Nuffnang

Friday, 12 June 2026

Canva dah ada dalam Gemini

 Buka Gemini

Pergi ke Gemini seperti biasa.
Pastikan akaun Canva anda sudah disambungkan dengan Gemini.

1️⃣ Guna Gemini versi web dulu
2️⃣ Pastikan anda login akaun Google yang sama
3️⃣ Semak bahagian Apps / Connected apps / Extensions dalam Gemini
4️⃣ Cari Canva dan tekan Connect
5️⃣ Kalau masih tiada, kemungkinan fungsi ini belum muncul pada akaun anda

Taip @Canva
Dalam ruang prompt Gemini, taip:
@Canva
Ini memberitahu Gemini yang anda mahu gunakan Canva dalam tugasan tersebut.


Beri arahan design yang jelas
Jangan tulis:
“Buat poster kelas.”
Tulis begini:
“@Canva, hasilkan poster aktiviti kelas untuk murid Tahun 6 tentang kereta kawalan jauh. Gaya ceria, mudah dibaca, sesuai untuk murid sekolah rendah.”


Pilih hasil yang sesuai
Gemini akan cadangkan design.
Jangan terus ambil bulat-bulat.
Semak dulu:
Adakah sesuai dengan murid?
Adakah mesej jelas?
Adakah bahasa mudah faham?
Adakah visual tidak terlalu serabut?

Buka dan edit dalam Canva
Cikgu boleh edit manual dalam Canva:
✅ Tukar teks.
✅ Susun semula layout.
✅ Masukkan logo sekolah.
✅ Sesuaikan warna.
✅ Tambah arahan aktiviti.


Contoh prompt untuk cikgu
“@Canva, hasilkan worksheet ringkas untuk murid Tahun 6 bagi topik reka bentuk kereta kawalan jauh. Masukkan bahagian objektif, bahan diperlukan, langkah aktiviti, ruang lakaran dan refleksi murid.”
Ini prompt better daripada sekadar prompt:
“Buat worksheet.”

1️⃣ Poster aktiviti kelas

@Canva, hasilkan poster aktiviti kelas untuk murid Tahun 6 bertajuk Cabaran Kereta Kawalan Jauh. Gaya ceria, mudah dibaca, sesuai untuk sekolah rendah. Masukkan tajuk, objektif ringkas, arahan aktiviti dan ruang masa.

2️⃣ Slide pengajaran ringkas

@Canva, hasilkan 5 slaid pengajaran untuk topik pecahan Tahun 5. Gunakan bahasa mudah, visual yang jelas, contoh harian dan aktiviti ringkas di akhir slaid.

3️⃣ Worksheet murid

@Canva, hasilkan worksheet untuk murid Tingkatan 4 tentang persamaan kuadratik. Masukkan objektif, contoh soalan, latihan berperingkat dan ruang jawapan.

4️⃣ Rubrik penilaian

@Canva, hasilkan rubrik penilaian projek untuk murid Tingkatan 4. Kriteria ialah kefahaman konsep, kreativiti, aplikasi sebenar, kerja berpasukan dan pembentangan. Guna skala 1 hingga 4.


5️⃣ Infografik konsep

@Canva, hasilkan infografik mudah tentang kitaran air untuk murid sekolah rendah. Gaya visual menarik, teks ringkas dan susunan langkah yang mudah difahami.

6️⃣ Aktiviti Think-Pair-Share

@Canva, hasilkan kad aktiviti Think-Pair-Share untuk topik pencemaran alam sekitar. Masukkan soalan pencetus, arahan pair discussion dan ruang refleksi murid.

7️⃣ Exit ticket

@Canva, hasilkan exit ticket untuk murid selepas belajar topik fotosintesis. Masukkan 3 soalan: satu perkara saya faham, satu perkara saya masih keliru, dan satu soalan saya mahu tanya.

8️⃣ Projek PBL

@Canva, hasilkan brief projek PBL untuk murid Tingkatan 4 bertajuk Reka Bentuk Bandar Mesra Alam. Masukkan situasi masalah, tugasan kumpulan, hasil akhir, tempoh masa dan kriteria kejayaan.

9️⃣ Poster promosi program sekolah

@Canva, hasilkan poster promosi untuk Program Hari Terbuka STEM sekolah. Gaya moden, profesional dan sesuai untuk ibu bapa. Masukkan tarikh, masa, tempat dan aktiviti utama.

🚨 Jangan guna prompt ini bulat-bulat.

Sesuaikan dengan audience dan topik masing-masing. 

Tips: tak reti prompt minta AI tolong tulis prompt

No comments:

Post a Comment