Nuffnang

Monday, 23 January 2017

Public Gold Museum,Penang

Assalamualaikum uols.....

Dah tahun baru 2017..... Selamat Tahun Baru Keyza ucapkan yer....
Tahun ni masih berjauhan dengan family lagi dengan harapan dapatlah disatukan kembali keluarga kami.....

Seperti biasa setiap minggu routine Keyza balik ke kampung bertemu family tersayang kali ni aktivitinya ke Muzium Emas....

Tau tak Muzium Emas ni kat mana?????

Jawapannya di Penang la huahuahua...

Sape pernah pergi? Tau tak apa yang menariknya dalam Muzium tu?

Uols yang dah pergi mestilah taukan apa yang menariknya kat muzium ni....tapi Keyza nk story juga apa yang best kat Muzium Emas ini.


Muzium ini dinamakan Public Gold Museum yang berlokasi di 95, Lebuh Bishop, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia. Dah namanya Public Gold kan so dan tentu la pemiliknya adalah Public Bank ye tak...

So kita citer dulu bab harga tiket nak masuk Public Gold Museum ni. Untuk dewasa RM28 manakala untuk warga emas RM15 dan kanak-kanak bawah umur 7tahun PERCUMA...

Bila dah bayar tiket pekerja Muzium akan entertain kita sepanjang pengembaraan melihat muzium emas ini. Kawasan dalam muzium ini didekorasi seolah-olah kita berada di dalam gua emas....

Masuk-masuk dalam dia tunjuk peti wang emas....aduyai teringat citer Allayarham Tan Sri P.Ramlee harta ini Ahmad Albab yang punya...hahahahah

First time tengok live camni la almaklum la kita ni insan marhaen sahaja. Mana nk jumpa harta sebegini ye kan...

Apa yang lagi best kat sini kita diberi peluang untuk belajar cara mendulang emas...


Nampak tak keterujaan en somi Keyza mendulang tu...heheheh


Anak-anak dan mak Keyza pun tak lepaskan peluang ni tau... bukan senang nak ada pengalaman camni.

Then the best part is kita juga ditayangkan demontrasi membuat jongkong emas tapi diorang guna silver je la sebabnya setiap kali demonstrasi dilakukan kandungan emas atau silver akan berkurang dan merugikan ye tak....

Suhu untuk membakar jongkong ni adalah 1400C tau giler panas hurm camne la api neraka nanti ye... Kena air panas yang 100C tu pun dah mengelupur ... setelah terbentuk jongkong ini maka dicelupkan ke dalam minyak masak dan akhir sekali dimasukkan dalam air bagi membentuk jongkong yang sempurna. FYI jongkong ini akan dihantar ke kilang untuk dicopkan no pendaftarannya kalau tak de no pendaftaran makanya tiada nilai la jongkong tersebut. 

Pelbagai barang-barang kemas yang dahulu kala dipamerkan di muzium ini dan nilai harganya sekarang sangat mahal. Maka uols yang rajin pakai emas tu jangan dijual emasnya simpan la untuk dijadikan khazanah sebegini, kaya raya uols nanti tau.

Tak banyak gambar yang boleh diambil dalam muzium ni. Kalau nak rasai pengalaman mencari emas pergilah beramai-ramai ke muzium ini.









Tuesday, 13 December 2016

Jadual Gaji Penjawat Awam 2017

Assalamualaikum semua...


Sedar tak sedar 2016 dah nak melabuhkan tirainya kan....
Sedar tak sedar juga dah dekat 2 tahun berjauhan dengan family tersayang hurm tak pe la janji every weekend dapat jumpa pun bersyukur tersangat dah.

Sebagai penjawat awam benda paling mustahak sekali adalah jadual gaji la kan.
Meh Keyza share jadual gaji 2017.


Gigih la Keyza design jadual gaji ni supaya rasa happy bila nak nengoknya.
Kalau nak merancang kewangan makanya meh kita kaji tempoh gaji tersebut:

20 DIS 2016 - 19 JAN 2017 = 30 HARI
19 JAN 2017 - 23 FEB 2017 = 35 HARI
23 FEB 2017 - 23 MAC 2017 = 28 HARI
23 MAC 2017 - 25 APRIL 2017 = 33 HARI
25 APRIL 2017 - 25 MEI 2017 = 30 HARI
25 MEI 2017 - 15 JUN 2017 = 21 HARI
15 JUN 2017 - 25 JULAI 2017 = 40 HARI
25 JULAI 2017  - 24 OGOS 2017 = 30 HARI
24 OGOS 2017 - 25 SEPT 2017 = 32 HARI
25 SEPT 2017 - 11 OKT 2017 = 16 HARI
11 OKT 2017 - 23 NOV 2017 = 42 HARI
23 NOV 2017 - 21 DIS 2017 = 28 HARI

*BULAN JUN (AIDILFITRI) & OKTOBER ( DEEPAVALI) SGT KRITIKAL KERANA SELANG HARI YANG SGT BESAR...
SELAMAT MENGHABISKAN SISA2 CUTI & SELAMAT BEKERJA 2017...



Tuesday, 11 October 2016

Don Hu Jurassic Park Garden - Muar , JDT

Namaste....hehehe mood ke India jadinya...

Weekend kali ni Keyza dan family mertua plan ke Johor Darul Takzim (JDT) untuk menghantar anak buah en somi melapor diri sebagai pelatih polis di PULAPOL, Segamat, JDT. Ramai yang juga la angkatan keluarga yang akan follow rombongan kali ni makanya terpaksa la sewa van kan.

En Somi sewa van Hiace di MZ Mobile di Bandar Perda, BM. Kadar sewa untuk
2 hari = 48 jam bersamaan RM700, boleh la nak jimat kan. Bila dah plan nak ke JDT ni Keyza pun sibuk juga la plan lokasi yang menarik nak bawa anak2 jenjalan. Lokasi yang Keyza jumpa tanpa sebarang bayaran tiket masuk adalah Don Hu Jurassic Park Garden yang beralamat di Muar, JDT.


gambar ni sekadar hiasan je kredit dr Google.com hehehehe

Kalau uols nak tahu landmark nak pergi tempat ni cari jambatan Sultan Ismail Muar dimana jambatan ini merupakan jambatan pertama yang menghubungkan Bandar Muar dan seberangnya di Tanjung Agas di Daerah Muar, JDT. 

Taman ini hanya dibuka pada Jumaat, Sabtu dan Ahad serta cuti umum mulai pukul 8 pagi hingga 8 malam dan diulang ianya PERCUMA heheheh.




Taman ini mempunyai 15 patung dinosaur termasuk spesies Tyrannosaurus Rex. Ada juga yang boleh bergerak tau. Cuma dalam pagar la yer...kot2 anak2 takut macam baby girl Keyza si Syiffa....





Antara sebahagian patung yang sempat Keyza snap. Nak rasa secara live kena la pergi tempat ni. PERCUMA je uols anak ramai pun xpe.
Taman ni juga ada jual pelbagai jenis tanaman ye kalau suka gardening boleh la beli kat taman ni.

Ok la setakat tu je Keyza nak share citer pun. Meh ushar gambar aksi anak-anak Keyza dan sedara mara bergambar ye. Chills....





Monday, 3 October 2016

War Museum Penang

( Assalamu 'alaikum Wr. Wb ) السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Lama tak bersembang panjang di blog ni...weekend baru ni ada jemputan kahwin anak saudara Keyza di Batu Maung Penang so bila anak bujang ni dengar nak pergi Batu Maung makanya diajak la menyinggah ke Muzium Perang Penang, so sempena mood baik almaklum la nak sambut anniversary yang ke 8 Keyza pun turutkan la permintaannya.


Ok sebelum kita ushar gambar-gambar penerokaan family Keyza di Muzium Perang ni Keyza nak la share sikit camne alkisahnya kewujudan muzium ini. Story ni diterangkan oleh peneroka tempat ni tau namanya Johari Shafie masa memula kita masuk untuk bayar tiket.

War Museum Penang, terletak di Bukit Batu Maung, di bahagian selatan Pulau Pinang digunakan sebagai pusat operasi tentera British pada sekitar 1930-an dan 1940-an. Kedudukannya yang strategik membolehkan tentera British mengawasi tiga perempat keluasan Pulau Pinang daripada serangan musuh.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kubu itu dibina pada 1930 dan kini merupakan muzium perang terbesar di Asia Tenggara. Pada tahun 1930, sebuah kubu yang menggerunkan telah dibina oleh tentera British di puncak Bukit Maung, untuk melindungi pulau itu terhadap musuh. Dikendalikan oleh bukan sahaja tentera British, tetapi juga Melayu dan tentera Sikh, Bukit Maung jatuh semasa serangan di mana tentera Jepun didekati dari pedalaman, dan bukannya dari laut, sebagaimana yang telah dijangka oleh tentera British.


Berdasarkan fakta sejarah, pada 1930 kerajaan British memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk membina kubu berkenaan. Unit British Royal Engineers telah diberi tanggungjawab untuk menggali bukit tersebut bagi membina terowong bawah tanah, kubu, pusat perisikan, pusat logistik, dewan, pejabat, saluran angin, meriam, tempat tidur, tempat memasak, penjara dan kelengkapan perubatan di atas tanah seluas 20 ekar (lapan hektar) itu.

Pada 1942, kubu pertahanan British itu jatuh ke tangan tentera Jepun selepas satu pertempuran sengit membabitkan lebih 1,500 anggota tentera British termasuk askar Punjab, Gurkha dan Melayu di mana ramai yang terkorban atau ditawan. Tentera Jepun kemudian menjadikan kubu berkenaan sebagai pusat tahanan dan penyeksaan selama lebih dua tahun sebelum menyerah kalah kepada tentera Berikat pada 1945 sekali gus menamatkan Perang Dunia Kedua.

Bermula dari itu, kubu itu ditinggal dan dibiarkan begitu saja, bagaimanapun selepas lebih 60 tahun diabaikan, ia kemudiannya dijadikan Muzium Perang bagi memperingati sejarah negara. Johari Shafie seorang penduduk tempatan telah meneroka dan menjadikan kawasan ini sebagai Muzium Perang selepas 3 dekad kemudian. Kubu ini telah dibina lebih 20 ekar tanah, lengkap dengan terowong bawah tanah tentera dan aci pengudaraan, kubu peluru, pusat logistik, canon menembak teluk, tidur kuarters, rumah masak dan sakit perubatan.



Selepas menyelusuri kawasan ini ia tidak sukar untuk membayangkan bagaimana tentera British, Melayu dan Sikh pernah mengendalikan kawasan ini demi menjaga Malaya dari serangan musuh. Terdapat juga gambar tokoh-tokoh terkenal semasa Perang Dunia Kedua seperti Jeneral Yamashita yang dikenali sebagai Harimau Malaya dan Jeneral MacArthur. Malah, kebanyakan peralatan yang dipamerkan pula merupakan artifak asal yang dijumpai di tapak muzium seperti kuali, alat untuk menyeksa tahanan dan serpihan pinggan mangkuk.




Berbeza dengan keadaan muzium-muzium lain yang pernah kita lawati, pengunjung berpeluang merasai pengalaman unik iaitu menyusuri salah satu daripada tiga terowong yang pernah digunakan oleh askar British untuk melarikan diri semasa Jepun menyerang. Keadaannya yang panjang, gelap, sempit dan berbelok-belok membangkitkan perasaan seram dan pengunjung perlu berjalan dalam keadaan tunduk.



So setakat tu je la sejarah yang dapat Keyza kongsikan nak tahu lebih lanjut kenalah berkunjung sendiri ke tempat ini. Kalau nak main paintball war pun sesuai tau kat sini. Tempat ni dah direka khas untuk game tersebut. Boleh la uols try ye...



Maklumat Muzium Perang Pulau Pinang:


Masa Operasi: 9:00 am-06:00 pm setiap hari (Spooky night 8.00pm-10.00pm)
Alamat: Muzium Perang Pulau Pinang No Lot 1350 Mukim 12, Batu Maung Daerah Barat Daya 11960 Pulau Pinang

Harga Tiket(MyKad):
Dewasa : RM20
Kanak-kanak : RM10
Family(2dewasa 2kanak-kanak):RM55

Sunday, 7 August 2016

Pasar Bisik Kota Kuala Muda

( Assalamu 'alaikum Wr. Wb ) السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Entry Keyza kali ni nak story tentang pencarian Keyza untuk mencari ikan segar dan murah juga banyak almaklum la anak-anak makin besar pastu dok kampung ni ramai la sedara mara yang datang makanya perlu ada stock barang mentah yang sangat banyak dalam peti sejuk kat rumah tu.

Selalunya weekend pepagi Keyza akan follow mak g pasar di pekan Sg Petani ikan di sana agak murah tapi weekend baru ni tertidur selepas solat Subuh maka terlajak lewat la bangun hari tu. Mak dan terus ke surau untuk sesi pengajian Al-Qurannya tapi mak pesan jangan beli ikan kat pasaraya dah...huhuhuhu mana nak cari ikan segar tengahari dah ni.


Tetiba anak-anak ajak g pantai merdeka so Keyza pun follow je la nak bagi dorang happy kan masa on the way ke pantai merdeka ternampak signboard Pasar Bisik 6km heheheh so ajak la hubby ikut arah yang terpapar tu. Actually masa Keyza kecik2 dulu mak pernah bawa ke sini tapi bila dah besar tempat tu dah kena tsunami tahun 2004 dah tak pergi.


Kat sini peraih selalu akan berbisik bersama nelayan untuk menetapkan harga bagi hasil tangkapan dorang. Bagi pembeli seperti Keyza yang hanya nak beli untuk keperluan harian tak perlu nak bisik sangat hahaha....kautim lebih kurang aje  mengikut kadar kemampuan memasing la kan...

Keyza dapat la beli ketam fresh dengan harga RM40 je sebakul dan ikan Rm10 sebakul...makan la puas-puas ye sampai pitam....

So lokasi nak ke sini senang je korang cari jalan nak ke Pantai Merdeka pastu tengok ada arah ke Kuala Muda, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang then korang akan nampak signboard color coklat yang menandakan Pasar Bisik dah nak sampai la tu...

So sape-sape dah berbisnes ikan meh la beli kat sini ye







Wednesday, 3 August 2016

Lirik Lagu Demi Cinta - Ezad Lazim


Ku sedar ku berdosa
Kerna sering menyakitimu
Membuatkan kau terluka
Berteman rasa kecewa

Walau berdepan derita
Kau selalu terus setia
Dan bertahan demi cinta
Yang pernah ku janji dulu

Besar salahku pada dirimu
Tak terbanding kasih yang kau beri
Dan tetap menggenggam erat cinta

Sayang kaulah cahaya
Menyuluh jalanku untuk kembali
Dan pegang pada tali cinta
Yang pernah ku lafaz dahulu

Sayang buka hatimu
Biar ku rawat segala deritamu
Agar kita mampu terus hidup
Nikmati bahagia

Walau berdepan derita
Kau selalu terus setia
Dan bertahan demi cinta
Yang pernah ku janji dulu

Besar salahku pada dirimu
Tak terbanding kasih yang kau beri
Dan tetap menggenggam erat cinta

Sayang kaulah cahaya
Menyuluh jalanku untuk kembali
Dan pegang pada tali cinta
Yang pernah ku lafaz dahulu

Sayang buka hatimu
Biar ku rawat segala deritamu
Agar kita mampu terus hidup
Nikmati bahagia

Sayang kaulah cahaya
Menyuluh jalanku untuk kembali
Dan pegang pada tali cinta
Yang pernah ku lafaz dahulu

Sayang buka hatimu
Biar ku rawat segala deritamu
Agar kita mampu terus hidup
Nikmati bahagia

Bahagia