Nuffnang

Sunday, 21 June 2026

Google ada 7 AI tool

 1. Opal

Untuk pendidik, Opal boleh digunakan untuk bina mini app pembelajaran tanpa perlu coding.
Contohnya app kuiz ringkas, app refleksi pelajar, app penjana soalan, app checklist tugasan, atau app yang bantu pelajar ikut langkah demi langkah sesuatu aktiviti.

2. Stitch
Stitch boleh bantu pendidik visualise idea digital dengan cepat.
Contoh kalau cikgu nak cipta aplikasi pembelajaran, dashboard kelas, portal tugasan, atau sistem booking konsultasi pelajar, Stitch boleh bantu hasilkan rupa interface terlebih dahulu sebelum dibangunkan.

3. Whisk
Whisk sesuai untuk bantu pendidik menghasilkan visual rujukan untuk bahan mengajar.
Contoh macam visual karakter, latar tempat, situasi sejarah, eksperimen sains, poster kelas, atau bahan rangsangan untuk aktiviti storytelling dan perbincangan.

4. Flow
Flow boleh bantu pendidik hasilkan video pendek untuk pengajaran.
Boleh buat video set induksi, teaser topik, simulasi konsep, visual storytelling, atau bahan promosi kelas dan webinar. Ini sangat berguna untuk guru yang nak buat video menarik tetapi tiada skill editing yang tinggi.

5. Pomelli
Pomelli boleh bantu pendidik yang mengurus program, bengkel atau komuniti pembelajaran.
Cikgu boleh hasilkan bahan promosi yang konsisten dengan jenama sekolah, pusat latihan, kelab, kursus, webinar atau program pembangunan profesional.

6. Mixboard
Mixboard boleh bantu pendidik merancang arah visual sesuatu bahan.
Contoh sebelum buat slide, poster, bahan projek, pameran pelajar atau kempen sekolah, cikgu boleh guna Mixboard untuk cari mood, warna, gaya visual dan konsep yang sesuai.

7. Illuminate
Illuminate sangat berguna untuk pensyarah, pelajar universiti dan researcher. Ia boleh bantu faham idea besar academic paper melalui audio summary sebelum membaca paper dengan lebih mendalam.
Sesuai untuk literature review awal, persediaan kelas, diskusi jurnal dan pembelajaran kendiri.

Rumusan

1 Opal — bina mini app
2 Stitch — reka UI/app idea
3 Whisk — hasilkan visual
4 Flow — buat video AI
5 Pomelli — marketing content
6 Mixboard — moodboard idea
7 Illuminate — paper jadi podcast

No comments:

Post a Comment