

Tanda-tanda kematian yang baik (husnul-khatimah)
Apa yang jelas terdapat nas tentangnya ialah tanda-tanda kematian yang baik (husnul-khatimah) iaitu:
1. Mati dengan mengucap kalimah syahadah
Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;
مَنْ كَان آخِرَ كَلامِه لا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ دَخَلَ الجَنَّةَ
“Sesiapa yang ucapan terakhirnya (sebelum mati) ialah Lailahaillallah, maka ia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam al-Hakim dari Mu’az bin Jabar –radhiyallahu ‘anhu-. Kata al-Hakim; Hadis ini sanadnya soheh.)
2. Berpeluh di dahi
Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;
اَلْمُؤْمِنُ يَمُوْتُ بِعَرَقِ الْجَبِيْنِ
“Seorang mukmin mati dengan berpeluh dahinya”. (Riwayat Imam Ahmad, at-Tirmizi, an-Nasai dan al-Hakim dari Buraidah –radhiyallahu ‘anhu. Kata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan. Menurut al-Hakim; hadis ini adalah soheh. Tashih al-Hakim itu dipersetujui Imam az-Zahabi. (Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 9145))
Maksud hadis di atas ialah; jika kelihatan pada dahi si mati renik-renik peluh, maka itu tanda bahawa ia mati dalam iman. Sebab terjadinya renik-renik peluh itu menurut sebahagian ulamak ialah kerana malunya kepada Allah yang memberi rahmat kepadanya sedangkan masih ada dosanya kepada Allah. Sebahagian ulamak pula berkata; orang mukmin tidak terlepas dari merasai kepayahan ketika mati, namun kepayahan yang dihadapinya ringan sahaja iaitu hanya sekadar kepayahan yang menerbitkan peluh yang berpercikan pada dahi. (Faidhul-Qadier, hadis no. 9145)
Dalam satu hadis yang lain, Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda;
لَقِّنُوْا مَوْتَاكُمْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ فَإِنَّ نَفْسَ الْمُؤْمِنِ تَخْرُجُ رَشْحًا وَنَفْسُ الْكَافِرِ تَخْرُجُ مِنْ شِدْقِهِ كَمَا تَخْرُجُ نَفْسُ الْحِمَارِ‏
“Ajarilah orang yang hampir mati di antara kamu Lailahaillallah. Sesungguhnya ruh orang beriman akan keluar dengan bercucuran peluhnya. Adapun ruh orang kafir akan keluar dari rahangnya sebagaimana keluarnya ruh kaldai”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari Abdullah bin Mas’ud –radhiyallahu ‘anhu-. Kata Imam al-Haithami; sanad hadis ini adalah hasan. (Lihat; al-Asas Fi as-Sunnah, Sa’id Hawa, jil. 3, hlm. 1164, hadis no. 1112)).
3. Mati ketika sedang melakukan amal soleh
Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;
مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ صَامَ يَوْمًا اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ اِبْتِغَاْءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ
“Sesiapa mengucapkan Lailahaillallah semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati dengan kalimah itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa berpuasa pada satu hari kerana mengharapkan keredhaan Allah, lalu ia mati ketika sedang berpuasa itu, maka ia akan masuk syurga. Sesiapa bersedekah dengan satu sedekah kerana mencari redha Allah, lalu ia mati sesudah bersedekah itu, maka ia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Ahmad dari Huzaifah –radhiyallahu ‘anhu-. Berkata Imam al-Haithami di dalam Majma’ az-Zawaid; “Para perawi hadis ini adalah tsiqah”. Menurut Syeikh al-Albani; hadis ini adalah soheh. (Lihat; Ahkam al-Janaiz)).
(Tuan-tuan/puan-puan yang ingin membaca lebih lanjut tentang kematian dan hal-hal berkait dengannya boleh dapatkan buku tulisan saya “Rahsia Kematian, Alam Barzakh dan Roh”. Ebook sila dapatkan di (http://ebook-ilmudanulamak.blogspot.com/)).
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1.Rahsia Kematian, Alam Barzakh & Roh, Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil.

Sumber: http://fitrahislami.wordpress.com/

Wednesday, 25 November 2015

Kita Hanya Mampu Merancang Allah Penentu Segalanya

Assalamualaikum...pagi ini Keyza terbaca status hamba allah di facebook dan terkesan di hati Keyza nak kongsikan apa yang ditulisnya....Moh kita baca bersama

Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. Sehebat mana pun perancangan kita, lebih hebat lagi perancangan Allah untuk kita.
Ingat! kita ada ALLAH yang MAHA BERKUASA. Tidak di berikan sesuatu dengan sia-sia. Tidak di jadikan apa-apapun tanpa sebab dan ibrah. Kita merancang dengan kata-kata dan pena, tapi Allah merancang dengan kasih sayang-Nya. Kita sering berdoa,sehingga menangis meminta dari ALLAH.

Kita kerap solat dan adakalnya tiada harinya selewat sebelum subuh untuk bangun mengejarkan Tahajjud dan hajat. Kita kerap melakukan amal ibadah yang baik sehingga ada masanya merasakan tiada titik hitam dalam hati. Tapi kenapa ALLAH sering sahaja tidak penuhi apa yang di hajati? kenapa ALLAH tidak tunai apa yang kita minta? Adakalanya kita lihat mereka yang sering abai tanggungjawab sebagai seorang hamba ALLAH sering ALLAH beri kesempatan pada dia untuk mendapat yang terbaik.

APA YANG PERLU KITA BUAT??!!

Ingatlah bahasanya ALLAH tidak melakukan sesuatu itu dengan sia-sia. Sahabat,Setiap yang ALLAH jadikan di muka Bumi ini bukan lah sia-sia. ALLAH jadikan segala kejadian di muka bumi ini ada hikmahnya dan ingatlah bahawa ALLAH tidak menjadikan dugaan yang kita terima itu adalah sia-sia. Pernah atau tidak kita berfikir betapa ALLAH sayangkan kita setiap kali kita di timpa musibah walaupun kita sering berdoa pada ALLAH? Ingat lah sahabat sekalian ALLAH tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang hambanya tidak mampu untuk lakukan. Tenang kan hati dengan zikruLLAH –

Sahabat, ALLAH berfirman dalam al-Quran surah al-Ahzab ayat 41 yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman! ingatlah kepada ALLAH dengan mengingat sebanyak-banyaknya”, InsyALLAH dengan adanya zikir dalam hati dapat mengahalang kita dari berprasangka buruk pada ALLAH S.W.T. Sentiasa ingat bahawa ALLAH adalah SEBAIK-BAIK PERANCANG.

Sabahat, ALLAH berfirman.. “Dan Mereka Merancang,ALLAH juga merancang, Sesungguhnya ALLAH sebaik-baik perancang”. Ingatlah sahabat, ALLAH mengetahui apa yang terbaik buat kita semua, mungkin dengan apa yang lalui itu bukan jalan yang terbaik,maka ALLAH sediakan jalan yang lebih baik dari apa yang kita hajatkan,ingat tu sahabat!! ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG!!! Jangan berhenti Untuk Berdoa dan terus berdoa.

Sahabat, hadis Nabi Muhammad S.A.W yang membawa maksud “pedang umat mu’min itu pada doanya” dan ALLAH juga berfirman dalam al-Quran dalam surah al-mu’min yang mambawa maksud “Dan tuhanmu berfirman : Berdoalah kepada ku,nescaya pasti aku akan perkenankan..”..Sahabat,ini janji ALLAH,mana mungkin ALLAH tidak mengotakan janjinya, pasti ALLAH mendengar setiap rintihan doa dari kita. Namun,pasti sahaja dari kalangan kita terdetik dalam hati berkaitan dengan surah al-mu’min ayat yang ke 60. Pasti ada kalangan kita yang berkata…“aku dah banyak kali berdoa,tapi ALLAH tak makbulkan juga”…

MasyALLAH sahabat sekalian ketahuilah bahawa sesungguhnya ALLAH suka akan rintihan hamba-hambanya tatkala kita berdoa kepada-Nya,ALLAH rindu untuk mendengar suara kita merintih mengharapkan hajat kita di perkenankan. ALLAH rindu akan doa2 umat islam,sengaja ALLAH melambatkan perkenan doa kita kerana yang utamanya ALLAH rindu akan rintihan hamba-hamba-Nya. ALLAH sebaik-baik perancang. Jangan lah sesekali kita menyalahkan takdir. Ingatlah sahabat.. ALLAH sebaik-baik perancangan.

Setiap manusia akan di uji dan terus di uji dan yang menentukan kita adalah TAQWA kita pada ALLAH dalam ujian tersebut dan pandulah ujian itu dengan panduan yang di redhoi ALLAH.


"Allah tidak pernah silap percaturannya walaupun kadang kala nampak salah di mata kita suatu hari nanti kita akan faham semua takdir Allah. Jangan sesekali menyesal dengan takdir Allah. Apa yang ditakdirkan Allah adalah yang terbaik buat hambaNya." INGAT!!!


Wednesday, 18 November 2015

Lirik Lagu Kau Pergi Jua


Kau pergi jua
Dari hidup ku
Kini sendiri
Di hari-hariku

Pulang ke dakapanku
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadirmu bisa menyatukan masa kita berdua

Kau pergi jua
Dari hidup ku
Kini sendiri
Di hari-hariku

Pulang ke dakapanku
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadirmu bisa melenyapkan segala sunyi di sini

Pulang ke dakapanku
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadirmu bisa menyatukan masa kita berdua

Pulang ke dakapanku
Aku ingin kau selalunya di sini
Hanya hadirmu bisa melenyapkan segala sunyi di sini

Kau pergi jua
Kau pergi jua
Kini sendiri di hari-hariku
Kini sendiri di hari-hariku

Tribute this song for my abah....i miss you so much....ALFATIHAH

Tuesday, 17 November 2015

Tinta Buat Abah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Saat Keyza menaip ini airmata masih lagi mengalir panas membasahi pipi mengingati abah (Hassan bin Othman) yang telah kembali ke rahmatullah tanggal 8 November 2015, Ahad bersamaan 26 Muharam 1437H.

 اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ (“Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali”.)

Jam 5.00 pagi aku dikejutkan oleh tangisan kakak sulungku mengatakan abah telah tiada. Allahuakhbar hati masih lagi meragui tatkala memegang pergelangan tangan abah masih panas dan berdenyut nadinya cuma wajah abah dah kaku membisu terus aku memeluk mak yang setia disisi abah sepanjang malam itu. Mak seolah tau abah akan pergi untuk selamanya. Laju kaki melangkah ke bilik air mandi dan mengambil wudhuk solat tahajjud 2 rakaat dan terus kembali pada abah membaca yassin hadiah kepadanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.



Jam 5.30 pagi suami Keyza dan abang ipar terus ke surau menunaikan solat subuh dan memaklumkan pada warga surau tentang abah. Selesai solat Subuh rumah telah dipenuhi warga surau membantu kami membersihkan abah sebelum perkara wajib dilaksanakan. Tepat jam 7.00 pagi Keyza dan suami terus membawa kad pengenalan abah ke balai polis Sungai Petani untuk membuat laporan kematian. Selesai laporan dibuat terus pulang ke rumah saat itu rumah telah dipenuhi saudara mara jauh dan dekat. Keyza hanya mampu membaca Al-Quran disisi abah ...tak tahu la betul atau tak nahunya kerana bacaan diselangi airmata yang menderu laju tanpa mampu diseka. Tepat jam 10.00 pagi abah dimandikan buat kali terakhir oleh para alim dan dibantu oleh abang kandung ku bersama anak-anak dan menantu lelaki abah. Semunya diuruskan dirumah sahaja. Selesai dimandikan abah dikafankan dengan pakaian terakhir buat abah...wajah abah sangat tenang dan bersih hilang semua kesakitan yang dirasainya selama 22 hari itu. Wajah abah berseri sangat cantik sangat abah seperti bayi yang baru dilahirkan terasa begitu singkat waktu bersama abah semoga segala kesakitan yang abah hadapi sebelum sakaratul maut menghapus dosa-dosa abah. Sayu hati nak membiarkan abah pergi dari sisi kami selamanya. Airmata diseka segera tatkala imam menyuruh kami waris abah memberi ciuman terakhir buat abah.
Sebak dada tidak dapat dibendung. Sungguh Keyza tak mampu berpisah dengan abah tapi Keyza harus redha Allah lebih menyayangi abah. Mungkin itu yang terbaik buat abah. 

Masih terimbau saat abah bersama Keyza ...saat-saat terakhir abah bersama kami sebelum abah rebah diserang strok.
Tanggal 13 Oktober 2015 Keyza ditugaskan untuk membuat lawatan kerja di Kedah pada 15-16 Oktober, makanya 14 Oktober 2015 sempena Cuti Awal Muharam kami adik beradik terus plan untuk membuat majlis bagi meraikan birthday mak dan anak2 mengambil kesempatan sebab Keyza dapat pulang membawa mak n abah ke kampung. Sepanjang majlis abah asyik bersendirian tidak bersama anak-anak yang lain dan juga mak. Abah makan sendirian cuma sekali abah datang kat mak untuk bergambar masa sesi potong kek...maybe itu gambar terakhir abah tersenyum disisi mak.


Abah asyik tanya bila nak balik ke Kedah dan Keyza menjawab lepas Asar kita balik Kedah diulang lagi pertanyaan yang sama seusai solat Asar kami pulang ke Kedah sebab 15 Oktober Keyza akan mula bertugas Keyza tak jadi tidur di hotel sebab dah terlalu letih menguruskan majlis di siang hari. Alhamdulillah tugas di Kedah hanya mengambil masa sehari untuk diselesaikan malam abah datang jemput Keyza di tempat tugasan untuk makan malam bersama rakan setugas. Mak cakap abah dah lain pegang sudu pun dah menggigil hati mula tak sedap abah jalan tak pakai kasut sebelah rupanya tanda awal abah diserang strok. Pagi Jumaat 16 Oktober suami ajak Keyza pulang ke rumah maknya di Changlun masa tu abah dah tak larat sangat selesai solat tahajud, sunat taubat dan witir abah langsung tak tido menunggu waktu subuh selesai solat subuh abah tak mampu lagi untuk bangun. Mak papah abah ke katil dan Keyza suapkan abah makan pagi. berat sungguh kaki nak melangkah ke rumah mertua tapi demi menjaga hati suami Keyza pergi juga mak call abah makin sukar nak makan. Allahuakhbar menangis Keyza depan mertua dan pagi Sabtu juga Keyza balik ke rumah. Miza plan nak cuti untuk jaga abah tapi abah kata nak ikut balik Perak dalam keadaan abah camtu abah masih fikirkan kerjaya Keyza taknak Keyza asyik bercuti untuk jaga dia ...sayangnya abah kat Keyza hanya Allah yang mampu membalasnya. :'(
3 hari abah dalam keadaan strok dah lemah...suatu malam abah bangun jam 4.00 pagi keluar rumah dan naik ke tingkat atas dan tidur depan rumah kosong, mak tersedar dan tengok abah takde kat sisi Keyza dan suami keluar cari abah rupanya abah tidur depan rumah orang nasib abah tak jatuh tangga, Allah SWT lindungi abah. Alhamdulillah ...siangnya mak ajak ke klinik sebab badan abah panas sangat tapi sampai di klinik Doktor minta abah dapatkan rawatan di hospital. Keadaan abah dan makin tenat mak refuse tapi Keyza terpaksa bawa abah tak nak abah makin tenat. Sampai Hospital Slim River  doktor sarankan abah untuk jalani ujian CT Scan di Hospital Ipoh. Mak nangis lagi sebab kedegilan Keyza membawa abah ke hospital. Keputusan CT Scan agak mengejutkan bila pakar otak mengatakan berlaku pendarahan serius dan pembedahan perlu dilakukan segera dan Keyza bertanyakan adakah risiko bagi pembedahan tersebut dan jawapannya "YA" nisbah untuk abah selamat hanya 50:50 dan kalau abah tak dibedah pun abah akan koma atau pergi untuk selamanya. Keyza dan mak memutuskan untuk abah tidak dibedah dan doktor menasihatkan agar kami bersedia apa jua keadaan abah. 2 hari abah di hospital dan abah dibenarkan pulang.

Mak bawa balik terus ke Kedah rumah abah...abah hanya boleh minum susu melalui tiup kerana abah dah tak mampu untuk mengunyah seperti biasa. Mak marah Keyza sebabnya sebelum ke hospital abah masih mampu makan seperti biasa tapi selepas ke hospital abah dah tak mampu buat semua tu. Sebelum ke hospital abah masih mampu ke tandas sendiri walaupun strok sebelah tapi lepas ke hospital abah kena pakai pampers. 
Sungguh Keyza rasa serba salah. 
Betulkah kalau Keyza tak bawa abah ke hospital hari ini abah masih ada disisi? 
Betulkah kalau Keyza tak bawa abah ke hospital abah akan kembali sihat lagi? 

Yang pasti kini abah sudah tiada lagi disisi. Abah kembali kepada penciptaNYA Ya Rabb. Kami perlu redha dengan pemergian abah dan pasti kami juga akan menyusuli abah nanti. Semoga dipertemukan lagi mungkin Syurga yang menanti. 
Yang mampu Keyza buat kini hanya titipkan doa kudus dan amalan yang berterusan buat abah.


Terkadang Allah hilangkan sesuatu yang kita sayang,
kerana Allah sedang menggantikan sesuatu yang lebih indah untuk kita.
In sya Allah (إن شاء الله)
Sungguh Keyza sayang abah dunia akhirat.
Abah
sepi saat kau pergi
kau begitu hebat
tak ada yang bisa menyamai mu
ataupun menggantikan posisimu
Abah
aku begitu menyayangimu
keringatmu menjadi inspirasiku
sedihmu adalah deritaku
Abah
dimanapun engkau berada
doaku selalu bersamamu
tangisku menjadi sumpahku
bahwa apapun yang terjadi ku slalu ingatmu 


Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

I love you Abah HASSAN BIN OTHMAN
5 MAC 1938 - 8 NOV 2015 (Dalam kenangan)


Wednesday, 4 November 2015

Hutang Dhuha

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Lama Keyza tidak menulis disini ialah banyak kesulitan yang dihadapi oleh Keyza sejak akhir-akhir ini. Dan kali ni Keyza rasa nak share dengan semua pembaca blog Keyza tentang Dhuha.

Hutang Dhuha

Satu ilmu yang saya baru tahu yang saya rasa terpanggil untuk berkongsi kepada anda adalah ilmu tentang solat dhuha. Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah dinegaranya.
Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”. Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah sebenarnya. Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah. Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.
Seperti yang tercatat di satu hadis “ Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah? Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu” (HR. Imam Ahmad)
Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah. Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).
Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini. Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya. Pasti sangat banyak kiraannya.
Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar? Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang dhuha kita pada Allah setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah. Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.
Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini. Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampakan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.
Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil ( melalui pencuri) duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.
Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar? Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang- hutang Dhuha kita.
Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms kepada ustaz :
“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”
Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui menyeru orang lain juga untuk berdhuha. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.
Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran sesetengah antara kalian. Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.
Jika anda ada Blog atau Facebook, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha. Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha. Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar –pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.
Setiap diantara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha. Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga memnpunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini. Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha penulis.

Hutang Dhuha
❤   Apa yang saya belajar dari bab ini adalah tentang…
❤   Manifestasikan cara bersyukur kita kepada Allah kerana diberi kesihatan anggota badan dan nikmat lain melalui bersolat dhuha
❤   Sudah berapa banyakkah hutang dhuha kita selama kita hidup ini?
❤   Dengan berdhuha, pintu rezeki kita pasti dibuka seluasnya
Jom mengajak orang semua mendirikan solat dhuha setiap hari..biiznillah.


Semoga bermanfaat buat semua....وَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tuesday, 13 October 2015

Ucapan terbaik Terima Kasih

Sering kali kita mendapat kebaikan dari orang lain sama ada dalam bentuk harta benda, perbuatan mahupun sebuah doa. Tahniah jika anda tahu berterima kasih dengan sentiasa membalasnya menerusi ungkapan ‘Terima Kasih’ sebagai tanda syukur, tetapi tahukan anda bagaimana bentuk ucapan terima kasih yang paling baik dan menurut sunnah.

Dan Amal Sholeh Pun Mengucapkannya 

.
Hal ini terjadi di alam kubur, sebagaimana dalam sebuah hadis yang panjang yang diriwayatkan al-Barro’ bin Azib rodhiyallohu anhu, bahawa setelah seorang hamba yang beriman diuji (dengan pertanyaan dalam kubur) dan ditetapkan dalam menjawab ujian:
.

 يَأْتِيهِ آتٍ حَسَنُ الْوَجْهِ طَيِّبُ الرِّيحِ حَسَنُ الثِّيَابِ، فَيَقُولُ: أَبْشِرْ بِكَرَامَةٍ مِنَ اللهِ وَنَعِيمٍ مُقِيمٍ؛  فَيَقُولُ: وَأَنْتَ؛ فَبَشَّرَكَ اللهُ بِخَيْرٍ، مَنْ أَنْتَ؟  فَيَقُولُ: ”أَنَا عَمَلُكَ الصَّالِحُ، كُنْتَ –وَاللهِ!- سَرِيعًا فِي طَاعَةِ اللهِ، بَطِيئًا عَنْ مَعْصِيَةِ اللهِ؛ فَجَزَاكَ اللهُ خَيْرًا.  :ثُمَّ يُفْتَحُ لَهُ بَابٌ مِنَ الْجَنَّةِ وَبَابٌ مِنَ النَّارِ فَيُقَالُ  …هَذَا كَانَ مَنْزِلَكَ لَوْ عَصَيْتَ اللهَ، أَبْدَلَكَ اللهُ بِهِ هَذَا  

.





Datanglah seseorang dengan wajah yang baik, berbau wangi dan memakai baju yang bagus, lalu orang tersebut berkata: “Bergembiralah dengan kemuliaan dari Allah dan kenikmatan yang abadi”, maka hamba yang beriman itu bertanya: “Wa anta fa basyarakallahu bi khairin (dan semoga Allah juga memberi khabar gembira berupa kebaikan), siapakah anda?” lalu orang itu menjawab: “Aku adalah amal sholehmu, engkau dahulu-demi Allah-sangat cepat dalam taat kepada Allah sangat lambat (menjauhi) dalam maksiat kepada Allah, fa jazakallahu khairan.”.
Kemudian dibukakan untuknya sebuah pintu syurga dan sebuah pintu neraka, lalu dikatakan:“Ini (neraka) adalah tempatmu seandainya engkau bermaksiat kepada Allah, dan Allah telah menggantikan untukmu dengan yang ini (syurga) …”. [HR. Ahmad no. 17872, Abdurrozzaq dalam Mushonnaf-nya no. 6736, dll. Dishohihkan syaikh al-Albani dalam Ahkamul Jana’iz hal.158]
.
Maka beruntunglah seorang hamba yang diberi taufik dalam kehidupan dunianya terhadap ucapan yang baik ini, baik ia mengucapkannya mahupun ia menerimanya. Dan di akhirat ia mendapat khabar gembira dengan ucapan ini oleh amal solehnya. Seandainya bukan kerana keutamaan dan rahmat Allah maka ia tidak mampu beramal soleh.
.
Selalu juga kita berjumpa atau terlihat kalimah ‘Jazakumullah Khairan Katsiran’ di ruangan komen blog-blog. Apakah erti atau maknanya?
.
.

Maksud Kalimah ‘Jazaakamullah’

.
Kalimah  ini biasa digunakan bagi mengucapkan terima kasih atas kebaikan seseorang dan sekaligus sebagai suatu doa, semoga Allah SWT akan membalas kebaikannya (tunggal / kamu).
.
Jazaa = semoga memberi /menambah /membalas,
ka = engkau (seorang lelaki),
Allah = Allah SWT.
Jazaakallah (جَزَاكَ اللهُ) ertinya “Semoga Allah SWT akan memberi / menambah / membalasmu”.
.
.

Maksud Kalimah ‘Jazaakumullah’

.
Ungkapan di bawah ini pula digunakan sebagai ucapan terima kasih atas kebaikan sekumpulan /sekelompok orang dan sekaligus sebagai mendoakan semoga Allah SWT akan membalas kebaikan mereka (jamak /orang banyak).
.
Jazaa = semoga memberi /menambah /membalas,
kum = kamu (jamak),
Allah = Allah SWT.
Jazaakumullah (جَزَاكُمُ اللهُ) ertinya “Semoga Allah SWT akan memberi / menambah / membalas kamu”.
.
.

Belum Lengkap

.
Dengan hanya menggunakan kalimah Jazaakallah atau ‘Jazaakumullah’, sebenarnya masih kurang lengkap walaupun makna dan maksudnya sudah boleh difahami sebagai ungkapan terima kasih dan doa ~  “semoga Allah akan membalas kebaikan mereka”. Bagi melengkapkannya selepas ucapan ‘Jazaakallah / Jazaakumullah’ perlu dijelaskan bagaimana Allah SWT akan membalasnya.
.
Jadi setelah ‘Jazaakallah / Jazaakumullah’ perlu ada kalimah seterusnya sebagai penjelasan, iaitu seperti kalimah ‘Khairan Katsiran’(خَيْرًا كَثِيْرًا).
‘Khairan’ ertinya kebaikan’ dan ‘Katsiran’ ertinya banyak’, jadi ‘Khairan Katsiran’bermaksud Kebaikan yang banyak’. Manakala  Ahsanal Jaza ertinya Balasan yang terbaik’.
Maka erti kalimah  Jazaakumullah Khairan Katsiran Wa Jazaakumullah Ahsanal Jaza” (جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء) adalah “Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”.
.
.
Ada beberapa perubahan dalam mengucapkan jazaakallah:
.
1) Jazaakallaahu khairan (engkau, lelaki)
2) Jazaakillaahu khairan (engkau, perempuan)
3) Jazaakumullaahu khairan (kamu semua)
4) Jazaahumullaahu khairan (mereka)
.

.

Ucapan Terbaik

.
Ucapan terima kasih yang baik adalah seperti berikut:
.
‘Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’ (جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء) yang bermaksud “Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik.”
.
Terdapat satu hadis yang menjelaskan sunnahnya mengucapkan “jazakallahu khairan”. Daripada  Usamah bin Zaid radhiyallahu anhu bahawa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam  bersabda:

من صُنِعَ إليه مَعْرُوفٌ فقال لِفَاعِلِهِ جَزَاكَ الله خَيْرًا فَقَدْ أَبْلَغَ في الثَّنَاءِ

“Sesiapa yang diberikan kepadanya satu perbuatan kebaikan lalu dia membalasnya dengan mengatakan ‘Jazaakallahu Khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupi dalam menyatakan rasa syukurnya.” (HR.At-Tirmidzi dan An-Nasaa’i)
.

Pendapat ulama mengenai ucapan “jazakallah”

.
Sesetengah berpendapat, mencukupi dengan hanya ucapan menyatakan rasa syukur secara doa umumnya. Tidak perlu penambahan doa, sebab boleh jadi orang yang didoakan dengan doa tersebut tidak menghendaki apa yang disebut dalam doa itu. Tambahan pula doa yang mungkin tidak kena pada tempatnya.
.
1.  Dalam Faidhul Qodir dijelaskan: “Telah mencukupi rasa syukurnya” maksudnya adalah hal tersebut kerana pengakuan terhadap kekurangannya, dan ketidakupayaan dalam membalas kebaikannya, dan mempercayakan membalas kebaikannya pada Allah agar ia mendapatkan balasan yang sempurna.
.
2.  Berkata al-allamah al-Utsaimin rahimahullah dalam Syarah Riyadhus Sholihin: “Hal itu kerana jika Allah membalas kebaikannya dengan kebaikan, hal itu merupakan kebahagian baginya di dunia dan akhirat.”
.
3.  Asy Syaikh Ahmad bin Yahya An Najmi pernah ditanya: “Apa hukumnya mengucapkan, “Syukran (terimakasih)” bagi seseorang yang telah berbuat baik kepada kita?”
Beliau menjawab: “Yang melakukan hal tersebut sudah meninggalkan perkara yang lebih utama, iaitu mengatakan, ‘Jazaakallahu Khairan’ (semoga Allah membalas kebaikanmu).” Dan pada Allah-lah terdapat kemenangan.”
.
4.  Al-Allamah Asy Syaikh Abdul Muhsin hafizhahullah menyatakan; Sebahagian ikhwan ada yang menambah pada ucapannya dengan mengatakan “Jazakallah Khairan Wa Zawwajaka Bikran” (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan dan menikahkanmu dengan seorang gadis dara), dan yang seumpamanya.
.
5.  Dan yang utama dalam menjawab kalimah yang bagus ini adalah dengan mengulangi kalimah tersebut iaitu membalasnya dengan mengatakan: “Wa Anta Fajazaakallaahu Khairan”atau yang seumpamanya. Walaupun membalasnya dengan ucapan “Wa Iyyakum” dan yang seumpamanya adalah boleh, tetapi yang lebih afdhal adalah membalas dengan mengulang lafaz doa tersebut.
Sebagaimana difatwakan oleh Syaikh Abdul Muhsin al-Abbad al-Badr hafidzahullah:

 السؤال: هل هناك دليل على أن الرد يكون بصيغة (وإياكم)?

.
Soalan: Apakah ada dalil bahawa membalasnya (ucapan jazaakallaahu khairan) adalah dengan ucapan “wa iyyaakum”?

 فأجاب: لا, الذي ينبغي أن يقول: (وجزاكم الله خيرا) يعنى يدعى كما دعا, وإن قال (وإياكم) مثلا عطف على جزاكم, يعني قول (وإياكم) يعني كما يحصل لنا يحصل لكم. لكن إذا قال: أنتم جزاكم الله خيرا ونص على الدعاء هذا لا شك أنها أوضح وأولى (مفرغ من شريط دروس شرح سنن الترمذي, كتاب البر والصلة, رقم: 222)







Beliau menjawab: “Tidak, selayaknya dia juga mengatakan “Wa Jazaakallaahu Khairan”(dan semoga Allah juga membalasmu dengan kebaikan), iaitu didoakan sebagaimana dia mendoakan, dan seandainya ia mengucapkan “Wa Iyyakum” sebagai athof (mengikuti) atas ucapan “Jazakum”, yakni ucapan “Wa Iyyakum” bermakna “sebagaimana kami mendapat kebaikan, semoga kamu juga”. Akan tetapi jika ia membalasnya dengan ucapan “Antum Jazaakumullaahu Khairan” dan mengucapkan dengan lafaz doa tersebut, tidak diragukan lagi bahawa ini lebih jelas dan lebih utama.”  (Fatwa Syaikh Abdul Muhsin hafidzohulloh).
.
.
6.  Menjawab dengan “Wafiika barakallah”
.
Apabila ada seseorang yang telah mengucapkan doa: “Barakallahu fiikum atau Barakallahu fiika” kepada kita, maka kita menjawabnya: “Wafiika barakallah” (Semoga Allah juga melimpahkan berkah kepadamu). (Ibnu Sunni hal, Al-Waabilush Shayyib Ibnil Qayyim, Tahqiq Muhammad Uyun)
.
.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak melarang dengan adanya tambahan doa. Tidak mengapa jika dia mendoakan dan berkata: “Jazakallahu Khair Wabarakallahu Fiik Wa ‘Awwadhaka Khairan” (semoga Allah membalas kebaikanmu dan sentiasa memberkatimu dan menggantikan dengan kebaikan juga).
.
.
Islam mengajar kita saling doa mendoakan. Jika masuk ke blog seseorang dan membaca isinya sudah semestinya membalasnya dengan doa ini ‘jazakallahu khair’, kalau tidak kita tidak melahirkan ucapan rasa syukur kita.
Seharusnya kita saling mendoakan seperti juga orang yang bersin, jika dia mengatakan‘Alhamdulillah’, yang  mendengar akan mengucapkan ‘Yarhamukallah’, orang yang bersin tadi membalaw ‘Yahdi kumullah’.